Saturday, November 8, 2008

BURUNG PIPIT

BURUNG PIPIT



Merenung ke langit, terpandanglah seekor burung pipit, berterbangan di angkasa, bebas, terbangnya hanyalah ke satu arah sahaja. Meluru ke hadapan, tanpa rintangan yang mampu dilihat secara zahir. Padahal, pelbagai rintangan yang sukar diperlihat. Rintangan angin yang bertiupan deras. Rintangan tenaga untuk menggerakkan kepak dengan pantas. Rintangan mencari arah tuju. Sang Burung itu tetap terbang KE HADAPAN!
Yah! Anak-anak muda sekarang banyak telah berputus asa dengan diri. Sampai satu saat, ada yang hendak bunuh diri. Malah ada yang dasyatnya, satu keluarga dibunuh kemudian membunuh diri sendiri. Segalanya berpunca, kurang keyakinan pada diri. Alangkah sadisnya, perbuatan itu menjurus ke arah kemusnahan. Walhal, sudah terang bederang jalan keluarnya. Cuma perlu dilakukan, melangkah terus dengan perasaan MAHU! Dengan tenaga PADU! Dengan KESUNGGGUHAN! Erti katanya : “ Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan”.
Sungguh, kali ini kita bakal menghadapai dugaan dan cabaran ujian (FINAL SEMESTER) apatah lagi, sekarang ini, saya telah menongkah alam baru. Alam Ijazah, dahulunya alam Diploma. Jauh lagi arah tujunya, jauh lagi perjalanan. Sukar untuk ditafsirkan. Adakah wajar untuk menyerah kalah sebelum mencuba? Ada yang menyatakan, jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Sungguh kita punya perancangan, tapi Perancangan ALLAH lagi hebat. Maka berdoalah kita padaNYA. Dialah segala petunjuk lagi segala Penolong. Sebab itu, diperlihatkan burung yang berterbangan, kecil….halus milus rupanya. Mahu menongkah kadaran angin yang kencang. Lalu sampai berjuta kilometer. Singgah menjamah makanan. Berjaya di destinasinya. Adakah kita kalah kepada seekor burung. Walhal, akal diberi berjuta hebatnya, minda diberi sejahtera. Mentaliti kita kalah pada burung?

Oh..anak muda,
Tenaga sejahtera,
Badan perkasa,
Minda membuah bicara,
Sang penguasa dunia,
Pentas dirobek,
Sejarah dicipta,
Anak muda!
Anak Muda!
Wadah menggugat persadaran,
Kalimah tusuk ke jiwa.

No comments:

Post a Comment