Tun Mahathir dengan Slogan beliau"Malaysia menuju wawasan 2020"
Tun Abdullah dengan Slogan beliau "Islam Hadhari menjana kemajuan Ummah"
Kali ini, Dato' Seri Najib dengan slogan beliau " 1 Malaysia"
Namun, kiraan saya, "1 Malaysia" ini agak mirip-mirip Khalifah Umar Abdul Aziz. Cumanya implementasi agak berbeza. Cuma pada slogan nya lebih kurang. Bercerita tentang Umar Abdul Aziz R.A, apabila beliau dilantik sebagai diumumkan mengganti khalifah selepasnya. Umar Abdul Aziz terus menanggalkan pakaian mewahnya, mendermakan segala kekayaannya kepada Baitulmal. Dan, apatah lagi, ketika lawatan seorang saudaranya di pejabat khalifah, baginda berkata kepada saudaranya,"adakah lawatan ini peribadi atau tentang masalah negara?" Jawab Saudaranya, " lawatan peribadi". Serta merta baginda padamkan lilin itu dan berkata "ini adalah harta rakyat, maka jika soal peribadi tidak layaklah dipergunakan untuk peribadi". Itulah Slogan yang Mahal dari Khalifah Umar Abdul Aziz. Percaya atau tidak...di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, rakyatnya tidak ada yang miskin. Hendak dicari si pengemis pun tidak ada. Malahan Baitulmal sudah mampu menjana keuntungan. Itu hasil dari 2 setengah tahun Khalifah Umar Abdul Aziz mentadbir negara. Apatah lagi, kisah serigala dan kambing biri-biri. Ketika hidupnya Khalifah Umar Abdul Aziz, si serigala yang bersebelahan dengan kambing biri-biri tidak beranipun membaham kambing biri-biri. Setelah kewafatan Khalifah Umar Abdul Aziz, serigala yang bersebelahan Biri-biri ini membaham biri biri ini. Ini bukan cerita dongeng semata-mata. Inilah fakta sejarah.
1 Malaysia
Rakyat didahulukan..
Pembangunan negara diutamakan...
Slogan yang amat menarik...
Daripada: MirianBlog: 1Malaysia Subur di SarawakDato' Sri, We are a living example of your 1Malaysia concept and had been practiced it since our forefathers, however how we wish this can be translated into a 1 development concept. In terms of infrastructure facilities we are way far off than west m'sia. Our basic infrastructure like road system are in very bad condition with potholes and bumps all over the place. this shouldn't happen after we have attained 50 years joining the federation. We should be at par in deveopment with west m'sia to realise we are 1 malaysia..tq.(Dato' Sri, kami i
alah contoh sebenar konsep 1Malaysia anda dan telah mengamalkannya sejak zaman nenek moyang kami, namun kami inginkan konsep ini diterjemahkan kepada 1 konsep pembangunan. Dari segi kemudahan infrastruktur, kami jauh ketinggalan berbanding Malaysia Barat. Infrastruktur asas kami berada dalam keadaan yang teruk dengan lopak dan lubang, serta bonggol di sana sini di jalan raya kami. Ini tidak seharusnya berlaku setelah 50 tahun kami menyertai Malaysia. Kami seharusnya setanding dari segi pembangunan dengan Malaysia Barat untuk menjadikan 1Malaysia satu kenyataan)
antara Quote yang sempat saya ambil dari blog http://www.1malaysia.com.my/ , apa-apapun, perihal 1 Malaysia agak menarik. Mungkin antara-antara langkah yang perlu diambil Dato' Seri yang saya syorkan adalah yang pertamanya, memecat Anggota-anggota Parlimen yang Corrupted, para penjawat Kerajaan yang Corrupted(termasuklah Badan-badan Pertahanan seperti POLIS, ASKAR, BPR atau seangkatan dengan nya) seperti yang dilaksana oleh Khalifah Abdul Aziz R.A, meminta para ahli Parlimen dan pihak-pihak yang berkaitan untuk melunaskan zakat. Dan mempertingkatkan keberkesanan sistem Waqaf dan Majlis baitulmal. Institusi-institusi kebajikan. Diperkemaskan dan dinaik taraf mutunya. Memberi dana yang kepada NGO-NGO yang bergait aktif dalam kemasyarakat dan sebagainya.
Mungkin boleh jadi slogan "1 Malaysia" ini menjadi lebih benar kata-kata nya, apabila Dato' Seri meninggalkan kediaman mewah dan mendermakannya lalu dijadikan rumah anak-anak yatim? Atau terus mewaqafkan kepada baitulmal?
mungkin boleh jadi slogan "1 Malaysia" ini menjadi lebih benar kata-katanya, apabila Dato' seri mengisytiharkan kekayaan yang sedia ada, lalu mendermakan separuhnya atau 20% kepada baitulmal untuk diuruskan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, atau sebagainya?
Boleh jadi lebih kompromi?
Sebenarnya slogan "1 Malaysia" ini mirip-mirip slogan ISLAMdi Dalam Islam sendiri, telah lama mengumumkan tiada barrier antara manusia. Yang hitam mahu yang putih. Yang tinggi mahu yang pendek, yang tua atau yang muda, yang kaya atau yang miskin. Tetap tidak diperbeza-bezakan. Malahan, kesemuanya berhak memiliki apa yang berhak dimiliki. Yang kaya menolong yang miskin. Yang Gelap bermain bersama yang putih. Ardikaryanya…semuanya tidak ada beza
Berbalik mengenai soal sabah dan Sarawak. Realistiknya, kemewahan Sabah dan Sarawak ini banyak menyumbang ke tanah Semenanjung. Saya amat percaya, jika 100% hasil negeri Sabah dan Sarawak jika diberikan pada Sabah dan Sarawak, pastinya Bumi Bawah bayu dan Bumi Kenyalang ini lebih kaya raya dan moden. Saya pasti, Bukan sekadar litar Sepang wujud di negeri itu, Bukan sekadar UMS dan UNIMAS sahaja berdiri megah. Malahan setiap daerah barang kali berdirinya UNIVERSITI sendiri. Malahan, pasti dan pastinya inshaALLAH, dengan itu juga, Sabah dan Sarawak akan menjadi tonggak Asia Tenggara dan Malaysia. Kerana dua Negeri ini adalah Negeri yang kaya raya dengan bahan mentah dan hasil pendapatnya.Dan saya percaya, selepas itu pasti tidak ada wujud perkataan “orang borneo tinggal atas pokok atau duduk di gua”.surah Al Hujurat: (ayat 12)"Hai manusia, sesungguhnya
Kami
menciptakan kamu dari seseorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
mengenal. Sesungguhnya
ALLAH maha MENGETAHUI lagi Maha
MENGENAL."
1 Malaysia……(lebih realistik…jika Islam diketengahkan)
Kerana ISLAM itulah yang lebih adil dan saksama. Slogan yang dibawa oleh Khalifah-khalifah agung di zaman dahulu. Membawa kepada kejayaan Ummah yang mencetus “TAMADUN ISLAM” yang menjadi rujukan para Ahli teknologis dan Ahli Sains.
Orang Borneo
No comments:
Post a Comment