Monday, August 20, 2007

As Saff


Assalamualaikum wrh bkth, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dan selawat Salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W, para sahabat2 baginda, para tabi in, para tabi tabi in dan para syuhada sekalian.

Alhamdulillah, kita sekali lagi melangkah hari demi hari, detik demi detik, bertemu untuk bersama mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.

Ya Sahabatku sekalian, rakan seperjuanganku, Para Amilin, Para Pendukung gerak Kerja Islam.

Mari kita renungi dan musahabah diri kita, benarkah kita ini layak digelar Amilin dan Para pendukung Gerak Kerja Islam? Selagi mana kita masih tidak memahami konsep gerak kerja Islam yang sebenarnya, dalam konteks bahasanya, amal Jemaai.

Ya Sahabatku sekalian, rakan seperjuanganku, Para Amilin, Para Pendukung gerak kerja Islam

Bersama sama kita merenungi Surah As Saff(Barisan) yang ditafsirkan oleh Ulama ulama, Surah yang menekankan Keharusan Umat Islam mempertahankan Agamanya dengan Barisan yang teratur.

Di ayat pertama
Maksudnya:
[Bertasbih kepada ALLAH apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumu; Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana].

Adalah peringatan buat kita bersama, sesungguh tidak ada makhluk yang lebih bijak mahupun Perkasa dari ALLAH S.W.T, diciptakan kita segala sesuatu di muka bumi ini adalah supaya kita bersyukur dan beringat-ingat bahawa ALLAH itu adalah tuhan Kita.
Di awal2 ayat ini, diperingatkan kita supaya jangan berasa takabur dan rasa hebat bahawa kita yang paling bijak malah kita sahaja yang mampu mendukung kerja Islam, sedangkan yang sebenarnya, ALLAH ciptakan kita sama rata sahaja malah masing-masing kita bergantung tenaga hanyalah kepada ALLAH S.W.T.

Di ayat kedua
Maksudnya:
[Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?]

ALLAH memperingatkan kita, bahawa kita yang mengaku beriman pada ALLAH,padahal, disebaliknya kita ingkar dengan yang diperintahkan olehNYA.
*Oleh kerana skop ini adalah berkaitan dengan organisasi, maka ditekankan lebih kepada organisasi.
Antara contoh :
Hendaklah kita tetap dengan protokol dan prosedur yang dibuat oleh kita sendiri, walhal, kita telah melanggarnya?
Atau berkemungkinan kita ini manusia yang suka meperkota katikkan kata kita sendiri?
Atau kita mencadangkan program dan ditetapkan kita tugas, tapi kita tidak menjalankan tugas kita? Adakah itu dikatakan beriman?

Di ayat ketiga
Maksudnya:
[Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan]


Sesungguhnya, ALLAH sangat membenci cakap-cakap orang yang takabur lagi bongkak, malah membesarkan diri sendiri, walhal, kita sendiri mengetahui siapa diri kita, Malah ALLAH itu lebih Maha mengetahui diri kita berbanding kita sendiri. Tidakkah kita takut dengan seksaannya?

Di ayat keempat
Maksudnya:
[Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.]

Ya Sahabatku, Rakan seperjuangku, Para Amilin, Para Pendukung Kerja Islam dan Dakwah.

Renungilah ayat-ayat ini secara mendalam. Setiap bangunan itu diperbuat dari bermacam macam elemen, seperti bata, besi, kayu, pasir dan sebagainya, masing-masing bergantung satu sama lain, memerlukan antara satu sama lain.Begitu juga dengan kita, kita memerlukan antara satu sama lain, biarpun kita ada yang junior dan senior, biarpun kita berlainan bangsa dan jantina, kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain, kerana kerja Islam itu tidak akan habis. Janganlah kita menyisih antara satu sama lain, berbincanglah kita antara satu sama lain, bermusyuarahlah antara satu sama lain. Kerana dari itu, kita mampu mencetus banyak lagi idea idea yang bernas berdasarkan Al Quran dan Hadith2 Yang Sahih. Tidakkah kita merenung Surah Al Baqarah ayat 2 Yang bermaksud
[Kitab[Al Quran] ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa]
Kata As Syahid Imam Hassan Al Banna: Sesungguhnya jika diberi masa tambahanpun, masa untuk kerja Islam itu tetap tidak akan cukup. Atas dasar itu, kenapa mahu kita bergerak tanpa menghiraukan rakan-rakan kita yang juga bersama dalam barisan Saff ini? Kenapa tidak kita mahu berbincang dan bermesyuarat? Kenapa mahu kita bergerak bersendirian? Sedangkan Kita berada dalam satu Saff yang agak baik, pilihan ALLAH S.W.T, pilihan masyarakat, pilihan insyaALLAH terbaik. Atau, kita merasa kita sudah cukup baik?Maka kita tidak memerlukan mereka?Maka di ayat pertama tadi telah dinyatakan pendirian ayatnya. Ingatlah, hanya yang terbaik itu adalah datang dari ALLAH S.W.T bukannya diri kita.
Dan di setiap bangunan itu mempunyai satu tiang asas sebagai mendukung rangka dan struktur bangunan, maka itu bagaikan seorang Pemimpin yang telah dilantik, bila mana kita tidak merujuk atau tidak taat dan patuh pada seorang pemimpin, selayaknya pemimpin itu tidak layak memimpin, bila ia tidak layak memimpin, maka rosaklah struktur organisasi itu. Umpama bagunan, bila tiang asasnya rosak, rangkanya tidak berguna, bila-bila bangunan itu akan runtuh. Adakah itu kita mahu? Bila mana kita telah memilih pemimpin itu, maka bersama kita mengangkat Baiah, janji setia kita pada pemimpin, taat dan patuh pada perintahnya selagi tidak melanggar syariat dan tidak melampaui batas-batas.
Semua ini telah diterangkan dalam Ayat ke 12
Yang bermaksud
[Hai nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan ALLAH, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka, dan tidak mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada ALLAH untuk mereka, Sesungguhnya ALLAH maha Pengampun lagi Maha Penyayang.]
Dalil mengenai Baiah dan janji setia.

Dan ingatlah ALLAH akan memberi kemenangan kepada kita selagi kita tidak lari dari konteks sebenarnya AMAL JEMAAI, kerana itulah proses kemenangan Islam yang telah ditunjukkan oleh Para Sahabat-Sahabat Rasulallah S.A.W
Dalam satu fiq Sirah Nabawi, kisah perang Uhud, kekalah tentera Islam adalah kerana tidak patuh akan perintah Rasulallah S.A.W. Maka dengan ini, para sahabat sekalian, kisah perang Uhud itu berlaku atas hikmahnya supaya kita yang berada dihujung zaman ini mempelajari kesilapan itu dengan tidak mengulangkannya. Moga2 kita berperoleh segala kejayaan yang dijanjikan oleh ALLAH. Kerana ALLAH telah merangkamkan janjinya dalam Ayat yang ke 10
Yang bermaksud
[ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu akan AKU tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?]

Lalu ditambahkany NYA lagi dengan ayat yang ke 11
Yang bermaksud
[(Yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan rasul-NYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.]

Ayat ke 13
Yang bermaksud
[ dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai, (yaitu) pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikan berita gembira mereka yang membaca ayat-ayat Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kepada kitab dan hikmah ( As –Sunnah). Dan sesunggunya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.]
Ayuh, kita telusuri segala yang telah disampaikan, kita praktikkan, kita amalkan segala yang baik moga-moga kita mampu menjadi Ummah yang terbaik lagi Gemilang! InsyaALLAH!

Ayuh!
Jangan kita leka dan lalai dengan segala sesuatu yang masih lagi berlegar dalam pemikiran kita. Jangan lesu dan kaku, kita masih ada ALLAH, senjata kita Umat Islam
Doa. Berdoalah kepadaNYA. Moga kita diberi taufiq dan hidayah untuk kekal bersama gerakan Islam, istiqamah malah insyaALLAH kitalah orang-orang yang dijanjikan oleh ALLAH untuk masuk ke SyurgaNYA yang tidak ternilai harganya...
Wallahualam

Rujukan:
Tafsir Hamka
Tafsir Al-Jumanatul Ali

No comments:

Post a Comment