Tuesday, January 13, 2009

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila melihat tanah menjadi basah dikala dihempap hujan yang lebat, terfikir di minda ini untuk mencoret sedikit luahan rasa untuk dipersoalkan.


Kadang-kadang apabila meneliti pohon yang menghijau tergoyang-goyang tatkala angin bertiupan kencang, mahu sahaja hati membicarakan tetang persoalan jiwa.


Kadang-kadang apabila terlihat seekor kucing jinak menjilat bulunya yang kering mahu sahaja dituruti jiwa untuk merasa keluhanannya.



Itu nada orang yang suka pada perkongsian. Namun, jika nada orang yang realiti hidupnya kosong dan sepi. Dia akan terus termenung dan membisu disebalik kehidupan. Ya, kalau dibicarakan tentang kehidupan. Berapa ramai yang mengetahui apa itu kehidupan? Sedangkan di dunia ini tidak terkira kehidupan yang berada dalam satu masa. Belum dikira jumlahnya homosepien? Belum dikiranya jumlah amfibia? Belum dikiranya lagi jumpa mamalia? Cuma ALLAH sahaja yang mengetahui. Sedang kehidupan itu membuak-buak bersama aktiviti seharian, telah ALLAH gariskan panduan kehidupan untuk manusia yang mahukan kebahagiaan. Sedang kehidupan ini bukanlah perkara yang sangat biasa. Hingga sanggup manusia yang hina mematikan kehidupan seharian seseorang kerana mahukan kehidupan sehariannya lebih lancar? Lihat sahaja krisis kemanusia di serata dunia sekarang. Betapa ramai yang disembelih gara-gara seorang tadi mahukan "lebih" dalam kehidupannya. Dasar apa yang hendak diketengahnya tadi? Atau kerana atas dasar kerana "kadang-kadang" tadi? Semua ini sebenarnya tertaluk atas dasar "APA YANG DIIMPIKAN DALAM HIDUP INI". Jika kedamaian pilihan jiwa tadi. Maka ia akan memilih satu perakaan yang jelas tentang kedamaian. Sebab itulah diseluruh pesolok dunia ini, rata-rata memilih ISLAM kerana slogan kedamaiannya. Tetapi, betapa ramainya orang Islam di muka bumi ini telah dibinasakan oleh kaum-kaum lain? Ramai...sangat ramai...ada yang sesetengahnya kerana mereka memang perlu dibinasakan. Ya! Tetapi ada sesetengah mereka yang memang tidak perlu dibinasa, tetap dibinasakan kerana atas dasar kemahuan pihak yang lain yang iri hati. Iri hati itu telah tertanam dalam jiwa mereka sejak di didik oleh sang iri hati. Kerana apa? Sebab ideologi yang berbeza. Sebab kerana kemahuan yang berbeza dalam kehidupan tadi. Sedangkan kehidupan itu membuahkan seribu persoalan yang perlu diteliti. Hinggalah penelitian manusia tadi mencetus satu krisis yang tidak terhingga kemusnahannya. Lihat sahaja "PERANG" terjadi. Siapa yang memulakannya? Dasar apa diperangkannya? Semuanya kerana dasar hati yang membentak mahu "KEMEGAHAN!" "KESOMBONGAN" "KETAMAKAN" "KEGILAAN". Lihat sahaja pembunuhan Malcolm X. Kerana apa? Dasar dengki atau dasar keji? Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin? Dasar iri hati atau dasar pondan? Pembunuhan Hassan Al Banna? Di dasari dengan apa? Atau kerana hati tadi telah berbicara durhaka pada TUHAN MAHA KAYA?



Itulah realiti hidup. Kadang-kadang angin bergeseran terasa juga kulit yang milus lagi halus. Kadang-kadang bisikan anak-anak tercebis juga sedikit imbuhan.


Lain pula kalau kehidupan di alam maya ini. Alam Blogging. Yang memberi kebebasan sepenuhnya pada sekalian blogger untuk bersandiwara di atas pentas maya ini. Kadang-kadang cebisan buah minda itu berlegaran di minda orang lain. Hingga tercetusnya satu sandiwara dunia yang menjijikkan lagi keji. PERANG BLOGGING! Perang yang tercetus kerana ideologi yang berbeza. Hingga carut marut bergelinciran di skrin maya. Seolah-olah ia adalah karya antik yang mahal harganya. Hingga si pembaca terasa malu untuk membacanya. Apakan daya, ia adalah bicara serba bebas. Bicara tanpa sempadan. Bicara pembunuh rasa bahagia. Bicara yang penuh tahi yang kotor lagi jijik. Rasa mahu ditelan satu persatu, pasti terasa kelat dan payah untuk menggalas minda yang lapar tadi. Tapi, itu soal blogger yang mempunyai ideologi. Ada juga blogger yang hanya menggunakan ruangan khas ini untuk meluahkan perasaan. Ada juga yang menggunakan ruangan khas ini untuk kekayaan. Ada juga yang menggunakan ruangan khas ini untuk kerja yang keji umpamanya pronography, ruangan menfitnah dan lebih dasyat penyebaran ideologi yang menyesatkan. Hingga lupa bahawasanya DUNIA INI MILIK ALLAH.

Na'uzubillah...

Kehidupan ini tidak semudah dibicara. Kadang-kadang ada blogger membicarakan tentang kepayahan dalam meniti arus perubahan global lalu keluhan isian hatinya tadi berintipati satu fahaman dan ideologi yang terang lagi tak bersuluh menyanggah suratan takdir alam. Bicara umpama dia sudah lupakan Tuhan. Maha Suci ALLAH yang Maha Mengingatkan. Apabila diteliti payahan hidup ini, sebenarnya ia adalah satu anugerah yang tidak pernah difikirkan oleh kita. Cuba kita renungi ayat ini "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan......(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan...(alinsyirah:5&6)". Memang selalunya badai di lautan lalu rebah menjadi ombak mengecil di persisiran pantai. Lihat sahaja awanan yang menghitam, lama-kelamaan memutih bersih berkilauan. Hujan di pagi, Cerah di petang. Sungguh ALLAH itu adalah Yang Maha Mendidik. Maka kehidupan ini adalah sebuah lautan ilmu yang luas jalanan. Firman ALLAH :
"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:..:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta":.(alankabut:2&3)

Hidup ini memang sesingkat tanpa diduga kematian yang mendatang. Lahirnya anak-anak kecil dengan azan, matinya hamba disembahyangkan. Lihat masa yang berlalu itu cukup singkat. Umpama masa azan dan solat. Sesaat menanti, berteriakan ke pinggiran. Justeru itu para blogger sekalian..jalan untuk menghadapi hidup ini telah ALLAH nyatakan dalam AL Quran. Untuk yang mahukan Jalan yang lebih mudah dan senang.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .." (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa lagi perlu diberikan pengharapan?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)


Satu madah yang istimewa buat kalian:

"Diharap bunga yang cantik, bungakan layu, Di harapkan manusia, manusiakan mati, Diharapkan alam, alam akan binasa, maka berharaplah pada ALLAH yang Maha Hidup"

Sesaat..

Duhai Roh jiwa yang tenang

Lestari purnama bicara karya

Mewarnai segenap maya

Hidup tak seri mati sekali
Perjalanan hamba gelinciran hati

Duhai Insan teliti masa

Ia singkat tak menunggu

Lajunya tak siapa tahu

Sedar mata terpejam

Degupan terhenti

Dibicara dinihari

Tak terlepas walau satu dosa

Tak terlepas walau satu pahala

Pasti merasa jua

Walau tak pernah di minda

Desis hati rupanya benar

Buka Penglihatan yang menipu rupa

Hawa Nafsu menekan bisa

Durhaka padaNYA

Membawa jahanam

Mohd Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon

11.15 am 16 Januari 2009

Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment