Namun sedemikian, bukanlah saya menulis entry ini untuk bercerita tentang saintifik mahupun bentuk geografi alam. Namun, fokusnya adalah pada sosio budaya manusia. Saya mempunyai seorang sahabat dari Yaman, yang agak rapat dan akrab. Nama ringkasnya Badri. Orangnya sederhana besar dan mulia akhlaknya. Namun, budayanya berbeza dengan saya mahupun orang-orang di sekeliling Malaysia. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai satu karakter yang sosok sekali dengan Islam. Yakni tekun dalam beribadah kepada ALLAH. Walau sedemikian, budayanya cukup berbeza sekali dengan budaya Malaysia yang diwarnai pelbagai bangsa dan budaya. Hingga kadang-kadang terbit di jiwanya memberontak tidak menyukai budaya yang ada di Malaysia. Dengan marahnya dia menggetus:"THIS IS NOT ISLAM CULTURAL!". Namun sedemikian, saya tersenyum kepadanya. "Different place with different cultural. Different world with different colour. It is just like you, you can't take Malaysian food, but some Yemenese can take it. But mostly, only few of you can take Malaysian food. Because of different cultural.Habit that that stick to your personality. Malaysian do have their own habit, Yemenese Do have their own habit."
Dimensi alam yang berbeza membezakan manusia. Dari sudut penerimaan dan dari sudut perwatakan dan pemikiran . Munculnya Rasulallah SAW di tengah tengah kejahiliah Arab pun bersamaan dengan kebudayaan di dunia. Untuk membuktikan pada Dunia, betapa alam ini cukup pelik dan berbeza. Hingga setiap kadar pendekatan alam itu ada caranya.
Begitu juga dengan warga Borneo dan warga Semenanjung. Cara hidupnya berbeza, cara berfikirnya berbeza, cara makanannya ada sedikit berbeza. Pada paginya, warga semenanjung kebanyakan makan nasi, walhal, warga sarawak kebanyakan makan roti. Penerimaan Warga Borneo tidaklah seperti penerimaan warga Semenanjung terhadap ISLAM. Sebab itulah Qiyadah Dakwah yang ditunjuk Rasulallah SAW sentiasa berbeza. Berbalik pada dimensi alam yang berbeza. Kerana itu juga, Squad Tentera berlatih di macam-macam bentuk muka bumi. Dan latihan mereka tidak pernah statik. Tapi inti patinya tadi tetap sama, yakni berlatih untuk mempertahankan negara. Begitu juga dengan konsep Tarbiyyah. Belum tentu warga Borneo boleh dilatih serupa dengan warga Semenanjung. Sudahlah Sosio budaya yang berbeza, kadar kepadatan manusia pun berbeza. Boleh jadi ada yang terkorban hasil tarbiyyah yang statik. Sebab itu kerana dimensi alam yang berbeza. Perlunya ada kadar tarbiyyah yang berbeza. Bukan polemik yang dicari, tapi cetusan momentum Dakwah yang dicari. Sebab itu juga, ulama' di Arab tidak akan mengeluarkan fatwa yang serupa untuk bahagian lain. Boleh jadi, perkara ini perlu dihalusi dengan sosio-budaya setempat sebelum ia mencetus satu perbalahan antara individu dan masyarakat. Contohnya mudah sahaja, ambillah kiranya warga thai suka makan pedas dan masam. Boleh jadi warga Malaysia suka pedas dan manis. Namun, kesamaannya di sini adalah ia tetap "Makan". Begitu juga dengan alam ini, yang paling penting tadi adalah titik persamaan, yakni ISLAM. Kenapa perlu disanggah budaya mereka? Kenapa perlu disanggah pengertian mereka? Kenapa perlu disanggah cara mereka? Kerana itu cara mereka. Itu memang budaya mereka. Budaya tidak sesekali diharam dalam Islam. Melainkan ia bercanggah dengan aqidah dan syarak. Sebab itu Makan Ulat , "Si-et" dalam bahasa melanaunya, mufti Sarawak tidak pernah menfatwakan haramnya. Namun ia dikatakan makruh. Namun di semenanjung berbeza. Banyak lagi kepelbagaian yang perlu diperkemaskini. Agar momentum Dakwah tadi menjadi jitu dan padu.
Kepelbagaian bangsa dan budaya ALLAH telah nyatakan dalam AL Quran. Lalu dianjurkan kita berkenal-kenalan yakni (mempelajari dari satu sama lain)
Ia diterangkan ALLAH dalam surah Al Hujurat: (ayat 12)
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seseorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya ALLAH maha MENGETAHUI lagi Maha MENGENAL."
ISLAM cukup fleksible dengan alam. Tapi bukan ISLAM yang berkehendak mengikut rentak alam. ISLAM lah yang memperkukuhkan kedudukan alam. Lantara itu, yang pastinya tapi ISLAM perlu diangkat darjatnya. BUKAN NATIONALISME! BUKAN KENEGERIAN! BUKAN KEPUAKAN!
Dimensi ALAM berbeza. Masing-masing punya tujuan. Maka bersatu di bawah panji Islam dengan pendekatan pelbagaian. Semoga ISLAM kan menang
No comments:
Post a Comment