Tuesday, August 4, 2009

Hujan turun di petang hari

"Tip!"...."Tip!" Hujan menitis membasahi alam. Bunyi rintisan air dari langit kedengaran di jendela. Nun jauh dari langit, setitis air jernih menerjah alam. Serangkaian dan berkumpulan. Jatuh berderai. Sama-sama membasahi alam. Ada yang mendahulu, ada yang datang kemudian. Namun, titisannya agak ramai. Kerana ramai itulah, bumi menjadi basah. Lama-kelamaan terus ia tenggelam dek hujan. Kadang-kadang renyai, kadang-kadang lebat, kadang-kadang titisan sahaja.


Firman ALLAH dalam Surah ke 30, Ar Rum, ayat 24 yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. "

Itulah hujan yang ALLAH kurniakan kepada ALAM. Seantero Alam menikmati habuan yang terhingga nikmatnya. Dari setitis air jernih di angkasa itu terbitnya bermacam-macam produk-produk serta aktiviti-aktiviti yang tak terlintas di minda kecil. Jus jus buah-buahan atas hasil titisan air jernih langit, sungai-sungai dan lautan yang tempat kehidupan air. Aktiviti-aktiviti berkayak dan berenang hasil dari air jernih di langit ini.
Firman ALLAH dalam surah 23, Al Mukminun ayat ke 18


" Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. "


Betapa megahnya ALAM atas kurniaan ILAHI. Karya dari setitis air jernih di langit membuak pelbagai nostalgia. bermulanya kembara alam. Namun, pernahkah kita terfikir? Sebalik kisah setitis air hujan dari langit ini? Perihal orang yang berfikir seperti difirmankan oleh ALLAH pada surah Ar Rum ayat ke 24 "...Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. "



Titisan Hujan itu yang membasahi alam adalah perihal pengajaran tentang "UKHUWAH". Dari alam itu, ALLAH sentiasa memperingatkan kita betapa ALAM yang diperintah ALLAH itu sentiasa menjaga Ukhuwah yang terbina. Malahan, tidak kira yang dahulu mahupun kemudian. Seperti mana titisan hujan dari langit, yang dahulu dan yang kemudiannya, ia tetap jatuh ke alam. Mementeraikan Alam dengan janji yang satu, yakni patuhi seruan ALLAH. Biar ia jatuh ke bumi india atau bumi Malaysia, atau Bumi Amerika. Tetap titisan air ini saling melengkapi antara satu sama lain. Satu simbol kehebatan kuasa ILAHI. Namun pernahkah kita berfikir?
Monolog
air jernih pertama yang dahulu:" Ya Akhi, aku telah diutuskan oleh ALLAH dahuluan darimu, namun kita tetap di jalan yang satu, selamat kita bertemu di bumi"
air jernih kedua yang kemudian:" Ya Akhi, persilakan untuk ke bumi, bersama kita laksanakan tugas kita dengan penuh taat"


Betapa sejuknya jiwa melihat mereka saling bekerja sama, tanpa iri mahupun dengki...menerusi perjalanan tanpa jemu dengan izinNYA ALLAH yang MAHA BERKUASA.

"Kadang-kadang, kerana hikmah hujan, bagi orang yang berakal, pasti membuah kenikmatan IMAN"
Hujan turun di petang hari
Syukrani

No comments:

Post a Comment