Sunday, November 23, 2008

HATI yang tersihir


Contribute to Arwahyarham Abang Azrul Abang Said
kenangan bersama arwah anjang abang azrul

Hati yang tersihir




Air mata menitis ke riba. Terasa kehangatannya. Hiba hati dan sedikit terkilan. Hatiku celaru mendengar khabar kematiannya. Sungguh dialah antara salah seorang yang mewarnai halatuju hidupku. Dialah “asbab” aku berubah. Aku cukup bersyukur pada ALLAH atas sapaan hidayah ke hatiku. Aku akan rindu pada dia…..




“ Sayang, jum..pi KK kita?” Tanya Alexander kepadaku. Ku jawab SMSnya : “Baik, jam brapa kita pg?” Alexander membalas kepadaku: “Jam 11, amcm? Mau ka?Sayang..rindu ba sama kamu”. SMS nya pelat-pelat bahasa Sabah, biarpun ringkas tidak lari juga bahasanya itu. Rata-rata warga Sabah mempraktikan bahasa Malaysia yang baku. Aku pun menjawab : “ Baik…aku pun rindu sama kamu, sayang.” Hatiku girang dengan SMS dari Alexander. Alexander merupakan rakan sekelasku dulu di sekolah, sekarang dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah bersama-samaku.Kami berada di kursus yang berbeza. Tapi, kerana berbekalkan cinta yang sejemput itu, perhubungan kami tetap mekar hingga sekarang. Tak terputus-putus bagai angin laut bertiupan menyapa tebingan. Berpinar-pinar jiwaku dengan desakan cinta itu. Sungguh Alexander adalah pemuda yang kacak, mukanya persis Pelakon Cantonese. Almaklum, Alexander ini keturunan Sino Kadazan. Padahal aku, hanyalah bajau laut. Kami berbeza bangsa dan agama. Alexander kristian, aku Islam. Aku berpegang pada konsep pemikiran Nasionalisma. Intergriti penyatuan bangsa. Seingat aku, itulah kata-kata yang selalu diulangi oleh menteri-menteri dan orang-orang politik ini. Hahaha..hatiku tersihir juga dengan kata-kata itu.




“Sayang, biar aku jemput kamu di rumah, lepas itu sama-sama kita pg KK?” Alexander menelefonku sebentar tadi. Sayang sungguh Alexander padaku. Terasa tersentuh hatiku atas kebudiman dirinya. Aku terpegun dengan keromantikannya. Siapalah aku ini yang hendak dibuatnya seperti Puteri Kayangan. Bagaikan mimpi sahaja. Aku terasa sangat dihargai. Dah 2 tahun kami berpasangan. Sepanjangan 2 tahun itu, aku dijaga dengan baik sekali. “Oh Alexander, betapa Gahnya dirimu di sana, bila di sisiku…dikau sangat ayu…” bisik hatiku.




Hari ini merupakan hari ulangtahun kami berpasangan. Sungguh, semakin hari semakin saying aku pada Alexander. Begitu juga dengan Alexander, dia menyatakan padaku “ Murni, semakin hari semakin sayang aku pada kamu. Mau ka kamu kawin sama aku bila aku sudah ada kerja nanti?” Fuh.. hatiku menjadi cair padanya. Mana mungkin aku ini diajak kawin. Siapalah aku ini. Sepanjangan hari, kami membiarkan masa kami bersama di restaurant sekitar KK, selepas itu kami pun menonton wayang, bermain bowling. Sekitar jam 6, baru aku pulang. Itupun dihantar Alexander. Baik sungguh Alexander. Sebelum pulang, Alexander mengucup tanganku. Diucapnya perasaan cinta kepadaku. Aku tersihir…




Keesokannya, seperti biasa, aku pergi ke Universiti. Cuaca hari ini agak indah, biar menteri terik menyinari. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapaku. Terasa sejuk dipipi, bias mengguris perasaan yang lesu menjadi sayu, dari sayu menjadi mekar. Bergetar seluruh jiwaku. Aduhai, Pencipta Agung, betapa hebatnya dikau, mencipta sesuatu yang tidak mampu dinampak, tanpa mampu dirasai. Malah enak sahaja bila dirasai. Aku teringat kisah Ulama’ besar Imam Hanafi, ketika ditanya seorang lelaki yang tidak percaya kewujudan tuhan, “ Kau katakan ada tuhan, tapi aku tidak Nampak di mana tuhan. Boleh kau terangkan?” Ketika itu, usia imam hanafi hanyalah satu angka lebih. Dia mampu menjawabnya dengan mudah , “ Ambilkan aku susu” “Minum susu itu” “Maniskan?” Lelaki itu menjawab “ Ya, manis, jadi apa kaitan ini dengan tuhan tadi? Jawab Imam Hanafi , “ Tunjukkan aku mana manisnya itu?” Jawab lelaki itu lagi “ Aku tidak tahu mana manisnya, tapi aku dapat rasa manisnya “ Imam Hanafi pun meneruskan hujahnya “ Sungguh kau tidak Nampak manisnya tapi kau dapat merasai manisnya, begitu juga dengan tuhan, sungguh kau tidak Nampak TUHAN, tapi TUHAN ITU TETAP ADA ”. Lelaki itu termati hujahnya, dia kagum dengan kebijaksanaan Imam Hanafi. Sungguh kisah ini seperti sahaja apa yang ku rasa, sungguh angin itu sedap menyapa, ia tidak kelihatan. Begitu juga dengan ALLAH, aku tidak mampu melihatnya dengan mindaku yang sejengkal depa ini, dibanding dengan diriNYA yang MAHA PERKASA LAGI MAHA SUCI , hinanya mindaku ini untuk membayangkan dia sebagai makhluk yang banyak cacat cela. MasyaALLAH…




Hari ini, senarai peserta Kem Ibadah dipaparkan , nama aku tersenarai sebagai peserta yang bakal menyertai KEM IBADAH 2007, insyaALLAH akan diadakan di Karambunai. Hatiku cukup tertarik kerana aku memang lama mengimpikan untuk mempelajari ilmu-ilmu ISLAM yang selama ini aku abaikan sahaja. Selesai sahaja aku membacanya, aku bertembung dengan seorang pemuda, di sisinya juga ada seorang pemuda. Kacak orangnya, yang di sisinya pun tidak kurang kacaknya. Dia bernama Asyraf, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan. Manakala di sisinya Izzudin juga pelajar tahun akhir jurusan Pengurusan. Mereka ini cukup terkenal di Universiti ini. Asyraf adalah presiden Majlis Perwakilan Pelajar, manakal Izzudin pula sebagai majlis Exco. Aku cukup kagum dengan dirinya Asyraf, beliau cukup berketerampilan, berwawasan, beriman ,berilmu, berkarisma serta bermotivasi. Ramai yang menaruh harapan kepadanya. Tapi tak ada seorangpun diberinya ruang dan kesempatan, kerana Asyraf hanya mencintai ALLAH yang satu. Ia takut dengan seksaan neraka. Ia takut mengundang bencana dan bala. Sedang aku?




Dipendekkan cerita, selesai sahaja KEM IBADAH itu, aku cukup-cukup TERBAKAR! Asyraflah yang menjadi KEM Komandan. ALLAHUAKHBAR! Tak tertahan hatiku dengan bicara MINDA nya. Penuh dengan fakta, penuh dengan gelora, penuh dengan kesaktian yang bisa menghancurkan seluruh keegoan dan kebongkakan dalam diriku. Baru aku sedar, banyak telah aku tertinggalkan dalam ISLAM. AKU LUPA bahawa ISLAM ini adalah satu agama yang menyeluruh, agama yang membina, agama yang memupuk Kekuatan. AKU LUPA….. Surah Al Baqarah “ Wahai Orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mengambil Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan..” Baru aku sedar, apa yang aku bina bersama ALEXANDER itu HARAM disisi ALLAH. Satu BIDAAH BESAR buat ISLAM. AKu mencemarkan nama ISLAM. Aku termenung seketika…..aku sangat cinta pada Alexander….




Hujung Minggu ini, Alexander telah berjanji kepadaku untuk membawa aku bersiar-siar. Nafsuku menuruti tapi jiwaku terseksa. Aku jadi keliru tapi nafsuku membuak-buak membiarkan seluruh jiwaku kekotoran. “Argh, pedulilah!” bentak kata hatiku. Perpatah melayu menyatakan, “ Turut hati mati, turut nafsu binasa!” Benar sahaja kata-kata itu, pada hari yang dikatakan, Alexander membawaku ke suatu tempat yang cukup asing bagiku. TEMPAT itu adalah tempat sembahyang dia. Alexander memdesakku untuk masuk ke gereja. Katanya “ Jika kamu tidak mahu masuk, aku akan marah!” Biarpun aku tahu bercouple itu berdosa, tapi aku lalai dengannya. Tapi bagiku INI LEBIH DASYAT lagi dari bercouple! AAAAA…..aku keliru…aku keliru….Aku berpura-pura, “ Sayang, kejap ya, aku mau pergi tandas.” Aku pun meluru ke tandas. Aku menguncikan diriku dalam tandas. Lamaku termenung. Aku tidak percaya, sampai begitu nekadnya Alexander. Apa semua ini???? Dalam keadaan yang penuh dengan kelam kabut itu, aku mencapai Handphone…baru aku teringat, Asyraf….ya…Asyraf, barangkali si Asyraf ini mampu menolongku. AKu menekan bunat telephone itu, SMS “ Salam, tolong, aku dibawa ke gereja oleh teman lelakiku, boleh kamu bantu aku? AKu dipaksa…aku ISLAM”. Belum sahaja 20 saat, satu SMS bertandang ke handphoneku , “ Salam,Kamu di mana sekarang,Kami bertiga di dalam kereta ini, biar kami ambil kamu sekarang, boleh?” Melihat perkataan “bertiga”, aku membatalkan niatku. Aku membiarkan diriku berkurung di dalam tandas, biarlah busuk tandas itu, asalkan aku tidak sesekali mencemarkan diriku. Aku tidak mahu dipaksa sebegini. Walaupun aku bercouple, aku tetap tahu bahawa ALLAHlah selayaknya disembah. Kenapa harus ku menjejak kaki ku ke sini? Alexander mengetuk pintu tandas, “ MURNI! Kenapa kamu tidak mahu masuk????” Kamu bilang kamu cinta sama aku! Tapi apa ini???Kluar sekarang! Mari aku hantar kamu pulang!” bentasnya dengan penuh kebencian dan marah.




Bermula dari hari itu, Alexander telah menunjuk belangnya, rupanya dia mahu aku menukar agamaku. Benarlah kata-kata Asyraf sesame member tazkirah petang itu, pihak Kristian ini menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang lebih baiknya dimana, untuk mengorat selain dari agamanya untuk dibawa kepada agamanya. Baru aku sedar, semua ini perangkap dan muslimat yang jitu lagi padu. Rupanya, selama ini, Alexander menggunakan duit yang diberi Persatuan Pemuda Kristian untuk membelanjaku. “YA ALLAH! Betapa lemahnya aku sebagai hambaMU!” Dari apa maklumat aku dapat dari Asyraf, PPK ini adalah KYC(Kristian Youth Community). Mereka ini cukup kukuh dari sudut kewangan, kerana ramai di antara penyalur dananya adalah orang ternama dan kaya. Ada diantara orang Islam telah dimurtadkan dengan menggunakan dana yang diberi. Selalunya mereka ini akan mendekati ibu-ibu tunggal, orang-orang miskin yang beragama Islam, dan akhirnya dimurtadkan. Di mana perginya duit baitul MAL? Duit-duit zakat? Kebanyakkan telah dikebas dan dilahap menteri-menteri atau orang atasan??? Tidakkan mereka tahu itu adalah amanah? Yang lebih hinanya, satu peristiwa melandai sahabatku, Mira. Dia bercouple dengan pemuda kristian. Pemuda ini menggodanya, hingga membawanya ke ranjang. Akibat ketelanjuran ini, Mira mengandung. Dan pemuda itu member kata dua kepada nya.” Antara 2 sahaja…Antara kau masuk Kristian atau Anak itu aku tidak akan bertanggung jawab!” Kejinya perancangan mereka ini. Kejinya. Aku tak sangka, aku antara mangsanya. Tapi aku bersyukur pada ALLAH kerana aku terselamat dari perangkap musuk ALLAH. Aku tetap bersamaMU oh Tuhanku. Selama ini,ucapan cinta cinta Alexander itu rupanya SIHIR yang keji. Alhamdulillah, hatiku diberi penawar. ALLAH telah memilihku ke jalanNYA. Tak rugi aku ke KEM IBADAH itu. Penawar-penawar hatiku itu mampu menyekat buak-buak nafsu serta bentakan hati ini agar tunduk kepada yang MAHA ESA. RABBUL ALAMIN!




Sungguh hati ini kecewa dan hambar dengan perbuatan Alexander, tapi jiwa ini tetap mahu untuk counter balik serangan pada pihak musuh. Mula dari saat itulah, aku berjinak-jinak dengan persatuan Islam. Aku mengikuti Usrah-usrah. Membuatkan jiwaku mekar kembali. Mahu mengembali keIZZAHAN roh ISLAM dalam diri ini. Banyak yang aku tinggalkan aku berpaut kembali. Banyak yang aku tidak tahu, aku mulai tahu. Selama ini feminis di Malaysia menyatakan ISLAM ini menindas perempuan, padahal ISLAM itu membangkitkan Maruah Perempuan dari diinjak-injak. Dan dulunya, aku percaya feminis Malaysia ini adalah benar, menyatakan Equality antara lelaki dan perempuan perlu ada, hingga adanya IMAM perempuan. Rupa-rupanya, semua ini adalah kepercayaan yang karut marut. Yang bisa merosakkan Aqidahku. Bukankah ISLAM itu mengangkat martabat perempuan. Dahulunya di Yunani, perempuan tidak layak mewarisi harta. Dahulunya di ROM, perempuan itu hanya sekadar pemuas nafsu. Dahulunya di Arab Jahiliah, anak-anak perempuan dibunuh hidup hidup. Bila ISLAM datang, Maruah wanita dijaga. Wanita menjadi simbolik keagungan. Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim “ Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki IBu”. Ibu itu adalah wanita. Sebenarnya feminis Malaysia ini terhasut dengan ideologi barat yang banyak menyimpang. Di barat sendiri, ibu-ibu diperkosa, ada yang berzina dengan ibunya. Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menjual ibunya sebagai hamba seks. Malah dasyatnya lagi, ada yang menjadikan ibunya hamba abdi! Bukan sekadar ibu, baru baru ini gempar lagi satu akhbar di barat, Bapak menjadikan anaknya hamba seks selama 30 lebih tahun. Gila apa yang melanda barat ini? Adakah pemikiran itu yang hendak diketengahkan oleh Feminis Malaysia ini? Tidakkah mereka ini membawa satu kegilaan ke tengah-tengah masyarakat yang punya maruah ini? Malah dalam ISLAM itu sendiri menjaga hak-hak wanita, hinggakan bila dicerai sekalipun, wanita tetap ditanggung. Berlainan dengan agama yang selain dari ISLAM. MasyaALLAH, rupa-rupanya banyak yang aku tidak tahu. Indahnya ISLAM.




Sepanjang satu semester itu, aku banyak melalui perubahan. Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberi petunjuk dariNYA. Bersyukur juga, kerana dipertemukan dengan Asyraf yang memimpin persatuan ini hingga melahirkan keyakinan dan keuntuhan Aqidah dalam diri ahli-ahli persatuan Islam ini. Kami sangat menyayangi diri Asyraf seperti mana kami menyayangi diri kami. Firman ALLAH dalam Al Quran “ Setiap orang Muslim itu adalah bersaudara”. Kata-kata Umar Al Khattab R.A “ Tidak ada satupun lebih berharga oleh seorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh, apabilan kamu mendapati kewujudan kasih sayang dalam dirinya, peganglah ia bersungguh-sungguh ”
Petang itu, kami menunggu ketibaan Asyraf untuk slot bersama Presiden, cuaca agak mendung, hujan merintis seolah-olah kesedihan menangis. Mentari sipu-sipu terlindung disebalik awam, seolah-olah malu dengan diriku. Aku berbicara dengan sahabatku Izzati , “ Ukhti, bagaimana kalau….” Belum sempat aku berbicara lebih panjang, tiba-tiba Salam kedengaran.. “Assalamualaikum wrh bkth” dari pihak Muslimin. “ Ana ada satu berita yang sangat penting!” katanya dengan raut muka yang sedih..airmatanya jatuh setitik demi setitik.. “Minta semua antum-antumna bersabar dan tenang… Akhi Asyraf telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi…accident bersama Akhi Izzudin..tapi Akhi Izzudin patah kaki dan sekarang masih dirawat di wad kecemasan..perjumpaan kita batal…” Gemuruh seluruh saff tadi…siapa sangka, dia begitu awal pergi. Bertemu dengan kekasih yang abadi…




“Maha Suci ALLAH, yang memiliki segala sesuatu dan menguasai tiap-tiap sesuatu , kepadanya juga kita akan dikembalikan” (Surah Yassin, ayat 83)




*Cerpen ini hanyalah rekaan semata-mata tapi berkisarkan kisah yang benar, segala watak dalam itu tidak merujuk kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang mati. Semoga kisah ini member sedikit sebanyak nasihat dan tunjuk ajar.


Di karang oleh

Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
(Mantan Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu (sesi 2007/2008) )

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

6 comments:

  1. Masya Allah..

    Syukran ya Akhi.. ana terasa repanggil untuk menulis sesuatu.. Perkongsian yg agak sama..

    Jazakallah

    ReplyDelete
  2. Salam..
    kalau akh la org yg mengarang cerpen ni, masyaAllah~ luasnya pengalaman yang boleh dikongsikan.

    bilalah agaknya saya boleh menulis dengan hati? lalu bisa menyentuh banyak juga hati2 yang lain..

    ReplyDelete
  3. Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek. Sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan kita kecuali perempuan yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Salam, Shbt zul, terpanggil2...spy bisikan jiwa meronta dengan Semangat "ALLAHUAKHBAR!"

    Salam Ukhti Hazwani, Alhamdulillah, ALLAH memberi nikmat minda untuk berfikir, nikmat tangan untuk menaip..bicara itu adalah bicara kita bersama..impian kita bersama..untuk menelusuri Tarbiyyah ALLAH yang Esa.

    Salam Raja Marzuqi, terimakasih tuan, kerana sudi menjenguk teratak ana yang tak seberapa..terima kasih atas bicara yang hikmah dan bergolra..moga-moga kebaikan melimpahi tuan..

    ReplyDelete
  5. Salam...


    "KEM IBADAH,KARAMBUNAI 07"
    hmmmmm...

    Syukran Akhi Syukrani..
    ASYRAF
    PENGERUSI P.I dulu,kini & selamanya

    jazakallahu khairan

    ReplyDelete
  6. aiai...itu hanya cerita bukan ana..silap tu..

    ReplyDelete