Tuesday, August 16, 2011

Perkukuhkan Institusi Dakwah Di Sarawak

Delapan ini, kita telah menyaksikan banyak kes bunuh, rogol, rompak di kalangan anak muda yang beragama Islam. Impaknya ,Islam semakin dipandang sinis dan gejala murtad berlua-luasa. Sedangkan Islam tidak pernahpun mengajar perkara-perkara yang mungkar tetapi Islam itu menyeru manusia berbuat baik serta beramal Soleh. Namun, persoalannya silap siapa?

Generasi yang terabai
Lemahnya institusi Dakwah di Sarawak bukanlah kerana faktor komuniti Islam Sarawak yang sedikit.Kerana Islam itu sendiri bermula dengan sedikit , ghorib(pelik) dan kemudian berkembang menjadi pilihan berbillion manusia yang membawa kepada ketamadhunan Manusia yang menjadi rujukan sehingga kini. Salah satu faktor kenapa Institusi Dakwah di Sarawak lemah kerana dasar tertutup yang diamalkan oleh pihak-pihak Masjid dan pihak-pihak tertentu. Saya tidak mahu menspesifikkan mana-mana Masjid berkaitan kerana dikhuatiri mengaibkan. Namun ingin saya nyatakan dengan penuh tegasnya. Amalan Dasar tertutup pihak-pihak tersebut bukan menguntungkan mereka sendiri, malah merugikan seluruh generasi muda, tua mahupun kanak-kanak. Kerana apa yang diamalkan mereka itu menyebabkan keterbantutan perkembangan Ilmu, Sakhsiah dan Akhlak dalam masyarakat setempat. Amalan itu boleh kita katakan bersikap "EKSLUSIF". Padahal adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membina generasi Islam yang cemerlang. Ingin saya persoalkan perlaksanaan "DASAR TERTUTUP" itu, adakah ia untuk kepentingan masyarakat? atau sebenarnya adalah untuk kepentingan INDIVIDU? Atau kepentingan Politik dan Kuasa? Maka itu, menampakkan sikap ketidak ikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pihak yang bertanggung jawab.

Kesedaran VS kepentingan
Kita perlu sedar, remaja kini memerlukan perhatian yang secukupnya, dan generasi Y adalah generasi yang aktif beraktiviti, cumanya "dasar amalan tertutup" pihak berwajib itu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang positif ini disekang dan dihalang. Mangsanya adalah "para remaja", generasi Kepimpinan masa depan. Mungkin ada baiknya kita renung-renungkan Ayat Al Quran di bawah sebagai satu natijah bagi kita sedar antara tanggung jawab atau "kepentingan semata-mata" .

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ


“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Hud: 15-16).




Perkukuhkan Saff


Maka itu, tiap-tiap pihak berwajib seharusnya melakarkan perjalanan yang mudah(birokrasi yang keterlampauan), untuk merapatkan jurang-jurang antara Perbadanan Dakwah-dakwah di Sarawak, dan sentiasa mengelak dari ditekan dan diarah oleh mana-mana individu yang mempunyai kepentingan peribadi (untuk politik dan kuasa semata-mata), Seharusnya lebih mementingkan kepentingan umat Islam di Sarawak, kerana kegagalan pihak berwajib itu bakal melahirkan GENERASI yang BUTA AGAMA. Yang ISLAMnya pun tidak pandai solat dan ada yang lebih menyedikan adalah generasi Y yang tidak tahu apa itu "Syahadah". Akhir Kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia, mudah-mudahan Ramadhan yang mendatang ini dapat mendidik jiwa kita serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH




Syukrani


Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Unit Miri