Tuesday, December 30, 2008

Hey pengecut!

"Booommm....!!!!!!" Dentuman deras menggegar seluruh kota yang ketandusan. Hampir genap 50 tahun sudah lamanya kota itu ketandusan kegembiran. Hanya sahaja dipenuhi tangisan dan sumpah saranah. Malah yang mengaibkan, kota itu dihiasi Mayat-mayat bergelimpangan. Darah-darah suci tercalit di permukaan jalan dan bangunan. Seolah-olah itulah warna cat yang layak menghiasi kota itu. Merah....agak kelam kota itu. Orang-orangnya kelihatan tandus. Tapi di jiwa mereka berteriak semangat kobar. Mahukan kemerdekaan. Mahukan keamanan. Mahukan kemenangan. Ya...KEMENANGAN itu yang mereka mahukan. Tetapi, mereka berhadapan dengan musuh yang serba serbi dilengkapi Senjata canggih. Sedang mereka hanyalah batu-batu kerikil. Yang ada pada diri mereka adalah semangat kental yang tak terhingga. Dan Visi dan Misi mereka, menyanggah mereka untuk mundur dan putus asa. Mereka adalah bangsa yang MEGAH dan Agung. Mereka adalah bangsa yang mulia. Bangsa yang tidak takut pada mati. Bangsa yang BERANI! Bangsa yang Kental! Bangsa yang tidak mudah berputus asa. Cumanya, mereka tidak cukup kemudahan untuk menghadapi musuh yang keji dan hina itu. Bagaikan batu kerikil berjumpa dengan dinding keras. Dihentam batu kerikil ke dinding keras itu, cumanya habuk sekecil atom sahaja tertepis ke udara. Sedang pertarungan itu telah menjerumus mereka kepada kedaifan dan kemelaratan. Tapi mereka tetap berdiri tegak dan terus mara. Bukan kerana cintakan tanah air. Tapi atas nama mulia. Yakni Maruah Agama. Maruah diri. Kerana berbekalkan kejituan itulah mereka kekal sampai hari ini. Cumanya, mereka tidak dihirau saudara-saudara mereka di sekeliling. Mereka yang di sekeliling hanya sekadar menjenguk-jenguk. Padahal kepayahan ini turut dirasai. Apakah makna semua ini? Hanya kerana musuh si keparat itu yang pengecut kah kalian berdiam diri?


Hey pengecut!

Musuh Yang keji lagi hina. Sampai bila lagi kau bertempur dengan sifat kebacolanmu! Sampai bila???? Kau megah dengan senjata canggihmu! Kau bangga keturunanmu keturunan yang diangkat ALLAH sebagai para nabi-nabil...tapi sifatmu bagaikan Barua syaitan yang hina lagi keji. Yang tidak mengira umur dan waktu. Kau bantai habis-habisan manusia yang kehausan dan kelaparan. Kau bantai anak-anak kecil dan wanita-wanita yang lemah. Apa jenis bangsakah kau? Atau kau itu hanyalah pondan-pondan yang tidak mengerti erti sebenar keberanian???? Kau katakan kau benar tapi kau penipu. Kau katakan pada semua, kau bangsa terpilih, tapi sifatmu itu menyatakan kau itu hina dan keji. Kau perkosa kata-katamu sendiri. Kau katakan kau mahukan kedamaian dan demokrasi. Tapi kau cabuli semua itu. Bila HAMAS menang pilihan raya, kau katakan HAMAS itu pengganas. Walhal KAULAH Sebenarnya Pengganas!


Hey Zionis Laknatullah!

Di Dunia ini hanyalah sementara, keasyikanmu yang dibuai nafsu serakahmu. Satu hari nanti, di akhirat, kau akan terlentang azab neraka bersamamu. Kau gula-gulakan anak-anak muda ISLAM dengan virus-virus hedonisme. Kau gula-gulakan mereka dengan pesta SEKSmu, kau hulurkan tanganmu mengatakan kau cintakan kedamaian, tapi kau sebenarnya merosakkan mereka dan membinasakan mereka. Hingganya kau lahirkan pemikiran sekularisme dalam diri mereka. Layakkah kau digelar bangsa pilihan???? Bukankah bangsa pilihan itu bangsa yang mengagungkan tuhan??? Bukankah Bangsa pilihan itu bangsa yang tunduk atas suruhan Tuhan? Walhal, kau menyuruh kepada mungkar dan membinasakan yang ma'ruf. Kau hidupkan dongenganmu, dongengan syaitan yang telah bersumpah atas nama Tuhan untuk menyesatkan manusia. Kau bersekongkol dengan syaitan yang telah terang-terangan menentang ALLAH Azza Wa Jalla. Kau suruh anak-anak muda itu puas bersama kencing-kencingan syaitan. Kau suruh anak anak muda itu puas dengan hiburan yang melupakan tuhan. Untuk itu juga, supaya setiap waktu itu, mereka lupa pada anak-anak palestin yang mati dibunuh, walhal mereka itu bersaudara! Mereka itu Adik beradik!


Hai orang-orang Mukmin!

Bangsaku yang Gagah dan Megah!

Hari ini sang pengecut itu bercakap besar lagi!

Dia mengucapkan salam yang keji!

Ayuh punahkan mereka atas kelancangan yang bacol itu!

Kita bersama berdiri di Saff Hadapan!


Hai orang-orang Sedunia!

Di kala mata kalian terpandang tirai hitam!

Jangan kalian katakan ia adalah tirau Merah!

Kerana itu kalian akan terpesong ke Barat!

Di Timur itulah kisahnya yang sebenar!


Hai anak-anak Palestin!

Di kala dagingmu diratah hidup hidup!

Kau jangan kaku lagi pilu!

Kau bersamaku!

Aku bersamamu!

Hari itu pastikan tiba!


Tika mereka berteriakkan disebalik batu!

Hanya ALLAH yang maha Mengetahui!

Dan pada hari itu!

Dunia kan mengerti
Rupanya PALESTIN ITU MILIKMU!


Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.Note: sumber : http://www.imemc.org
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
Bacaan Lanjutan lain yang amat bermanfaat:

1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin
8- MuhtarSuhaili : http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/05/18/zionis-semakin-mengganas-umat-semakin-lemas/

Saturday, December 27, 2008

Sang penambang dan misinya


" Dik, nait perauk penambang kitak?" sapa seorang pakcik ketika menunggu di Jeti penambang..

"Auk, nak nait pergi seberang nun..." Jawab saya.

"Jum, nait la..." katanya...yang merupakan seorang Pengendali Perahu Penambang. Tambangnya cuma 30 sen sahaja.


Sang Penambang memulakan misinya, ulang alik dari seberang kota ke seberang kampung. Untuk mengangkut penumpang yang setia bersamanya. Kemudahan yang boleh dikira klasik. Digunakan hingga kini. Ia tidak jemu dengan kerjanya. Ulang Alik bersama perahunya. Kerana ia adalah misinya. Hasilnya, ia mengutip 30 sen dari setiap penumpang. Tetap dia bersyukur dengan hasilnya. Laksana itu, dia sentiasa istiqamah mengangkut penumpangnya. Kerana ia tahu ia tetap mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia mendapat rezeki lebih, kadang-kadang kurang. Tapi, ia tahu ia tetap mendapat hasil. Dan dia gembira dengan kerjanya itu.
Begitu juga dengan dakwah, kadang-kadang yang didakwah kita, berjaya mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia tidak menampakkan hasil. Tapi semuanya bukan urusan kita. Urusan kita hanyalah berdakwah. Hasilnya juga perlu difikirkan. Dan strateginya juga perlu dipermantapkan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Dakwah ini umpama perniagaan. Cumanya, kita berurusan dengan satu client atau BOSS besar. Tapi yang ini BOSS besar pun kalah. Ini adalah urusan kita dengan Maha RAJA segala MahaRaja. Dialah yang akan menampakkan hasilnya. Tapi, yang dimahunya adalah Keikhlasan kita dalam segala perkara.

Tanpa sang penambang, pasti penumpang tadi mengguna jalan yang jauh untuk ke kota. Dan belum tentu jalan yang dilalunya boleh dilalui. Mungkin sahaja di depan itu ada Jammed? Atau Jalan tutup dan sebagainya. Misi Sang Penambang untuk mempermudahkan sang penumpang untuk sampai ke kota dengan masa yang singkat dan selamat. Pasti sang penumpang tadi sangat berterima kasih dengan sang Penambang.
Antara sifat-sifat sang penambang yang wajar diikuti:
1- Tawadhu'
2- Istiqamah
3- Berusaha tanpa jemu
4- Kesetiaan
Wahai Pendakwah, ketahuilah, kita juga diibarat seperti sang penambang, Misi kita mendekatkan masyarakat untuk mengenali ALLAH. Tanpa Pendakwah, pasti perjalanan mereka masyarakat akan lebih jauh dan banyak rintangan. Lagi-lagi yang sudah berpuaka hatinya. Pasti mereka yang dapat mengenali ALLAH itu berterima kasih pada kalian. Maka jangan kita memandang remeh dan enteng terhadap hal dakwah. Bukan bermaksud mahu diterima kasih. Tapi misinya tadi. Mempermudahkan segala urusan. Destinasi yang ditujui adalah jalan menuju ALLAH. Jangan difikirkan ganjaran ya...tapi fikirkan misi kita. Kita ibarat sang penambang dan misinya. Tugas kita di dunia.
Mudah bukan?
Pada teorinya, pada praktikalnya? Siapa yang mahu?
Tepuk dada tanya iman....jangan pula nanti bertanya sang penambang...ye..
1.20 am
Miri

Tuesday, December 23, 2008

Kenapa aku tidak seperti itu???

Kadang-kadang bila melihat orang lain, mahu sahaja ditiru personaliti orang itu. Itu bicara hati. Kadang-kadang bila melihat orang lain, terasa lemah jiwa, menyatakan "kenapa aku tidak seperti itu?" . Itulah bicara dan kata-kata orang yang rasa merendah diri. Hilang perspektif yang positif pada diri. Kenapa ini boleh terjadi?

Bila kita melihat orang lain, kita merasakan kita tidak punya kelebihan tersendiri, maksudnya kita hilang keyakinan pada diri. Sungguh, di dalam ajaran Islam, kita diajar untuk yakin pada diri. Dinyatakan pada kita, Kita adalah manusia sebaik-baik ciptaan, yang membezakan antara kita dan yang lain adalah sifat ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bukannya kelebihan harta, pangkat, rupa dan sebagainya. Itu bukan yang dilihat oleh ALLAH. Sungguh iman dan taqwa itu adalah nilai yang tinggi di sisi ALLAH. Bila iman dan taqwa itu digadai, maka nescaya, nilai diri itu tidak lagi berharga dan tidak dilihat oleh ALLAH.

Ketahuilah, dalam diri kita, kita punya potensi dan keunikan masing-masing. TIPULAH orang itu jika ia menyatakan dialah yang paling hebat. Dialah yang paling popular, dialah yang paling kreatif dan sebagainya. Kerana di akhirnya, dia juga memerlukan orang lain untuk pertolongan. Percaya atau tidak, itu adalah realitinya. Sebab itu, di dalam ajaran Islam, kita tidak dinilai dari sudut itu, tapi di nilai dengan keimanan dan ketaqwaan yang hanya layak dinilai oleh ALLAH yang ESA.

Sebenar-benarnya, realiti kehidupan, HIDUP kita ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk ALLAH. Maka ia bertepatan dengan Ayat Al QUran, " Sesungguhnya hidupku, solatku, ibadahku, dan matiku hanya kepada ALLAH". Sungguh langkah kita menujunya itu tidaklah semudah yang di sangka, Jalan kita menuju ke syurga itu penuh dengan onak dan duri. Maka hadapi dengan tenang dan tabah. Telusuri dengan tarbiyyah ALLAH. Pelajari dengan penuh iltizam. Agar jiwa menjadi tenang.

Jangan berasa rendah diri. Jangan berasa mahu menjadi orang lain. Yakinlah pada diri. ALLAH telah mencipta dirimu dengan sebaik-baik ciptaan. Yang membezakan, hanyalah iman dan taqwa.

Hayati syair buat kalian

Hai rupa,
di cermin lantunan,
mengorak seribu persoalan
Yang mana satu indah?
Kalbu membuak menjodoh perasa..

Hai hati..
Sebalik selindungan pawana
secerah mata menjerumus ke angkasa..
Onak dan duri tercucuk terasa
Menggambar keasyikan
Syahdu bunyi..
Kecewa

Bersyukurlah atas nikmat
Tak terperi merasa
Anugerah yang Esa
Belum sahaja terasa
Zatnya yang Maha Karya
Padu dan jitu
untuk dirimu...
dan diriku...

Wallahualam-
MIRI, 1.17 am 24 Dec 2008

Friday, December 19, 2008

Pekida menyatukan umat Melayu?


Petang panas yang terit,Ketika itu aku menulis di meja belajar, datang seorang kawan mengetuk pintu bilik. Membawa sebuah cerita yang "Hangat". Tidak ada yang menghangatkan melainkan isu "PEKIDA" . Si anu tu budak pekida.. si anu sana tu budak pekida gak...seram..seram..


"Kenapa seram?" ...Pekida..selendang merah..Three red line..bla..bla..bla...


Itulah kali terakhir aku mendengar cerita mengenai pekida. Dan di salah sebuah motorsikal kawanku ada sticker logo PEKIDA. keris dengan 3 warna yang berbeza..hijau merah dan kuning. Ku tanya padanya..."ini logo PEKIDA ka?" Dia senyum-senyum kambing...alahai...


Selesai semester pertama, aku balik ke rumah. Untuk menunaikan misi berjasa pada keluarga. Kesempatan yang ada, aku gunakan bertemu dengan sahabat handai yang lama tak bersua. Bila bersua, isu PEKIDA mula bertandang. Dia menyatakan PEKIDA sudah menular di MIRI. "Apa guna PEKIDA?"kataku...Jawabnya " Untuk menyatukan kaum Melayu". Aku tersenyum. Ya memang, aku akui. Melayu di Miri telah berpecah dan bersikap Assobiyyah. Kampung hidupnya dengan kampung itu. Kampung ini dengan kampung ini. Assobiyyah! Dan datangnya PEKIDA untuk menyatukan mereka. Katanya..


AKu tersenyum... Mungkin benar mungkin tidak. Tapi di sebalik cerita..aku dengar.. Kisah PEKIDA. Satu hari, seorang lelaki cina mengundur keretanya ke belakang dan terkena kereta seorang pemuda melayu. Dengan marahnya pemuda cina itu memaki pemuda melayu walaupun pemuda melayu tadi meminta maaf. Akibat ditumbuk, pemuda melayu menelefon PEKIDA, kerana pemuda itu juga PEKIDA. Dan akhirnya pemuda cina itu dibalas. kerana PEKIDA tidak mahu pemuda Melayu tadi dibuli.


Itu ceritanya PEKIDA. Yang dilaungnya "KESATUAN" dan "KEPADUAN"

Omong-omongan mereka, disebaliknya adalah menaruh kepada backup power yang sebenarnya. Banyak ku lihat, anak-anak muda bernaung di bawah PEKIDA hanya untuk mendapat pengaruh kekuatan. Kerana anak-anak muda ini mungkin selalu melakukan kejahatan. Kenapa perlu menaruh kekuasaan begitu? Apa kalian lupa, kalian perlu menaruh sepenuh jiwa dan tenaga kalian untuk ISLAM? ISLAM lah menyatukan umat, Islamlah yang memberi keizzahan UMMAH ISLAM.
Pertubuhan PEKIDA yang kalian nyatakan itu bukan ISLAM ka?
Ya Islam, tapi ku lihat ahli-ahlinya bukan di kalangan ahli ibadat. Ada juga yang ahli maksiat. Tapi apa erti laungan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ITU?Rupanya ada udang di sebalik batu. Di sebalik penyertaan adalah untuk meraih pengaruh kuasa dan kekuatan.

Jelas ini bercanggah dengan apa yang aku iktikad selama ini.

CUKUPLAH ISLAM untuk MENYATUKAN KITA! CUKUPLAH ALLAH untuk mendapat kekuasaan sebagai Khalifah yang dilantik.

Firman ALLAH dalam Al QUran

" Sesungguhnya seluruh Umat Islam itu adalah bersaudara".


Ya, memang di akui, tujuan PEKIDA ditubuhkan adalah kepada AMAR MA'RUF dan NAHI MUNGKAR. Tapi jika kerana hanya untuk meraih pengaruh dan kuasa. Maka disitulah silapnya. Maka Bersedialah menghadapi pertanyaan ALLAH di akhirat kelak. Bersedialah...


"Aku beriktikad segala kekuataan adalah Milik ALLAH AZZA WA JALLA, aku serahkan DIA sebagai penjagaku...sesungguhnya DIALAH SEBAIK-BAIK Penjaga. DIALAH YANG MAHA AMANAH LAGI MAHA MENGUASAI"
"Aku beriktikad ISLAM lah segala penyelesaian Masalah untuk manusia. Maka aku bersaksi dengan nama TUHANKU yang mana pemurah lagi maha penyayang. ISLAM adalah agamaku!"


isu pekida ini boleh di click di bawah:

Sunday, December 14, 2008

Bila semboyan telah berbunyi

Duduk di bangku di pagi hari, berbicara dengan pemuda yang kacak berkopiah putih, dia tersenyum..."Apa perlu aku melakukannya?"katanya dengan nadanya yang lemah. Jawabku.."YA! Kau perlu melakukannya!Kerana kau telah meniup semboyan itu!"

Apa semboyan itu?


Semboyan itu adalah syahadah Tainmu..9 kali sehari kau meniup semboyan...bila semboyan telah berbunyi, maka bersedialah kamu di medan peperangan!


"Ash hadu..."

Aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Muhammad itu Utusan ALLAH


"Ash Hadu"

Aku naik saksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku naik saksi Muhammad itu Utusan ALLAH!


Kita di dunia peperangan minda. (Ghawzul fiqr). Maka tiada alasan untuk kita mempertahankan aqidah perjuangan kita. Jangan kita menafikan dan jangan kita menyatakan alasan bahawa kita belum bersedia. Bahawasanya sesungguhnya, jiwa dan raga kita telah kita serahkan pada ALLAH. Matlamat kita dan masa depan kita kita serahkan pada ALLAH. Bila mana semboyan tadi dibunyikan. (dengan penuh keyakinan dan kesungguhnya kita melafazkan saksi kita Syahadah Tain). Maka disitu kita telah berikrar sepenuh jiwa dan raga untuk berjuang menegak Kalimah Cinta Agung..Kalimah Maha Karya...yang melimpah ruah segenap pelosok dunia..mewah raya Dunia dengan kalimat itu. Syahdu hati...Berjuang di sebalik tembok penghalang yakni TAKUT DAN MALAS! Maka dengan sesungguhnya jiwa dan raga itu yang tiada kalimat berputus asa, bermalas-malas dan bersahaja.

AYuh....semboyan telah berbunyi..

Jangan sampai ketinggalan..

Jangan sampai kita dikira malas..

Jangan sampai air mata berdarah mengalir..

Jangan sampai hati busuk menular ke jiwa..

Jangan...

Jangan...

Jangan...


AYuh! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI


Pemuda bersyahadah...Pemudi Bersyahadah...bila mana dia betul betul memperakui KEESAAN ALLAH YANG MAHA PERKASA...betul betul memperakui KEBENARAN RASULNYA NABI MUHAMMAD S.A.W...maka dia memang betul-betul telah bersedia mengharungi perjalanan yang berduri itu. Biar lautan api...biar ombak menggila...Dihamburnya semua...UNTUK membuktikan SEMBOYAN YANG TELAH BERBUNYI itu benar-benar berbunyi.


Jiwa yang mekar

Syukrani

Friday, November 28, 2008

Pendekar

"Dinginnya!" desis hatinya, Kedengaran hujan merintik, jatuh ke muka bumi. Di situlah bermulanya satu titik pertemuan antara air dan bumi. Molekul Hidrogen karbon dioksida bertetesan jatuh membasahi alam. Dari kering jadi basah. Untuk mekarkan seisian bumi. Akan menjadi saksi, dunia ini punya misi dan visi. Laksana pedang yang tajam menelusi dada yang milus. Terkubur berjurai segala niat yang keji... "Madah mentara apa berkelumat di jiwa ini?" bicaranya kepada hati lagi. Seolah-olah dingin yang menyapa tadi menyebabkan gelora di hatinya terus berkecamuk. Kacau bilau jadinya. Dia menggapai selimut. Menutup seluruh tubuhnya. Masih terasa urat-urat dingin. Seolah-olah jarum-jarum halus menusuk ke tubuhnya. "Berdosakah diriku ini?" bicaranya lagi.





Gunug Armaga, 994 hijriah





Dari jauh, kelihatan seorang lembaga lelaki, bentuk badannya, gagah perkasa, bak pohon beringin, berjurai-jurai rambutnya ditiup angin, ia melangkah menuju ke dirinya. "Husin!" Kedengaran teriakan menghambur ke dirinya. "Husin!" Sekali lagi bunyi teriakan itu, ditempik dari arah lembaga lelaki tadi. Deras bunyinya, seolah-olah bunyi itu mahu sahaja menerkam dirinya. Bagai singa yang lapar mengaum membunuh mangsa. Sombong dan angkuh bunyinya. Tiada sopan santun.





Lembaga tadi kelihatan semakin dekat, lama-lama semakin cepat, kelihatan kilauan sinaran dikeluar dari arah poket lembaga lelaki tadi. Silaunya itu menggambarkan dirinya dalam keadaan bahaya. Dia berdiri, dan membetulkan kekudanya. Ia tahu, ia akan berhadapan dengan seorang pendekar. Pendekar ini bukan pendekar yang sebarangan. Telus sahaja dari perwatakan tubuh badannya, suaranya. Jelas ia adalah pendekar yang gagah dan perkasa, bengis dan kejam. "HUSIN!" tempik lembaga lelaki tadi, pendekar Gagah dan Perkasa. Ia terhidu aura membunuh...





Ia diam dan memerhati. Mukanya tenang dan bersahaja. Jiwanya berzikir. "YA ALLAH, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, berikan daku segala kekuatan minda dan tubuh badan, untuk menegak agamamu yang tercinta." Ia berdoa kepada ALLAH. Kemudian, dia melangkah dengan padu. Kakinya yang memijak alam terus dipercepatkan. Dengan tangkas ia meluru ke hadapan. Seolah-olah di hadapan itu punya emas dan berlian untuk digapai. "AYUH!" lemparnya kata-kata yang cukup tegas bunyinya. Mereka berdiri berhadapan masing-masing. Di ganggaman pemuda bengis tadi ada keris. Kelihatan cukup tajam dan berbahaya. Manakala pada tangan ia kosong sahaja. Ia berdiri tenang dan memerhati. Lalu dia membuka mulutnya,: " Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, wahai tuan hamba, apa gerangan padah dan madah yang tuan hamba mahu dari hamba ini?" Suaranya jelas, menampakkan ia sudah matang dan dewasa. Cukup teruja pemuda bengis tadi. "AKU MAHUKAN KAU TUNDUK KEPADAKU!" teriak pemuda bengis tadi." Selama ini, kau sebarkan ajaranmu itu. Tapi ajaranmu itu telah membuah bencana buatku.Aku dah tak tahan! Aku mahu ajar KAU!" suaranya bergema di puncak gunung itu. Suaranya menggambarkan betapa bencinya dia pada husin. Maka Husin menjawab " Ajaranku adalah mengajar kita mentauhidkan ALLAH yang satu. Mengikut Ajaran Rasulallah SAW, junjungan yang mulia. Tidak sesekali membinasakan manusia. Malah membawakan kebahagiaan di dunia dan akhirat..mana mungkin membawa bencana kepadamu!"



Sunyi sepi..kedengaran angin bertiupan, kencang, seakan akan menemani sengketa antara dua manusia ini. Guruh berdentum-dentum. Bagaikan paluan Gong perlawanan. Di selang seli dengan bunyi tetesan hujan. Iramanya bagaikan tandus kedamaian. Cukup membawa kerunsingan dijiwa yang penuh gundah dan kelana. Apatahlagi jiwa yang keji lagi jijik. Yang berlingkaran dengan najis najis syaitan. Berzina,memeperkosa dan macam -macam perkara yang membawa kerosakan. Yang ia hanya tahu, memuaskan nafsu nasfsu sarakahnya. Ia rela dengan semuanya. Biarlah manusia lain tertindas. Biarlah manusia lain sengsara. Biarlah manusia lain tercemar. Biarlah manusia lain berkubur bahagia. Asal dirinya terus BAHAGIA DENGAN ALAM FANANYA! Ia rela...Ia rela..



"Wahai Hizam, dikau tahu, perbuatanmu itu adalah salah! dikau tahu! dikau tahu! Apa yang kau mahu dariku hanyalah buakan nafsu sarakanmu, Janganlah kau ikuti jejak langkah syaitan! Jangan! Jangan! "kata Husin dengan penuh ketegasan. Nadanya seolah-olah mengancam keras terhadap Hizam. Hizam berdiam sahaj, kemudian ia ketawa. Sinis bunyinya. " Apa yang kau bicarakan itu? Ha??? HHAHAHHAHhahahahah....kau tau apa?" katanya dengan bongkah.
"BoooomMMMMM!!!" guruh berdentuman di angkasa. Dasyat bunyinya bagaikan membicara betapa maha hebat penciptanya. Tiup angin semakin merancak. Bagaikan menghibur persengketaan tadi. "ZAAAppppppp" libasan pukulan Hizam menuju ke arah Husin. Husin mengelak dengan mudah. Dia sempat senyum sambil berkata ," Sungguh, demi Jiwaku dalam genggamanNYA, sungguh jasadku amanahNYA, sungguh DUNIA INI MILIKNYA!..dikau takkan mampu menyentuhku..." Bicara Husin menggambarkan betapa dia yakin dengan kekuasaan ALLAH. Sungguh, sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa perlu ada sifat yakin pada ALLAH. Apatahlagi, ALLAH lah yang menjadikan alam. ALLAH lah yang menjadikan diri ini. ALLAH lah mengaturkan segala perjalanan alam. ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kita. Firman ALLAH dalam surah Yassin ayat 84 " Maha suci ALLAH, yang memiliki segqla sesuatu, kepadaNYA jua kita akan dikembalikan ".

Keyakinan Husin tadi mencetus rasa kagum pada Hizam. Hizam terdiam. Ia sedar selama ini jiwanya telah diperkosa oleh nafsunya yang menggila. Dasar dirinya itu adalah dasar SYAITAN! yang tak pernah kenal erti DOSA. Tak pernah kenal erti bencana dan bala. Yang ia tahu, bertepat dengan syarat nafsunya. Ia bantai sehabis-habisan. Biar luluh hancur piluh. Keluh-keluhan sahaja yang mendatang. Tetap ia tidak menghirau. Ia tidak pedulu dengan semuanya. Tapi, apabila Husin menunjuk kehandalannya, dengan membicarakan tentang kebenaran. Hatinya cukup terasa terpukul. Segala kejahatan dalam dirinya rasa diperkecilkan. Bagai ombak yang menggila bertembungan dengan tebing, pecah berderai. Kalah mati. Ia terdiam seketika. Tiba-tiba, matanya terasa berair. Terasa kehangatan air menitis ke pipinya yang bergurutu itu. Sungguh dirinya terkenal dengan kebengisan, sungguh dirinya terkenal dengan kekejaman, sungguh dirinya terkenal dengan kezaliman, tapi ia menangis bagaikan anak-anak kecil kehausan susu. Merengek bagaikan kelaparan. " AAAAAAAAAAAAAAARRGGGGHHH!!!! Apa yang aku telah lakukan????? Arghhhhh!!!!!" teriaknya pada diri. Husin hanya memerhati dengan mata yang pilu dan kaku. Di dalam dirinya, ia bersyukur dengan nikmat ini. Nikmat hidayah menyapa jiwa. Sungguh batu yang keras mampu membentuk likuk dengan titisan air yang lembut tapi berjuta-juta ia menitis. Pasti kalah jua si batu itu. Kerana kesungguhan titisan air itu. Husin telah lama menasihati Hizam. Cumanya, baru kali ini berhasil. Itupun bila bermulanya pertarungan. Itu baru permulaan pertarungan. Sungguh, hidayah ALLAH itu tidak mengira tempat. Bila-bila sahaja ia menyapa dengan kemahuan DIRINYA. Kudrat yang besar itu tetap dikalah ZAT YANG AGUNG. "Zaaaaaaaappppppppppp!" Sebatang tombak kelihatan menerobosi tubuh Hizam. Tepat ke arah jantung. "ALLAHUAKHBAR!" teriak Hizam. Ia terpana. Husin terpana. "MENGUCAP HIZAM!" teriak Husin sambil berlari menuju ke Hizam. "HIZAMMM...mengucap, La...Illaha...Il ALLAH..Muhammad Rasulallah..." diajarnya Hizam mengucap. Darah yang keluar dari dada Hizam bagaikan sungai mengalir. Basah seluruh tanah kemerah-merahan. "La..Illaha..IL ALLAH ...Muhammad Rasulallah..." Hizam menutup matanya. Ia baring...kemudian terus rebah. Kelihatan hujan mula merintik. Titisan hujan mual menyerikan lagi kematian Hizam. Bagai menyambut syuhadah dengan keberkatan. Dari jauh, kelihatan segerombolan manusia menuju ke arah Husin. Mereka datang dengan bersenjata. Mereka memerhati Husin yang mendekati Hizam. Mereka berdiam. Husin hanya memerhati mayat Hizam. Husin bersyukur Hizam meninggalkan dunia ini dengan keadaan beriman. Husin terus bangun dan dibawanya mayat Hizam. Lalu diserahkannya kepada kumpulan manusia tadi. "Wahai orang-orang yang tertaqwa, uruskanlah jenazah Hizam. Sungguh dia musuhmu, tapi Umar Al Khattab R.A pernah menyatakan " Bila mana kamu mampu membalas, maka janganlah kamu membalasnya." Maka kebumikanlah ia dengan sebaik-baiknya. Ia mati dengan keadaan beriman, sungguh akan tiba masanya kita nanti, belum tentu...sahaja..semuanya dengan ketentuan ALLAH" . Husin terus menlangkah. Sedikit demi sedikit, bayang-bayangannya pun terus tenggelam di sebalik kegelapan. Ia tidak mahu lagi ada persengketaan, cukuplah persengketaan yang ada. Yang lalu sudah berlalu, yang mendatang adalah masa depan. Demi masa depan, ia mahu membina sesuatu yang lebih nyata dan jitu. Ia mahu anak watan yang datang akan lebih persis zaman para Sahabat dan zaman para Nabi-nabi. Masa depan adalah terletak pada tangan pejuang agama. Tanpa pejuang-pejuang agama. Belum tentu dunia ini lunas dengan syarat-syarat ditetapkan oleh ALLAH.

"Realiti perjuangan bukanlah berdasarkan ketegasan atau kelembutan, tapi berdasarkan kemahuan. Hidayah itu datang bukan kerana ketegasan atau kelembutan tapi mendatang atas izin ALLAH, maka dengan sesekalinya, berdakwah dengan bertunjangkan Aqidah yang jelas, pasti ALLAH bersamamu."

12.22 p.m 2 Dec 2008
Mohd Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
Miri , Sarawak



Sunday, November 23, 2008

HATI yang tersihir


Contribute to Arwahyarham Abang Azrul Abang Said
kenangan bersama arwah anjang abang azrul

Hati yang tersihir




Air mata menitis ke riba. Terasa kehangatannya. Hiba hati dan sedikit terkilan. Hatiku celaru mendengar khabar kematiannya. Sungguh dialah antara salah seorang yang mewarnai halatuju hidupku. Dialah “asbab” aku berubah. Aku cukup bersyukur pada ALLAH atas sapaan hidayah ke hatiku. Aku akan rindu pada dia…..




“ Sayang, jum..pi KK kita?” Tanya Alexander kepadaku. Ku jawab SMSnya : “Baik, jam brapa kita pg?” Alexander membalas kepadaku: “Jam 11, amcm? Mau ka?Sayang..rindu ba sama kamu”. SMS nya pelat-pelat bahasa Sabah, biarpun ringkas tidak lari juga bahasanya itu. Rata-rata warga Sabah mempraktikan bahasa Malaysia yang baku. Aku pun menjawab : “ Baik…aku pun rindu sama kamu, sayang.” Hatiku girang dengan SMS dari Alexander. Alexander merupakan rakan sekelasku dulu di sekolah, sekarang dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah bersama-samaku.Kami berada di kursus yang berbeza. Tapi, kerana berbekalkan cinta yang sejemput itu, perhubungan kami tetap mekar hingga sekarang. Tak terputus-putus bagai angin laut bertiupan menyapa tebingan. Berpinar-pinar jiwaku dengan desakan cinta itu. Sungguh Alexander adalah pemuda yang kacak, mukanya persis Pelakon Cantonese. Almaklum, Alexander ini keturunan Sino Kadazan. Padahal aku, hanyalah bajau laut. Kami berbeza bangsa dan agama. Alexander kristian, aku Islam. Aku berpegang pada konsep pemikiran Nasionalisma. Intergriti penyatuan bangsa. Seingat aku, itulah kata-kata yang selalu diulangi oleh menteri-menteri dan orang-orang politik ini. Hahaha..hatiku tersihir juga dengan kata-kata itu.




“Sayang, biar aku jemput kamu di rumah, lepas itu sama-sama kita pg KK?” Alexander menelefonku sebentar tadi. Sayang sungguh Alexander padaku. Terasa tersentuh hatiku atas kebudiman dirinya. Aku terpegun dengan keromantikannya. Siapalah aku ini yang hendak dibuatnya seperti Puteri Kayangan. Bagaikan mimpi sahaja. Aku terasa sangat dihargai. Dah 2 tahun kami berpasangan. Sepanjangan 2 tahun itu, aku dijaga dengan baik sekali. “Oh Alexander, betapa Gahnya dirimu di sana, bila di sisiku…dikau sangat ayu…” bisik hatiku.




Hari ini merupakan hari ulangtahun kami berpasangan. Sungguh, semakin hari semakin saying aku pada Alexander. Begitu juga dengan Alexander, dia menyatakan padaku “ Murni, semakin hari semakin sayang aku pada kamu. Mau ka kamu kawin sama aku bila aku sudah ada kerja nanti?” Fuh.. hatiku menjadi cair padanya. Mana mungkin aku ini diajak kawin. Siapalah aku ini. Sepanjangan hari, kami membiarkan masa kami bersama di restaurant sekitar KK, selepas itu kami pun menonton wayang, bermain bowling. Sekitar jam 6, baru aku pulang. Itupun dihantar Alexander. Baik sungguh Alexander. Sebelum pulang, Alexander mengucup tanganku. Diucapnya perasaan cinta kepadaku. Aku tersihir…




Keesokannya, seperti biasa, aku pergi ke Universiti. Cuaca hari ini agak indah, biar menteri terik menyinari. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapaku. Terasa sejuk dipipi, bias mengguris perasaan yang lesu menjadi sayu, dari sayu menjadi mekar. Bergetar seluruh jiwaku. Aduhai, Pencipta Agung, betapa hebatnya dikau, mencipta sesuatu yang tidak mampu dinampak, tanpa mampu dirasai. Malah enak sahaja bila dirasai. Aku teringat kisah Ulama’ besar Imam Hanafi, ketika ditanya seorang lelaki yang tidak percaya kewujudan tuhan, “ Kau katakan ada tuhan, tapi aku tidak Nampak di mana tuhan. Boleh kau terangkan?” Ketika itu, usia imam hanafi hanyalah satu angka lebih. Dia mampu menjawabnya dengan mudah , “ Ambilkan aku susu” “Minum susu itu” “Maniskan?” Lelaki itu menjawab “ Ya, manis, jadi apa kaitan ini dengan tuhan tadi? Jawab Imam Hanafi , “ Tunjukkan aku mana manisnya itu?” Jawab lelaki itu lagi “ Aku tidak tahu mana manisnya, tapi aku dapat rasa manisnya “ Imam Hanafi pun meneruskan hujahnya “ Sungguh kau tidak Nampak manisnya tapi kau dapat merasai manisnya, begitu juga dengan tuhan, sungguh kau tidak Nampak TUHAN, tapi TUHAN ITU TETAP ADA ”. Lelaki itu termati hujahnya, dia kagum dengan kebijaksanaan Imam Hanafi. Sungguh kisah ini seperti sahaja apa yang ku rasa, sungguh angin itu sedap menyapa, ia tidak kelihatan. Begitu juga dengan ALLAH, aku tidak mampu melihatnya dengan mindaku yang sejengkal depa ini, dibanding dengan diriNYA yang MAHA PERKASA LAGI MAHA SUCI , hinanya mindaku ini untuk membayangkan dia sebagai makhluk yang banyak cacat cela. MasyaALLAH…




Hari ini, senarai peserta Kem Ibadah dipaparkan , nama aku tersenarai sebagai peserta yang bakal menyertai KEM IBADAH 2007, insyaALLAH akan diadakan di Karambunai. Hatiku cukup tertarik kerana aku memang lama mengimpikan untuk mempelajari ilmu-ilmu ISLAM yang selama ini aku abaikan sahaja. Selesai sahaja aku membacanya, aku bertembung dengan seorang pemuda, di sisinya juga ada seorang pemuda. Kacak orangnya, yang di sisinya pun tidak kurang kacaknya. Dia bernama Asyraf, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan. Manakala di sisinya Izzudin juga pelajar tahun akhir jurusan Pengurusan. Mereka ini cukup terkenal di Universiti ini. Asyraf adalah presiden Majlis Perwakilan Pelajar, manakal Izzudin pula sebagai majlis Exco. Aku cukup kagum dengan dirinya Asyraf, beliau cukup berketerampilan, berwawasan, beriman ,berilmu, berkarisma serta bermotivasi. Ramai yang menaruh harapan kepadanya. Tapi tak ada seorangpun diberinya ruang dan kesempatan, kerana Asyraf hanya mencintai ALLAH yang satu. Ia takut dengan seksaan neraka. Ia takut mengundang bencana dan bala. Sedang aku?




Dipendekkan cerita, selesai sahaja KEM IBADAH itu, aku cukup-cukup TERBAKAR! Asyraflah yang menjadi KEM Komandan. ALLAHUAKHBAR! Tak tertahan hatiku dengan bicara MINDA nya. Penuh dengan fakta, penuh dengan gelora, penuh dengan kesaktian yang bisa menghancurkan seluruh keegoan dan kebongkakan dalam diriku. Baru aku sedar, banyak telah aku tertinggalkan dalam ISLAM. AKU LUPA bahawa ISLAM ini adalah satu agama yang menyeluruh, agama yang membina, agama yang memupuk Kekuatan. AKU LUPA….. Surah Al Baqarah “ Wahai Orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mengambil Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan..” Baru aku sedar, apa yang aku bina bersama ALEXANDER itu HARAM disisi ALLAH. Satu BIDAAH BESAR buat ISLAM. AKu mencemarkan nama ISLAM. Aku termenung seketika…..aku sangat cinta pada Alexander….




Hujung Minggu ini, Alexander telah berjanji kepadaku untuk membawa aku bersiar-siar. Nafsuku menuruti tapi jiwaku terseksa. Aku jadi keliru tapi nafsuku membuak-buak membiarkan seluruh jiwaku kekotoran. “Argh, pedulilah!” bentak kata hatiku. Perpatah melayu menyatakan, “ Turut hati mati, turut nafsu binasa!” Benar sahaja kata-kata itu, pada hari yang dikatakan, Alexander membawaku ke suatu tempat yang cukup asing bagiku. TEMPAT itu adalah tempat sembahyang dia. Alexander memdesakku untuk masuk ke gereja. Katanya “ Jika kamu tidak mahu masuk, aku akan marah!” Biarpun aku tahu bercouple itu berdosa, tapi aku lalai dengannya. Tapi bagiku INI LEBIH DASYAT lagi dari bercouple! AAAAA…..aku keliru…aku keliru….Aku berpura-pura, “ Sayang, kejap ya, aku mau pergi tandas.” Aku pun meluru ke tandas. Aku menguncikan diriku dalam tandas. Lamaku termenung. Aku tidak percaya, sampai begitu nekadnya Alexander. Apa semua ini???? Dalam keadaan yang penuh dengan kelam kabut itu, aku mencapai Handphone…baru aku teringat, Asyraf….ya…Asyraf, barangkali si Asyraf ini mampu menolongku. AKu menekan bunat telephone itu, SMS “ Salam, tolong, aku dibawa ke gereja oleh teman lelakiku, boleh kamu bantu aku? AKu dipaksa…aku ISLAM”. Belum sahaja 20 saat, satu SMS bertandang ke handphoneku , “ Salam,Kamu di mana sekarang,Kami bertiga di dalam kereta ini, biar kami ambil kamu sekarang, boleh?” Melihat perkataan “bertiga”, aku membatalkan niatku. Aku membiarkan diriku berkurung di dalam tandas, biarlah busuk tandas itu, asalkan aku tidak sesekali mencemarkan diriku. Aku tidak mahu dipaksa sebegini. Walaupun aku bercouple, aku tetap tahu bahawa ALLAHlah selayaknya disembah. Kenapa harus ku menjejak kaki ku ke sini? Alexander mengetuk pintu tandas, “ MURNI! Kenapa kamu tidak mahu masuk????” Kamu bilang kamu cinta sama aku! Tapi apa ini???Kluar sekarang! Mari aku hantar kamu pulang!” bentasnya dengan penuh kebencian dan marah.




Bermula dari hari itu, Alexander telah menunjuk belangnya, rupanya dia mahu aku menukar agamaku. Benarlah kata-kata Asyraf sesame member tazkirah petang itu, pihak Kristian ini menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang lebih baiknya dimana, untuk mengorat selain dari agamanya untuk dibawa kepada agamanya. Baru aku sedar, semua ini perangkap dan muslimat yang jitu lagi padu. Rupanya, selama ini, Alexander menggunakan duit yang diberi Persatuan Pemuda Kristian untuk membelanjaku. “YA ALLAH! Betapa lemahnya aku sebagai hambaMU!” Dari apa maklumat aku dapat dari Asyraf, PPK ini adalah KYC(Kristian Youth Community). Mereka ini cukup kukuh dari sudut kewangan, kerana ramai di antara penyalur dananya adalah orang ternama dan kaya. Ada diantara orang Islam telah dimurtadkan dengan menggunakan dana yang diberi. Selalunya mereka ini akan mendekati ibu-ibu tunggal, orang-orang miskin yang beragama Islam, dan akhirnya dimurtadkan. Di mana perginya duit baitul MAL? Duit-duit zakat? Kebanyakkan telah dikebas dan dilahap menteri-menteri atau orang atasan??? Tidakkan mereka tahu itu adalah amanah? Yang lebih hinanya, satu peristiwa melandai sahabatku, Mira. Dia bercouple dengan pemuda kristian. Pemuda ini menggodanya, hingga membawanya ke ranjang. Akibat ketelanjuran ini, Mira mengandung. Dan pemuda itu member kata dua kepada nya.” Antara 2 sahaja…Antara kau masuk Kristian atau Anak itu aku tidak akan bertanggung jawab!” Kejinya perancangan mereka ini. Kejinya. Aku tak sangka, aku antara mangsanya. Tapi aku bersyukur pada ALLAH kerana aku terselamat dari perangkap musuk ALLAH. Aku tetap bersamaMU oh Tuhanku. Selama ini,ucapan cinta cinta Alexander itu rupanya SIHIR yang keji. Alhamdulillah, hatiku diberi penawar. ALLAH telah memilihku ke jalanNYA. Tak rugi aku ke KEM IBADAH itu. Penawar-penawar hatiku itu mampu menyekat buak-buak nafsu serta bentakan hati ini agar tunduk kepada yang MAHA ESA. RABBUL ALAMIN!




Sungguh hati ini kecewa dan hambar dengan perbuatan Alexander, tapi jiwa ini tetap mahu untuk counter balik serangan pada pihak musuh. Mula dari saat itulah, aku berjinak-jinak dengan persatuan Islam. Aku mengikuti Usrah-usrah. Membuatkan jiwaku mekar kembali. Mahu mengembali keIZZAHAN roh ISLAM dalam diri ini. Banyak yang aku tinggalkan aku berpaut kembali. Banyak yang aku tidak tahu, aku mulai tahu. Selama ini feminis di Malaysia menyatakan ISLAM ini menindas perempuan, padahal ISLAM itu membangkitkan Maruah Perempuan dari diinjak-injak. Dan dulunya, aku percaya feminis Malaysia ini adalah benar, menyatakan Equality antara lelaki dan perempuan perlu ada, hingga adanya IMAM perempuan. Rupa-rupanya, semua ini adalah kepercayaan yang karut marut. Yang bisa merosakkan Aqidahku. Bukankah ISLAM itu mengangkat martabat perempuan. Dahulunya di Yunani, perempuan tidak layak mewarisi harta. Dahulunya di ROM, perempuan itu hanya sekadar pemuas nafsu. Dahulunya di Arab Jahiliah, anak-anak perempuan dibunuh hidup hidup. Bila ISLAM datang, Maruah wanita dijaga. Wanita menjadi simbolik keagungan. Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim “ Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki IBu”. Ibu itu adalah wanita. Sebenarnya feminis Malaysia ini terhasut dengan ideologi barat yang banyak menyimpang. Di barat sendiri, ibu-ibu diperkosa, ada yang berzina dengan ibunya. Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menjual ibunya sebagai hamba seks. Malah dasyatnya lagi, ada yang menjadikan ibunya hamba abdi! Bukan sekadar ibu, baru baru ini gempar lagi satu akhbar di barat, Bapak menjadikan anaknya hamba seks selama 30 lebih tahun. Gila apa yang melanda barat ini? Adakah pemikiran itu yang hendak diketengahkan oleh Feminis Malaysia ini? Tidakkah mereka ini membawa satu kegilaan ke tengah-tengah masyarakat yang punya maruah ini? Malah dalam ISLAM itu sendiri menjaga hak-hak wanita, hinggakan bila dicerai sekalipun, wanita tetap ditanggung. Berlainan dengan agama yang selain dari ISLAM. MasyaALLAH, rupa-rupanya banyak yang aku tidak tahu. Indahnya ISLAM.




Sepanjang satu semester itu, aku banyak melalui perubahan. Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberi petunjuk dariNYA. Bersyukur juga, kerana dipertemukan dengan Asyraf yang memimpin persatuan ini hingga melahirkan keyakinan dan keuntuhan Aqidah dalam diri ahli-ahli persatuan Islam ini. Kami sangat menyayangi diri Asyraf seperti mana kami menyayangi diri kami. Firman ALLAH dalam Al Quran “ Setiap orang Muslim itu adalah bersaudara”. Kata-kata Umar Al Khattab R.A “ Tidak ada satupun lebih berharga oleh seorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh, apabilan kamu mendapati kewujudan kasih sayang dalam dirinya, peganglah ia bersungguh-sungguh ”
Petang itu, kami menunggu ketibaan Asyraf untuk slot bersama Presiden, cuaca agak mendung, hujan merintis seolah-olah kesedihan menangis. Mentari sipu-sipu terlindung disebalik awam, seolah-olah malu dengan diriku. Aku berbicara dengan sahabatku Izzati , “ Ukhti, bagaimana kalau….” Belum sempat aku berbicara lebih panjang, tiba-tiba Salam kedengaran.. “Assalamualaikum wrh bkth” dari pihak Muslimin. “ Ana ada satu berita yang sangat penting!” katanya dengan raut muka yang sedih..airmatanya jatuh setitik demi setitik.. “Minta semua antum-antumna bersabar dan tenang… Akhi Asyraf telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi…accident bersama Akhi Izzudin..tapi Akhi Izzudin patah kaki dan sekarang masih dirawat di wad kecemasan..perjumpaan kita batal…” Gemuruh seluruh saff tadi…siapa sangka, dia begitu awal pergi. Bertemu dengan kekasih yang abadi…




“Maha Suci ALLAH, yang memiliki segala sesuatu dan menguasai tiap-tiap sesuatu , kepadanya juga kita akan dikembalikan” (Surah Yassin, ayat 83)




*Cerpen ini hanyalah rekaan semata-mata tapi berkisarkan kisah yang benar, segala watak dalam itu tidak merujuk kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang mati. Semoga kisah ini member sedikit sebanyak nasihat dan tunjuk ajar.


Di karang oleh

Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
(Mantan Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu (sesi 2007/2008) )

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Siapa sangka?

Minda manusia selalu berputar ligat memikirkan masalah. Hingga masalah yang difikir tidak mampu lagi dihuraikan secara lisan. Hanya mampu dengan tingkah laku. Siapa sangka, minda yang kecil itu, telah mengurai satu kebenaran. Itu pasti tidak disangka. Al Maklum minda manusia. MINDA MANUSIA!




Baru-baru ini, buruk saja dihambur ke dia. Penuh kontroversi. Penuh Kepopularan! Cabaran tempias meluah kepadanya. Biar kayaannya melimpah ruah tetap sahaja dia porak peranda. Dia banyak dibicara di media. Siapa-siapa pun di dunia ini kenal dia. Siapa sangka? Dia memeluk ISLAM. bukan dipaksa...bukan kerana dihina..bukan...bukan...bukan..tapi kerana HIDAYAH telah menyapa dia. Siapa sangka? Beliau telah diuji pelbagai perkara, ada yang difitnah...ada yang sampai keluar movie menghina beliau. Atas kesabaran itulah, ALLAH telah memberi kebaikan kepadanya.
Surah Al Baqarah (ayat 286) "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuannya.."








micheal jackson...

mikael

Kisah Brother Jacko ini mengingatkan saya dengan satu kisah sejarah yang sama. Kisahnya bukan mengenai seorang artis tapi mengenai seorang pejuang hak asasi Kulit Hitam. Iaitu Malcom X

boleh dapatkan infonya di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Malcolm_X

LONDON, Nov 21 - Michael Jackson has become a Muslim - and changed his name to Mikaeel. The skint superstar, 50, donned Islamic garb to pledge allegiance to the Quran in a ceremony at a pal’s mansion in Los Angeles. Jacko sat on the floor wearing a tiny hat after an imam was summoned to officiate - days before the singer is due to appear at London’s High Court where he is being sued by an Arab sheikh.
A source told last night how Jacko, brought up as a Jehovah’s Witness, decided to convert as he used a studio at the home of his chum to record a new album. The star - whose hits include “The Way You Make Me Feel” - was spotted looking “a bit down” by a producer and a songwriter who had both embraced Islam.
The source said: “They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea. “An imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief.” Mikaeel is the name of one of Allah’s angels.
“Jacko rejected an alternative name, Mustafa - meaning ‘the chosen one’”. British singer Yousef Islam, 60 - who was called Cat Stevens until he famously converted - turned up to help Jacko celebrate. It was his pals David Wharnsby - a Canadian songwriter - and producer Phillip Bubal who counselled Jacko.
The pair’s new names are Dawud Wharnsby Ali and Idris Phillips. Jacko now prays to Mecca after the ceremony at the Hollywood Hills home of Toto keyboard player Steve Porcaro, 51, who composed music on the singer’s Thriller album.Jacko, who rarely ventures out without a mask, is due to give evidence on Monday in a £4.7million (RM25 million) lawsuit brought by Prince Abdulla Al-Khalif of Bahrain.
The sheikh claims he bankrolled the singer’s lavish lifestyle in exchange for an exclusive recording contract. The billionaire sent songs for him to record but claims he was blanked. He told the court yesterday: “Many times he confirmed to me he would pay me back.” - The Sun
Sumber : http://www.tranungkite.net/
Posted by your choice at 6:44 PM 0 comments

Wednesday, November 12, 2008

Di mana dia Syeikh Uthman AS Sarawaki

Di mana dia Syeikh Uthman As Sarawaki?

Ku lirikkan mataku ke novel Galaksi Muhlisin, penanya sahabat Azrul Jaini,anak jati Sarawak, Pelajar tahun akhir sarjana muda kejuruteraan Mekatronik Universiti Islam Antarabangsa. Aku kagum dengan penanya, kreatif, informative, teliti serta penuh dengan gaya penulisan yang hebat, sukar ditafsir hebatnya. Aku renung jauh ke taman Universiti Teknologi Petronas, kelihatan Awan hitam mula bergumpal, lama kelamaan,merintik hujan membasahi Alam. Berirama, merdu gemersik, syahdu. Lamunanku tadi menjadikan mindaku terus berputar, memikirkan kesejahteraan Bumi Kenyalang. “Megahnya kenyalang….bersamamu terbang di angkasa, bagaikan Jet Pejuang Padu. Gagah Perkasa mengalahkan Sang helang” desisku di hati.

Di mana perginya Syeikh Uthman As Sarawaki? Siapa syeikh Uthman As Sarawaki? Mindaku tertaut pada intipati soalan yang ligat bermain-main di sekitar mulutku. Sudah bertahun lamanya, nama itu mekar di hatiku. Ulama’ Kelahiran Sarawak, kelahiran Kampung Sinjan, Kampung ibuku sebenar beliau cukup terkenal di bumi bertuah, bumi anbiya’, bumi rahmat, Mekkah Mukaramah pada sekitar awal 1900 masihi. Di sana, Syeikh Uthman telah mengabdikan diri sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram depan ka’abah Al Musyarraf.
Biarpun kampong itu tempat kelahiran Syeikh Uthman AS Sarawaki, sungguh budaya di kampong itu telah dirosak. Wajah anak muda kelihatan mekar tapi sudah pandai berjinak dengan kencing-kencing syaitan. Apatah lagi dadah-dadah yang membinasakan. Tidakkah mereka tahu, bumi kampung sinjan ini kelahiran Ulama’ Agung Sarawak? Tempat kelahiran Ulama’ Nusantara. Di mana perginya Syeikh Uthman As Sarawaki.


Usahlah kita berbicara kisah yang sudah lama terkatup di buku catatan mungkar dan nangkir, kerana ia sudah 1 abad berlalu. Usia satu abad itu, menjadikan sesebuah kawasan itu menjadi lebih matang dan membangun. Tapi, ia hanyalah bayangan semata-mata. Bumi Sarawak sudah mekar dengan ideologis Kebaratan. Ideologis Zionis. Islam dipandang lapuk. Islam dikatakan sebagai pilihan para-para Ustaz ustazah sahaja. Untuk golongan orang tua sahaja. Walhal, Islam itu adalah anutan. Islam itu adalah kefahaman. Islam itu adalah pemikiran. SATU IDEOLOGI KETAMADUNAN. Islamlah yang merencanakan kemajuan teknologi DUNIA ini. Lapukkah ideologi itu? Astarfirullah al azim…..Islam adalah milik semua. Hak semua manusia. Wajar difikir dan diamati. Diteladani …dicontohi …diikuti…diwarisi…dipersembahkan…diperhebatkan…ditonjolkan…barulah disitu ada Roh ISLAM akan menggempar bumi Kenyalang ini.
Anak-anak muda, berasa bila memegang Islam ia akan dipinggirkan kawan-kawan. Ternyata salahlah anggapan itu. Dalam Islam Sendiri, mengajarkan satu seni persahabatan yang sangat-sangat Indah. “Ukhwah FILLAH!” Bersaudara kerana ALLAH” Hidup mati bersama kerana ALLAH. Bantu membantu..susah senang bersama. Makrifat cinta persahabatan..manusianya…hanya yang merasa itu tersentuh kenikmatan MADU kelazatan…membuah pelbagai bicara yang indah..nikmat…sampai, anak muda yang keras, cair lulur…sebab kehangatan Ukhwah Fillah itu…Inilah yang perlu diterapkan pada anak-anak muda harapan bangsa , anak watan bumi Kenyalang.




Bumi Sarawak bertuah ini sangat memerlukan Manusia seperti Syeikh Uthman As Sarawaki. Punya keintelektual, punya daya kritis, punya kemahuan untuk melihat kemajuan pemikiran pada anak muda. Mahu mencetus satu tanda Tanya yang berbuah manisan IMAN dan TaKwa.


Kemarau Ulama’ kah di bumi SARAWAK? Kemarau USTAZ kah di bumi SARAWAK? Kemarau SYeikh besar kah di Sarawak? Sungguh hatiku kadang-kadang berbisik, hari ini ada buah hasilnya…Di Sarawak sendiri, rata-rata penduduk melihat kerjaya para Ustaz hanyalah biasa-biasa. Bukan seperti dulu, di agung-agung, kerana mulianya. Atas kerana materialistik. Kerana gaji para ustaz tidak sehebat para Doktor. Tidak sehebat para Jurutera. Bidang yang cukup popular. Maka disitulah, ALLAH telah berjanji, para Duat ini dilahir pelbagai rupa. Di zaman Abasiyyah, lahirnya ilmuwan islam yang berupa Pakar Perubatan, Ibnu Sina, pakar Matematik Ibnu Khawarizmi, para astrologi dan macam-macam lagi.Maka di Sarawak, insyaALLAH, akan tumbuhnya ProTAZ. Yakni Professional Ustaz. Yang rata-ratanya anak muda, seperti Muhtar Suhaili As Sarawaki ikon Mahasiswa Jurutera , Azrul Jaini As Sarawaki penulis Novel Science Fiction juga mahasiswa Uia, di bahagian selatan Sarawak.Akan dating pasti disusuli lagi dengan Doktornya, dengan Cikgu-cikgu nya, dengan Pakar Farmasinya, Juruteranya…semuanya akan menyusul. Di Barat Sarawak, tumbuhnya para Mahasiswa Islam UNIMAS yang menganggotai PERKEPIS, insyaALLAH bersama membawa panji panji kebenaran untuk menyempurnakan Risalah Rasulallah S.A.W. Dan rata-rata mahasiswa Sarawak kebanyakan telah disapa Ad Deen. Hati mereka ini terpaku dengan wajah indah ISLAM. Mula sedar, Sarawak sangat memerlukan Da’ie. Sangat memerlukan pejuang-pejuang, keranan kritikalnya Sarawak, hingga yang muslim pun berpakaian seperti bukan Muslim.Sedangkan ALLAH nyatakan dalam Al Quran


“ Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu mengambil Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikut Jejak langkah Syaitan.”


Malah tunjang ikutan bukan lagi didasari Al Quran dan As Sunnah. Hanyalah ikutan hati dan nafsu. Ikutan fahamanan Hedonisme. Fahaman mengikut-ngikut orang. Biarpun kelihatan bangsa cina di Sarawak lebih advance, mereka masih tidak mampu mendahului kejayaan TAMADUN ISLAM yang berteraskan Al Quran, kenapa harus menjadikan mereka itu panduan? Kenapa tidak Al Quran dan As Sunnah? Bukankah itu lebih anjal dan jitu yang terbukti oleh Sejarah?


" Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah ( Al - Quran), kami akan adakan baginya syaitan(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk" ( Surah Al Zukhruf 43, ayat ke 36-37)

Masa depan Sarawak sekarang kelihatan cerah. Dakwah sudah mula dipertingkatkan. Apatah lagi, pergabungan antara para NGO NGO Islam Yayasan AMAL Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Hikmah, JIM, Persatuan Pekerja Islam Petroleum dan macam-macam lagi. Menggambarkan, lahirnya Syeikh Uthman As Sarawaki yang berbentuk penggabungan .Kembali mencetus revolusi Islam. Semakin hebat dakwah diperkasakan, semakin hebat juga tribulasi dan mehnah yang akan dihadapi. Semakin hebatlah serangan terhadap Islam di Sarawak. Jadi? Bila lagi mahu menyumbang? Bila lagi mahu berbakti? Mahukah kita menungguh di saat, Bumi Sarawak ini dicengkam kekufuran dan kebinasaan? Bilamana kita diinjak seperti di Chennya? Di Ambon? Di Algeria? Di Bosnia? Di Kosovo?Di Congo?Di Ighur? Di Timor Leste? Bila Al Quran sudah berani diketepikan..nescaya bencana itu akan menyergah bila-bila sahaja. Jangan tunggu lagi. Ayuh…ayuh…ayuh… Biarpun Jasad Rasulallah SAW, Biarpun Jasad Para Sahabat sudah tiada…Biarpun jasad Syeikh Uthman As Sarawaki sudah tiada, rantai-rantai perjuangan mereka tetap harus kita pikul…tetap harus diperlaksana. Kita cukup bertuah..Kerana ini hanya penyambung rantai..sudah ada manual yang lengkap (Al Quran). Hanya perlu mempelajarinya. Biar manapun kita, kita perlu kepada penggabungan ini. Mahukah anda turut bersama?

Saturday, November 8, 2008

BURUNG PIPIT

BURUNG PIPIT



Merenung ke langit, terpandanglah seekor burung pipit, berterbangan di angkasa, bebas, terbangnya hanyalah ke satu arah sahaja. Meluru ke hadapan, tanpa rintangan yang mampu dilihat secara zahir. Padahal, pelbagai rintangan yang sukar diperlihat. Rintangan angin yang bertiupan deras. Rintangan tenaga untuk menggerakkan kepak dengan pantas. Rintangan mencari arah tuju. Sang Burung itu tetap terbang KE HADAPAN!
Yah! Anak-anak muda sekarang banyak telah berputus asa dengan diri. Sampai satu saat, ada yang hendak bunuh diri. Malah ada yang dasyatnya, satu keluarga dibunuh kemudian membunuh diri sendiri. Segalanya berpunca, kurang keyakinan pada diri. Alangkah sadisnya, perbuatan itu menjurus ke arah kemusnahan. Walhal, sudah terang bederang jalan keluarnya. Cuma perlu dilakukan, melangkah terus dengan perasaan MAHU! Dengan tenaga PADU! Dengan KESUNGGGUHAN! Erti katanya : “ Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan”.
Sungguh, kali ini kita bakal menghadapai dugaan dan cabaran ujian (FINAL SEMESTER) apatah lagi, sekarang ini, saya telah menongkah alam baru. Alam Ijazah, dahulunya alam Diploma. Jauh lagi arah tujunya, jauh lagi perjalanan. Sukar untuk ditafsirkan. Adakah wajar untuk menyerah kalah sebelum mencuba? Ada yang menyatakan, jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Sungguh kita punya perancangan, tapi Perancangan ALLAH lagi hebat. Maka berdoalah kita padaNYA. Dialah segala petunjuk lagi segala Penolong. Sebab itu, diperlihatkan burung yang berterbangan, kecil….halus milus rupanya. Mahu menongkah kadaran angin yang kencang. Lalu sampai berjuta kilometer. Singgah menjamah makanan. Berjaya di destinasinya. Adakah kita kalah kepada seekor burung. Walhal, akal diberi berjuta hebatnya, minda diberi sejahtera. Mentaliti kita kalah pada burung?

Oh..anak muda,
Tenaga sejahtera,
Badan perkasa,
Minda membuah bicara,
Sang penguasa dunia,
Pentas dirobek,
Sejarah dicipta,
Anak muda!
Anak Muda!
Wadah menggugat persadaran,
Kalimah tusuk ke jiwa.

Sunday, November 2, 2008

Meniti hidup..utk berubah

Sungguh, cerita ini dah lama...tapi saya suka untuk memaparkan dan mengingatkan kembali. Bahawa hidayah ALLAH itu adalah tanpa kita duga. Siapa tidak kenal Nicholas Sylvester. Seorang anak muda yang berjuang atas nama Kristus, di penghujung usia 19, beliau mula menerima Islam yang dibencinya selama ini. Kini, pendakwah yang begitu teruja dengan perjuangan di Medan Islam. Sungguh, hati ini terasa bersalah dan agak kecewa juga dengan diri. Viarasi keluarga yang bermacam-macam agama. Ayah saya adalah cina yang tulen. Keluarganya bermacam-macam agama. Sukanya saya menyatakan ayah saya memeluk Islam bukan kerana Kahwin. Kerana keyakinannya kepada AGama Islam lalu kemudian berkahwin dengan ibu saya seawal usia 25 tahun. Sepertimana yang kita mahu, setiap perjalanan hidup ini hendaklah diseri dengan pelbagai ranjau dan pelbagai karenah. Nama lagi kehidupan. Bukan cerita. Bukan khayalan. Namun, ia adalah sebahagian asam garam kehidupan.

Ingin berkongsi sedikit rahsia hidup ini, pakcik saya adalah seorang ahli gerakan kristus yang begitu komited dengan penyebaran kristian. Entah apa dipercayanya. Pernah kami berdebat di dalam perjalanan ke lapangan terbang. Apa hasilnya? Entahlah. Moga ALLAH membuka hatinya menerima Islam. Sungguh, di dalam menitu hidup. Apa yang kita lihat, apa yang kita nampak. Bukan untuk menyatakan kebenaran. Tapi sebenar, adalah untuk dianalisa sebaik-baik. Untuk dijadikan pengajaran. Agar, kita tahu ALLAH itu RABB! Muhammad itu Utusan! ALLAH itu maha mengetahui...lagi maha penyayang.

Saya pernah berbicara dengan seorang saudara baru. Pertama kali saya berjumpa seorang saudara baru, ketika di Universiti ini. Sungguh hati ini gembira. Saya menyatakan padanya...Anda adalah orang yang sangat2 beruntung. Kerana, selama ini, saya menyeru saudara mara saya kepada Islam, tapi..yang mendapat hidayah, adalah anda" . Benarlah, ALLAH akan memilih hati yang terbaik. Biarpun, kita berusaha di sini. Pasti membuah hasil. Tapi bukan yang mampu kita nampak. Tapi jauh dari sanubari untuk diperlihat. Maka...di sini, ada sebuah kisah seorang timbalan menteri. Siapa tak kenal Leo Micheal Toyad. Menteri di Sarawak. Mungkin yang tak tahu, adalah orang yang tak membaca. Sungguh, hati ini gembira. dan cukup girang. Mendapat tahu, hidayah telah menyapa hati Sdr Leo ini. Inilah sedikit tatapan untuk kalian... Moga-moga Usaha para Da'ie ini, membuah kejayaan dakwah ini Sabah dan Sarawak! dan Seluruh Dunia. Islam pasti bertapak lagi!

Friday, July 11, 2008




"saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" - Leo Toyad

"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.
Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.
Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.
Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.
Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.
"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.
Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.
"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.
Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.
Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.
Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.
Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.
Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.
Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.
Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.
Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.

Sunday, October 26, 2008




Update..Update Up...date.... Makin malas dah rasa aku nak update. Keluh hati kecil ini. Merapu segenap hari.... Sekian lama sudah, aku tidak berbicara sesuatu yang membuka minda. Aku merasa sahaja dengan hati yang penuh lara dan kekhayalan. Fantasi mimpi menjerngah diri. Baru-baru ini, aku telah menuju ke satu mimpi yang nyata. Khayalan ini cukup memenatkan diri. Penat dan kusut menerjah ke jiwa. Hampir lumpuh seharian diri. Mungkin kalian pernah merasai kepenatan ini. Sungguh, akan ku kongsikan pengalaman 1 hari di 3 lokasi. Sri Iskandar -> Kuala Lumpur -> Kota Kinabalu... Kota Kinabalu ---> Kuala Lumpur ---> Sri Iskandar.

Selesai kuliah jam 12, aku bergegas ke Village6, bersedia sebelum berangkat ke Sri Iskandar. Persediaan ke Konvo. Terperit dihati kegirangan. Tak Sabar rasanya, melangkah kaki ke kampus lamaku. Rindu membuak2 pada adik2. Bagaimanalah agaknya perjuangan mereka? Aku berserah hanya pada ALLAH. Kerana ALLAH itu maha Penolong lagi Maha Pemurah. Perjalana ke Pudu Raya memakan masa 3 jam 1/2. Sengal bahuku. Tapi gembira juga. Kemudian, aku mengambil teksi ke LCCT. Kerana khuatir ketinggalan pesawat. Zappppp.....aku sampai ke LCCT. Jam 10.30, aku pun menaiki Pesawat. MENUJU KE KOTA KINABALU...negeri di bawah Bayu. AKu sampai sekitar 12.30 malam. Agak penat, memugah beg2 , terus aku membeli tiket, menuju ke destinasi yang seterusnya. Hotel tempat, emak ayahku menginap. Gembira hati tak terhingga, bersua yang yang tercinta dan tersayang. Tak rugi penat, dibayar dengan kenikmatan ini. Sampai satu saat, pasti kalian merindui saat ini. Dini hari, anak2 banyak derhaka pada mak ayah, ada yang sanggup membunuh ibu bapak sendiri, ada yang pernah merogol ibu sendiri. Malah ada Ayah sanggup merogol anak sendiri. Dunia yang pelik. Tapi, aku bersyukur, ibu dan ayahku bukan sedemikian. Mereka insan yang mulia. Mereka banyak mengajarku erti hidup.

Keesokannya,
Aku melangkah kaki ke Politeknik Kota Kinabalu. Hari Konvokesyen ke 12. Aku antara graduan yang berjaya. Selama ini, hanya kegagalan yang aku dengar. Ingin ku perjelaskan pada kalian. Bagiku kecemerlangan tidak boleh ditakrifkan dari sudut akademik dan kokurikulum sahaja. Tapi kecemerlangan hendaklah ditakrifkan dengan perhubungan kita dengan manusia dan ALLAH jua. Sejauh mana kita mempunyai diplomasi dengan manusia dengan hebat? Diplomasi kita dengan ALLAH dengan hebat? atau hanya sekadarnya cirit-ciritnya? Atau maha hebat? Lihat dominasi cinta kita...cinta pada siapa? Cemerlangkah kita? Jika kelakuan kita umpama setan? Cemerlangkah kita, jika kita sekadar berjoret-joret melakukan perkara terkeji? Cemerlangkah kita? Jika jika berjaya meyakinkan diri kita bahawa kita sememangnya cemerlang? Nah, mana satu perjalanan yang dinyatakan cemerlang?

Perjalanan 1 hari di tiga lokasi, menghadiahku satu makna pelajaran yang hebat. KECEMERLANGAN>?????? Ertikan dalam hidup.

Kecemerlangan warisan umat Islam. Betapa cemerlanganya pejuang-pejuang Islam dini hari. Meraih cinta yang ABADI. Menjujung perkasa cinta Sejati. Menjulang nama yang SAKTI! ALLAHUAKHBAR! Beratnya erti kecemerlangan itu.

Adakah sekalian graduan percaya, dalam kecemerlangan itu ada satu kegagalan yang tercucuk padanya? Gagal untuk membuktikan diri ini sebagai hamba yang setia. Gagal untuk menyatakan pada diri ini, hati tidak ikhlas pada cinta yang esa. Gagal membuktikan HANYA ALLAH EMPUNYA DUNIA? Cemerlangkah itu>?

Wahai adik2ku yang setia bersama kampus,
Renungkanlah, kalian kejarkan apa? Kecemerlangan yang hanya diraih di PENTAS??????? Tahukah kalian, di pentas itulah, segala lakonan dan pentas drama berlansung. Hanya sebagai peraih nafsu. Peraih populariti. Niatkan dalam diri. Kita mahu cemerlang untuk membutkikan ISLAM ITU BENAR! NERAKA ITU BENAR! ALLAH ITU BENAR! MUHAMMAD ITU BENAR! Katakan pada diri. Sungguh jiwa ini perlu pada kebenaran. Pada kebenaranlah memupuk semangat kecemerlangan!


Petang itu, aku bersalaman dengan para sahabat, lecutere, kawan2, mungkin ini kali terakhir kita bersua, mungkin akan datang mampu kita bertandang. Hidup ini singkat. Tak tahu lagi bila masa untuk bersua. Apa-apapun, ku doakan kalian dan termasuk diriku, diberi rahmat dan hidayah dari Yang MAHA ESA. Selesai ku cium pipi, ku peluk ,ku salami tangan ayah dan ibuku, mereka beredar ke hotel. Aku terus ke boarding room. Masa untuk bertolak ke KL. Terus ke Sri Iskandar. Selamat tinggal Sabah. Selamat Tinggal Politeknik. Mekar dicoret suratan kenangan. Aku rindu pada kalian. Aku rindukan kalian. Aku rindukan kalian.

2.30 pagi, aku sampai di depan UTP. Leherku sakit. Badanku lenguh. Ya ALLAH! perjalanan 1hari...mampu menjadikan aku demam. Ya ALLAH, sungguh ini sakinah dariMU kepadaku. Ku bersyukur padaMU.

SElamat Berjuang para Pejuang!

Saturday, October 18, 2008

Why you should do it?

WHY YOU SHOULD DO IT?



People always say that “to carry out a mission, always with a vision”. So, when you are doing small particular thing, it should always be with a vision. Not to carry out a mission without any motive. Or else, you are just preparing yourself to fail in the destiny.
Pretending that you have work to complete on and it must be perfect, and this particular thing must be completed with a short duration given. What should you do? What can you do? Or…How can you manage it? All these parameters are just need to elaborate on, and add on something on it. Try to figure it what you can do. How u can do. Why you should do?
Why you should do?
This question is related with the first phrase that I have mention just now. It has some deep meaning inside it. Even though, it is just a simple question. Don’t ever judge a book by its cover.
People around the world always trying to figure out, why they’re should do this and that, even it is not compulsory or evens it is compulsory for them. When they get to know the answer, they will try to do it with “determination”.
So, how pull out oneself determination? The answer is...”WHY YOU SHOULD DO IT?”
In Islam, there’s a hadith from Imam Bukhari and Muslim, “ All the Ibadah must be with Niah”
Niah is just like a vision and Ibadah it is just like a mission to carry out. Niah is your intention towards something. Ibadah is ritual. So, Islam itself has shown you all the answer towards the determination. Even, you make any research about this feeling or this behavior. Islam has discovered this a long time ago, in the ancient day. The faith is, you have to figure out what is the purpose to do this? What is the advantage that you gain from doing this? Think deeply. Do not think just by the surface. Or else, you will suffer the lack currency and so on. You will get the negative result and by then, you are unlucky.
So, this moment, please…be sure to think critically. Avoid to just getting out of the matter by run away. Try to face it. Relate it with the question. Try to monolog towards yourself, “WHY SHOULD I DO THIS?”
Try to figure out the main purpose to do the thing. Be patient and hold your breath. InsyaALLAH, you can do it.

Wednesday, October 15, 2008

Our Chancellor...

1. INFO SHARING - EXTRACT FROM www.chedet.com, OCTOBER 15, 2008 (New 16/10/2008)1.





Pada 24hb Ogos saya, sebagai Canselor U.T.P. telah menyampaikan ijazah-ijazah kejuruteraan kepada 1,086 graduan. Saya amat tertarik dengan kampus U.T.P yang terletak di Tronoh, Perak di atas bekas tanah lombong yang amat luas. Lanskapnya begitu cantik dan udaranya nyaman dengan dihiasi pokok-pokok besar dan pokok-pokok kecil. Saya fikir kampus yang begini cantik dan tenang, jauh dari bandar besar amat sesuai untuk menuntut ilmu.

2. Penuntut yang dapat masuk universiti ini amat bernasib baik kerana lebih daripada 10,000 yang pohon untuk masuk tetapi hanya 500 sahaja yang diterima. Ramai yang diterima mendapat biasiswa daripada Petronas, JPA dan lain-lain agensi Kerajaan dan juga syarikat-syarikat petroliam. Lebih 10% daripada graduan terdiri daripada penuntut luar negeri.
3. Dewan Besar amatlah cantik dan dapat menampung sebilangan yang besar daripada graduan dan ahli keluarga mereka.
4. Saya berucap di penghujung acara sebelah pagi dan cuba memberi nasihat kepada siswazah akan kehidupan mereka setelah mendapat kerja hasil ilmu yang diperolehi mereka. Saya menekankan tentang betapa mereka perlu ingat akan alma mater mereka dan berusaha untuk memberi nama baik kepadanya.
5. Saya sebutkan juga tentang sikap yang diperlihat oleh bekas pelajar di universiti-universiti negara maju yang apabila mereka berjaya akan membantu alma matermereka dengan derma yang amat besar.6. Budaya ini tidak terdapat di Malaysia. Bahkan kadang-kadang kita tidak sedikit pun berasa terhutang budi kepada institusi yang telah bekalkan kita dengan ilmu yang menyumbang kepada kejayaan kita.
7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.
8. Justeru itu amatlah penting kita pupuk segala amalan yang membuktikan kita bertanggung jawab, kita bersyukur dan kita sedia membalas budi kerana dengan sifat-sifat ini yang kurang bernasib baik akan dapat menumpang mereka yang bernasib baik.
9. Saya juga sentuh berkenaan tindakan Kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya percaya ini disebabkan oleh penuntut kita sudah dewasa dan bertanggungjawab. Justeru itu mereka tidak akan sia-siakan wang yang banyak yang sanggup di belanjakan oleh pihak tertentu untuk membantu membekalkan mereka dengan ilmu yang boleh menjayakan hidup mereka.
10. Sebenarnya Petronas belanja hampir RM150 juta setahun untuk mengadakan U.T.P. Belanja ini tidak termasuk pembangunan universiti dan biasiswa.
11. Jumlah kutipan yuran universiti hanyalah RM20 juta. Ini bermakna Petronas memberi subsidi sebanyak RM130 juta untuk membekal penuntut yang bernasib baik dengan bekalan ilmu untuk menjayakan kehidupan mereka.
12. Bagi seseorang yang sedar bahawa beradanya mereka di universiti adalah atas perbelanjaan Petronas, tentulah mereka tidak akan sia-siakan bantuan ini. Tentulah mereka akan gunakan bantuan ini untuk menjayakan tujuan ianya diberi.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at October 15, 2008 12:59 PM --------------------------------------------------------------------------------------------
Duit yang diberi Petronas kepada penuntut di UTP sebulan rm500, belum ditambah elaun buku dan elaun laptop, tapi bila difikirkan balik. Sebenarnya ia adalah pinjaman, bukan biasiswa. Memangpun....jadi apa yang sponsorship petronas ini umpama PTPTN juga, cumanya, ia ada advatage sedikit, iaitu, boleh bekerja dengan PETRONAS, kalau dpt pointer 3.0 ke atas.....
Agak-agaknya, siapa lebih untung?
Masing-masing ada kelebihan dan advantages

Sunday, October 12, 2008

Masa Depan



Duhai Pujangga Sepi,
Katakan pada diri..
Sungguh hati ini terpana..
Pada jiwa yang layu..

Duhai Mentari...
Sinaranmu mewarnai merkah yang lalu,
Bertahun-tahun lama..
Hingga ia seri seisi bumi..
Berkat seluruh pelosokan..
Warna-warna seisi..

Belum tentu sahaja..
Ia kekal mekar sepanjangan..
Belum tentu sahaja..
Ia terus bergolakan..
Hanya sekian seketika..
Badai pula berkelana..
Andai sepi yang menjuram ke riba..
Jatuh ke hati..
Terpelosok ke duri..

Kian lalu...
Sepintas sahaja..
Masa depan menanti..
Belum tentu dirancang..
Belum tentu termaktub..
Ia sepanjangan di luar minda..
Kata-kata..
Bisik-Bisikan..
hanya berkelodak buih buihan..
Meletup letupan...seketika..hilang sahaja..

Masa depan...
Hanya ALLAH yang mengetahui seisian..
Kerana DUNIA INI MILIK ALLAH

Friday, September 19, 2008

Malaysiaku..oh Malaysiaku

Terkejut jumpa mayat - Lagi mayat dibunuh, dibakar di dalam kereta di Johor
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIEnanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my


BEBERAPA anggota polis memeriksa sekitar kawasan mayat serta kereta yang terbakar di Kampung Plentong Baru, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Hendak cari besi buruk, terjumpa mayat rentung! Itu nasib dua sahabat yang terjumpa satu mayat yang hampir rentung di dalam sebuah kereta di belakang sebuah kuil di Kampung Plentong Baru, di sini pukul 2.10 petang semalam.
Salah seorang daripada mereka yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia dan rakannya sedang mencari besi buruk untuk dijual di sekitar kawasan tersebut.
"Tiba-tiba saya ternampak sebuah kereta yang telah terbakar. Saya pelik kerana beberapa hari lalu kereta itu tiada di situ.
"Ketika diperiksa, saya terkejut sampai melompat apabila melihat ada mayat yang ditemui terikat di dalam kereta itu," katanya di sini semalam.
Mayat yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai mati lebih daripada 24 jam.
Sebelum ini, pelajar cemerlang, Lai Ying Xin, 16, telah diculik, dibunuh dan dibakar kejam sebelum mayatnya ditemui hangus di kawasan semak di Taman Putri, Kulai Jaya di sini Selasa lalu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainudin Yaakob semasa dihubungi berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat dan dipercayai mangsa bunuh.



Saban hari di Malaysia, semakin berkumandang seruan bunuh membunuh, rogol merogol...sex bebas, budaya hedonisme, Dadah dan macam2 lagi isu yang tak sering kering di perkatakan. Hal ini menjadi rutin sajian pembaca mahu penonton berita. Adakala lain, adakala berbeza. Tapi intinya tetap sama....BUNUH! ROGOL! DADAH! dan macam-macam lagi. Adakah Malaysia telah terarah menjadi negara tanpa manusia? Wancana kali ini bukan ingin berbicara benda ya sahaja. Tapi mahu para pembaca menongkah kembali Sirah Nabi dan Al Quran yang terkatup lama dek disinggah debu..... DI MANA PERGINYA PEMIMPIN YANG ADIL!

Adakah negara Malaysia ini negara yang membuahkan keberkatan dan rahmat dari ALLAH? Baldatun Thoyyibatul Wa Rabbul Ghaffur? Sehari-harian sahaja, kita diwar-warkan benda yang tak seharusnya diperdengarkan. Agak-agaknya minda saya semakin berkocak kelana dengan berita ini. Perit tapi tetap harus ditelan. Ia adalah realiti. Sanubari ini bertelagah sesama jiwa. Mahupun perubahan berlaku pada MALAYSIA yang TERCINTA!

Duhai Rakyat yang bijak lagi arif berfikir...
Fenomena yang melandai Malaysia ini sebenarnya telah lama ada penyelesaiannya. Malah terbukti berkesannya. Cuma adanya, kita takut untuk mengadaptasikan masalah ini dengan penyelesaian yang sewajarnya. Kita terlalu takut berhadapan dengan kenyataan kita ini penakut! Penakut yang diletakkan pada ketakutan yang tak sewajarnya. Kita takutkan semut yang tidak berbisa, kita cuma takut olok-olok pada ular tedung yang sangat berbisa. Wajarkah?
Kita takut untuk mengimplementasikan Undang-undang ALLAH, kerana takut pada ancaman dari NATO' , dari amerika, israel? Yang semena-mena tidak sehebat mana jika dibanding dengan ancaman ALLAH AZZA WA JALLA.

Secara teorikalnya, Malaysia jika mahu menjadi kering dari Isu isu BUnuh, Rogol dan Dadah dan macam-macam lagi, maka laksanakan Hukum ISLAM. Pelaksanaan hukum Islam ini telah menjadi pengajaran buat tamadun Islam yang lalu. NEGARA yang penuh aman dan berkah. Adil dan Saksama. cuma tanya diri sendiri. Kita terlampau mencurah jiwa kita kepada nafsu serakah yang berkocak-kocakan. Membuahkan kelodak yang hina lagi keji.

Di mana kita?
Di mana AKhlak kita?
Di mana Keberanian kita?
Di mana kesungguhan kita?
Di mana Kebenaran kita?
Di mana Kasih sayang Kita?
Di mana Rasa cinta kita?
Di mana ?
Di Mana?
Di mana?

Tuesday, September 16, 2008

Life is meaningful


If you think you are unhappy, then look at these guys...









If you think you don't have many friends...









If you think your income is low...








When you feel like giving up, think of this man...




Enjoy life how it is and as it comes.Things are worse for others and is a lot better for us.There are many things in your life that will catch your eyes.But only a few will catch your heart... pursue those. So, please be Qanaah with what happend to you.


But, don't let the greedy be more greedy. The Humbleness is the important state to be review on. Lets the Fairness guide the way. Lets the future parallel with the guidance of ALLAH. May we become the Nation of Barokah. Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbul Ghaffur! That every will not suffering this..that every will share this Precious Moment.. I AM SURE! WE WILL BE MORE SECURE..with the ISLAM WAY!


The future nation doesn't mean the whealthy of the concreteness. It is meaningless. The future nation does not construct by the concrete engineer. But it is construct by the Rijalun Dakwah Engineer. We cannot make the outcome without any feeling. We have to stream on the feeling. Emphaty. Delightness. To share our prospherity with other. Share our spirit and meaning of life. Trought out this, we will have a good opportunity of life. NO MORE WAR! NO MORE RAPE! NO MORE BUGLAR! NO MORE STEALING! NO MORE UNMORALITY!

Thursday, August 14, 2008

Kera....

Seri mentari mewarnai pagi, bersiulan burung mendatari awan, pagi ini sangat indah. Perjalanan menuju ke Kuliah hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Hari-hari begini, insyaALLAH aku akan menjadi warga yang sihat.

Pagi ini, kera-kera bermain di tepi jalan. Ada yang besar, ada yang kecil. Aneh tapi unik. Aku memerhati perilaku mereka. Ajaibnya ciptaan tuhan. Pergerakan mereka kuperhati, ku lihat ada sedikit similarity di kalangan manusia. Si kecil mengekori si tua. Mengutip apa-apa saja di tanah untuk dijamah. Untuk mengalas perut yang kelaparan. Disergah, pasti bertempiaran.


Sekurang-kurangnya ada 5 ekor, 3 ekor lagi bergayut di atas pokok, seolah-olah pokok itu bagaikan ayunan bandul dibuatnya. Nampak gembira dan bersahaja. Agak-agaknya, mengertikah mereka erti HIDUP ini? Jangan dipandang enteng pada makhluk-makhluk ciptaan ALLAH. Sungguh dan Sesungguhnya ALLAH itu maha BIJAKSANA lagi maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak mampu kita lestarikan di minda. Beronak-onak duri minda yang tajam sekalipun, tidak pasti membuah hasil sesempurna Ciptaan ALLAH! MEREKA mengerti tujuan hidup mereka. Mereka mengenal diri mereka. dan mereka memainkan peranan mereka di dunia. Yakni, sebagai KERA!.. Warna-warna impian mereka terlakar disana. Cuma kadang-kadangnya, terbabas akibat kebiadapan kezaliman manusia. Yang tidak berperikemanusia dan berperi KEBINATANGAN mungkin.Rasa-rasanya binatang lebih baik,samar-samar hari, dunia terus dihiasi kes-kes rogol, bunuh,rompah dan macam-maca kes yang tidak bersesuaian ciri seorang Manusia.Agak-agaknya, jika diberi Kera itu AKAL. pasti ia mampu berfikir secara warasa tentang kepentingan hidup sebagai manusia, cara-cara menjadi hamba yang taat pada ALLAH.


Dunia semakin dicemari dengan kebodohan dan kezaliman, karya-karya syaitan melunak lagi nafsu serakah mengancak lagi keseronok yang berpunca dari kegilaan. Dasar-dasar membodoh lagi, terus mencari-cari langkah-langkah kebinasaan. Justeru itu, Segenggam nyawa..bertebaran...diperlaku sesuka hati...


Semalam itu kenangan, hari ini adalah ujian, esok adalah perancangan. Tapi tetap berkarat di hati kenangan semalam. Menucuk ke kalbu, kisah-kisah wanita dianaiyai. AKU naik benci....bengang...rasa-rasa mencabar kelakianku, yang sepi menyepi...melihat yang lemah diperlakukan sedemikian.


Sabda Rasulullah S.A.W, sebelum baginda bertemu kekasihnya:

" Peliharalah solat, dan jagalah yang lemah di kalangan kamu, Umatku...Umatku...Umatku..(sahih Ibnu Majah)


Ku harapkan, keadilan yang setimpal dikenakan pada mereka yang sedemikian. Ayuh, laksanakan hukum Islam, pasti terubat segala benih dan perilaku itu. Kerana Islam telah diakui sejarah sebagai UBAT TERMUJARAB dalam abad-abad yang lalu. Abad Beradaban Manusia yang Bertamadun!

Friday, August 1, 2008

Aku mencari kerangka diri

"Subuh menyegarkan...membuai keasyikan..lagi-lagi sejuk menyaman, mendasari jiwa...alahai..sedap kalau tidur..." Itulah Kerangka jiwa membusuki bisikan syaitan..bergelora fana..di katil pemusnah IMAN.

Kerangka diri..

Aku sentiasa berfikir sejenak. Memerhati kerangka berjalan...."MANUSIA". Kerangka yang dipinjam oleh ALLAH S.W.T. Kadang-kadang hatiku cukup marah dengan perilaku mahasiswa. Melihat enteng sikap-sikap yang menjelekkan. Perlukah aku memaparkan sikap kepeduliku? Aku rasa ini adalah satu tanggungjawab bersama untuk mengubah sikap kebongkakan kepada kemesraan. Biarpun setinggi mana jawatan kita, sehebat mana kita...tetap ada yang lebih dari kita. Kenapa harus bersikap sombong? Bukankah sombong itu hanya selayaknya dimiliki ALLAH. Kerana ALLAH adalah MAHA SEGALA-GALA RAJA! Dasar apa yang kita pegang dengan kesombongan yang terpalit pada jiwa kita? Dasar fahaman jenis apa itu? Tidakkah kita memerhati hadith Qudsi, riwayat Ibnu Majah " Barangsiapa yang di hatinya terpalit rasa bongkak, maka ia syirik kepada ALLAH". Kadang-kadang intipati kita berbeza, kita melihat dunia ini dari skop pandangan yang setempat, maka disitu, kita merasa kita adalah ORANGNYA! Kita Hero, Kita Hebat, Kita Gagah! Kita Cool! Kitalah segala-galanya..... Tapi sebenarnya, kita hanyalah habuk-habuk kayu yang perlu dikitar semula. Kita hanyalah hamba ALLAH yang tidak ada nilai di sisi ALLAH jika tiada sedikitpun sifat ketaqwaan ditanam dalam jiwa dan naluri kita sebagai seorang hamba.

Kita mendabik dada...ketika bersua dengan manusia lain yang kita rasa kita lebih mulia. Di situ, kita telah meletak satu label "KESOMBONGAN" pada diri kita. Walhal, disebaliknya, belum kita tahu, mungkin kita hanya mulia pada mata orang, tapi disisi ALLAH? Mustahil untuk kita mengetahuinya. Itulah sebaik-baiknya sebagai manusia..kita dianjurkan untuk bermuhasabah. Kerana muhasabah itu adalah refleksi diri yang cukup-cukup penting dalam menuntun diri kita ke arah Peng'ISLAHAN' jiwa. Kadang-kadang jiwa berombak tinggi. Kadang-kadang ombak pecah berderai melanggar tembok tebing pantai. Bercurahan air menyimbah ke tanah. Seumpama, kemegahan pada diri, kesombongan yang memuncak...lama kelamaan, terus tersembah ke muka bumi....Segagah-gagah ombak bergelora, ia tertewas juga dengan tebing persisiran.

Aku..sekali lagi memandang wajahku dicermin...Mengeluh di hati yang lemah, "Hai...syukrani...siapalah dirimu ini...hinanya dirimu ini....bertaubatlah dirimu....berserahlah dirimu...pada ALLAH yang satu"

Tuesday, July 29, 2008

Bertukar angin

Hari-hari di Negeri Bawah bayu, mengimbau seribu kenangan, tak dapat diolah tak dapat difilemkan. Takbir! Ku laungkan untuk sahabat seperjuangan di Sabah. Sedetik kemudian, aku pun balik ke kampung halaman, menanti sekelumit perit dan rasa yang hendak dilunaskan. Belum sahaja selesa menjamah rasa, aku pun bertukar angin ke PERAK Darul Ridzuan. Hampir 3 minggu sudah di sini. Dalam masa 3 minggu ini, bermacam-macam cerita hangat melanda Malaysia. Hingga ada yang menuduh liwat...ada yang hendak menyaman... ada muzakarah...macam-macam ada... semuanya seolah-olah hembusan angin. Tapi angin yang menghembus....bukan calang-calang....cukup membisa dan menyakitkan...


Cukup lain rasanya berada di bumi Semenanjung, orang-orangnya cukup berbeza dengan warga borneo. Open mind, straight foward, frankly speeking... suara terus terang berkelumit di jiwa ini. Sungguh, kadang-kadang hati tidak boleh menerima, demi Ilmu, aku menurut sahaja. Cukup berbeza budaya di sini. AKu terfikir sendiri.

Sepanjang aku di Perak Darul Ridzuan, baru sekali aku ke Bandar Ipoh mencari bekalan. Apabila menjejak kaki ke Ipoh Parade yang gah tersergam Indah, sungguh, hatiku berderau, hampir jatuh pengsan aku dibuatnya. Kelihatan anak-anak muda..sungguh asyik dengan kenikmatan di Dunia. Melihat fenomena ini, hati berzikir dan berselawat dan berdoa pada ALLAH, supaya memelihara Ibu bapakku,Aku, keluargaku, saudaramaraku,sahabat-sahabatku, bakal zuriatku, bakal isteriku, untuk jauh dari segala kemungkaran ini.

Pengalaman 3 minggu ini, sebenarnya mengajar aku banyak perkara. Aku dahulunya, ketika menuntut di Politeknik selalu bermimpi untuk menuntut di Universiti. Dan tak pernah terlintas untuk ke Universiti ini. Satu kata nasihat As Syahid Imam Hassan Al Banna yang mahsyur " Hari ini angan-angan, insyaALLAH akan datang jadi kenyataan!" . Secara jujurnya, aku tidak pernah merancang untuk ke sini. Begitu juga tempat aku menuntut dulu, Politeknik. Aku tidak pernah terfikir dan mahu berfikir untuk menuntut di sini dan di situ. Sedang aku Merancang, ALLAH telah merancang yang terbaik untuk aku, hambaNYA yang daif ini. "Kita merancang, ALLAH pun merancang". Setelah tamat pengajian di Politeknik, aku sudah merancang untuk bekerja di ABF. Tawaran kerja itu telah aku perolehi, sebelum menamat pengajian di Politeknik. Aku sungguh gembira. Dalam penantian, surat tawaran sampai, aku digemparkan dengan tawaran menduduki temuduga kemasukan ke sini. Aku terkesima. Di hatiku cukup berat untuk pergi, tapi aku tetap pergi. Pada hari temuduga, aku melaluinya dengan penuh kesabaran. Di hatiku cukup gementar. Dan aku cukup gugup melihat peserta temuduga adalah dikalangan anak-anak muda yang sememangnya cemerlang, sedangkan aku, PERNAH gagal di MATRIKULASI.

Walaubagaimanapun, hari ini, aku di sini. Berbekalkan inspirasi dari Ibu Bapaku, Keluargaku,saudaramaraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, Mas'ulku,naqibku, ustazku, pensyarahku,kaunselorku,bakal isteri dan bakal anak-anakku..insyaALLAH, aku akan cuba mara....mara..sebagai seorang anak muda, untuk menjadi Rijal Dakwah,menjadi MUSLIM yang cemerlang dunia dan akhirat.

Dan dikala ini jua, aku telah bertukar angin...angin borneo akan ku hirup pada masa lain. Dan pastinya, angin semenanjung ini, akan kucuba untuk manfaatkannya, moga-moga dapat membentuk diriku sebagai Insan yang bertaqwa, berkualiti, berpotensi dan bermotivasi.

Buat sahabat-sabahatku di Miri, Maafkan aku, kerana meninggalkan kalian dengan bertimbunan kerja yang belum selesai. Ku doakan kalian, agar dipermudahkan segala urusan dan kemudahan. Kalian, banyak mengajarku, dan kalian antara menjadi inspirasiku, ku mohon doa dari kalian untuk diriku yang jauh di Perak. Buat yang ternanti-nanti diriku, ku berterima kasih atas segala kesudian menanti diriku. Ku doakan agar segala pernantian itu membuah segala kebahagian dan kenikmatan buat dirimu.

Buat sahabat-sahabatku, mungkin kalian cukup pelik dengan diriku. Tapi, di dalam aku, tetap seorang individu seperti yang kalian kenal. Ya..memang diriku adalah insan kerdil seperti dulu..doakan..daku...


Angin yang bertukar.....hanyalah angin yang bertempat, tapi sifat angin....tetap angin...menghembus...kadang-kadang kencang..kadang-kadang halus...kadang-kadang sejuk...kadang-kadang panas....itulah sifat manusia....

Kadang-kadang dibawah, kadang-kadang diatas.... Tidak ada apa yang hendak dibanggakan...
Setiap manusia ada potensi...Jangan dipandang rendah..ciri-ciri manusia..jika ia tahu potensinya...nescaya..ia akan menjadi Manusia sejati... Umpama Rasulallah SAW, MANUSIA AGUNG!

yang hanya perlu dibanggakan adalah..."AKU BANGGA SEBAGAI PEMUDA ISLAM"