Friday, November 28, 2008

Pendekar

"Dinginnya!" desis hatinya, Kedengaran hujan merintik, jatuh ke muka bumi. Di situlah bermulanya satu titik pertemuan antara air dan bumi. Molekul Hidrogen karbon dioksida bertetesan jatuh membasahi alam. Dari kering jadi basah. Untuk mekarkan seisian bumi. Akan menjadi saksi, dunia ini punya misi dan visi. Laksana pedang yang tajam menelusi dada yang milus. Terkubur berjurai segala niat yang keji... "Madah mentara apa berkelumat di jiwa ini?" bicaranya kepada hati lagi. Seolah-olah dingin yang menyapa tadi menyebabkan gelora di hatinya terus berkecamuk. Kacau bilau jadinya. Dia menggapai selimut. Menutup seluruh tubuhnya. Masih terasa urat-urat dingin. Seolah-olah jarum-jarum halus menusuk ke tubuhnya. "Berdosakah diriku ini?" bicaranya lagi.





Gunug Armaga, 994 hijriah





Dari jauh, kelihatan seorang lembaga lelaki, bentuk badannya, gagah perkasa, bak pohon beringin, berjurai-jurai rambutnya ditiup angin, ia melangkah menuju ke dirinya. "Husin!" Kedengaran teriakan menghambur ke dirinya. "Husin!" Sekali lagi bunyi teriakan itu, ditempik dari arah lembaga lelaki tadi. Deras bunyinya, seolah-olah bunyi itu mahu sahaja menerkam dirinya. Bagai singa yang lapar mengaum membunuh mangsa. Sombong dan angkuh bunyinya. Tiada sopan santun.





Lembaga tadi kelihatan semakin dekat, lama-lama semakin cepat, kelihatan kilauan sinaran dikeluar dari arah poket lembaga lelaki tadi. Silaunya itu menggambarkan dirinya dalam keadaan bahaya. Dia berdiri, dan membetulkan kekudanya. Ia tahu, ia akan berhadapan dengan seorang pendekar. Pendekar ini bukan pendekar yang sebarangan. Telus sahaja dari perwatakan tubuh badannya, suaranya. Jelas ia adalah pendekar yang gagah dan perkasa, bengis dan kejam. "HUSIN!" tempik lembaga lelaki tadi, pendekar Gagah dan Perkasa. Ia terhidu aura membunuh...





Ia diam dan memerhati. Mukanya tenang dan bersahaja. Jiwanya berzikir. "YA ALLAH, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, berikan daku segala kekuatan minda dan tubuh badan, untuk menegak agamamu yang tercinta." Ia berdoa kepada ALLAH. Kemudian, dia melangkah dengan padu. Kakinya yang memijak alam terus dipercepatkan. Dengan tangkas ia meluru ke hadapan. Seolah-olah di hadapan itu punya emas dan berlian untuk digapai. "AYUH!" lemparnya kata-kata yang cukup tegas bunyinya. Mereka berdiri berhadapan masing-masing. Di ganggaman pemuda bengis tadi ada keris. Kelihatan cukup tajam dan berbahaya. Manakala pada tangan ia kosong sahaja. Ia berdiri tenang dan memerhati. Lalu dia membuka mulutnya,: " Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, wahai tuan hamba, apa gerangan padah dan madah yang tuan hamba mahu dari hamba ini?" Suaranya jelas, menampakkan ia sudah matang dan dewasa. Cukup teruja pemuda bengis tadi. "AKU MAHUKAN KAU TUNDUK KEPADAKU!" teriak pemuda bengis tadi." Selama ini, kau sebarkan ajaranmu itu. Tapi ajaranmu itu telah membuah bencana buatku.Aku dah tak tahan! Aku mahu ajar KAU!" suaranya bergema di puncak gunung itu. Suaranya menggambarkan betapa bencinya dia pada husin. Maka Husin menjawab " Ajaranku adalah mengajar kita mentauhidkan ALLAH yang satu. Mengikut Ajaran Rasulallah SAW, junjungan yang mulia. Tidak sesekali membinasakan manusia. Malah membawakan kebahagiaan di dunia dan akhirat..mana mungkin membawa bencana kepadamu!"



Sunyi sepi..kedengaran angin bertiupan, kencang, seakan akan menemani sengketa antara dua manusia ini. Guruh berdentum-dentum. Bagaikan paluan Gong perlawanan. Di selang seli dengan bunyi tetesan hujan. Iramanya bagaikan tandus kedamaian. Cukup membawa kerunsingan dijiwa yang penuh gundah dan kelana. Apatahlagi jiwa yang keji lagi jijik. Yang berlingkaran dengan najis najis syaitan. Berzina,memeperkosa dan macam -macam perkara yang membawa kerosakan. Yang ia hanya tahu, memuaskan nafsu nasfsu sarakahnya. Ia rela dengan semuanya. Biarlah manusia lain tertindas. Biarlah manusia lain sengsara. Biarlah manusia lain tercemar. Biarlah manusia lain berkubur bahagia. Asal dirinya terus BAHAGIA DENGAN ALAM FANANYA! Ia rela...Ia rela..



"Wahai Hizam, dikau tahu, perbuatanmu itu adalah salah! dikau tahu! dikau tahu! Apa yang kau mahu dariku hanyalah buakan nafsu sarakanmu, Janganlah kau ikuti jejak langkah syaitan! Jangan! Jangan! "kata Husin dengan penuh ketegasan. Nadanya seolah-olah mengancam keras terhadap Hizam. Hizam berdiam sahaj, kemudian ia ketawa. Sinis bunyinya. " Apa yang kau bicarakan itu? Ha??? HHAHAHHAHhahahahah....kau tau apa?" katanya dengan bongkah.
"BoooomMMMMM!!!" guruh berdentuman di angkasa. Dasyat bunyinya bagaikan membicara betapa maha hebat penciptanya. Tiup angin semakin merancak. Bagaikan menghibur persengketaan tadi. "ZAAAppppppp" libasan pukulan Hizam menuju ke arah Husin. Husin mengelak dengan mudah. Dia sempat senyum sambil berkata ," Sungguh, demi Jiwaku dalam genggamanNYA, sungguh jasadku amanahNYA, sungguh DUNIA INI MILIKNYA!..dikau takkan mampu menyentuhku..." Bicara Husin menggambarkan betapa dia yakin dengan kekuasaan ALLAH. Sungguh, sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa perlu ada sifat yakin pada ALLAH. Apatahlagi, ALLAH lah yang menjadikan alam. ALLAH lah yang menjadikan diri ini. ALLAH lah mengaturkan segala perjalanan alam. ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kita. Firman ALLAH dalam surah Yassin ayat 84 " Maha suci ALLAH, yang memiliki segqla sesuatu, kepadaNYA jua kita akan dikembalikan ".

Keyakinan Husin tadi mencetus rasa kagum pada Hizam. Hizam terdiam. Ia sedar selama ini jiwanya telah diperkosa oleh nafsunya yang menggila. Dasar dirinya itu adalah dasar SYAITAN! yang tak pernah kenal erti DOSA. Tak pernah kenal erti bencana dan bala. Yang ia tahu, bertepat dengan syarat nafsunya. Ia bantai sehabis-habisan. Biar luluh hancur piluh. Keluh-keluhan sahaja yang mendatang. Tetap ia tidak menghirau. Ia tidak pedulu dengan semuanya. Tapi, apabila Husin menunjuk kehandalannya, dengan membicarakan tentang kebenaran. Hatinya cukup terasa terpukul. Segala kejahatan dalam dirinya rasa diperkecilkan. Bagai ombak yang menggila bertembungan dengan tebing, pecah berderai. Kalah mati. Ia terdiam seketika. Tiba-tiba, matanya terasa berair. Terasa kehangatan air menitis ke pipinya yang bergurutu itu. Sungguh dirinya terkenal dengan kebengisan, sungguh dirinya terkenal dengan kekejaman, sungguh dirinya terkenal dengan kezaliman, tapi ia menangis bagaikan anak-anak kecil kehausan susu. Merengek bagaikan kelaparan. " AAAAAAAAAAAAAAARRGGGGHHH!!!! Apa yang aku telah lakukan????? Arghhhhh!!!!!" teriaknya pada diri. Husin hanya memerhati dengan mata yang pilu dan kaku. Di dalam dirinya, ia bersyukur dengan nikmat ini. Nikmat hidayah menyapa jiwa. Sungguh batu yang keras mampu membentuk likuk dengan titisan air yang lembut tapi berjuta-juta ia menitis. Pasti kalah jua si batu itu. Kerana kesungguhan titisan air itu. Husin telah lama menasihati Hizam. Cumanya, baru kali ini berhasil. Itupun bila bermulanya pertarungan. Itu baru permulaan pertarungan. Sungguh, hidayah ALLAH itu tidak mengira tempat. Bila-bila sahaja ia menyapa dengan kemahuan DIRINYA. Kudrat yang besar itu tetap dikalah ZAT YANG AGUNG. "Zaaaaaaaappppppppppp!" Sebatang tombak kelihatan menerobosi tubuh Hizam. Tepat ke arah jantung. "ALLAHUAKHBAR!" teriak Hizam. Ia terpana. Husin terpana. "MENGUCAP HIZAM!" teriak Husin sambil berlari menuju ke Hizam. "HIZAMMM...mengucap, La...Illaha...Il ALLAH..Muhammad Rasulallah..." diajarnya Hizam mengucap. Darah yang keluar dari dada Hizam bagaikan sungai mengalir. Basah seluruh tanah kemerah-merahan. "La..Illaha..IL ALLAH ...Muhammad Rasulallah..." Hizam menutup matanya. Ia baring...kemudian terus rebah. Kelihatan hujan mula merintik. Titisan hujan mual menyerikan lagi kematian Hizam. Bagai menyambut syuhadah dengan keberkatan. Dari jauh, kelihatan segerombolan manusia menuju ke arah Husin. Mereka datang dengan bersenjata. Mereka memerhati Husin yang mendekati Hizam. Mereka berdiam. Husin hanya memerhati mayat Hizam. Husin bersyukur Hizam meninggalkan dunia ini dengan keadaan beriman. Husin terus bangun dan dibawanya mayat Hizam. Lalu diserahkannya kepada kumpulan manusia tadi. "Wahai orang-orang yang tertaqwa, uruskanlah jenazah Hizam. Sungguh dia musuhmu, tapi Umar Al Khattab R.A pernah menyatakan " Bila mana kamu mampu membalas, maka janganlah kamu membalasnya." Maka kebumikanlah ia dengan sebaik-baiknya. Ia mati dengan keadaan beriman, sungguh akan tiba masanya kita nanti, belum tentu...sahaja..semuanya dengan ketentuan ALLAH" . Husin terus menlangkah. Sedikit demi sedikit, bayang-bayangannya pun terus tenggelam di sebalik kegelapan. Ia tidak mahu lagi ada persengketaan, cukuplah persengketaan yang ada. Yang lalu sudah berlalu, yang mendatang adalah masa depan. Demi masa depan, ia mahu membina sesuatu yang lebih nyata dan jitu. Ia mahu anak watan yang datang akan lebih persis zaman para Sahabat dan zaman para Nabi-nabi. Masa depan adalah terletak pada tangan pejuang agama. Tanpa pejuang-pejuang agama. Belum tentu dunia ini lunas dengan syarat-syarat ditetapkan oleh ALLAH.

"Realiti perjuangan bukanlah berdasarkan ketegasan atau kelembutan, tapi berdasarkan kemahuan. Hidayah itu datang bukan kerana ketegasan atau kelembutan tapi mendatang atas izin ALLAH, maka dengan sesekalinya, berdakwah dengan bertunjangkan Aqidah yang jelas, pasti ALLAH bersamamu."

12.22 p.m 2 Dec 2008
Mohd Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
Miri , Sarawak



1 comment:

  1. Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH,
    sengaja ana menulis artikel ini dalam bentuk cerpen, bukan untuk berjiwang atau bersahaja, tapi ada maksud disebaliknya,

    Cuba kita analisa karekter di dalam cerpen ini

    Hizam, Husin dan orang ramai..
    Kita ketahui, di dalam cerpen ini, Husin adalah pemuda yang berjiwa lembut tapi penuh ketegasan. Manakala Hizam adalah pemuda yang penuh dengan kerosakan tapi kembali kepada Nya atas sapaan hidayah. Manakala orang ramai tadi adalah tiba-tiba muncul dan kemudian terus menghukum Hizam.
    Kita dapat ketahui si Husin ini memberi peluang pada si Hizam untuk bertaubat, walaupun ia tahu Hizam sukar untuk bertaubat, tapi tegarnya semangat Husin untuk terus menerus dengan usahanya, akhirnya berjaya. Kerana ia tahu, setiap manusia punya harapan untuk berubah. Ini adalah semangat yang sama ditunjukkan oleh Para Anbiya' dalam berdakwah. Jangan kiranya hasil, tapi kirakan usaha. Dan dalam berdakwah, Husin bukanlah jenis terus menghukum, seperti orang ramai, datang-datang terus melempar lembik membunuh Hizam. Kesal Husin tak sudah, tapi apakan daya. Yang lalu tetap lalu, yang di hadapan perlu dinahkodakan. Saya juga suka menyatakan, ada dikalangan para Duat yang tegar mengkafir orang lain, saya syorkan, JANGAN lakukan lagi. Boleh tentu, hari ini orang itu dikafirkan, mungkin esok lusa, siapa yang tahu? Mungkin orang yang ditakrifkan sebagai kafir atau sesat itu,ada betulnya? kita tidak tahu...ALLAH maha mengetahui...melainkan memang terang-terangan mereka itu salah. Maka berilah mereka peluang, belaikan mereka dengan dakwah yang penuh kasih sayang. Sesungguhnya Rasulallah SAW itu orang yang penyayang dan berhikmah dakwahnya. Bil HIKMAHkan dakwah kita. InsyaALLAH kita akan mara ke hadapan

    ReplyDelete