" Dik, nait perauk penambang kitak?" sapa seorang pakcik ketika menunggu di Jeti penambang..
"Auk, nak nait pergi seberang nun..." Jawab saya.
"Jum, nait la..." katanya...yang merupakan seorang Pengendali Perahu Penambang. Tambangnya cuma 30 sen sahaja.
Sang Penambang memulakan misinya, ulang alik dari seberang kota ke seberang kampung. Untuk mengangkut penumpang yang setia bersamanya. Kemudahan yang boleh dikira klasik. Digunakan hingga kini. Ia tidak jemu dengan kerjanya. Ulang Alik bersama perahunya. Kerana ia adalah misinya. Hasilnya, ia mengutip 30 sen dari setiap penumpang. Tetap dia bersyukur dengan hasilnya. Laksana itu, dia sentiasa istiqamah mengangkut penumpangnya. Kerana ia tahu ia tetap mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia mendapat rezeki lebih, kadang-kadang kurang. Tapi, ia tahu ia tetap mendapat hasil. Dan dia gembira dengan kerjanya itu.
Begitu juga dengan dakwah, kadang-kadang yang didakwah kita, berjaya mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia tidak menampakkan hasil. Tapi semuanya bukan urusan kita. Urusan kita hanyalah berdakwah. Hasilnya juga perlu difikirkan. Dan strateginya juga perlu dipermantapkan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Dakwah ini umpama perniagaan. Cumanya, kita berurusan dengan satu client atau BOSS besar. Tapi yang ini BOSS besar pun kalah. Ini adalah urusan kita dengan Maha RAJA segala MahaRaja. Dialah yang akan menampakkan hasilnya. Tapi, yang dimahunya adalah Keikhlasan kita dalam segala perkara.
Tanpa sang penambang, pasti penumpang tadi mengguna jalan yang jauh untuk ke kota. Dan belum tentu jalan yang dilalunya boleh dilalui. Mungkin sahaja di depan itu ada Jammed? Atau Jalan tutup dan sebagainya. Misi Sang Penambang untuk mempermudahkan sang penumpang untuk sampai ke kota dengan masa yang singkat dan selamat. Pasti sang penumpang tadi sangat berterima kasih dengan sang Penambang.
Antara sifat-sifat sang penambang yang wajar diikuti:
1- Tawadhu'
2- Istiqamah
3- Berusaha tanpa jemu
4- Kesetiaan
Wahai Pendakwah, ketahuilah, kita juga diibarat seperti sang penambang, Misi kita mendekatkan masyarakat untuk mengenali ALLAH. Tanpa Pendakwah, pasti perjalanan mereka masyarakat akan lebih jauh dan banyak rintangan. Lagi-lagi yang sudah berpuaka hatinya. Pasti mereka yang dapat mengenali ALLAH itu berterima kasih pada kalian. Maka jangan kita memandang remeh dan enteng terhadap hal dakwah. Bukan bermaksud mahu diterima kasih. Tapi misinya tadi. Mempermudahkan segala urusan. Destinasi yang ditujui adalah jalan menuju ALLAH. Jangan difikirkan ganjaran ya...tapi fikirkan misi kita. Kita ibarat sang penambang dan misinya. Tugas kita di dunia.
Mudah bukan?
Pada teorinya, pada praktikalnya? Siapa yang mahu?
Tepuk dada tanya iman....jangan pula nanti bertanya sang penambang...ye..
1.20 am
Miri
No comments:
Post a Comment