Friday, December 3, 2010

POST MORTEM!

banyak perkara perlu dimuhasabah...
banyak perkara perlu diselidik kembali...
banyak perkara perlu diperbaiki
banyak perkara perlu diselenggara
banyak perkara perlu dipertingkatkan


Allah Ta'ala berfirman(Surah Az-Zumar ayat ke 53 :

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.”





POST MORTEM!

Sunday, November 21, 2010

Tiap tiap manusia itu diciptakan dengan pelbagai sifat yang berbeza-beza, rupa yang unik g yantak serupa, pemikiran yang berkhilaf dan secara bahasanya ...TIDAK ADA YANG SAMA.

Namun...apakah kejayaan teori kemasyarakatan dalam penyatuan masyarakat?

Teori kemasyarakatan?

Saturday, October 23, 2010

Analogi BOTOL plastik

Seorang lelaki memberi arahan kepada kawan nya untuk mengutip botol plastik.
Kawannya pula mengarah kawannya seorang lagi untuk berbuat demikian.
Dan kawannya tadi menyuruh kembali lelaki tersebut mengutipnya sendiri.
Lalu berbaliknya kembali kepada orang tersebut. Sehinggalah perkara itu terus berlarutan sehinggalah tiada penamat.

Itulah "budaya" suruh menyuruh, tunggu menunggu, arah mengarah, lihat melihat, tanpa ada satu tingkah laku perbuatan.

Sungguh mudah perkara itu, jika lelaki itu sendiri mengutip botol tersebut tanpa mengarah kawannya, kerana perkara itu adalah perkara mudah dan senang. Melainkan lelaki tersebut tidak ada kemampuan(cacat tubuh badan) atau tidak mampu mengutip botol atas batas-batasan tertentu.

Sebab itulah "body language" lebih bahaya dari "verbal language".

Rasulallah S.A.W sendiri adalah contoh terbaik dalam mengatasi masa ini.
Lingkaran Kitaran "suruh menyuruh" dan "tunggu menunggu" yang sering kali menjadi penyakit "kerja tak pernah akan siap".
Maka, baginda S.A.W, menunjukkan satu Formula penyelesaian dalam masalah ini. Iaitu, Qudwah ataupun Contoh kepada yang lain.

Sebagai contoh sebuah kisah riwayat hidup baginda S.A.W:

yang diambil dari kitab As- Syamailul Muhammadiyyah " karya Imam At Tarmizi

(terjemahan nya)
halaman yang 262:

Hadith 315

Anas bin Malik r.a Berkata:

"Rasulallah S.A.W selalu menjenguk orang sakit, melayat jenazah, mengenderai keldai dan memenuhi undangan walau dari seorang sahaya".
Pada waktu pembebasan Bani Quraidhah, beliau berada di atas keldai yang tali kekangnya dari sabut kurma dan berpelana dari sabut kurma pula".)

(diriwayatkan oleh "Ali bin Hujr, dari "Ali bin Mushir, dari Muslim al-A 'war, yang bersumberkan Anas bin Malik r.a)

Hadith ke 316:

Anas bin Malik r.a Bercerita:

"Nabi S.A.W diajak makan roti dari sya'ir(gandum yang kasar) sedangkan lauknya minyak yang subah berubah(kerana lamanya), namun demikian, beliau tetap mengabulkan ajakan itu. Dan sesungguhnya, beliau mempunyai baju besi yang tergadai kepada seorang yahudi, bahkan sampai hari wafatnya pun beliau tidak dapat menembusnya kembali".

(diriwayatkan oleh Washil bin 'Abdil A'la al-Kufi, dari Muhammad bin Fudhail, dari al-A'masy, yang bersumberkan dari Anas bin Malik)


Lihatlah, peranan baginda dalam segala apa bentuk perhubungan sesama manusia. Beliau menjadi julukan nombor 1 Contoh suri tauladan. Kerana beliau berbuat dengan tindakan beliau.

Be the 1st person to do, and the rest will follow and learn.

Tuesday, October 12, 2010

OFFSHORE~

Bercerita pasal Offshore, pasti dikaitkan dengan "GAJI BESAR"

namun, tak ramai tau "RISIKO" nya!

Wednesday, September 29, 2010

Lama dah tak menulis

Assalamualaikum wrh bkth,

lama dah aku tak menulis...waima kalau boleh bersawang Blog ini, bersarang lah ia.

InshaALLAH, isnin 4 oktober ini, aku memulakan alam pekerjaan. Alhamdulillah atas nikmat rezeki dari ALLAH.

Apa-apapun, tanggung jawab sebagai seorang "penuntut" tidak akan terpadam begitu sahaja. Hidup ini menuntut untuk belajar sepanjang hayat. Bak kata Para Pendidik "Pelajaran sepanjang hayat".

APa-apapun.. teruskan kita maju bersama menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Belajar atas wahyu pencipta ALAM
Belajar memahami seantero alam......
Belajar memahami sahutan alam.....
Belajar memahami bicara alam........

tak lupa...belajar dari penghuni alam...

Thursday, August 19, 2010

Tak kenal maka tak cinta....

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi 'St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak

Saturday, July 31, 2010

Kemuliaan Rasulallah

"JANGAN dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong. Dia itu tukang sihir. Bila kamu dekatinya kamu akan dipengaruhinya." Begitu kata seorang pengemis Yahudi yang buta tiap hari bila ada orang mendekatinya, di sudut pasar Madinah.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW menemuinya dengan membawa makanan. Tanpa sepatah kata pun, Rasulullah suapkan makanan ke mulut pengemis itu, dengan tidak diketahui siapa penyuapnya, iaitu orang yang dimaki hamunnya setiap hari.

Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah beliau wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, isteri Rasul itu. "Timah.. Ada ke lagi kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?"

"Ayah!" Jawab Aisyah, anaknya. "Ayah adalah seorang yang mengikut apa yang Nabi buat (ahli sunnah). Hampir tidak ada lagi kebiasaan yang belum ayah buat, kecuali satu sahaja..."

“Apa dia?" tanya Abubakar, terkejut kerana merasa sudah tahu semua kebiasaan Nabi.

"Setiap pagi Rasulullah pergi ke ujung pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana..." Jelas Aisyah.

Esoknya Abubakar RA pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar jumpa pengemis itu lalu berikan makanan kepadanya. Ketika Abubakar mulai suapkan, pengemis itu mengherdik marah,"Siapa kamu ha?"

"Aku orang yang seperti biasa.." Jawab Abu Bakar.

"Tidak. Kau bukan orang biasa yang datang kepadaku." bantah pengemis itu. "Bila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang. Tidak susah mulut ini mengunyah. Dia menyuapku, tetapi lebih dulu dihaluskan makanan, baru diberi.."

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis.

"Memang, aku bukan orang yang selalu datang padamu itu. Aku adalah salah seorang dari kawannya." Abu Bakar menjelaskan. "Sebenarnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!"

Pengemis itu pula terkejut. Dia pula menangis, seolah-olah tidak percaya, "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya.. memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia terus menemuiku membawa makanan setiap pagi. Oh, beliau begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar masa itu juga. Dan sejak hari itu, dia menjadi Muslim. (dikutip dari EraMuslim)



Sungguh, jika akulah orang itu, pasti aku terasa kecil hati dan kecewa. Namun, Rasulallah S.A.W begitu penyayang dan sabar. Betapa mulianya Baginda. Ya ALLAH, kurniakanlah makam tertinggi buat Baginda S.A.W, keluarga baginda dan para sahabat-sahabat baginda, serta muliakanlah umatnya ya ALLAH.





Thursday, July 15, 2010

Mengapa Umat Islam Perlu berpolitik!


Assalamualaikum wbt....

USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti! mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!! Jadi tak hairanlah masyarakat kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masyarakat akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.

Muhammad Syafiq



Jawapan Ustaz Ali Muda

Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.

Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Monday, July 5, 2010

BerMusafir ke Ulu Kota


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat yang telah diberikan yang tidak terhingga nilainya, hanya mereka yang benar-benar bersyukur merasai kenikmatan yang tidak terhingga ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W atas usaha dan keringat baginda yang tidak terputus-putus dalam mendaulatkan ketamadunan manusia di alam sejagat ini, beruntunglah umat Muhammad yang benar-benar bersama baginda, tidak lupa kita doakan kepada para keluarga baginda, para sahabat, para tabi, para tabi' tabi'in, para shuhadah perjuangan agama yang mulia ini.

Alhamdulillah

Langkah awal ke ulu kota, Pakan Serikei bermula pada malam hari Jumaat(2/7/2010) bersama dengan orang kuat Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak yakni Pengerusinya Tuan Muhtar Suhaili, ditemani oleh Tuan Ali Murad pakar ekonomi Yayasan Amal Cawangan Sarawak. Inilah kali pertama syukrani memulakan destinasi "JELAJAH ULU KOTA" di Sarawak. Malam itu, kami bertiga bergilir-gilir memandu ke Sarikei dengan Mobil Pacuan 4 roda (Hilux Berwarna hitam)-milik Tuan Pengerusi. Perjalanan Malam itu adalah satu kenangan manis buat syukrani kerana itulah kali pertama syukrani memandu kereta 4WD.

Sepanjangan perjalanan ke Ulu Kota, banyak perkara kami biacarakan. Semuanya penuh dengan ilmiah dan intipati. Kami jua dihibuarkan dengan nasyid dari Kumpulan Raihan dan Rabbani. Terkenang dengan Ustaz Asri(Rabbani). Lunak suaranya menyemarakkan lagi perjalanan kami menuju ke Sarikai. Kami tiba di Sarikei pada pukul 4.05 pagi. Kami terus menuju ke masjid. Alhamdulillah, Masjid buka dan diamarahkan beberapa orang ahli Qariah yang komited dengan amalan qiamulail (amalan yang sewajarnya dilakukan oleh semua umat Islam) <- untuk muhasabah kita bersama. Selesai solat subuh, kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Tuan Nuzul yang datangnya dari Kuching.Kami kemudiannya berjumpa di Kings inn(tempat penginapan beliau). Sejurus kemudian, Ketua(Tuai) kampung saudara baru pun tiba, ABang Azhar bersama dengan 2 orang anak muda yang juga dari Ulu Kota. 2 orang anak muda ini diletakkan harapan yang tinggioleh semua penghuni Kampung Saudara Baru Al Azhar ini, kerana mereka ini bakal melanjutkan pengajian di Darul Thaqaffa, Bangi. Mereka inilah yang bakal menjadi tunjuk ajar masyarakat Iban di Ulu kota.InshaALLAH, kita sama-sama doakan mereka. Kemudian, kira-kira pukul 8, kami mengorak perjalanan ke Ulu Kota dari Sarikei. Perjalanan memakan masa 3 jam kerana Jalan digunakan adalah jalan yang baru ditembok oleh Kontraktor Balak agak jauh dan panjang serta licin. Namun, cabaran ini tidak sehebat cabaran yang seterusnya.Kami sekali lagi dicabar apabila 4WD Saudara Muhtar tersentak di tengah-tengah perjalanan di Bukit Ulum akibat salut yang becak. Hampir-hampir sahaja kami terpelosok ke dalam parit tepi jalan. Kami terpaksa meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke kampung saudara baru. Hampir 1 jam setengah. Namun, syukrani bersyukur kerana mendapat peluang ini. Bila lagi mahu berhadapan dengan cabaran seperti ini? Sambil-sambil mendaki bukit Ulum, syukrani sempat menikmati pemandangan yang indah di Ulu Kota. Sambil-sambil mendaki, mata sejuk memandang kehijauan bumi ciptaan Ilahi. SubhaNallah. Setelah tiba di Ulu Kota, kami berkesempatan berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Syukrani sempat bermain dengan monyet peliharaan abang Azhar. Yang agak "playful dan Friendly". Itu serba sedikit cerita Ekspedisi ke Ulu Kota. Boleh sahaja layari kisahnya di link bawah yang ditulis Tuan Ali Murad aka Sheikh Sambal Tumis: http://barukabordal.blogspot.com/2010/07/expidisi-ulu-kota-siri-7-mencari-redha.html Namun, ingin syukrani nyatakan beberapa perkara yang seharus diambil pengajaran yang diambil dari Ekspedisi Ulu Kota ini. 1- Bertaqwalah kepada ALLAH Atas kerana nilai Taqwalah, kita akan sentiasa berasa kuat dan cergas untuk menyebarkan Sinar Islam 2- Bersungguh-sungguhlah bekerja kerana ALLAH Kerana tiap-tiap kesungguhan itu pasti dinilai oleh ALLAH, nilai kesungguhan itu ALLAH berikan kemenangan 3- Sentiasa bersabar kerana dalam kesabaran itu adalah kenikmatan yang dirasai orang yang bersyukur, hujungnya pasti diberikan kemenangan 4- Kuasai ilmu Kerana ilmu itu penyuluh dan pemudah jalan dan bicara 5- Bermuafakat Kerana atas muafakat itu inshaALLAH membawa berkat. Moga-moga atas inisiatif musafir ke ulu Kota ini, akan membuka lagi ruang dan peluang untuk syukrani meningkatkan potensi diri serta mengoptimakan lagi kredibiliti syukrani selaku seorang Muslim, tidak jua dilupa buat para pembaca. Moga-moga di antara kita boleh menjadi Pendakwah yang Highly Capability!

Wednesday, June 30, 2010

Pengalaman dan Ilmu


Orang selalu berhujah atas pengalamannya. Di hujung pangkalnya, cuba membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan berpengalaman. Benarkah itu?

Pernah seorang sahabat bercerita dengan saya, tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W… kalaulah faktor usialah ditekankan, maka bukan Nabi Muhammadlah yang diangkat sebagai “Ketua Kota Madinah” . Itulah antara faktor kenapa pengalaman itu tidak begitu penting jika dibandingkan dengan ilmu.Kerana sedikit pengalaman tidak boleh disamakan dengan sedikit ilmu. Ilmu itu penerang jiwa. Maka pengalaman itu kisah yang lalu untuk dijadikan pengajaran di masa depan.

Kadang-kadang pengalaman seseorang itu hanyalah pengalaman biasa. Melainkan orang itu pernah mencipta sejarah, atau telah melalui sesuatu itu dengan penuh perit hingga ia menjadi peransang kepada pejuang-pejuang yang lain. Maka itu boleh dijadikan sebagai “perkongsian pengalaman”. Namun, perlu diingat, pengalaman itu bukan hujah. Pengalaman itu hanya boleh digunakan untuk perkongsian.

Kenapa Hujah tidak boleh didasari dengan Pengalaman? Pengalaman kehidupan seseorang itu hanya boleh dijadikan pedoman. Bukanlah hujah untuk menentukan sesuatu hukum atau perlaksanaan tugas sebagai seorang Da’ei. Namun, coraknya..pengalaman hanya boleh dijadikan “titik tolak” perlaksanaan. Namun sejauh mana, relevensi pengalaman seseorang itu? Sedangkan pengalaman nya hanyalah pengalaman biasa. Bukanlah pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Pernahkah dia Berjaya mencipta sejarah? Pernahkah dia Berjaya melaksanakan sesuatu atas dasar pengalamannya? Sebab itu apa-apa pun, pengalaman seseorang, perlulah kita selidik kebenarannya. Kadang-kadang hanyalah buah-buah kata untuk membuktikan dirinya “HEBAT”.

Sewajarnya sebagai seorang bergelar Mahasiswa, perlu mengetahui titik tolak sesuatu andaian. Mahasiswa dapat menilai dahulu setiap perbuatan sebelum melakukannya. Jadilah Mahasiswa yang matang di dalam beragama. Pastikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan agar hidup kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang dimurkai Allah.

Islam membentuk minda yang kritis untuk menilai. Maka setiap penilaian perlu didasari dengan Al Quran dan AS Sunnah. Bukanlah pengalaman. Dan setiap sesuatu itu perlu didasari dengan ilmu. Bukan ilmu yang diceduk begitu sahaja, ia perlu diselangi dengan penyelidikan dan pembacaan yang luas.

Sesungguhnya Perintah Menjauhi Taqlid amat jelas disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran (Surah Al-Isra : 36).



"وَلاَ تَقْفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِ عِلْمُ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسئُولاً" (لأسرا: 36)


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."

(Surah Al-A'raf:3)

" اِتَّبِعُوْا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُم مِن َّربِكُم " (الأعراف: 3)


" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah)"

Sangatlah buruk perbuatan mereka dan sebahagian besar masyarakat yang masih berpegang kepada sangkaan dan keyakinan mereka bahawa mereka benar tanpa penyelidikan, penelitian dan pengkajian bagi mensabitkan apakah selama ini mereka berada dalam kebenaran atau selama ini mereka berada dalam penipuan, kesesatan dan kesilapan. Sesungguhnya sangka-sangka mereka sangatlah tidak bermanfaat dan tidak menyelamatkan mereka sedikitpun.

Benarlah kalam Allah swt :

"إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الحَّقِِ شَيئًا (يونس :36)"

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Konklusinya di sini, perluaskan pembacaan kita dengan bergurukan guru yang mursyid. Banyakkan bermuzakarah dengan yang berilmu, malah rapatkanlah silaturahim dengan yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Berpegang teguhlah kita pada tali ALLAH. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi.

Hamba ALLAH.

Friday, June 11, 2010

“there are so many colour in the rainbow…”


“there are so many colour in the rainbow…” nasyid zain bikha yang bertajuk flowers are red dialunkan. Aku cuba menghayatinya. Indah kalimat itu bagaikan melihat mentari terbenam di ufuk. Namun tak ramai menghayatinya dengan kesungguhan. Namun aku cuba mencari makna inti tersurat dari kalimat-kalimat itu agar aku menjadi seorang yang yang berfikir . Seperti mana firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat ke 219

“ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

Kalimat “there are so many colour in the rainbow…” membuat aku mengimbau kembali peristiwa yang lalu dan sekarang. Aku adalah anak peranakan cina, melayu dan keturunan asia tengah. Namun, aku hidup sebati dengan budaya Melayu. Lahir di kampung Melayu, membesar di kampung Melayu. Makan makanan Melayu…membuat aku hidup sebati seperti orang Melayu. Namun, aku cukup hairan, di kalangan warga cina di sekelilingku. Mungkin kerana faktor budaya dan masyarakat yang kurang berinteraksi secara ligat,ada di antara kita gagal menilai entiti bangsa dan agama. Maksud aku, bangsa adalah bangsa. Bangsa tidak mewakili agama. Manakala Agama adalah untuk semua. Ada persepsi masyarakat yang aku rasa kurang enak adalah, asal cina, pasti ditakrifkan sebagai “kafir” yakni bukan beragama Islam. Padahal, bangsa cina lebih banyak keislamannya berbanding melayu di bumi Malaysia. Seperti mana firman ALLAH dalam surah Al Hujaraat Ayat ke 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Alunan nasyid terus bermundang di laptopku….“there are so many colour in the rainbow,so many colour in the morning sun, so many colour in the morning sun and I see everyone” …suara seorang budak kecil itu cukup enak didengar ia memperingatkan pada kita bahawa kita wajar bersatu biar berlainan rupa, bangsa, ciri-ciri dan pelbagai bahasa. Ia tetap menjadi satu adalah satu pandangan anak kecil.
Sebenarnya alunan nasyid ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang berpindah-pindah sekolah, ketika itu dia mewarna bunga dan segala-galanya pelbagai warna. Namun cikgunya tak bersetuju. Tapi anak kecil bijak ini menyatakan….
“ Flowers are red, Green Leaves are green”…they are only one way to see flower that is they are always been seen…but
“there are colour in the rainbow, so many colour in morning sun, so many colour in the flower and I see everyone”

*apa-apa yang diamalkan dalam budaya melayu, tidak semestinya ajaran Islam, apa-apa yang diamalkan dalam budaya cina tidak semestinya bukan ajaran Islam. Ini bukan bermaksud pluralism, tapi Islam mengajar ke arah kebaikan seperti mana dalam budaya cina yang sentiasa menekankan penghormatan kepada orang biar tua mahupun muda, biar miskin ataupun kaya - itu adalah di antara ajaran Islam yang syumul. Namun, ada di antara yang mengaku Da’ei gagal menerap nilai menghormati orang lain. Lebih gah, ia melihat dirinya mulia dari orang lain, sehingga sanggup melakukan penghinaan dan merendah-rendahkan kreadibiliti dan kemampuan orang lain. Adakah ini ciri Da’ei yang ditarbiyyah secara professional? Kita berbeza, namun kita perlu membina sifat “penghormatan” di antara satu sama lain.
Saya syorkan kepada adik-adik di Kampus, janganlah memanggil yang lebih tua usianya dengan panggilan nama,ia menunjukkan ketidaksopanan. Apatah lagi “membelek-belek” nametag orang yang lebih tua, seperti memperanjingkan, sebab nametag tergantung itu ada tali. Hati-hati dengan sikap yang nampak tak “sengaja”. Sesungguhnya orang-orang beriman ini berhati-hati dalam tingkah lakunya.

Sunday, June 6, 2010

Keluhan Isian hati

Keluhan isian hati , adalah sajak pertama saya nukilkan untuk majalah sekolah(the Queen). Namun, ada kisah di sebalik karya saya ini. Ada yang tidak percaya ia adalah karya saya, seolah-olah saya meniru..sedih, namun itu saya tidak akan terhenti begitu sahaja. Saya kongsikan dengan anda...terimalah:



Keluhan isian hati
Penuh duka melandai jiwa rohani
Meneroka segentian kandungan isi hati
Penuh sengsara menahan muatan yang terperap di dalam
Dikeluh satu persatu
Nasi habis menjadi basi
Mengelamun memikirkan keperitan naluri jiwa
Yang sengsara
Ditimpa oleh suara dari segilintir mulut yang membusukkan.

Kata-kata kesat melobori seisian ruang halaman
Sarat dengan kekotoran dunia yang menjijikan
Memualkan fikiran yang dilema kekeliruan
Menyebabkan sekumpulan lalat hinggap
Lalu melayang nyawa mereka
Inikan kuman sekecil habuk
Batapa kejinya anjing pelopor di pentas dunia

Detik demi detik
Kian menghantui seisian jantung
Yang bertahtakan duka dan kecewa
Mengakhiri segala kata-kata kesenian
Pengakhir zaman kegemilangan sulat melaka yang penuh
syahdu
Lalu mengekstrakkan seisian muntah
Yang keluar dari rahang mulut si pengkhianat
Meloyakan satu dunia seni manusia
Yang berjiwakan mahkota naluri hati

Sejenak
Keperitan mula melandai arus gelombang
Menyeksakan hati yang lembut,ikhlas,harmoni
Hinggakan tiada apa apa yang mampu meringankan
Inikan mengakhirkannya.

Denyutan kian ketara
Mendatarkan segenap jiwa
Kata-kata mahupun bisikan
Kian kedengaran di merata-rata
Yang bisa lagi pedih rasanya
Melaratkan sebuah hidup yang penuh berirama

Sedegup impian kian berkecai
Mengakhiri hidupan yang kian meliar
Tiada penghujung di akhir kata
tiada semangat kental yang mampu menentang
Hanya mampu membuka mata

lihatlah betapa besarnya komplot ini
Seinci ruang pun tiada diberi
Bahkan semuanya terisi
SEgala kejian dan hinaan
Kesat sungguh rancangan ini
Keji betul pengotor pentas agung ini
Hinggakan menjadi semangat luntur begitu sahaja

Sejenak isian hati pun mulai runtuh
Satu persatu
Perlahan-perlahan
Lama-kelamaan tiada lagi harapan
Maka punahlah impian
Dan akhirlah zaman
Pelopor pentas dunia
Kiamatlah hidup
Si Duka Sengsara


_____________________________________________________________________________________
karya 2002

Thursday, June 3, 2010

Perjalanan..


Lepas Ujian sahaja, sahabatku hafizul ajak keluar makan...aku pun jalan terus ambil kesempatan untuk beli tiket BUS..rm20.80 *tronoh-kl

tadi dalam bus, sempat aku menitip sedikit Nota untuk "entry" baru..moga2 aku terus istiqamah dalam dunia Blogging.

Hari tu, aku berkesempatan duduk dalam seminar "muzakarah ulamak dan cendiakawan"..Topik banyak berkisar tentang dunia Maya yang tanpa sempadana. Banyak intipati nak dikongsikan. InshaALLAH ada peluang, akan ditulis jua, untuk dikongsi bersama. Moga-moga aku terus "ikhlas" bersama dunia Blog.

Sama-sama kita berdoa moga-moga ALLAH menisbatkan kita di kalangan yang bertaqwa dan beriman kepadaNYA.

-KL SENTRAL-

Sunday, May 30, 2010

NOTIS AMARAN!


Cuaca di bumi tidak lagi sestabil dahulu. Para pengkaji cuaca pasti ramainya kehilangan kerja, kerana ramalan yang dibuat tidak tepat.Itu adalah satu kisah Dunia yang tersembunyi dan tak pernah dirungkai. Namun, yang hendak diceritakan di sini, adalah sebuah KISAH BENAR tentang DUNIA.

Dunia semakin Bercelaru!
Saya pasti semua setuju dengan kenyataan saya ini. Kecelaruan di dunia ini, bukanlah akibat cuacan yang tak stabil, atau kerana Alam yang berubah wajah. Namun atas kelakuan,tindakan dan respons manusia terhadap alam. Kerana itu, alam pun berbicara dengan manusia. Sedikit demi sedikit "kenyataan alam" dikiaskan dalam bentuk "bahasa yang halus". Namun, masih ramai yang tak mengerti. Sehinggalah satu ketika, alam sudah BOSAN dengan bahasa sopan itu. MAKA DATANGLAH Kemarahan ALAM DENGAN BENCANA yang lebih DASYAT. Ditafsirkan sesetengah Pengkarya, itulah Bicara TUHAN. Namun, pada pandangan diri ini, TUHAN telahpun berbicara lama...melalui UtusanNYA, diberikan peringatan sentiasa melalui alam. Setiap masa...Hikmah dan peringatan ini berterusan. Hanya orang mampu berfikir sahaja mampu memahami nya.

Al A'raaf ayat ke 54:

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy[1]. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam."


Perlukah lagi keterangan lain untuk kita dengar? Sedangkan Kita sudah tahu, bahawa ALAM itu milik ALLAH, ia ciptaan ALLAH, dan ALAM telahpun menunjuk KEHEBATAN KUASA PENCIPTAAN. Namun, begitu ramai lagi BERANI MEMBANGKANGI KUASA ALLAH.

Surah Al Hasyr ayat ke16

"(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) shaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam."




Ada yang Sanggup Meninggalkan SOLAT, atas alasan "KERJA", padahal "MALAS".
Ada yang sanggup menjadi MURTAD, atas alasan "CINTA", padahal "HAWA NAFSU".
Ada yang sanggup menjadi LIBERAL, atas alasan "kesarataan", padahal "TAKUT DIKRITIK".
Ada yang sanggup menjadi PENJAHAT, atas alasan "TIDAK ADIL", padahal "HATI MEREKA ZALIM".


Surah Fushshilat ayat ke9:
" Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam."



Al Jaatsiyah ayat ke 18:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. "


ketahuilah,

Betapa ramai manusia yang perit lagi derita hidupnya kerana hendak Mengamalkan ISLAM, lebih peritnya mereka, ada yang dibunuh, dikelar, didera, diseksa...
Sedangkan yang ramai di antara kamu yang mahu MURTAD itu adalah hanya KERANA "HAWA NAFSU" yang mengjahanamkan DIRI.

Maka bersedialah di Hari Akhirat...BErSEDIALAH DENGAN API NERAKA yang LAGI DASYAT DARI API DUNIA..............
BERSEDIAKAH KAMU?

Surah Al Hajj ayat ke 19.
"Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka. "



Al Mu'minuun ayat ke104:
" Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. "


Surah Al Qamar ayat ke 48:
"(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka!"





[1]-Bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.

Saturday, May 22, 2010

Sebalik cahaya neon

Terang lampu neon itu, berpinar jua mata jika ditenung lama. Namun, disebalik cahaya neon yang terang itu, terdapat satu daya yang hebat yang menyebabkan mentol berisi neon itu menyala. Itulah ia yang dinamakan daya gerak elektrik,yang menghasilkan komposisi yang kuat itu, dan hasil dari ransangan itulah gas neon yang terisi dalam corong kaca menyala. Namun, persoalan di sini, bukanlah mengenai pencahayaan Lampu Neon.Tetapi adalah, bercerita tentang "hidden energy"....

Saya adalah manusia biasa seperti kalian. Hidup yang saya harungi, penuh duka dan manis. Saya percaya, tiap-tiap kita punya keperitan dalam hidup, begitu juga dengan manisnya. Namun, hidup ini tidaklah seperti alam fantasi yang sentiasa di pertontonkan di kaca tv. Indah sentiasa, menang sentiasa, gembira sentiasa. There are no such things so called "HAPPY ENDING".

Kerana Hidup akan tetap tamat. Tamat dengan keadaan Kiamat, atau MATI!

Surah Al 'Ankabuut, ayat ke 59 marhumnya:
'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. '

Walaubagaimanapun, hidup tetap perlu diteruskan. Kerana hidup itu adalah satu cabaran untuk menjadikan kita sebagai golongan yang terbaik.

Dalam Surah Al Kahfi,ayat ke 7, ALLAH menyebut, marhumnya:
" Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya"

Tiap-tiap kita punya "hidden Power" yang perlu diterokai. Paksinya mudah sahaja, jika kita berpegang pada ajaran Al Quran dan AS Sunnah. Ini adalah tipsnya:
  1. Mempunyai aqidah yang sejahtera.
  2. Beribadah dengan ibadah yang sahih.
  3. Mempunyai akhlak yang mantap.
  4. Sentiasa bermujahadah lawan nafsu.
  5. Mampu berdikari.
  6. Kuat tubuh badan.
  7. Sangat menjaga waktunya.
  8. Sentiasa teratur urusannya.
  9. Luas ilmu pengetahuannya.
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
InshaALLAH, jika kita berpegang penuh pada 10 tips ini, inshaALLAH, kita akan ketemui "hidden POWER" yang bisa memperkukuhkan kedudukan kita sebagai UMAT YANG BERJAYA.

Selamat berjaya!

Wednesday, April 21, 2010

Semua Jamaah Islam Termasuk Dalam Al-Firqah An-Najiyyah, Kecuali Jika Ada di Antara Mereka Melakukan Kekufuran yang Mengeluarkannya dari Dasar Keimana

Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah:

Semua Jamaah Islam Termasuk Dalam Al-Firqah An-Najiyyah, Kecuali Jika Ada di Antara Mereka Melakukan Kekufuran yang Mengeluarkannya dari Dasar Keimanan

Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah no. 7122 terhadap sebuah pertanyaan: Pada zaman ini terdapat banyak jamaah. Semua mengklaim berafiliasi di bawah al-firqah an-najiyyah. Kami tidak mengetahui manakah jamaah yang berada di atas al-haq. Kami mengharap kepada Anda agar menunjukkan kepada kami; manakah jamaah yang paling utama dan paling baik sehingga kami bias mengikuti kebenaran yang ada pada mereka disertai dengan dalil-dalilnya?

Jawaban:

Semua jamah Islam termasuk dalam al-firqatun najiyah, kecuali jika ada di antara mereka melakukan kekufuran yang mengeluarkannya dari dasar keimanan. Akan tetapi, perbedaan kekuatan dan kelemahan derajat mereka tergantung pada kedekatan mereka dengan kebenaran dan penerapannya serta pada kesalahan mereka dalam memahami dalil dan penerapannya. Jamaah yang paling banyak mendapat hidayah adalah jamaah yang paling bisa memahami dalil dan mengamalkannya. Oleh karena itu, kenalilah arah pandangan mereka. Bergabunglah bersama mereka yang paling banyak mengikuti kebenaran. Tetapi, janganlah berbuat semena-mena terhadap saudara sesame muslim yang karenanya Anda menolak kebenaran yang mereka lakukan. Ikutilah kebenaran di mana pun ia berada, sekalipun berasal dari orang yang bertentangan denganmu dalam satu dua masalah. Kebenaran adalah penuntun orang mukmin. Kekuatan dalil dari Kitabullah dan Sunnah merupakan pemisah antar kebenaran dan kebatilan.

Billahit taufiq.

Al-Lajnah Ad-Daimah lil Buhuts wal Ifta’

Ketua Umum:

-Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz

Anggota:

-Abdullah bin Hasan Al-Qu’ud

-Abdullah bin Ghadayan

-Abdurrazaq Afifi

diterjemahkan dari : http://www.islamgold.com/view.php?gid=7&rid=78

Teks Aslinya :


من فتاوى اللجنة الدائمة (السؤال الأول من الفتوى رقم 7122 )
في هذا الزمان عديد من الجماعات والتفريعات وكل منها يدعي الانضواء تحت الفرقة الناجية ولا ندري أيهما على حق فنتبعه ونرجو من سيادتكم ان تدلونا على أفضل هذه الجماعات وأخيرها فنتبع الحق فيها مع إبراز الادلة ؟

الحمد لله والصلاة والسلام على رسوله وآله وصحبه .... وبعد :

كل هذه الجماعات تدخل في الفرقة الناجية إلا من أتى منهم بمكفر يخرج عن أصل الإيمان ، لكنهم تتفاوت درجاتهم قوة وضعفاً بقدر إصابتهم للحق وعملهم به وخطئهم في فهم الأدلة والعمل ، فأهداهم أسعدهم بالدليل فهما للحق وعملا ، فأعرف وجهات نظرهم ، وكن مع أتبعهم للحق وألزمهم له ، ولا تبخس الآخرين اخوتهم في الإسلام فترد عليهم ما أصابوا فيه من الحق بل اتبع الحق حيثما كان ولو ظهر على لسان من يخالفك في بعض المسائل ، فالحق رائد المؤمن وقوة الدليل من الكتاب والسنة هي الفيصل بين الحق والباطل .

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

عضو / عبدالله بن قعود

عضو / عبدالله بن غديان

عضو / عبد الرزاق عفيفي

الرئيس العام / عبدالعزيز بن عبدالله بن باز

Wednesday, March 17, 2010

Calculator!


Sekadar gambar hiasan

Alangkah indahnya hidup, jika hidup itu persis calculator.Sesuatu alat yang digunakan untuk menyimpan data pada awalnya, dan terus digunakan untuk berfungsi sebagai alat mengira.Dan terus menerus berevolusi.

Di awal permulaannya, calculator hanyalah berfungsi sebagai alat penyimpan data, yang dinamakan "abathia" atau "Abacus". Dan fungsinya menjadi lebih hebat, bila mana sang pengguna mengaplikasikan kaedah kira-kira dengan kombinasi simpanan data pada alat tersebut. Bertahun lamanya..dan akhirnya, aplikasi abacus terus dikembangkan..kepada arithnometer lalu berevolusi kepada "type writter" dan seterusnya kepada komputer.

Semakin hari, semakin canggih. Pada awalnya ia hanyalah sejenis alat yang diperbuat daripada kayu. Namun, pada hari ini, alat ini diperbuat dari pelbagai kombinasi bahan seperti besi, emas, plastik dan sebagainya. Dan aplikasinya pula dinaik taraf sedikit demi sedikit.Dari penyimpanan data 1 digit kepada berpuluh-puluh digit.Dari 125K REM, dinait taraf ke 3GHz kelajuannya. Dari tidak ada kipas, kepada ada kipas. Dari tidak ada lampu "lap lip lap" kepada ada lampu "lap lip lap".Di luar jangkaan minda. Namun, asas kepada aplikasinya tidak pernah sesekali berubah. Tetap dengan nilai asasnya, yakni menyimpan data.Dan berevolusi kepada pelbagai aplikasi penggunaan. Boleh digunakan untuk bermain permainan maya, berkomunikasi, membuat kerja, dan banyak lagi perkara yang diluar jangkaan minda kita. Sehingga begitu hebatnya evolusi teknologi sekarang yang tetap berpegang pada satu prinsip.

Namun,dunia moden ini, menampakkan cabaran arus globalisasi banyak telah memudarkan daya intelektual manusia. Prinsip terhakis, maruah tergadai. Asas pemikiran terus berubah. Dari berpegang pada agama, terus berbolak balik. Atas revolusikah atau ilusi? Atas Prinsip atau nafsu? Perjuangan yang dibawa, mula dipaksikan pada senario semasa. Kalau atas nama semangat, terus diterjahkan SEMANGAT! Kalau senario berubah kepada duit, terus diterjahkan "DUIT"! Apa jenis Perjuangankah ini? Tidakkah kita mempelajari dari teknolgi?Yang menekankan nilai ketulenan dalam berevolusi! ASAS ITU ADALAH PALING PENTING UNTUK DIKEKALKAN! BUKANNYA YANG ASAS ITU DIPERGADAI, DIJUAL BELI!

Asas kepada perjuangan adalah Asas Aqidah. Namun kerana cabaran globalisasi dan massa, Perjuangan telah berevolusi.Ini tidak bererti asas perjuangan pun turut perlu untuk di evolusikan kepada pelbagai jenis wajah. Contoh mudah,kalau asal perjuangannya adalah ISLAM, perlukah ia ditukarkan kepada libralisma? Kononnya untuk meraih pengundi. Sedangkan iinilah yang merosak rencana perjuangan. Memusnahkan ketulenan dalam dasar perjuangan.

Che Guevara, seorang Sosialis Kanan yang terkenal dengan gerakan guerilla bawah tanahnya, tidak pernah sesekali menukar corak pemikiran perjuangan, namun perjuangannya tetap berevolusi, daripada corak yang lembut kepada corak yang radikal. Namun tetap menekankan pemikiran Sosialis.

Namun, sebagai seorang Islam, benar kita perlu berevolusi. Namun, evolusi kita perlulah pada asas. Yakni Al Quran dan As Sunnah.

Manusia itu diciptakan Tuhan dengan dua tujuan pokok:

Yang pertamanya adalah untuk mengabdikan dirinya hanya kepada Allah SWT. iaitu dengan berpegang teguh kepada:-

Tauhid Uluhiah (Tauhid Ibadah)

Menyembah, beribadat, meminta perlindungan dan kebahagiaan hanya kepada Allah SWT. yang merupakan kedaulatan mutlak (Absolute Sovereignty), dan tidak bersekutu denganNya. [“Dan Dia-lah Tuhan (yang disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi” (43:84)]

Tiada Tuhan selain Dia; bukan dewa-dewi, para malaikat, bukit-bukau, gunung-ganang, matahari bulan dan bintang, wang ringgit, segala isme-isme ideologi politik dan ekonomi ciptaan manusia, malah bukan juga pemerintah; tetapi Dia Allah yang hanya satu, yang Maha-Esa.

Tauhid Asma’ Wa Sifaat (Tauhid Nama dan Sifat)

Allah memiliki segala sifat dan nama yang sempurna dan terhindar daripada-Nya segala sifat yang tidak layak bagi-Nya.

Dengan pengetahuan dan penghayatan secara mendalam tentang sifat-sifat Allah SWT., manusia akan dapat membersihkan jiwa, roh, kepercayaan, moral dan tindak tanduknya; yang mana akan membawa kepada pembentukan keperibadian manusia yang mulia.

Tauhid Rububiah (Tauhid Perbuatan Allah)

Allah sahaja yang menciptakan alam ini, Allah yang menurunkan rezeki dan hujan, Allah yang memelihara dan mengatur seluruh alam, Allah yang menghidupkan dan mematikan. [“Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya” (25:2)]

Oleh kerana Allah adalah pencipta Alam Semesta termasuk manusia, maka Dialah yang paling mengetahui hakikat makhluknya. Oleh yang demikian, hukum-hukum dan peraturan-peraturan Allah jualah yang merupakan hukum yang paling baik, yang paling sesuai untuk makhluknya. Itulah dia Tauhid Hakimiah yang merupakan lanjutan daripada Tauhid Rububiah tadi. [“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah, Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik” (6:57)]

Justeru itu, adalah sangat tidak wajar manusia itu melaksanakan hukum-hukum dan undang-undang ciptaan manusia sendiri (undang-undang Thaghut) selain daripada Syariat (hukum-hukum dan peraturan- peraturan) yang telah ditetapkan Allah SWT. melalui Rasul-RasulNya. Tidakkah tindakan ini diumpamakan penyembahan patung atau berhala yang diciptakan oleh tangan kita sendiri? [“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (5:44)]

Keduanya adalah manusia sebagai Khalifah Allah (Pengganti Allah) di muka bumi ini:-

Untuk memerdekakan manusia daripada segala ikatan dan halangan untuk beribadah hanya kepada Allah SWT., atau dalam ertikata lain untuk mengembalikan manusia kepada Fitrah Semulajadinya. Itulah dia Hak Asasi Manusia yang sejatinya. [“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita, maupun anak-anak yang semuanya berdoa: {Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau}” (4:75)].

Ikatan dan halangan untuk manusia beribadah hanya kepada Allah SWT. itu terbahagi secara kasarnya kepada beberapa sumber di antaranya:

Kepada Diri sendiri

kejahilan tentang Ilmu Tauhid samaada ia merupakan Tauhid Uluhiah, Tauhid Asma’ Wa Sifaat, maupun Tauhid Rububiah/Tauhid Hukumiah, lemah jiwa dan raga dipermainkan oleh godaan syaitan

Kepada Sosio-Ekonomi

Manusia itu dalam belenggu kemelaratan dan kesengsaraan hidup, terpaksa mencari nafkah siang dan malam untuk keluarga dan dirinya sehingga tidak mempunyai masa yang selesa untuk beribadah kepada Allah SWT.

kepada Sosio-Politik

Dengan penguatkuasaan pemerintah Taghut, manusia terpaksa mengikuti hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang diciptakan oleh manusia selain daripada hukum-hukum dan peraturan-peraturan Allah SWT. Hukum-hukum dan peraturan-peraturan Taghut ciptaan manusia itu memang diciptakan untuk kepentingan yang menciptakannya atau yang memerintahnya, bukan untuk kepentingan manusia sejagat baik yang berupa jasmaniah mahupun rohaniahnya.

Untuk mengatur dan menggunapakai segala isi bumi ini bagi kemudahan dan kesenangan manusia itu sendiri.

Manusia itu zalim terhadap dirinya sendiri kerana kufur terhadap nikmat yang telah diberi Tuhan [14:34]. Manusia selalunya abai untuk menyelidiki ilmu yang telah diberikan Tuhan, ilmu yang berbentuk sunnatullah (Laws of Nature) dan merumuskan ilmu-ilmu itu serta menghayatinya sebagai pembangunan sains dan teknologi demi untuk kemudahan dan kesenangan manusia sejagat.

Manusia apabila dapat memenuhi Hak Asasinya atau dapat memerdekakan dirinya daripada segala cengkaman ikatan dan halangan untuk beribadah hanya kepada Allah SWT. di samping dapat mengeksploitasikan isi bumi ini dengan paling baik untuk kemudahan dan kesenangan hidup manusia sejagat, itulah apa yang dinamakan Tamaddun Sejati dan itulah Kejayaan Mutlak – FALAH.

Rujukan:
1- http://en.wikipedia.org/wiki/Che_Guevara
2- http://en.wikipedia.org/wiki/Calculator
3- http://smartmujahid99.blogspot.com/2009/07/ukhuwwah-dan-perjuangan.html
4- http://inijalanku.wordpress.com/2010/03/08/fard-muslim-asas-binaan-tamaddun-islam/
5- http://home.hamidarshat.com/IFDPAmir.htm
6- Mengapa aku menganut Islam(Maza ya'ni intima' lil Islam)- Fathi Yakan
7-http://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah
8-Ohan Sudjana, Fenomena Aqidah Islamiyah Berdasarkan Quran dan Sunnah, Media Dakwah 1414/1994
9-http://www.salafipublications.com/sps/sp.cfm?subsecID=AQD04&articleID=AQD040003&articlePages=1
10- Sharh aqidah at-Tahaawiyyah of Shaykh Saalih Aal ash-Shaykh
11- Dhamm ul-Kalaam of Abu Ismaa'eel al-Harawi