Friday, January 23, 2009

Dari Meja Bendahari

Sungguh Islam adalah satu cara hidup yang sangat meluas dansistematik. Hingga Islam itu sendiri menjadi pautan hati individumuslim yang sejati. Tiap-tiap dari aspek kehidupan itu tidak akanlengkap dan teliti jika tidak diadaptasikan dengan “ISLAM THE WAY OF LIFE”. Maka dengan itu juga, Islam telah menunjukkan satu jalan yangmudah dan lebih efektif di semua sudut termasuklah cara bermesyuaratdan cara berjumpa antara lelaki dan perempuan. Sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH Subhnallah Wa Taala. Islam telah menunjukkan satu guideline untuk kelancaran fungsi satu sistem galaksi dengan teratur dan efektik. Kerana Islam itu adalah risalah dari ALLAH, yang maha Bijaksana dalam mengatur segala-gala yangberlaku di dunia ini. Termasuklah masa depan kita iaitu MATI.

Secara am nya, Sebagai seorang individu Muslim, wajarlah kita menepati cara hidup dengan menyempurnakannya dengan ISLAM. Kerana barangsiapa yang mengetepikan Islam dalam aspek kehidupan, maka dia akan menempah satu tiket kegagalan dan kecacatan dalam melalui proses kehidupan seharian. Kerana, hidup ini tidak akan lengkap dengan Islam.Idealogi mengetepikan Islam dari kehidupan adalah satu ideologi yangberorientasikan fahaman barat, iaitu Sekularisme. Ideologi ini telah membawa ke arah kepincangan dalam sosio ekonomi, sosio politik, sosiobudaya dan macam-macam di dunia ini. Lihat sahaja Palestin, di mana kebanyakan Negara Islam tidak mampu membantunya dalam Agenda Zionisbaru baru ini kerana ideologi yang dibawa kerajaan Islam di selurudunia ini adalah berasaskan Sekularisma. Dari itu, bersama-sama kita melihat akan aspek penting ISLAM itu sendiri dalam gerak kerja AMALISLAMI kita.Firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah, ayat 208 yang bermaksud:“ Wahai Orang beriman, hendaklah kamu masuk Islam secara keseluruhan,Janganlah kamu mengikut Jejak langkah syaitan, sungguh besarkemungkaran ALLAH kepadanya.”

Cara-cara bermesyuarat dengan efektik mengikuti kaedah Islam:

1- Niat Ikhlas bermesyuarat adalah untuk keredhaan ALLAH S.A.W

2- Berdoa dan berselawat

3- Persediaan awal sebelum bermesyuarat.-Sudah menyediakan agenda dan point-point untuk mesyuarat

4- Tawadhu’ (Bercakap bila perlu).

5- Berkongsi idea (Telus dan Amanah).

6- Antara Muslimin dan Muslimah ada perbatasan (tidak terlalu dekat,tidak terlalu jauh, sebaik-baiknya ada hijab(tirai) yangmemisahkan ).

7- Matlamat mesyuarat yang jelas.

8- Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek masa bermesyuarat.

Cara-cara berjumpa antara lelaki dan Wanita:

1- Berniat kerana ALLAH S.W.T

2- Berdoa dan Berselawat

3- Bukan berdua (Yakni ditemani Sahabat mahupun sahabiah). Sebaik-baiknya muslimah jika ada, membawa mahramnya sekali. Dikhuatiri Fitnahyang mendatang. Walau mulut tempayan dapat ditutup namun mulut-mulutmanusia tidak mampu ditutup.

4- Matlamat perjumpaan yang jelas (khuatir membawa ke arah Zina).

5- Perjumpaan yang tidak terlalu lama dan panjang (Jika perlu, bagimengelak ikhtilat).

6- Menjaga adab (Yakni menundukkan pandangan mahupun lelaki danperempuan)Firman ALLAH dalam Al Isra’ , ayat 32 yang bermaksud : “Dan Jangandekati Zina!”. Jangan dituntut ikutan nafsu kerana ikutan nafsumembawa kepada jarum-jarum zina yang dibawa syaitan. Lalu jarum-jarumtersusuk bisa merosakkan hati. Tegasnya ALLAH nyatakan di sini,bukannya jangan berzina, tapi jangan dekati zina. Dari pandanganitulah membuka jalan menuju ke arah zina. Zina terbahagi kepadabeberapa aspek:

1- Zina hati

2- Zina mata

3- Zina mulut

4- Zina tangan

5- Zina badan

Di dalam kitab Ihya’ Umuluddin karangan Imam Ghazali, beliaumenyatakan “Bahawasanya, pandangan mata itu adalah panahan Syaitan”.Penerangan beliau ini bermaksud, bila mana mata yang memandangn dengankehadiran nafsu, bisikan syaitan dan nafsu boleh menguasai jiwa. Makapada itu, hendakhlah kita berwaspada dan berjaga-jaga. Boleh jadiprinsip Islam yang kita pegang menjadi cair dan menjadi kalut akibatbisikan nafsu yang membara.

Dan macam-macam lagi yang perlu diambil kira. Na’uzubillah.

Betapa indahnya Islam ini, bukan sekadar menjaga kehormatan malahmaruah kita sebagai seorang manusia yang berakhlak dan berwawasan.Pernah diceritakan, seorang yang dahulunya sangat membenci ISLAM,malah memerangi ISLAM dan memusuhinya. Tatkala, hatinya membuak-buakperasaan yang penuh dengan dendam kesumat, akhirnya dia disirami NurIslam. Lalu, si dia tadi terpaut dan berpegang teguh pada ISLAM.Kerana itu, dia adalah antara 60 orang yang paling berpengaruh didunia ini hingga ke hari ini. Siapa dia? Umar Al Khattab r.a. Dan NabiMuhammad S.A.W , adalah orang yang rangking 1 paling berpengaruh didunia. Atas dasar apa? Dasar ISLAM yang begitu indah , ia memeliharajiwa, memelihara harta, memelihara alam, memelihara kebahagian,memelihara segala-gala kebaikan yang menjana seluruh alam.Berbahagialah sesiapa yang berpegang kepada ISLAM.

Secara Amnya, Segala Aspek Islam perlu diambil kira dan tidak bolehdiambil mudah. Bahawasanya, barang siapa yang mempersekutukan ALLAHyakni meninggalkan ajarannya (ISLAM), maka bersedialah dengan azabALLAH yang lagi pedih dan seksa (Surah Al Ahzab). Sungguh, Islam itusendiri menyusunkan tatacara kehidupan ini bukan untuk menjadi bebankepada kita, tapi menjadikan kita lebih mudah dalam berurusan untukmasa depan dalam jangka masa pendek mahupun masa jangka panjang.Firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat 284 “ ALLAH tidak membebaniseseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. Tidak ada bebanbuat kita untuk mengikuti ajaran ISLAM,malah mengikutinya membawakepada rahmat dan kebahagian di dunia dan akhirat.

Segala terminologi dan penghuraian di sini, hendaklah diambil kiradan dipertekankan. Dasar Islam tidak boleh sesekali diketepikanmahupun dicicirkan dengan kesesuaian cara pemikiran kita. Kerana akalkita yang sejengkal tidak akan mampu dibandingkan dengan satuKekuasaan yang dimiliki YANG MAHA BIJAKSANA. Justeru itu, bersama-samakita merenungi dan menghayati Keindahan Islam yang membawa kita kearah kejayaan.AYuh! Sahabat Sahabiah Seislamku!Mari membangun bersama ISLAM, moga Kejayaan bersama Kita!

“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagala kamu, dan majulah (kemedan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!” (An Nisa’ ayat 71)


Mohamad Syukrani

No comments:

Post a Comment