Bila melihat rupa wajah diri, teringat pada satu peringatan , hingga terbayang-bayang bagaimana rupa ini menjadi seperti ini. Lalu fikiran tadi melayang memikirkan sesuatu yang jarang-jarang difikirkan orang lain. Terus termuncul di minda satu ilusi dan wancana semasa sakhsiah manusia yang terbentuk atas dasar satu nama. INSAN.
Antara satu sifat insan adalah menghormati manusia yang lain. Lalu renungan di cermin tadi melantun ke arah diri. Mencerminkan kejijikan dan kebrobrokan yang pernah dilakukan. Yang menyatakan kita ini tidak sempurna. Pernah terdengar satu bisikan madah yang cukup berbisa dan berhikmah, " Lihatlah pada kebaikan, jangan dipandang pada keburukan". Rentetan dari ayat ini, boleh sahaja direnung dan diteliti dan difahami maksudnya, dasar erti penghormatan kepada kehormatan.
Justeru itu, ana ini menyingkapkan satu pembayang dan kisah seorang lelaki yang memilih isteri. Bagaimana dia memilih dan menjadikan perempuan itu sebagai isterinya. Yang pertama sekali dilakunya adalah mengenali calon-calon Isterinya tadi. Lalu ditapisnya satu satu kebaikan dan keburukan. Cuma satu sahaja yang kurang pada wanita pertama berbanding wanita kedua. Cumanya wanita kedua tadi hanyalah cantik. Dan selebihnya wanita pertama mempunyai banyak lagi kelebihan. Pemilihan ini adalah melihat kepada semua aspek kebaikan. Dipilihnya wanita pertama. Kerana apa? Kerana dilihatnya kebaikan tadi. Itu cerita orang yang memilih isteri. Lain pula cerita cara menghormati seseorang.
Di dalam hidup yang serba serbi indah pada khayalan, banyak manusia hilang rasa hormat pada orang lain. Kerana diperlihatnya pada keburukan orang lain. Ambil contoh mudah, banyak orang merasakan diri lebih apabila ia melihat manusia yang lain tadi kurang daripadanya. Contohnya kurang kaya. Dia lebih kaya, maka apabila ini terjadi, dia merasa lebih dan bangga pada diri. Ataupun Dia dilantik sebagai pemimpin, dilihatnya orang yang dibawahnya tadi kurang darinya. Ataupun Kadang-kadang ada yang masuk Universiti di awal usia, maka orang yang kemudiannya dianggapnya Freshie dan dibulinya. Kerana apa? Ataupun dia berjaya mendapat dean list, yang lain darinya tidak dapat dean list, lalu dia berasa megah dan lebih dari orang lain. Padahal itu semua adalah pinjaman dari ALLAH. Sebab itu ada kata-kata hikmah menyatakan, "Jangan dilihat pada kegagalan seseorang, lihatlah kejayaan biarpun ia sekecil manapun." Boleh jadi, yang dipandang enteng tadi, adalah orang yang lebih bertaqwa dari kita? Boleh jadi akan datang orang itu lebih berjaya dari kita. Semuanya adalah atas kehendak ALLAH. Kerana kehidupan ini adalah satu perjalanan Tarbiyyah yang lebih hebat dari TAMRIN-TAMRIN di Kampus itu. Roda-roda kehidupan ini kita tidak mampu meramalkannya. Kadang-kadang hujan di pagi, cerah di petang.
Pernah sekali ana disergah oleh seorang hamba, dengan bicaranya, "Enta perlu ke program ini, program ini akan melihat anta ini berkualiti atau tidak!" Hati ini kadang-kadang terguris juga dengan kata-kata yang menyatakan ana ini seolah-olah tidak berkualiti. Tapi bila direnung ayat ini, ini umpama firman ALLAH
"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:..:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta":.(alankabut:2&3)
Tapi, sungguh kenyataan "tidak berkualiti " itu jua tidak cukup berasas kalau dinilai dengan tarbiyyah ALLAH , bolehkah antum-antum semua menilai kualiti seseorang? " Kami mahu melahirkan Da'ei yang berkualiti! " slogan itu umpama cebisan cebisan yang optimis. Padahal, semuanya atas kehendak ALLAH. Sehebat-hebat Rasulallah SAW yang berhendak Pakciknya untuk masuk Islam, sesungguhnya dengan hanya izin ALLAH sahaja, kemampuan ini terjadi. Maka dengan itu jua, telah menjadikan jelas bahawa melahirkan Da'ei yang berkualiti sekalipun, biar sehebat manapun tamrin-tamrin di kampus itu, belum tentu Da'ei yang terhasil itu berkualiti. Melainkan hanya kerana izin ALLAH. Lihat sahaja rentetan masa lalu, berapa ramai yang dilatih dan diasah di kampus, di hujungnya? Ke mana mereka ini? Malahan dikalangan mereka ini bukan orang yang calang-calangan di kampus. Pimpinan Persatuan. Dan apa yang telah terjadi? Al Futur? Na'uzubillah...
Mari kita kembali kepada sorotan Sirah Nabawi. Peristiwa Doa Rasulallah S.A.W untuk dua Umar. Betapa optimisnya Rasulallah S.A.W meletakkan harapan supaya dua Umar ini masuk Islam. Padahal kedua Umar ini adalah antara yang paling di hadapan menentangnya. Malah si Umar tadi adalah manusia yang zalim dan kejam. Keji dan Bongkak. Dan akhirnya, segala keegoan dan kebongkakan pada dirinya runtuh. Lantaran itu, dia berubah manusia yang hebat. Hingga tercatat dalam sejarah bahawa dia adalah satu "firgure" yang sangat-sangat digeruni PARSI dan ROME. Malahan, si Syaitan Laknatullah pun menggeruninya. Semua ini atas dasar apa? Kerana Rasulallah S.A.W tidak sesekali memandang kepada keburukan. Malah kebaikanlah yang dilihatkan. Kerana satu cebisan kebaikan pada Umar ketika dia jahiliah? Sungguh, Umar itu gagah dan perkasa. Itulah kebaikan dirinya yang diperlihat Rasulallah S.A.W. Itu cerita Rasulallah S.A.W, apa pulak cerita kita? Mari kembali pada diri kita...betapa ramai dikalangan kita memandang junior kita sebagai orang yang tidak ada apa-apa. Malah merasakan diri ini lebih mulia. Kerana apa? Kerana kita dahuluan masuk ke Universiti? Atau kerana secebis kejayaan kita dalam pointer yang hebat? Belum tentu pointer yang hebat tadi di akhirnya boleh membuat kerja dengan sebaiknya. Kerana pangkat? MasyaALLAH, semua ini pinjaman semata-mata. Yang cuma membezakan kita adalah nilai IMAN dan Taqwa. Maka sesungguhnya, layakkah kita menilai kualiti orang lain? Cukup berkualiti kah kita? Cukup adil kah untuk kita menilai kehidupan seseorang tanpa kita menyelami hidupnya?
Mari renung sebuah cerita anak muda ini. si Dia adalah seorang Pelajar cemerlang. Tapi dalam satu masa, dia berzina dan berjudi. Yang seorang ini lagi, dia bukanlah pelajar cerdik. Malah dia berhenti belajar kerana mahu menyarakan keluarganya. Bagi anda siapa yang berkualiti? "Different people with different view". Bagi ana kedua-duanya berkualiti dan berpotensi. Boleh jadi, si dia tadi insaf . Manakala yang si dia tadi, telah menunjukkan satu kualiti tanggungjawab dalam diri. Itulah sebenarnya kerangka kehidupan manusia. TANGGUNG JAWAB.
Akhirnya, satu imbuhan untuk kita fikirkan bersama-sama. Apa sebenarnya penghormatan kepada kehormatan?
"Learn to respect people is to learn to see their goodness. "
Dan pastinya tadi, berbaliklah pada kejadian diri kita. Siapa diri kita? Adakah benar kita lebih mulia dari orang lain? Atau adakah lebih mulia orang lain dari kita? Ketahuilah, kita ini adalah kejadian setitis air mani yang hina. Jika jatuh ke tanah, tak dihirau dek itik. Jika jatuh ke lautan, tak dihirau dek ikan. "Maha suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu, dan kepadaNYA jua kita dikembalikan." (Surah Yassin , 83)
Sekali lagi, paparan wajah pada cermin lantunan berbicara pada diri.
"Hai manusia, belum tentu wajahmu yang indah, seindah mawar yang berduri, hai Wajah, belum tentu kehadrat ALLAH mukamu di hadap. Na'uzubillah"
Jangan diminta mati seperti Bashisha. Mati dalam keadaan Kufur.
Renungi kisah Nabi S.A.W dengan si Syaitan, ketika syaitan mencuri Kurma dan tertangkap. Lalu ditangkap si syaitan. Maka berbicara si Syaitan, "Jika kamu mahu aku tidak mengganggu mu, bacalah ayat al Kursi". Lalu dengan itu, Nabi S.A.W mengambil dari si syaitan tadi sebagai pengajaran. Tanpa Nabi S.A.W tidak pernah merasa si Syaitan tadi yang jahat tadi itu cukup hina. Malahan mengambil darinya pengajaran. Kerana apa? Kerana sikap Nabi S.A.W yang sangat optimis akan potensi setiap individu. Boleh jadi si syaitan insaf dan bertaubat. Betapa optimisnya Rasulallah S.A.W. Mulianya sifat baginda.
Bagaimana kita?
Optimiskah kita kalau-kalau si George Bush memeluk Islam?
Seorang sahabat dari Yemen berbicara, " THis is crazy, i can't believe, that Micheal Jackson has converted to Islam!" Maka, jawapan ana, "All of this is depend on ALLAH, He is the one who own heWorld, as if he wanted to...it will just " KUN! FAYYAKUN!"
Wallahualam..
Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
U.T.P
1.12 am
No comments:
Post a Comment