Wednesday, November 12, 2008

Di mana dia Syeikh Uthman AS Sarawaki

Di mana dia Syeikh Uthman As Sarawaki?

Ku lirikkan mataku ke novel Galaksi Muhlisin, penanya sahabat Azrul Jaini,anak jati Sarawak, Pelajar tahun akhir sarjana muda kejuruteraan Mekatronik Universiti Islam Antarabangsa. Aku kagum dengan penanya, kreatif, informative, teliti serta penuh dengan gaya penulisan yang hebat, sukar ditafsir hebatnya. Aku renung jauh ke taman Universiti Teknologi Petronas, kelihatan Awan hitam mula bergumpal, lama kelamaan,merintik hujan membasahi Alam. Berirama, merdu gemersik, syahdu. Lamunanku tadi menjadikan mindaku terus berputar, memikirkan kesejahteraan Bumi Kenyalang. “Megahnya kenyalang….bersamamu terbang di angkasa, bagaikan Jet Pejuang Padu. Gagah Perkasa mengalahkan Sang helang” desisku di hati.

Di mana perginya Syeikh Uthman As Sarawaki? Siapa syeikh Uthman As Sarawaki? Mindaku tertaut pada intipati soalan yang ligat bermain-main di sekitar mulutku. Sudah bertahun lamanya, nama itu mekar di hatiku. Ulama’ Kelahiran Sarawak, kelahiran Kampung Sinjan, Kampung ibuku sebenar beliau cukup terkenal di bumi bertuah, bumi anbiya’, bumi rahmat, Mekkah Mukaramah pada sekitar awal 1900 masihi. Di sana, Syeikh Uthman telah mengabdikan diri sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram depan ka’abah Al Musyarraf.
Biarpun kampong itu tempat kelahiran Syeikh Uthman AS Sarawaki, sungguh budaya di kampong itu telah dirosak. Wajah anak muda kelihatan mekar tapi sudah pandai berjinak dengan kencing-kencing syaitan. Apatah lagi dadah-dadah yang membinasakan. Tidakkah mereka tahu, bumi kampung sinjan ini kelahiran Ulama’ Agung Sarawak? Tempat kelahiran Ulama’ Nusantara. Di mana perginya Syeikh Uthman As Sarawaki.


Usahlah kita berbicara kisah yang sudah lama terkatup di buku catatan mungkar dan nangkir, kerana ia sudah 1 abad berlalu. Usia satu abad itu, menjadikan sesebuah kawasan itu menjadi lebih matang dan membangun. Tapi, ia hanyalah bayangan semata-mata. Bumi Sarawak sudah mekar dengan ideologis Kebaratan. Ideologis Zionis. Islam dipandang lapuk. Islam dikatakan sebagai pilihan para-para Ustaz ustazah sahaja. Untuk golongan orang tua sahaja. Walhal, Islam itu adalah anutan. Islam itu adalah kefahaman. Islam itu adalah pemikiran. SATU IDEOLOGI KETAMADUNAN. Islamlah yang merencanakan kemajuan teknologi DUNIA ini. Lapukkah ideologi itu? Astarfirullah al azim…..Islam adalah milik semua. Hak semua manusia. Wajar difikir dan diamati. Diteladani …dicontohi …diikuti…diwarisi…dipersembahkan…diperhebatkan…ditonjolkan…barulah disitu ada Roh ISLAM akan menggempar bumi Kenyalang ini.
Anak-anak muda, berasa bila memegang Islam ia akan dipinggirkan kawan-kawan. Ternyata salahlah anggapan itu. Dalam Islam Sendiri, mengajarkan satu seni persahabatan yang sangat-sangat Indah. “Ukhwah FILLAH!” Bersaudara kerana ALLAH” Hidup mati bersama kerana ALLAH. Bantu membantu..susah senang bersama. Makrifat cinta persahabatan..manusianya…hanya yang merasa itu tersentuh kenikmatan MADU kelazatan…membuah pelbagai bicara yang indah..nikmat…sampai, anak muda yang keras, cair lulur…sebab kehangatan Ukhwah Fillah itu…Inilah yang perlu diterapkan pada anak-anak muda harapan bangsa , anak watan bumi Kenyalang.




Bumi Sarawak bertuah ini sangat memerlukan Manusia seperti Syeikh Uthman As Sarawaki. Punya keintelektual, punya daya kritis, punya kemahuan untuk melihat kemajuan pemikiran pada anak muda. Mahu mencetus satu tanda Tanya yang berbuah manisan IMAN dan TaKwa.


Kemarau Ulama’ kah di bumi SARAWAK? Kemarau USTAZ kah di bumi SARAWAK? Kemarau SYeikh besar kah di Sarawak? Sungguh hatiku kadang-kadang berbisik, hari ini ada buah hasilnya…Di Sarawak sendiri, rata-rata penduduk melihat kerjaya para Ustaz hanyalah biasa-biasa. Bukan seperti dulu, di agung-agung, kerana mulianya. Atas kerana materialistik. Kerana gaji para ustaz tidak sehebat para Doktor. Tidak sehebat para Jurutera. Bidang yang cukup popular. Maka disitulah, ALLAH telah berjanji, para Duat ini dilahir pelbagai rupa. Di zaman Abasiyyah, lahirnya ilmuwan islam yang berupa Pakar Perubatan, Ibnu Sina, pakar Matematik Ibnu Khawarizmi, para astrologi dan macam-macam lagi.Maka di Sarawak, insyaALLAH, akan tumbuhnya ProTAZ. Yakni Professional Ustaz. Yang rata-ratanya anak muda, seperti Muhtar Suhaili As Sarawaki ikon Mahasiswa Jurutera , Azrul Jaini As Sarawaki penulis Novel Science Fiction juga mahasiswa Uia, di bahagian selatan Sarawak.Akan dating pasti disusuli lagi dengan Doktornya, dengan Cikgu-cikgu nya, dengan Pakar Farmasinya, Juruteranya…semuanya akan menyusul. Di Barat Sarawak, tumbuhnya para Mahasiswa Islam UNIMAS yang menganggotai PERKEPIS, insyaALLAH bersama membawa panji panji kebenaran untuk menyempurnakan Risalah Rasulallah S.A.W. Dan rata-rata mahasiswa Sarawak kebanyakan telah disapa Ad Deen. Hati mereka ini terpaku dengan wajah indah ISLAM. Mula sedar, Sarawak sangat memerlukan Da’ie. Sangat memerlukan pejuang-pejuang, keranan kritikalnya Sarawak, hingga yang muslim pun berpakaian seperti bukan Muslim.Sedangkan ALLAH nyatakan dalam Al Quran


“ Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu mengambil Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikut Jejak langkah Syaitan.”


Malah tunjang ikutan bukan lagi didasari Al Quran dan As Sunnah. Hanyalah ikutan hati dan nafsu. Ikutan fahamanan Hedonisme. Fahaman mengikut-ngikut orang. Biarpun kelihatan bangsa cina di Sarawak lebih advance, mereka masih tidak mampu mendahului kejayaan TAMADUN ISLAM yang berteraskan Al Quran, kenapa harus menjadikan mereka itu panduan? Kenapa tidak Al Quran dan As Sunnah? Bukankah itu lebih anjal dan jitu yang terbukti oleh Sejarah?


" Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah ( Al - Quran), kami akan adakan baginya syaitan(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk" ( Surah Al Zukhruf 43, ayat ke 36-37)

Masa depan Sarawak sekarang kelihatan cerah. Dakwah sudah mula dipertingkatkan. Apatah lagi, pergabungan antara para NGO NGO Islam Yayasan AMAL Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Hikmah, JIM, Persatuan Pekerja Islam Petroleum dan macam-macam lagi. Menggambarkan, lahirnya Syeikh Uthman As Sarawaki yang berbentuk penggabungan .Kembali mencetus revolusi Islam. Semakin hebat dakwah diperkasakan, semakin hebat juga tribulasi dan mehnah yang akan dihadapi. Semakin hebatlah serangan terhadap Islam di Sarawak. Jadi? Bila lagi mahu menyumbang? Bila lagi mahu berbakti? Mahukah kita menungguh di saat, Bumi Sarawak ini dicengkam kekufuran dan kebinasaan? Bilamana kita diinjak seperti di Chennya? Di Ambon? Di Algeria? Di Bosnia? Di Kosovo?Di Congo?Di Ighur? Di Timor Leste? Bila Al Quran sudah berani diketepikan..nescaya bencana itu akan menyergah bila-bila sahaja. Jangan tunggu lagi. Ayuh…ayuh…ayuh… Biarpun Jasad Rasulallah SAW, Biarpun Jasad Para Sahabat sudah tiada…Biarpun jasad Syeikh Uthman As Sarawaki sudah tiada, rantai-rantai perjuangan mereka tetap harus kita pikul…tetap harus diperlaksana. Kita cukup bertuah..Kerana ini hanya penyambung rantai..sudah ada manual yang lengkap (Al Quran). Hanya perlu mempelajarinya. Biar manapun kita, kita perlu kepada penggabungan ini. Mahukah anda turut bersama?

2 comments:

  1. Salam... Mcm nie barulah.. Ada nilai estatika tersendiri..

    Dimana Syiekh Uthman Al-Sarawaki..??

    Ia.. ulama lahir dek kerana dibentuk dan bukannya turun dari langit..

    Moga usaha senantiasa diteruskan..

    ReplyDelete
  2. Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia, maka akan rosaklah dunia dan manusia, ulamak hilang kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.

    SALAM UKHWAH...Saya link blog saudara.

    ReplyDelete