Monday, April 18, 2011

Freedom

Freedom
Free will , the ability to make choices
Hari ini, saya rasa terpukul dengan nasyid nanyian Maher Zain - "Freedom", antara ungkapannya"Calling for freedom" membuahkan sesuatu perasaan "BANGKIT" dan jua membuat saya teringat kisah sejarah manusia dalam perjuangan "Pembebasan".

Dini hari, perjuangan "pembebasan" telah dilaungkan di tebaran dunia, biar di Amerika, di Malaysia dan mana-mana lokasi yang ada manusia ditindas. Dalam samar-samar laungan "Freedom", masih tetap ada jua manusia tertindas. Khasnya Palestine, Ambon, Chehnya, Algeria dan mana-mana negera yang dicengkam Kuku Besi. Rakyat diratah, dipaksa menganut fahaman Sekularisma, hingga menelanjangkan Maruah AGAMA dan Bangsa.

Namun, sedar tak sedar, Penindas tidak selamanya kekal, kerana "Kekal" itu milik yang Maha Adil.

Dalam sorotan perjuangan "pembebasan", terselitlah kisah-kisah yang tersembunyi, kerana sengaja disembunyikan pihak-pihak tertentu untuk memastikan kedudukan mereka "kekal" dalam menindas. Namun, mereka ini tidak sedar, ada jua yang perihatin sehingga menerbitkan beribu-ribu artikel dan buku-buku tentang perjuangan pembebasan. Dan paling ditakuti mereka adalah semangat "JIHAD" pejuang pembebasan. Berabad, berkurun, seteru-seteru Islam masih "gerun" dengan semangat JIHAD yang dilaungkan demi Pembebasan "menganut Islam secara Kaffah".

Kenapa perlu menindas?Adakah Kerana selama itu mereka hendak hidup dengan kedudukan terjamin, tanpa disedari, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan terancam. Kenapa tidak dibiar sahaja diberi peluang kepada mereka itu untuk memilih? kerana "hak" memilih itu telah dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia. Antara memilih ke jalan yang benar atau jalan yang mungkar. Tanpa kita sedari, kalau kita menafikan hak seseorang untuk memilih, maka kita adalah penindas.

Suara kebebasan dilaungkan. Sesekali ini, Mesir yang dicengkam Husni Mubarak tersungkur berdetup, termasuklah beberapa negara arab yang diterajui "kuku Besi". Manusia tak selamanya tunduk dengan kemahuan yang membongkak lagi rangkak. Tamak Holoba yang menusuk, pasti membuah kebencian, sehingga BANGKIT "Suara PEMBEBASAN".

Dalam sejarah tamadun manusia, kita melihat begitu banyak regim jatuh akibat kebangkitan suara pembebasan. Namun, sejauh mana manusia percaya, dirinya telah dalam berdekam dengan "penindasan dan penjajahan dari suara bisikan syaitan"? AYuh! Bebaskan diri kita dari belenggu syaitan.

Attribute to Freedom Fighter:
Click bawah
http://www.youtube.com/watch?v=62RAK4arstU