Friday, May 9, 2008

KEMANDULAN DALAM DIRI

Dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran secara konsisten, adalah tidak mustahil bagi seseorang itu memerlukan supportive spirit serta kemantapan motivasi pada diri. Jadi menjadi satu routine kepada diri sendiri untuk bermujahadah kepada diri.Satu kewajaran dalam mujahadah diri adalah mempersoalkan pada diri; "MAMPUKAH AKU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB INI, AMANAH INI?"

Yang pastinya, sebagai seorang bergelar pemuda atau pemudi, adalah perlu kepada 'POST MORTERM" pada diri sendiri dalam satu hari. Ini dinamakan sebagai MUJAHADAH KENDIRI. yang bertujuan untuk proses permantapan sahsiah dan kualiti dalam diri. Seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai mandul. Apabila ia tidak mampu menghasilkan sesuatu yang dikehendaki. Contohnya, seorang pelajar diharapkan untuk menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Tapi gagal melaksanakan. Maka ia diklasifikasi sebagai pelajar yang mandul untuk cemerlang. Hakikatnya, yang sebenarnya, ia mampu..kerana ini sudah terbukti. "BERIBU-RIBU sperma yang bersaing...akhirnya yang mampu menjadi manusia itu adalah kita. Kegagalan itu atas izin ALLAH S.W.T, ini didasarkan dengan fitrah manusia. Manusia digagalkan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi sahsiah kendirinya. Jika ia menghayati kegagalan yang ia capai dan mengaplikasikannya dalam bentuk yang lebih advance dan spiritual.Dengan itu, ia mampu mengorak satu langkah penuh gagah. Dengan tidak menghasilkan sesuatu, maka dikira mandul. Jadi, adalah penting untuk bermujahadah pada kendiri sendiri. Memudahkan arah tujuan hidup ini disertakan dengan aset-aset pengalaman yang berkualiti dan berharga untuk disematkan pada diri. Agar mampu mengorat satu anjakan pradigma yang sukar dijangkau. Sebagai natijahnya, ia tidak MANDUL . Malah sangat SUBUR dalam menyemai kekuatan CINTA ke dalam Masyarakat Majmuk yang penuh dengan ranjau ranjau cabaran yang menggila.

Hakikatnya sebenarnya, adalah pada diri sendiri. MANDUL dalam diri. Yang saya percaya, ia berkait rapat dengan sikap "MALAS" itu sendiri. Yakni, "MALAS-MALAS mengundang kepada keasyikan mandul". Ini adalah satu penyakit yang menguasai tubuh badan, otak, serta spirit. Yang boleh melonglaikan kaki, tangan,jiwa serta semangat INQUIRY pada diri. Yang boleh menyebabkan kemandulan yang dasyat serta kritikal.

ATAS dasar itu,saya menyeru saya sendiri dan rakan2 sekalian, untuk tidak menjadikan sifat-sifat KEMANDULAN pada diri. Kerana khuatir, ia bisa membinasakan tubuh badan kita. Masyarakat serta Negara kita...

Wallahualam...