Monday, January 5, 2009

Hai ANAK Watan SARAWAK!

Bumi Sarawak.. Kelihatan melaimbai-lambai..kehijauan menyubur, mencerahkan seisian alam. Jauh di hutan, kedengaran burung berkicau-kicauan, udara yang segar menguasai ALAM. Indah, Permai, tenang..dan bersahaja jiwa dengan keindahan ciptaan ALLAH yang esa. Jauh di angkasa, berkepul-kepul awan-awanan bergumpal menghasilkan hujan. Rintisan air itu tidak terhenti-henti, menjadikan alam kembali lembap. Untuk mekar di esok hari.

Itu kisah alam. Ini pula kisah dakwah. Di sebalik tabir sejarah Sarawak. Bumi yang kehausan da'ei. Datang seorang pejuang, membawa risalah an biya'. Lalu disebarkan ke sepelosok alam. Untuk mengagungkan pencipta keajaiban ALAM. Sorotan sejarah ini, telah disaksikan sendiri. Hingga adanya benih-benih panji, sang mekar pengutus cinta Ilahi. Jauh dari dini, terlakar sebuah kisah, seorang anak watan menjadi tuan besar mengajar di Mekah Mukaramah. Syeikh Uthman As Sarawaki. Tapi itu cerita duhulu. Ini cerita sekarang. Bak alam yang dirintis hujan, mana perginya kesuburan tanah Sarawak?

Benar, Sarawak bumi yang subur. Inilah medan yang sebenar dan mencabar. Kompilasi dakwah perlu disemaikan, agar strategi dan penggalasan idea mencurah terbenam di hati. Bukan kritisan yang dicari, tapi tenaga dan kerahan yang ditagih. Banyak sudah dilalui, rungutan dan kejian sahaja didengari. Apa sudah jadi? Kerana leka dengan kesuburan ALAM? Kerana leka dengan kemewahan ALAM? Hingga lupa Pencipta kesuburan dan kemewahan? Hingga lupa pada pengutus cinta abadi?

Jangan hingga nanti, Sarawaklah bumi padang jarak padang terkukur."Na'uzubillah"... Lihat sahaja sorotan sejarah, Bumi Kosovo, bumi Ambon, bumi Chehnya, Bumi Bosnia, Bumi algeria, bumi Kashmir, bumi Iraq....dan yang terbaru ini BUMI PALESTINE! Telah dirobos dan dirogol segala kemegahannya. Hingga kini, tercalar buminya. Sedangkan, bumi itu tadi adalah BUMI yang mekar dan indah. Bumi yang kaya raya.

Jangan terngadah baru terhantuk!
Jangan ditumbuk baru menggalas!

Jangan...biar hidup ini penuh dengan nadi-nadi bunyi yang berbeza. Gunalah warkah minda itulah untuk menjadi pengatur menjadi ia tersusun rapi. "PREVENTION better than Cure".
Sedang barah-barah telah tersusuk di sanubari. Ter ukir satu nama...yang membuahkan kefasikan dan kejahilan. Iaitu " keRosak Aqidah!"
"Tidak akan redho Yahudi dan Nasara, melainkan kamu mengikut jejak langkah mereka ...." (ayat ke 120 Al Baqarah)

Apa sahaja laungannya, lihat sahaja tata cara hidup di Sarawak. Belum pernah dilihat Muslim berpakaian seelok-eloknya. Seolah menafikan diri itu Muslim. Atau sekdar pada namanya. Bukan pada praktikalnya. APa yang mereka percaya? APa benar mereka lupa Neraka dan Syurga itu ada? Apa mereka lupa Dunia ini milik ALLAH? Atau sengaja membuta tuli telinga? Atau sengaja menjaja muka tak seberapa?

Hari-hari alam berbicara, mengkhabarkan betapa benarnya firman ALLAH. " Setiap yang hidup pasti akan merasa mati!" (ayat 185 surah Ali 'Imran)
"Maha suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu, dan kepadaNYA jua kita akan dikembalikan" (ayat ke 83 surah Yassin)

Khabar-khabar itu bukan khabar biasaa, itulah sapaan alam menyatakan dunia ini MilikNYA.
Jangan..jangan sampai waktu itu, jiwa dan raga telah dibeli janji syaitan yang dilaknat. Jangan sampai waktu itu, jiwa dan raga terikat dengan Dunia yang fana.

Bangkitlah anak watan Sarawak
Sayangilah Bumi Sarawak
Mekarkanlah ia dengan kalimah Agung itu
Nun di sana, pasti terbina satu empayar
Kemurnian dan Kesejahteraan.

Yang bidadari menanti
Membicarakan keindahannya
Yang tersergam untuk kepuasan manusia
Empayar Islami

No comments:

Post a Comment