Tuesday, July 29, 2008

Bertukar angin

Hari-hari di Negeri Bawah bayu, mengimbau seribu kenangan, tak dapat diolah tak dapat difilemkan. Takbir! Ku laungkan untuk sahabat seperjuangan di Sabah. Sedetik kemudian, aku pun balik ke kampung halaman, menanti sekelumit perit dan rasa yang hendak dilunaskan. Belum sahaja selesa menjamah rasa, aku pun bertukar angin ke PERAK Darul Ridzuan. Hampir 3 minggu sudah di sini. Dalam masa 3 minggu ini, bermacam-macam cerita hangat melanda Malaysia. Hingga ada yang menuduh liwat...ada yang hendak menyaman... ada muzakarah...macam-macam ada... semuanya seolah-olah hembusan angin. Tapi angin yang menghembus....bukan calang-calang....cukup membisa dan menyakitkan...


Cukup lain rasanya berada di bumi Semenanjung, orang-orangnya cukup berbeza dengan warga borneo. Open mind, straight foward, frankly speeking... suara terus terang berkelumit di jiwa ini. Sungguh, kadang-kadang hati tidak boleh menerima, demi Ilmu, aku menurut sahaja. Cukup berbeza budaya di sini. AKu terfikir sendiri.

Sepanjang aku di Perak Darul Ridzuan, baru sekali aku ke Bandar Ipoh mencari bekalan. Apabila menjejak kaki ke Ipoh Parade yang gah tersergam Indah, sungguh, hatiku berderau, hampir jatuh pengsan aku dibuatnya. Kelihatan anak-anak muda..sungguh asyik dengan kenikmatan di Dunia. Melihat fenomena ini, hati berzikir dan berselawat dan berdoa pada ALLAH, supaya memelihara Ibu bapakku,Aku, keluargaku, saudaramaraku,sahabat-sahabatku, bakal zuriatku, bakal isteriku, untuk jauh dari segala kemungkaran ini.

Pengalaman 3 minggu ini, sebenarnya mengajar aku banyak perkara. Aku dahulunya, ketika menuntut di Politeknik selalu bermimpi untuk menuntut di Universiti. Dan tak pernah terlintas untuk ke Universiti ini. Satu kata nasihat As Syahid Imam Hassan Al Banna yang mahsyur " Hari ini angan-angan, insyaALLAH akan datang jadi kenyataan!" . Secara jujurnya, aku tidak pernah merancang untuk ke sini. Begitu juga tempat aku menuntut dulu, Politeknik. Aku tidak pernah terfikir dan mahu berfikir untuk menuntut di sini dan di situ. Sedang aku Merancang, ALLAH telah merancang yang terbaik untuk aku, hambaNYA yang daif ini. "Kita merancang, ALLAH pun merancang". Setelah tamat pengajian di Politeknik, aku sudah merancang untuk bekerja di ABF. Tawaran kerja itu telah aku perolehi, sebelum menamat pengajian di Politeknik. Aku sungguh gembira. Dalam penantian, surat tawaran sampai, aku digemparkan dengan tawaran menduduki temuduga kemasukan ke sini. Aku terkesima. Di hatiku cukup berat untuk pergi, tapi aku tetap pergi. Pada hari temuduga, aku melaluinya dengan penuh kesabaran. Di hatiku cukup gementar. Dan aku cukup gugup melihat peserta temuduga adalah dikalangan anak-anak muda yang sememangnya cemerlang, sedangkan aku, PERNAH gagal di MATRIKULASI.

Walaubagaimanapun, hari ini, aku di sini. Berbekalkan inspirasi dari Ibu Bapaku, Keluargaku,saudaramaraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, Mas'ulku,naqibku, ustazku, pensyarahku,kaunselorku,bakal isteri dan bakal anak-anakku..insyaALLAH, aku akan cuba mara....mara..sebagai seorang anak muda, untuk menjadi Rijal Dakwah,menjadi MUSLIM yang cemerlang dunia dan akhirat.

Dan dikala ini jua, aku telah bertukar angin...angin borneo akan ku hirup pada masa lain. Dan pastinya, angin semenanjung ini, akan kucuba untuk manfaatkannya, moga-moga dapat membentuk diriku sebagai Insan yang bertaqwa, berkualiti, berpotensi dan bermotivasi.

Buat sahabat-sabahatku di Miri, Maafkan aku, kerana meninggalkan kalian dengan bertimbunan kerja yang belum selesai. Ku doakan kalian, agar dipermudahkan segala urusan dan kemudahan. Kalian, banyak mengajarku, dan kalian antara menjadi inspirasiku, ku mohon doa dari kalian untuk diriku yang jauh di Perak. Buat yang ternanti-nanti diriku, ku berterima kasih atas segala kesudian menanti diriku. Ku doakan agar segala pernantian itu membuah segala kebahagian dan kenikmatan buat dirimu.

Buat sahabat-sahabatku, mungkin kalian cukup pelik dengan diriku. Tapi, di dalam aku, tetap seorang individu seperti yang kalian kenal. Ya..memang diriku adalah insan kerdil seperti dulu..doakan..daku...


Angin yang bertukar.....hanyalah angin yang bertempat, tapi sifat angin....tetap angin...menghembus...kadang-kadang kencang..kadang-kadang halus...kadang-kadang sejuk...kadang-kadang panas....itulah sifat manusia....

Kadang-kadang dibawah, kadang-kadang diatas.... Tidak ada apa yang hendak dibanggakan...
Setiap manusia ada potensi...Jangan dipandang rendah..ciri-ciri manusia..jika ia tahu potensinya...nescaya..ia akan menjadi Manusia sejati... Umpama Rasulallah SAW, MANUSIA AGUNG!

yang hanya perlu dibanggakan adalah..."AKU BANGGA SEBAGAI PEMUDA ISLAM"