Tuesday, August 16, 2011

Perkukuhkan Institusi Dakwah Di Sarawak

Delapan ini, kita telah menyaksikan banyak kes bunuh, rogol, rompak di kalangan anak muda yang beragama Islam. Impaknya ,Islam semakin dipandang sinis dan gejala murtad berlua-luasa. Sedangkan Islam tidak pernahpun mengajar perkara-perkara yang mungkar tetapi Islam itu menyeru manusia berbuat baik serta beramal Soleh. Namun, persoalannya silap siapa?

Generasi yang terabai
Lemahnya institusi Dakwah di Sarawak bukanlah kerana faktor komuniti Islam Sarawak yang sedikit.Kerana Islam itu sendiri bermula dengan sedikit , ghorib(pelik) dan kemudian berkembang menjadi pilihan berbillion manusia yang membawa kepada ketamadhunan Manusia yang menjadi rujukan sehingga kini. Salah satu faktor kenapa Institusi Dakwah di Sarawak lemah kerana dasar tertutup yang diamalkan oleh pihak-pihak Masjid dan pihak-pihak tertentu. Saya tidak mahu menspesifikkan mana-mana Masjid berkaitan kerana dikhuatiri mengaibkan. Namun ingin saya nyatakan dengan penuh tegasnya. Amalan Dasar tertutup pihak-pihak tersebut bukan menguntungkan mereka sendiri, malah merugikan seluruh generasi muda, tua mahupun kanak-kanak. Kerana apa yang diamalkan mereka itu menyebabkan keterbantutan perkembangan Ilmu, Sakhsiah dan Akhlak dalam masyarakat setempat. Amalan itu boleh kita katakan bersikap "EKSLUSIF". Padahal adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membina generasi Islam yang cemerlang. Ingin saya persoalkan perlaksanaan "DASAR TERTUTUP" itu, adakah ia untuk kepentingan masyarakat? atau sebenarnya adalah untuk kepentingan INDIVIDU? Atau kepentingan Politik dan Kuasa? Maka itu, menampakkan sikap ketidak ikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pihak yang bertanggung jawab.

Kesedaran VS kepentingan
Kita perlu sedar, remaja kini memerlukan perhatian yang secukupnya, dan generasi Y adalah generasi yang aktif beraktiviti, cumanya "dasar amalan tertutup" pihak berwajib itu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang positif ini disekang dan dihalang. Mangsanya adalah "para remaja", generasi Kepimpinan masa depan. Mungkin ada baiknya kita renung-renungkan Ayat Al Quran di bawah sebagai satu natijah bagi kita sedar antara tanggung jawab atau "kepentingan semata-mata" .

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ


“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Hud: 15-16).




Perkukuhkan Saff


Maka itu, tiap-tiap pihak berwajib seharusnya melakarkan perjalanan yang mudah(birokrasi yang keterlampauan), untuk merapatkan jurang-jurang antara Perbadanan Dakwah-dakwah di Sarawak, dan sentiasa mengelak dari ditekan dan diarah oleh mana-mana individu yang mempunyai kepentingan peribadi (untuk politik dan kuasa semata-mata), Seharusnya lebih mementingkan kepentingan umat Islam di Sarawak, kerana kegagalan pihak berwajib itu bakal melahirkan GENERASI yang BUTA AGAMA. Yang ISLAMnya pun tidak pandai solat dan ada yang lebih menyedikan adalah generasi Y yang tidak tahu apa itu "Syahadah". Akhir Kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia, mudah-mudahan Ramadhan yang mendatang ini dapat mendidik jiwa kita serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH




Syukrani


Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Unit Miri


Sunday, July 10, 2011

Kekalkan Momentum

Hari semakin berlalu cepat, masa berdetik pun terasa cepat, tak terasa jiwa kalau ia tetap statik, kelam nyawa atas hidup yang tak bertempat.




Sorotan hari, semakin membukam jiwa, dalam seharian itu, berlalulah pelbagai ragam, antara yang paling bermakna adalah, ada sekelumit jiwa yang tak terasa "erti hidup". Ramai yang membayangkan hidup itu hanya untuk ENJOY atau "LEPAK"...namun ia tidaklah sesempurna seperti di fikirannya, yang pastinya ,ia telah tertipu dengan bisikan jiwa dan syaitan. Hidup itu tak pernah sempurna, jalan itu pasti berliku, cuma tipisnya perjalanan hidup perlu dimekarkan dengan MAKNA yang sebenar. Hidup perlu dengan MAKNA!

Makna sebenarnya hidup telah lama dirakam dalam AL Quran Nur Karim. Cuma tidak diterokai dan dibaca serta dihayati oleh kita,








Surah Ad Dzariyat, ayat 56 "TidakKu ciptakkan jin dan manusia, hanyalah untuk beribadah kepadaKU "



Mudah-mudahan, dengan penuh jiwa dan raga, penghayatan "AL QURAN Nur Kareem" itu , mampu membuka mata hati kita untuk menjiwai HIDUP yang bermakna.

Ayuh! Segarkan HIDUP kita dengan pengertian yang penuh BERMAKNA!

HIDUP Adalah untuk DIA(ALLAH yang Maha ESA).
Selamat menjalani hidup dengan penuh bermakna!

Kekalkan Momentum "SEMANGAT" dengan penghayatan "ERTI HIDUP"





























Monday, April 18, 2011

Freedom

Freedom
Free will , the ability to make choices
Hari ini, saya rasa terpukul dengan nasyid nanyian Maher Zain - "Freedom", antara ungkapannya"Calling for freedom" membuahkan sesuatu perasaan "BANGKIT" dan jua membuat saya teringat kisah sejarah manusia dalam perjuangan "Pembebasan".

Dini hari, perjuangan "pembebasan" telah dilaungkan di tebaran dunia, biar di Amerika, di Malaysia dan mana-mana lokasi yang ada manusia ditindas. Dalam samar-samar laungan "Freedom", masih tetap ada jua manusia tertindas. Khasnya Palestine, Ambon, Chehnya, Algeria dan mana-mana negera yang dicengkam Kuku Besi. Rakyat diratah, dipaksa menganut fahaman Sekularisma, hingga menelanjangkan Maruah AGAMA dan Bangsa.

Namun, sedar tak sedar, Penindas tidak selamanya kekal, kerana "Kekal" itu milik yang Maha Adil.

Dalam sorotan perjuangan "pembebasan", terselitlah kisah-kisah yang tersembunyi, kerana sengaja disembunyikan pihak-pihak tertentu untuk memastikan kedudukan mereka "kekal" dalam menindas. Namun, mereka ini tidak sedar, ada jua yang perihatin sehingga menerbitkan beribu-ribu artikel dan buku-buku tentang perjuangan pembebasan. Dan paling ditakuti mereka adalah semangat "JIHAD" pejuang pembebasan. Berabad, berkurun, seteru-seteru Islam masih "gerun" dengan semangat JIHAD yang dilaungkan demi Pembebasan "menganut Islam secara Kaffah".

Kenapa perlu menindas?Adakah Kerana selama itu mereka hendak hidup dengan kedudukan terjamin, tanpa disedari, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan terancam. Kenapa tidak dibiar sahaja diberi peluang kepada mereka itu untuk memilih? kerana "hak" memilih itu telah dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia. Antara memilih ke jalan yang benar atau jalan yang mungkar. Tanpa kita sedari, kalau kita menafikan hak seseorang untuk memilih, maka kita adalah penindas.

Suara kebebasan dilaungkan. Sesekali ini, Mesir yang dicengkam Husni Mubarak tersungkur berdetup, termasuklah beberapa negara arab yang diterajui "kuku Besi". Manusia tak selamanya tunduk dengan kemahuan yang membongkak lagi rangkak. Tamak Holoba yang menusuk, pasti membuah kebencian, sehingga BANGKIT "Suara PEMBEBASAN".

Dalam sejarah tamadun manusia, kita melihat begitu banyak regim jatuh akibat kebangkitan suara pembebasan. Namun, sejauh mana manusia percaya, dirinya telah dalam berdekam dengan "penindasan dan penjajahan dari suara bisikan syaitan"? AYuh! Bebaskan diri kita dari belenggu syaitan.

Attribute to Freedom Fighter:
Click bawah
http://www.youtube.com/watch?v=62RAK4arstU

Thursday, March 10, 2011

Pressure Transmitter

Pressure transmitter

Dalam Industri Pemprosesan, pasti tidak lari dari penggunaan perkakasan seperti Pressure transmitter. Apa itu Pressure Transmitter? Apa kegunaannya?

Click link di bawah untuk info lanjut:

Sebenarnya, Pressure transmitter adalah satu perkakasan untuk mengukur kadar Tekanan dalam Sistem Pemprosesan. Dengan kadar scalar luarnya minimumnya 4mA dan Maksimumnya 20mA. Atau dalam Psinya adalah 3psi ke 15psi. Itu adalah kadar standard yang telah diselaraskan selurus dunia. Namun, hakikatnya, terpulang kepada standard yang diselaras oleh pihak pengguna.

Dalam Sektor Industri, Tiap-tiap pemprosesan ada ukuran nya. Ini adalah untuk pengiraan keuntungan dalam pemprosesan. Ia dinamakan "Check and Balance".

Begitu juga dengan Seharian kita, perlu ada satu ukuran "check and balance" untuk memudahkan kerja kita agar tidak berlakunya pembaziran dan penyelewangan. Namun, apa indikator terbaik?
Kalau dalam Industri pemprosesan, kita punya Pressure Transmitter yang boleh bertindak sebagai pemberi maklumat dan pengawal secara automatik. Namun dalam masyarakat, apakah indikatornya?
Jawapannya sangat mudah, yakni "Kadar Jenayah , Kadar peningkatan Ekonomi, Kadar Indeks masalah sosial dan sebagainya"

Statistik anak luarnikah di malaysia, sila click link di bawah:

Apa sebenarnya terjadi di negara kita, dengan kadar peningkatan Jenayah, Kes rogol, Kes bunuh, Samun dan macam-macam aktiviti jenayah? Adakah ini bermaksud "sistem pendidikan moral& insani gagal mencorak pemikiran masyarakat?" ...

Siapa yang harus dipersalahkan di dalam permasalahan ini? Seperti Pressure Transmitter (kalau ia gagal berfungsi, secara totataly, ia akan dicalibrate (diadjust) kepada nilai yang asal, dan kalau ia gagal berfungsi sepenuhnya, diganti baru. Sistemnya tetap tidak ubah, dan akhirnya, akibat itu, seluruh sistem gagal berfungsi.

Tipsnya, kita cari punca, kita tangani punca dan kita pasti jimatkan KOS dan Masa.
Saya percaya, semua orang berfikir sama

Wednesday, February 16, 2011

Di Bawah Naungan Cinta

Sungguh, cinta sejati tak lahir dalam kejapan,
Ia lahir bukan oleh paksaan,
Sungguh, cinta sejati berjalan lambat dan pelan,
Ia berjalan dalam paduan panjang dan pancangan tiang,
Cinta sejati lahir kerna mantapnya niat, teguhnya tujuan,
Cinta sejati tak kan sirna dan pudar ikatan.

Lihatlah! Bagaimana yang tumbuh cepat,
Ia segera tumbang dan sekarat,
Lihatlah! Aku ini tanah gersang,
Tak gampang bagi tanaman tumbuh berkembang,
Tapi sekali tanaman bertahan, ia tak gampang tumbang,
Atau dirobohkan, karna akarnya kuat mencengkam

- Ibnu Hazm El-Andalusy

Wednesday, February 9, 2011

Bila Awan Putih menjadi Hitam

Tak dak ada angin, tak da gendang diketuk,

tiba-tiba suruh orang lain berhati-hati dengan aku.........


apa hal ni???????????

Sunday, January 23, 2011

the rules that save Lives

The Rules that save Lives

Sudah 4 bulan aku bersama company gergasi ini. Ada beberapa perkara boleh dihayati. Antara yang menariknya adalah "Keselamatan". Namun, hakikat sebenarnya, itulah Prioritas sebenarnya dalam seharian pekerjaan kami. Ditekankan tentang "KESELAMATAN".

Dini hari, semua orang memburu keselamatan, sehingga ada yang sanggup berperang untuk memburu kedamaian dan keselamatan.

The Rules that save lives: (Peraturan yang menyelamatkan nyawa)
Sangat bermakna dan praktikal dilaksanakan.(tidak dapat dikongsikan intipati di dalamnya, kerana perjanjian bersama syarikat)

Mungkin boleh rujuk link dibawah berkaitan tentang Keselamatan:


Di Sebalik Keselamatan ada Kematian yang PASTI

Bolehkah kita menipu kematian?
Benar, kita tidak dapat menipu kematian. Malah Mati itu PASTI! Sepertimana firman ALLAH

3 185 Mati itu Pasti

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185

Mungkin di sini, saya ingin berkongsi dengan rakan dan taulan, mengenai "rules that save your akhirah" :



Rules that save your Akhirah:

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

  1. hartanya untuk warisnya.
  2. nyawanya untuk Malaikal Maut.
  3. dagingnya untuk ulat-ulat.
  4. tulangnya untuk tanah.
  5. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  3. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Monday, January 17, 2011

Mengetuk pintu Blog

Jiwa

Lama sudahku tak menulis di laman blog ini. Kelam rasa jiwa yang tak tentu arah. Agaknya serupa seperti cuaca yang tak dapat diramalkan semudah rupa. Kadang-kadang cerah, kadang-kadang hujan, kadang-kadang mendung..

Miri tiga hari berturut-turut terus dihempap hujan. Untuk penunggang setia motorsikal seperti aku, selalunya resah dikala hujan menitis ke bumi. Namun, semua itu adalah cabaran hidup. Antara kau redah atau kau terus berhenti di persimpangan penantian?

Cabaran atau takut pada cabaran?

Aku sentiasa mendongak melihat terus ke langit. Kalau cerah harinya, kelihatan awan putih menghiasi langit membiru. Kalau hujan, kelihatan awan hitam bergelimpangan di sebalik langit menghitam. Semuanya adalah perumpamaan masa depan. Selalunya, yang kita lihat "cerah" atau "gelap". Biar aku perincikan apa sebenarnya hendak aku sampaikan...

Cerita-cerita orang tua:

Selalunya orang tua selalu berkata: "Cerahlah masa depan budak ini sebab dah ada kerjaya"

Tak pun, mereka pasti berkata "takda masa depan budak ni.....pemalas...pencuri....perompak, orang yang gagal!" ...

semuanya atas pandangan pertama, ataupun pengalaman bersama. Namun, kita tidak tahu apa sebenarnya akan berlaku mahupun tengah berlaku atau sedang berlaku. Apatah lagi, dunia ini di dalam penilaian kita, tidak setepat mana. Kita hanya dikategori sebagai "side viewer"...

Dunia yang separuh!

Satu Soalan MUDAH untuk dipernilaikan semula

Adakah kita kenal diri kita sebenar-benarnya?

SWOT ANALYSIS
Setiap kitak pasti mampu untuk mengisi tempat kosong jika diberi soalan atau kuiz untuk menguji kemantapan dan kesungguhan ataupun personal character pada diri kita sendiri.
Ambil mudah, kita bercerita mengenai SWOT analysis. Apa itu SWOT Analysis?

S- Strength
W- Weakness
O- Opportunity
T- Threat

Setiap pada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, ada peluang dan ada juga MUSUH ataupun dugaan yang pasti akan kita hadapai. Namun, adakah itu bermaksud kita sudah kenal siapa diri kita?

Kalau tak kenal, kenapa menilai?

Begitulah kita, selalunya lebih cepat mengambil tindakan menghukum dari memberi peluang. Melabel daripada terus berbincang. Sudah pandai meramal masa depan orang, malahan dasyatnya seolah-olah tahu akan masa depan orang.

Setiap orang ada "jalan" yang ALLAH ciptakan khas untuknya. Maha suci ALLAH yang MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI. Kerahsian hidup sungguh milik ALLAH.

Ted Williams

Kisah mengenai seorang penagih dadah dan alkohol jalanan yang tidak berumah, Teds William (dinamakan Ted Williams bersempenapemain bola lisut all-star) .
Dilahirkan pada 22 september 1957, pernah berkerjaya namun di penghujungnya di jalanan tak berumah kerana kerumitan berlaku semasa berkerjaya.

Hujan tak selalunya turun

Peluang sentiasa ada menerpa..cuma kita tidak tahu bila....

Mari click link di bawah, moga-moga mendapat sedikit pencerahan di hujung hari.


ALLAH itu Maha Kaya lagi Maha Memberi