"Apa sebenarnya yang kau mahu?" hati membentak pada nafsu. Nafsu berkobar-kobar meratah emosi. Tak terkawal emosi. Mahu sahaja ditujahnya api bergelora sepelosok badan. Mana taknya, sudah badan dikuasai nafsu. Pasti binasa badan itu.
Nafsu sering berbisik pada hati, agar memberontak meratah IMAN. Lantaran itu, nafsu yang telah mencecah akil balighnya( telah menguasai emosi), bisa menguasai badan sang tuannya. Lantaran itu, pasti kedengaran kebrobokan alam yang disertai misi pembunuhan, perkosaan, rompakan dan macam-macam lagi. Perkara ini sebenarnya boleh dielak. Elakkan memanjakan nafsu. Elakkan diikutkan nafsu.
1- Elakkan makan berlebihan
2- Jagalah pandangan mata
3- Jangan diikut sifat malas
4- Beristifarlah ketika merasa seronok
5- Ingat pada ALLAH
6- Banyakkan membaca AL Quran
7- Duduklah majlis ilmu
8- Sentiasa bermujahadah
9- Dampingi sahabat-sahabat yang beriman dan bertaqwa
10- Sentiasa beramal
ALAM BERTERIAKAN!
Alam berteriakan memanggil manusia. "HAI MANUSIA!!!! JANGAN KAU HANCURKAN MASA DEPANMU! TAATILAH ALLAH! TAATILAH ALLAH! TAATILAH ALLAH!!!!!!! IKUTLAH SURUHAN RASULMU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!". Alam berbicara bersendirian, kedengaran sayup-sayup cuma tiupkan angin. Lihat sahaja pemandangan alam. Hujan yang merintis, Pokok yang bergoyang, Dedaun yang mengharum, angin yang menyapa pipi. Sungguh! Itu bicara alam. Cuma apa tafsiran di sebaliknya? Tidakkah kau lihat? Pokok bergoyang ketakutan dengan kekuasaan ALLAH. Hujan merintis menanda masa kematian semakin dekat. Dedaun mengharum menanda alam semakin hampir kepada kiamat. Angin menyapa pipi ,seolah-olah menepuk kita bahawa masa semakin dekat, tika malaikat datang...."Sudah tiba masa untuk pergi!" Jangan sampai kelunya lidah. Jasad kaku. Janganlah bila Jantung berhenti berdegup barulah nafsu bersiul-siul sipu. Masa sudah semakin dekat....
Ketika alam berbicara,
Warnanya tak seberapa,
Suaranya kelam tak bermaya,
Manusia tegar meratah selahapnya,
Seolah-olah telah lama ia mengidamnya,
Bisu,
Bersahaja,
Megah,
Berseloroh dengan masa,
Tak terkata jiwa mahupun akal,
Berani menentang bahana,
Yang bencana bisa mencecah luar biasa.
Dunia ini Milik ALLLAH,
Di puncak Dunia yang berkelana
No comments:
Post a Comment