Sebagai mahkluk ciptaan ALLAH, kita tidak akan lari dari satu elemen yang sangat penting pada diri yakni SEJARAH. Sehingga dari sejarah itulah, kita mengenal segala teknologi dan ilmu-ilmu hingga mendatangkan kemajuan pada sesuatu tamadun. Sorotan sejarah itu sendiri bercerita pada kita betapa hidup ini tidak semudah yang disangka dan banyak dugaan dan rempuhan yang perlu dilalui.
Badai yang melanda tak selamanya. Kadang-kadang pasti sinaran yang mendatang. Hujung minggu yang sangat memenatkan. Tapi membuahkan pelbagai kenangan yang indah mahupun pahit. Pasti tercalit secebir sejarah buat tatapan manusia.
“Yang lalu adalah sejarah, yang mendatang adalah perancangan!”
Namun, yang berlalu itu perlu ditatapi, untuk dijadikan musahabah diri. Kerana penyataan sejarah itu mencerminkan satu agenda buat umat merenungi dan memahami intipati kehidupan yang serba serbi lengkap dengan cabaran dan dugaan.
Sudah 4 tahun Alumnai bertapak, dan inilah kali pertamanya ana menyertai aktivitinya. Manis perkongsian dan pelbagai wancana memutik di jiwa. Tatkala berjumpa dengan sahabat dan sahabiah. Yang lama tak bersua. Hingga mampu mengimbau kembali kenangan bersama ketika membina Bi’ah Solehah di awal pengajian di Institusi Tinggi. Ada yang sudah berkerjaya, ada yang sudah di tahun akhir, ada yang masih di takat permulaan (seperti ana sendiri). Dugaan yang sentiasa mendatang untuk membina kesakhsiahan dan potensi dalam diri sebagai manusia yang berketerampilan ISLAM dan berwawasan. Segala yang sudah, pasti menjadi titik tolak dalam mengukur diri, sudah bersedia atau masih termanggu-manggu dengan cabaran globalisasi. Lagi-lagi ketika ini dunia diserangi masalah ideologi yang telah mencengkam pemikiran dan emosi manusia. Doktrin-doktrin yang diguna adalah bersamaan dengan suntikan virus HIV yang bisa memusnahkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Namun, setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian. Yang pastinya, bukanlah bicara rektorik. Tapi suntikan antibodi pada tubuh bagi memperkasakan lagi imunisasi tubuh tadi dari virus-virus yang menggila mendatang.Pertambahan kekuatan “strength point” pada sistem imunisasi pada tubuh badan, pasti bisa mencegah tubuh badan itu dari mengalami kesakitan mahupun serangan yang melumpuhkan. Namun begitu, ada juga yang member idea untuk menukar tubuh yang baru. Belum tentu tubuh tadi diganti baru. Kerana ia perkara yang mustahil. Kenapa mustahil. Kerana tubuh badan tadi sudah mewakili satu identiti. Dan identitinya sangat jelas. Bilamana ada tubuh kedua. Maka identitinya pasti berubah. Namun, tubuh yang pertama tadi, Ia tetap memerlukan penjagaan yang rapi an teliti.
Kembali ke alam fikrah yang jelas. Solusi bagi masalah yang membelenggu. Kadang-kadang payah juga untuk diperjelaskan pada golongan yang benar-benar karut dan keji dalam erti memahami siapa dirinya sebenar. Hingga kadang-kadang golongan ini mengeluarkan pendapat dan idea-idea yang sangat-sangat berteraskan kerosakan minda manusia. Lihat sahaja idea yang dikemukakan AMINA WADUD. Seorang Doktor yang mempunyai kelayakan akademik tapi menyandarkan ilmu falsafah yang terlalu anjal dan rapuh. Hingga boleh membelakangkan Al Quran dan As Sunnah yang sewajarnya diutamakan. Atas dasar apa perlu ia menyadurkan perkara ini? Perkara yang samar-samar tak terpandang, tak terlihat, lalu dikatakannya ia Nampak jelas dan terang? Perkara yang mustahil! Mustahil kerana perkara yang dibawa tadi, sejarahnya tak seberapa teratur. Malah samar-samar. Asas kepada perilaku sejarah insan tadi tak kelihatan lansung. Sedang asas yang pertama yakni Identiti diri itu sangat relevan dan praktikal jika ditelusuri satu demi satu silsilahnya. Kembali kepada alam ruh yang telah tercacat dalam ayat AL QURAN. Surah Al A’raf ayat 107 Yang bermaksud “ Firman ALLAH kepada Ruh, “Wahai ruh, siapakah AKU kepadamu?” Jawab ruh, “ENGKAUlah tuhanku, dan aku bersaksi ke atasmu”. Pengertian tadi menyatakan ketuhanan yang Esa. Membuktikan kemilikan sepenuh 100% milik ALLAH. Maka tiada lagi alasan yang lain dari lain. Melainkan berserah pada ALLAH. Berserah pada ALLAH. Bererti , “Mengikut surahan ALLAH dan meninggal Larangan ALLAH” . APa dia suruhan dan laranganNYA? “Taatilah ALLAH, taatilah Rasulallah dan taatilah Ulul Amri (Pemimpin yang adil dipilihmu”.
Hidup ini bukan diibarat lalang. Yang hidupnya hanya untuk tumbuh dengan ruangan baja yang sedikit dan air yang sedikit. Lalu tumbuh dan dibiarkan. Biarlah hidup ini diibaratkan buah yang mahal. Yang memerlukan penjagaan yang rapi, dengan diberikan baja yang secukup , air yang secukup. Lalu tumbuh, dicari-cari orang. Biarpun tumbuh lalang-lalang, dicantas dan diteliti penjagaannya. Menampak betapa ia hidup dengan penuh bermaruah. Mati sekali, biar mati dengan bermaruah. Yakni mati untuk kemulian. Mati Syahid. Hidup itu penuh cabaran. Ibarat perpatah bugis “ Jika kita tanam padi, pasti tumbuhnya rumput. Jika kita tanam rumput, belum tentu padi akan tumbuh”.(dapat dari seorang peserta)
Perkongsian alumnai yang menarik, mencetus satu semangat baru. Mencoret satu hasrat. Yang terbentang, menunggu masa untuk ditanam benih-benih perjuangan. Dengan implemtasi dengan rapi dan jitu.
Semoga tautan Ukhwah yang dilaksana mampu mewarnai lembah maya dan realiti. Mekar di alam nyata. Untuk melaksana suruhan ALAM. Yang telah lama kekeringan baja kasih sayang. Biar siraman kalimah agung.
Alumnai adalah sejarah. Tapi sejarah tidak akan mekar jika tidak ditautkan. Berbekalkan telaah sejarah..pembukaan rentetan sejarah, satu persatu helaian sejarah dikutip kembali. Di pertingkatkan, untuk diperhalusi satu demi satu. Lantaran itu, untuk mengukuhkan kembali. Perlu adanya satu enakmen tindakan susulan. Tanpa tindakan susulan. Pasti terkabur dan lenyap sejarah yang ada. Lalu terus terkubur.
Ayuh, sejarah adalah satu dari pengenalan alam. Jangan dibiar ia terus terkubur. Mekarkanlah ia…jangan diikut kata-kata hati…”aku tidak suka subjek sejarah” Sedangkan sejarah itulah yang melahirkan jati diri kita. Jati diri Insan..Jati diri sebagai Muslim. Melahirkan intelektual..bukan sekadar di alam maya. Tapi serata alam yang nyata.
No comments:
Post a Comment