Friday, January 2, 2009

JANGAN!

"Happy new year!" bicara seorang wanita berhijab kepadaku sambil tersenyum. Sebelum dia beredar, aku sempat tersenyum dan membalas kepadanya " Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah!" Dia tersenyum dan beredar. Kemudian, pakciku membentak, " Rupanya kita masih dijajah!" sambil tersenyum kepadaku. Mana tidak, kenapa harus diucap Happy New Year dan kenapa tidak diucap Selamat Menyambut Maal Hijrah?

Anak-anak muda telah dicucuk jarum ideologi barat yang membinasakan. Diselit-selitkan jarum-jarum hedonisma yang melalaikan. Pelahan-lahan ia menjadi barah dalam masyarakat. Hingga yang sewajarnya disambut di anaktirikan. Lihatlah sepanjang ramadhan. Ramadhan sebulan itu dilalui bagaikan melalui kesengsaraan. Itu pemikiran mereka yang telah diselit jarum-jarum iblis. Dan hari Raya pula disambut bagaikan NAK RAK. Padahal Ramadhan itulah bulan kemuliaan yang telah dijanjikan ALLAH pada kita. Merenung pada Hadiht Riwayat Muslim " Sebaik-baik bulan, adalah bulan Ramadhan.." (Sahih) Tapi yang direnung mereka, hanyalah sambutan semata-mata. Itulah yang terjadi pada anak muda zaman sekarang. Sambutan yang sewajarnya terus lesu, sambutan yang tak semena-mena terus menerus diraikan. Dan apa yang terjadi, mereka alpa dan lalai dengan perkara yang keji dan mungkar. Zina, dadah menjadi titik tolak dalam perayaan ini. Berlakulah bermacam-macam aksi yang memualkan. Hingga mereka lupa, bahawa Dunia ini MILIK ALLAH. Bukan milik mereka.

Kenapa semua ini terjadi. Semuanya adalah globalisasi Media Massa yang tidak dikawal oleh Pihak berkuasa. Di dalam media itulah, jarum-jarum syaitan menusuk ke kalbu anak muda. Dan terus menerus mereka terasa asyik dengan semuanya. Tidak perlu dilihat jauh. Lihat sahaja ASTRO Kirana, Cerita indonesia. Anak-anak kecil berlakon cinta. Apa maknanya semua ini? Salah satu propaganda supaya anak muda kecil-kecil berpacaran? Menggalakkan anak-anak kecil untuk mengamalkan budaya couple? Begitu juga dengan cerita orang-orang barat, pasti tidak hilangnya cerita krismas atau diselitkan dengan cerita krismasnya. Atau tidaknya, salib-salibnya. APa semua ini? Tidak lain tidak bukan, hanyalah kristinisasi. Kenapa semua ini berlaku? Ini adalah mainan minda Zionis. Mereka mahu menguasai pemikiran anak-anak muda Islam. Dan lihatlah mana-mana cerita Hollywood, pasti adanya bendera amerika. Apa semua ini? Nak membuktikan AMerica negara Polis berjaya??? atau tidak...hanyalah khalayan semata-mata. Ghauzul Fiqr rencana jahat si durjana syaitan. Membawa panji-panji kegelapan. Merekalah Hizbuz Syaitan. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Pasti mereka tidak mahu melepaskannya. Dijadikan semua itu peluang untuk membinasakan anak bangsa mahupun agama. Lihat sahaja Palestine. Di mana perginya persatuan Liga Arab? Di mana perginya OIC? Cukup sahaja kecaman dan bantuan makanan? Sedangkan Israel si Yahudi Laknatullah itu mendapat bantuan senjata dari Amerika. Siapa berani berbicara? Atau Sengaja membisu? Apa yang hendak ditakut si manusia yang tidak tahu erti KEMANUSIAAN sebenar itu?

ANak Muda Islam bangkitlah!

Jangan di biar kita diselubungi minda yang tidak sihat,fikrah yang tidak jelas. Maka binasalah anak anak Muda Islam, hilanglah ketamadunan Islam itu. Jika terus menerus, kita mengikuti tarbiyyah Syaitan itu. Hilanglah kelancangan dan keberanian Anak Muda Islam kerana disuapkan racun racun minda. Anak Muda itu tonggak masyarakat. Jika anak Muda Lembap, lembaplah masyarakat. Jangan dibiar terus menerus minda dijajah. Jangan dibiar sahaja, kita bagaikan zombi. Jasad ber rohkan minda yang binasa. JANGAN!

No comments:

Post a Comment