Monday, January 17, 2011

Mengetuk pintu Blog

Jiwa

Lama sudahku tak menulis di laman blog ini. Kelam rasa jiwa yang tak tentu arah. Agaknya serupa seperti cuaca yang tak dapat diramalkan semudah rupa. Kadang-kadang cerah, kadang-kadang hujan, kadang-kadang mendung..

Miri tiga hari berturut-turut terus dihempap hujan. Untuk penunggang setia motorsikal seperti aku, selalunya resah dikala hujan menitis ke bumi. Namun, semua itu adalah cabaran hidup. Antara kau redah atau kau terus berhenti di persimpangan penantian?

Cabaran atau takut pada cabaran?

Aku sentiasa mendongak melihat terus ke langit. Kalau cerah harinya, kelihatan awan putih menghiasi langit membiru. Kalau hujan, kelihatan awan hitam bergelimpangan di sebalik langit menghitam. Semuanya adalah perumpamaan masa depan. Selalunya, yang kita lihat "cerah" atau "gelap". Biar aku perincikan apa sebenarnya hendak aku sampaikan...

Cerita-cerita orang tua:

Selalunya orang tua selalu berkata: "Cerahlah masa depan budak ini sebab dah ada kerjaya"

Tak pun, mereka pasti berkata "takda masa depan budak ni.....pemalas...pencuri....perompak, orang yang gagal!" ...

semuanya atas pandangan pertama, ataupun pengalaman bersama. Namun, kita tidak tahu apa sebenarnya akan berlaku mahupun tengah berlaku atau sedang berlaku. Apatah lagi, dunia ini di dalam penilaian kita, tidak setepat mana. Kita hanya dikategori sebagai "side viewer"...

Dunia yang separuh!

Satu Soalan MUDAH untuk dipernilaikan semula

Adakah kita kenal diri kita sebenar-benarnya?

SWOT ANALYSIS
Setiap kitak pasti mampu untuk mengisi tempat kosong jika diberi soalan atau kuiz untuk menguji kemantapan dan kesungguhan ataupun personal character pada diri kita sendiri.
Ambil mudah, kita bercerita mengenai SWOT analysis. Apa itu SWOT Analysis?

S- Strength
W- Weakness
O- Opportunity
T- Threat

Setiap pada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, ada peluang dan ada juga MUSUH ataupun dugaan yang pasti akan kita hadapai. Namun, adakah itu bermaksud kita sudah kenal siapa diri kita?

Kalau tak kenal, kenapa menilai?

Begitulah kita, selalunya lebih cepat mengambil tindakan menghukum dari memberi peluang. Melabel daripada terus berbincang. Sudah pandai meramal masa depan orang, malahan dasyatnya seolah-olah tahu akan masa depan orang.

Setiap orang ada "jalan" yang ALLAH ciptakan khas untuknya. Maha suci ALLAH yang MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI. Kerahsian hidup sungguh milik ALLAH.

Ted Williams

Kisah mengenai seorang penagih dadah dan alkohol jalanan yang tidak berumah, Teds William (dinamakan Ted Williams bersempenapemain bola lisut all-star) .
Dilahirkan pada 22 september 1957, pernah berkerjaya namun di penghujungnya di jalanan tak berumah kerana kerumitan berlaku semasa berkerjaya.

Hujan tak selalunya turun

Peluang sentiasa ada menerpa..cuma kita tidak tahu bila....

Mari click link di bawah, moga-moga mendapat sedikit pencerahan di hujung hari.


ALLAH itu Maha Kaya lagi Maha Memberi



1 comment:

  1. 'lebih cepat mengambil tindakan menghukum dari memberi peluang. Melabel daripada terus berbincang'

    suka statement tok..^^

    ReplyDelete