Wednesday, August 22, 2007

Ketua Hakim Negara cadang mansuhkan Common Law dan laksanakan undang-undang Islam







Assalamualaikum.



Saya tertarik dengan cadangan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang disiarkan dalam akhbar hari ini supaya perundangan Common Law Inggeris dimansuhkan kerana dianggap lapuk dan tidak sesuai;Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya. Utusan Malaysia – 22 Ogos 2007.Bukan sahaja Common Law yang diwariskan oleh penjajah itu sahaja yang perlu dimansuhkan, yang paling penting undang-undang zalim seperti ISA itulah yang perlu dimansuhkan kerana jelas telah disalahgunakan dan menzalimi rakyat. Dan saya lagi tertarik dengan kenyataan Tun Ahmad Fairuz di bawah ini;Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat. Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Berita Harian – 22 Ogos 2007.Bukan mungkin lagi, malahan ianya memang patut dilaksanakan lebih-lebih lagi negara kita telah memasuki usia 50 tahun kemerdekaan. Kita sepatutnya tidak perlu lagi bergantung kepada undang-undang ciptaan penjajah. Yang perlu dilaksanakan sekarang ialah undang-undang yang turunkan oleh Allah melalui al Quran dan Hadis. Saya teringat dengan kuliah seorang ustaz berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam ini. Ustaz berkenaan menyebut bahawa dahulu komputer atau IT adalah sesuatu amat asing dengan rakyat negara ini. Namun dengan kempen yang giat daripada kerajaan umpamanya kempen Cinta IT akhirnya kini IT tidak lagi asing dengan masyarakat negara ini.Begitulah juga dengan undang-undang Islam, jika dari dahulu lagi kerajaan pergiatkan kempen memperkenalkan undang-undang Islam kepada rakyat keseluruhannya, sudah tentu sekarang ini ianya tidak lagi asing kepada rakyat termasuk yang bukan Islam. Namun begitu kerajaan kita nampaknya lebih banyak memberi alasan dan menakut-nakutkan rakyat daripada memberi penerangan kepada rakyat tentang perlaksanaan undang-undang Islam.Akhir sekali al Fatihah untuk tokoh perundangan Allahyarham Ahmad Ibrahim. Bagi saya beliau adalah peguam pertama yang membela Islam dalam isu-isu murtad dan kini usaha Allahyarham telah diteruskan oleh barisan peguam pembela Islam yang aktif dalam membela agama Islam dalam isu murtad di negara ini. Semoga Allah cucuri rahmat kepada ruh Allahyarham.











Mansuh Common Law -- Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti
Oleh Zabry Mohamad
PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.
Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.
‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.
‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya.
Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.
Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957.
Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.
Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.
Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England.
Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.
Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan amalan merujuk kepada Common Law.
Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.
Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.
Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.
Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.
Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.









ini Adalah satu entry yang menarik diulas oleh sahabat kita di blog nya, saya cukup tertarik dengan statement Tun Ahmad Fairuz selaku ketua Hakim negara, yang menyatakan kita telahpun terpampang jelas masih di bawah takuk pemerintahan British tanpa kita sedari? Jelas kah itu kita merdeka?



Kerajaan mengatakan kita adalah negara Islam, betulkah negara ISLAM???? DIperjuang adalah dasar kata-kata? Kalau benar kita kerajaan Islam, kenapa perundangan masih menggunakan perundangan sekular? Perundangan british???



Benar kita kerajaan ISLAM?






Mari kita lihat secara mendalam pengertian sebagai seorang MUSLIM



yang dinamakan sebagai Muslim adalah orang yang mengaku tiada Tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH, bukan setakat mengaku...tapi percaya.



Ia termaktub dari segi Lisani dan maknawi..secara Ruhiyyah..(percaya dengan sepenuh jiwa dan raga)



Jadi dalam aspek negara Islam, mengaku negara Islam, yakni mengaku tiada tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH,tapi kenapa kita tidak percaya dengan hukum hakam yang diturunkan ALLAH? yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada kita????Kita perlu perundangan ISLAM secara menyeluruh!



Bukankah Islam itu adalah kehidupan? Ad Dinul Islam?






Adakah itu umpama menipu secara terang-terangan?



kenapa kita masih terbentang-bentang begitu sahaja ditipu dek mereka?






Adakah benar kita Islam?



Kenapa tidak mahu pada ajarannya??






Apa sumbangan kita terhadap Islam??



Atau kita sudah membuat Islam itu jelek?

Monday, August 20, 2007

As Saff


Assalamualaikum wrh bkth, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dan selawat Salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W, para sahabat2 baginda, para tabi in, para tabi tabi in dan para syuhada sekalian.

Alhamdulillah, kita sekali lagi melangkah hari demi hari, detik demi detik, bertemu untuk bersama mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.

Ya Sahabatku sekalian, rakan seperjuanganku, Para Amilin, Para Pendukung gerak Kerja Islam.

Mari kita renungi dan musahabah diri kita, benarkah kita ini layak digelar Amilin dan Para pendukung Gerak Kerja Islam? Selagi mana kita masih tidak memahami konsep gerak kerja Islam yang sebenarnya, dalam konteks bahasanya, amal Jemaai.

Ya Sahabatku sekalian, rakan seperjuanganku, Para Amilin, Para Pendukung gerak kerja Islam

Bersama sama kita merenungi Surah As Saff(Barisan) yang ditafsirkan oleh Ulama ulama, Surah yang menekankan Keharusan Umat Islam mempertahankan Agamanya dengan Barisan yang teratur.

Di ayat pertama
Maksudnya:
[Bertasbih kepada ALLAH apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumu; Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana].

Adalah peringatan buat kita bersama, sesungguh tidak ada makhluk yang lebih bijak mahupun Perkasa dari ALLAH S.W.T, diciptakan kita segala sesuatu di muka bumi ini adalah supaya kita bersyukur dan beringat-ingat bahawa ALLAH itu adalah tuhan Kita.
Di awal2 ayat ini, diperingatkan kita supaya jangan berasa takabur dan rasa hebat bahawa kita yang paling bijak malah kita sahaja yang mampu mendukung kerja Islam, sedangkan yang sebenarnya, ALLAH ciptakan kita sama rata sahaja malah masing-masing kita bergantung tenaga hanyalah kepada ALLAH S.W.T.

Di ayat kedua
Maksudnya:
[Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?]

ALLAH memperingatkan kita, bahawa kita yang mengaku beriman pada ALLAH,padahal, disebaliknya kita ingkar dengan yang diperintahkan olehNYA.
*Oleh kerana skop ini adalah berkaitan dengan organisasi, maka ditekankan lebih kepada organisasi.
Antara contoh :
Hendaklah kita tetap dengan protokol dan prosedur yang dibuat oleh kita sendiri, walhal, kita telah melanggarnya?
Atau berkemungkinan kita ini manusia yang suka meperkota katikkan kata kita sendiri?
Atau kita mencadangkan program dan ditetapkan kita tugas, tapi kita tidak menjalankan tugas kita? Adakah itu dikatakan beriman?

Di ayat ketiga
Maksudnya:
[Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan]


Sesungguhnya, ALLAH sangat membenci cakap-cakap orang yang takabur lagi bongkak, malah membesarkan diri sendiri, walhal, kita sendiri mengetahui siapa diri kita, Malah ALLAH itu lebih Maha mengetahui diri kita berbanding kita sendiri. Tidakkah kita takut dengan seksaannya?

Di ayat keempat
Maksudnya:
[Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.]

Ya Sahabatku, Rakan seperjuangku, Para Amilin, Para Pendukung Kerja Islam dan Dakwah.

Renungilah ayat-ayat ini secara mendalam. Setiap bangunan itu diperbuat dari bermacam macam elemen, seperti bata, besi, kayu, pasir dan sebagainya, masing-masing bergantung satu sama lain, memerlukan antara satu sama lain.Begitu juga dengan kita, kita memerlukan antara satu sama lain, biarpun kita ada yang junior dan senior, biarpun kita berlainan bangsa dan jantina, kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain, kerana kerja Islam itu tidak akan habis. Janganlah kita menyisih antara satu sama lain, berbincanglah kita antara satu sama lain, bermusyuarahlah antara satu sama lain. Kerana dari itu, kita mampu mencetus banyak lagi idea idea yang bernas berdasarkan Al Quran dan Hadith2 Yang Sahih. Tidakkah kita merenung Surah Al Baqarah ayat 2 Yang bermaksud
[Kitab[Al Quran] ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa]
Kata As Syahid Imam Hassan Al Banna: Sesungguhnya jika diberi masa tambahanpun, masa untuk kerja Islam itu tetap tidak akan cukup. Atas dasar itu, kenapa mahu kita bergerak tanpa menghiraukan rakan-rakan kita yang juga bersama dalam barisan Saff ini? Kenapa tidak kita mahu berbincang dan bermesyuarat? Kenapa mahu kita bergerak bersendirian? Sedangkan Kita berada dalam satu Saff yang agak baik, pilihan ALLAH S.W.T, pilihan masyarakat, pilihan insyaALLAH terbaik. Atau, kita merasa kita sudah cukup baik?Maka kita tidak memerlukan mereka?Maka di ayat pertama tadi telah dinyatakan pendirian ayatnya. Ingatlah, hanya yang terbaik itu adalah datang dari ALLAH S.W.T bukannya diri kita.
Dan di setiap bangunan itu mempunyai satu tiang asas sebagai mendukung rangka dan struktur bangunan, maka itu bagaikan seorang Pemimpin yang telah dilantik, bila mana kita tidak merujuk atau tidak taat dan patuh pada seorang pemimpin, selayaknya pemimpin itu tidak layak memimpin, bila ia tidak layak memimpin, maka rosaklah struktur organisasi itu. Umpama bagunan, bila tiang asasnya rosak, rangkanya tidak berguna, bila-bila bangunan itu akan runtuh. Adakah itu kita mahu? Bila mana kita telah memilih pemimpin itu, maka bersama kita mengangkat Baiah, janji setia kita pada pemimpin, taat dan patuh pada perintahnya selagi tidak melanggar syariat dan tidak melampaui batas-batas.
Semua ini telah diterangkan dalam Ayat ke 12
Yang bermaksud
[Hai nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan ALLAH, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka, dan tidak mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada ALLAH untuk mereka, Sesungguhnya ALLAH maha Pengampun lagi Maha Penyayang.]
Dalil mengenai Baiah dan janji setia.

Dan ingatlah ALLAH akan memberi kemenangan kepada kita selagi kita tidak lari dari konteks sebenarnya AMAL JEMAAI, kerana itulah proses kemenangan Islam yang telah ditunjukkan oleh Para Sahabat-Sahabat Rasulallah S.A.W
Dalam satu fiq Sirah Nabawi, kisah perang Uhud, kekalah tentera Islam adalah kerana tidak patuh akan perintah Rasulallah S.A.W. Maka dengan ini, para sahabat sekalian, kisah perang Uhud itu berlaku atas hikmahnya supaya kita yang berada dihujung zaman ini mempelajari kesilapan itu dengan tidak mengulangkannya. Moga2 kita berperoleh segala kejayaan yang dijanjikan oleh ALLAH. Kerana ALLAH telah merangkamkan janjinya dalam Ayat yang ke 10
Yang bermaksud
[ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu akan AKU tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?]

Lalu ditambahkany NYA lagi dengan ayat yang ke 11
Yang bermaksud
[(Yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan rasul-NYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.]

Ayat ke 13
Yang bermaksud
[ dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai, (yaitu) pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikan berita gembira mereka yang membaca ayat-ayat Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kepada kitab dan hikmah ( As –Sunnah). Dan sesunggunya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.]
Ayuh, kita telusuri segala yang telah disampaikan, kita praktikkan, kita amalkan segala yang baik moga-moga kita mampu menjadi Ummah yang terbaik lagi Gemilang! InsyaALLAH!

Ayuh!
Jangan kita leka dan lalai dengan segala sesuatu yang masih lagi berlegar dalam pemikiran kita. Jangan lesu dan kaku, kita masih ada ALLAH, senjata kita Umat Islam
Doa. Berdoalah kepadaNYA. Moga kita diberi taufiq dan hidayah untuk kekal bersama gerakan Islam, istiqamah malah insyaALLAH kitalah orang-orang yang dijanjikan oleh ALLAH untuk masuk ke SyurgaNYA yang tidak ternilai harganya...
Wallahualam

Rujukan:
Tafsir Hamka
Tafsir Al-Jumanatul Ali

Sunday, August 19, 2007

Dasar kemerdekaan yang hakiki?


31 ogos 1957, tarikh keramat buat Malaya?
Kenapa dikatakan keramat? Sebab Malaya bebas dari cengkaman British?
Mari kita renungi kisah ini secara ilmiah dan secara menyeluruh,dan bukan pada 1 aspek luaran sahaja...
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Laungan yang bersepadu dan lantang dibuat oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia, dinobatkan sebagai Bapa kemerdekaan.
Itu secara praktikalnya. Tapi secara lumrahnya, kemerdekaan yang dibawa adalah satu sistem boneka British sahaja. Kenapa? Mari kita perlihatkan perlembagaan kita sekarang dan dahulu. Dasar undung2 dan perlembagaan adalah sebijik dari usul Perlembagaan British. Perlembagaan Sekular,yang berbuahkan pemikiran Manusia, jauh sekali dari Al Quran dan As Sunnah. Cuma sedikit tokok tambah, Malaysia mempunyai Undang-undang Syariah, yang memberi keistimewaan untuk orang Islam di Malaysia ( Artikel 12.b) kalau tidak silap saya.
Kenapa kita berbangga selagi kita masih tertakluk dan termaktub dengan perundangan yang didasari oleh Perlembagaan Minda dan Pemikiran manusia?Sedang kita sendiri mengerti, kekuasaan manusia itu hanyalah umpama ratio nya setitik air dengan sebentang luas lautan air berbanding kekuasaan ALLAH S.W.T.
Kita laungkan slogan merdeka, sedangkan, sebenarnya dan hakikatnya, kita tetap ditakbir oleh Pihak British dari sudut perlembagaan, umpama, kerajaan sekarang adalah penjalan tugas2 memastikan perlembagaan ini terus terlaksana, maka pihak British tidak akan masuk campur tangan. tapi, ia tetap perlembagaan mereka.
Hakikatnya, kita belum merdeka.
Sedangkan sebelum dijajah, kita empunya perundangan yang cukup cantik, perlembagaan kerajaan Melaka, yang didasari oleh Al Quran dan As Sunnah..tetapi setelah dimerdekakan, kita kena ikut perlembagaan mereka? Kenapa begini? Merdeka kah kita?
Ya, merdeka dari sudut campur tangan.....tapi bukan merdeka membuat keputusan.
Adakah itu kemerdekaan yang hakiki??
Kita tidak bebas untuk menunaikan hak hukum hakam agama ALLAH secara menyeluruh!
Sedangkan penganut agama lain bebas melakukan segala ajarannya. Kenapa kita umat Islam masih tidak bebas menunaikan Hak Agama Kita? AGama ALLAH S.W.T? AGama yang diredhai oleh ALLAH S.W.T? Adakah itu dinamakan merdeka?
firman Allah: (Ali Imran, 83)
Ertinya: Apakah mereka hendak mencari agama yang lain daripada agama Allah padahal segala yang di langit dan di bumi telah tunduk dan menyerah kepadaNya, baik dengan sukarela atau terpaksa. Dan hanya kepadaNya mereka dikembalikan.
Firman ALLAH juga dalam Al Quran
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya.
Sebagai orang Islam, kita mesti yakin bahawa ugama kita adalah ugama yang lengkap, ugama yang meliputi semua aspek kehidupan manusia. Kita mesti menjadi orang yang menghayati dan megambil keseluruhan aspek ajaran agama Islam, bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian
Tapi kenapa kita tidak dapat mengamalkan perundangan agama kita secara menyeluruh. Hinggakan ada yang ditangkap tahanan ISA, dituduh pengganas kerana mampu menggugat Kerajaan sekarang. adakah ini yang kita katakan "Merdeka"?
Sekadar perkongsian pendapat

Saturday, August 11, 2007

Rahsia dalam diri kita...

Pernah kah kita terlintas dalam diri kita untuk menjadi hebat seperti orang lain? untuk menjadi seperti idola kita? Pernah? Jangan menipu, ini adalah realiti hidup kita bukan ilusi mahupun fantasi..

percayalah, ini sebenarnya adalah fitrah manusia. Siapa kata kita tidak punya visi dan wawasan? itu sudah menjadi azali buat diri kita mencari identiti kita sendiri..

Sebenarnya, kita sendiri mempunya kehebatan masing2, cuma kita tidak tahu apa sebenarnya bakat mahupun keistimewaan dalam diri kita. Kalau kita mencarinya bersungguh-sungguh nescaya kita mampu mencari potensi dalam diri kita untuk berkembang sebagai Insan berguna untuk masyarakat.

ALLAH Taala telah mencipta manusia dengan pelbagai bentuk dan rupa, nasib2 nya yang berbeza, fitrahnya dan fizikalnya yang pelbagai unik rupanya. Yang sama hanyalah ALLAHlah penciptanya..

Tidak mustahil bagi kita mengetahui potensi dalam diri kita, kerana adanya kita ALLAH yang Maha Esa, Rasul Utusan Nya, telah memberitakan kepada kita, Kita kan pasti menemuiNYA.


Maka apabila kita kenal maksud ertinya yang besar itu

insyaALLAH, kita pasti kenal potensi kita.

" Setiap yang hidup pastikan merasa Mati"

Apabila kita tahu bahawa yang hidup ini sementara, kematian itu pasti, pasti gerak geri kita sering terjaga, maka terbukti, kita berpotensi mengawal diri! itu cukup sudah menunjukkan kita berpotensi untuk mencari rahsia sebenar kejayaan dalam hidup kita.

Apabila kita kenal apa erti sebenar kehidupan, pasti kita isikan ia dengan perkara yang bermanfaat dan realitinya kita insyaALLAH akan bertaqwa dan beriman pada yang ESA!

"Maha suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu kepadaNya juga kita kan kembali" ayat 83 Yassin.


ALLAH lah yang mempunyai segala kekuatan mahupun kedudukan, apabila kita mengetahui realiti ini, pasti kita tidak terkejar-kejar kedudukan, harta kemewahan tapi insyaALLAH kita kan berbekalkan ilmu rahsia mengenai NYA.

"Jika kamu inginkan kejayaan di dunia hendaklah dengan ilmu, Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan kejayaan dunia dan akhirat hendaklah dengan Ilmu" (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Sebagai Natijahnya, untuk kita mengenal potensi dan rahsia diri kita apabila kita kenal siapa diri kita, erti makna kehidupan kita dan apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Inilah sebenarnya cara untuk mengetahui segala tersirat dalam diri kita.

Apa mungkin kita berjaya? Penilaian itu hanyalah layak dinilai oleh ALLAH S.W.T

Kerana pengiktirafan ALLAH itulah yang Maha Baik lagi Maha Agung.

Tiada pengiktirafan yang lebih hebat daripada Pengiktirafan dari NYA.


Wallahualam.

sebagai renungan bersama