Thursday, August 14, 2008

Kera....

Seri mentari mewarnai pagi, bersiulan burung mendatari awan, pagi ini sangat indah. Perjalanan menuju ke Kuliah hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Hari-hari begini, insyaALLAH aku akan menjadi warga yang sihat.

Pagi ini, kera-kera bermain di tepi jalan. Ada yang besar, ada yang kecil. Aneh tapi unik. Aku memerhati perilaku mereka. Ajaibnya ciptaan tuhan. Pergerakan mereka kuperhati, ku lihat ada sedikit similarity di kalangan manusia. Si kecil mengekori si tua. Mengutip apa-apa saja di tanah untuk dijamah. Untuk mengalas perut yang kelaparan. Disergah, pasti bertempiaran.


Sekurang-kurangnya ada 5 ekor, 3 ekor lagi bergayut di atas pokok, seolah-olah pokok itu bagaikan ayunan bandul dibuatnya. Nampak gembira dan bersahaja. Agak-agaknya, mengertikah mereka erti HIDUP ini? Jangan dipandang enteng pada makhluk-makhluk ciptaan ALLAH. Sungguh dan Sesungguhnya ALLAH itu maha BIJAKSANA lagi maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak mampu kita lestarikan di minda. Beronak-onak duri minda yang tajam sekalipun, tidak pasti membuah hasil sesempurna Ciptaan ALLAH! MEREKA mengerti tujuan hidup mereka. Mereka mengenal diri mereka. dan mereka memainkan peranan mereka di dunia. Yakni, sebagai KERA!.. Warna-warna impian mereka terlakar disana. Cuma kadang-kadangnya, terbabas akibat kebiadapan kezaliman manusia. Yang tidak berperikemanusia dan berperi KEBINATANGAN mungkin.Rasa-rasanya binatang lebih baik,samar-samar hari, dunia terus dihiasi kes-kes rogol, bunuh,rompah dan macam-maca kes yang tidak bersesuaian ciri seorang Manusia.Agak-agaknya, jika diberi Kera itu AKAL. pasti ia mampu berfikir secara warasa tentang kepentingan hidup sebagai manusia, cara-cara menjadi hamba yang taat pada ALLAH.


Dunia semakin dicemari dengan kebodohan dan kezaliman, karya-karya syaitan melunak lagi nafsu serakah mengancak lagi keseronok yang berpunca dari kegilaan. Dasar-dasar membodoh lagi, terus mencari-cari langkah-langkah kebinasaan. Justeru itu, Segenggam nyawa..bertebaran...diperlaku sesuka hati...


Semalam itu kenangan, hari ini adalah ujian, esok adalah perancangan. Tapi tetap berkarat di hati kenangan semalam. Menucuk ke kalbu, kisah-kisah wanita dianaiyai. AKU naik benci....bengang...rasa-rasa mencabar kelakianku, yang sepi menyepi...melihat yang lemah diperlakukan sedemikian.


Sabda Rasulullah S.A.W, sebelum baginda bertemu kekasihnya:

" Peliharalah solat, dan jagalah yang lemah di kalangan kamu, Umatku...Umatku...Umatku..(sahih Ibnu Majah)


Ku harapkan, keadilan yang setimpal dikenakan pada mereka yang sedemikian. Ayuh, laksanakan hukum Islam, pasti terubat segala benih dan perilaku itu. Kerana Islam telah diakui sejarah sebagai UBAT TERMUJARAB dalam abad-abad yang lalu. Abad Beradaban Manusia yang Bertamadun!

1 comment:


  1. Russian sex, teen kızların rus seks ve rus porno hikayesiyle ifşaları bir arada.

    ReplyDelete