Sunday, February 15, 2009

10 THings that i don't like

Sungguh di dunia ini, banyak perkara yang perlu dimujahadah. Lagi-lagi sebagai seorang manusia, kita yakin bahawa kita ini tidak cukup sempurna dan tidak lengkap. Sebab itu timbulnya TIDAK SUKA dalam hidup ini.


1- Saya paling tidak suka orang yang bersifat seperti munafiq. Berpura-pura berjuang padahal ada makna disebaliknya. Dan ini pernah saya hadapai orang seperti ini. Akhirnya, memang dia lari dari medan perjuangannya. Cuma kita dijadikan landasannya. Itu memang sifat yang tak disukai saya.

2- Saya paling tidak suka jika dilayan double standard. Sebenarnya saya cuba bersabar dengan situasi yang berlaku di kampus saya sekarang. Contohnya: Seseorang itu memanggil saya dengan nama saya sahaja. Orang yang senior walaupun muda dari saya, dia panggil abang. Bagi saya itu sifat yang tak adil dan terdapat BANGGA dalam dirinya kerana tidak menghormati orang yang masuk kampus lambat.

3- Saya paling tidak suka apabila dilayan seperti budak kecik. Ya, walaupun saya kelihatan muda, saya kini menghampiri usia 23. Saya mempunyai pemikiran sendiri, jasad sendiri, akal sendiri. Lagi-lagi jika adik-adik yang muda dari saya melayan saya seperti budak kecik, memang di hati saya itu terlahir kemahuan "MENUMBUK!" orang tersebut. Tapi ISLAM mengajar saya untuk bersabar.

4- Saya paling tidak suka orang yang memaki hanum "))*(&*(^&*^%*&%". kerana bagi saya, mulut itu ada had bicara dan had berkata. Bicara lebih, pasti mengundang bencana. Lihat saja di kaca TV, macam-macam berlaku.

5- Saya paling tidak suka melihat couple-couple yang berdua-duan sambil acting seperti laki bini. Mereka boleh sesuka hati mencemar pemandangan hingga tidak berfikir tentang alam yang dikongsi dengan orang lain. Boleh jadi, jika saya adalah pegawai JAIP, saya akan tangkap mereka ini dan didakwa atas "BERLAKU TIDAK SENONOH di KHALAYAK Ramai"..apa boleh jadi? Mereka mendakwa, itu hak mereka. Jawap saya, HAK saya JUGA untuk menangkap!

6- Saya paling tidak suka orang yang berbicara SEOLAH-OLAH dia sahaja yang hebat. Dia kira dia sahaja yang hebat? Tidak dia melihat kehebatan ALLAH yang MAHA HEBAT? Hingga berbunyi-bunyi "AKU............". Rasa tercemar telinga mendengarnya.

7- Saya paling tidak suka, orang yang membuang sampah merata-rata. HAK ALAM PERLU DIJAGA!!! APa kiranya jika rumah anda dicemar? Mahukah anda rasa tidur di atas sampah?

8- Saya paling tidak suka, orang yang membuka radio seolah-olah itu ruangan dia sahaja, apa dia kira, Dunia ini milik dia????? Tidakkah dia tahu, dunia ini pinjaman ALLAH untuk semua. Dan dia berkongsi bersama saya!

9- Saya paling tidak suka, apabila saya memberi salam mahupun menegur "Hi". Tapi endah tak endah...bagi saya, orang seperti itu orang yang BONGKAK dan ANGKUH! Tak layak digelar manusia. Kerana sifatnya yang tak pernah mengambil tahu hal orang lain. Sedangkan, ia sebahagian dari sunnah.

10- Saya paling tidak suka jika saya mahu berjaya tapi disekat dan dikongkong. APa kiranya kalian ditangkap dan dikurung? Suka kah anda? Begitu juga dengan perasaan saya. Seperti burung, apabila dikurung di sangkar, pasti mengundang gelisah dan rasa tak senang. Kenapa tidak dibiar ia terbang terus? Biar satu dunia ia jajajhi dengan sayapnya yang kecil. Moga-moga di situ ia mampu menjadi burung yang gagah.


10 perkara ini, belum tentu sahaja mampu dielak. Perkara ini adalah perkara yang selalu berlaku di dunia. Tapi apakan daya. Kita perlu bersabar menghadapinya. Sabar itu sebahagian dari iman. Walaupun sedemikian, sabar juga bererti, mencari alternatif membaikinya.


Walahualam.

2 comments:

  1. salam dari bumi di bawah bayu..
    kadang-kadang benda2 yang kita tidak suka akan lebih mematangkan kita dalam berfikir dan ana harap enta boleh berfikir ke depan lagi..perjuangan ni banyak likunya dan kita ni masih di 'surface' sahaja belum lagi menyelam ke dalam..

    ReplyDelete
  2. Benar kata ukhti...

    Setiap kejadian ALLAH ada hikmahnya.
    Bukan bermaksud tak berfikir ke depan atau sebagainya..pedas juga bunyinya.

    10 Perkara yang saya tak suka bukan bermaksud saya bertindak sesuka hati.

    Saja menulis untuk biar orang lain berfikir. Pro dan Kontra nya. Kadang-kadang orang berfikir ikut rentak dia. Dia tak berfikir tentang orang lain. Penulisan ini saja untuk mencetus kemahuan untuk berfikir. Macam enti juga, bila membaca. Terus tercetus satu panorama tentang ana. Lalu tercetus satu statement begitu.

    Wallahualam

    ReplyDelete