Thursday, July 30, 2009

si Jumud dan si Moden



SI JUMUD dan SI MODEN




Ini bukan sekadar cakap atau cerita kosong, namun perlu diingat, ini adalah antara kisah-kisah yang perlu diamati dan perlu dihayati. Bukan seorang dua yang perlu diperlihat, namun ramai di antara yang mengaku diri Da’ei tapi padahal hanyalah “pengikut” yang berkhayal dalam GERAKAN ISLAM namun tidak menampakkan ciri-ciri ahli Gerakan ISLAM yang sebenarnya.
Dakwah itu bukan disandarkan pada gerak kerja pada Jemaah. Dakwah itu disandarkan pada diri sendiri dan itulah kenyataan yang dinyatakan oleh Imam Hassan Al Banna “ Sebelum dirimu ingin menegak Islam, maka tegakkan Islam dalam dirimu”. Betapa ramai anak-anak muda yang mengikuti gerak Kerja ISLAM tapi gagal menghayati PERKATAAN “DAKWAH” itu. Ada yang mengerti DAKWAH itu perlu dilakukan dalam “gerak kerja”. Tapi gagal mengaplikasikan “DAKWAH” itu pada perilaku individu. Ambil mudah, contoh bertegur sapa, dan menyebarkan salam. Itulah antara Sunnah Rasulallah SAW yang banyak ditinggalkan. Masing-masing mendabik dada ketika berjalan. Cuba mengendah orang lain, cara salam pun tak menunjukkan MUKA, malahan tangan sahaja diterpa, mukanya dipaling ke tempat lain. Adab bersalam pun tak betul. Malahan, cara berbahasa pun kasar, kadang-kadang perilaku seolah-olah orang yang besar pangkat. Macam ada status pula. Yang DA’EI adalah yang terlibat dengan gerakan, yang tidak terlibat dengan gerakan bukan DA’EI, begitukah cara kita berfikir? “ DAKWAH itu bukan didirikan berdasarkan JEMAAH. Namun, perlu diingat, dakwah itu nilainya hanya boleh dikira oleh ALLAH bukan KITA yang punya mata yang rambang, terhad dan sebagainya.Dan seharusnya setiap Kejayaan dakwah itu ada perlu ada KPI(Key Performance Indicator). Yakni, antaranya perlu diperlihatkan. Kadar kejayaan Islamisasi. Adakah Berjaya mencapai Objektif sebenarnya Islam itu? Adakah Berjaya mengislamkan orang-orang di sekeliling? Atau adakah Berjaya menarik perhatian ramai terhadap Islam? Atau hanya sekadar Berjaya menjalankan program dengan sambutan yang meriah? Dan perlu diingat, jika ramai orang dah tak suka dengan kita, apatah lagi yang bergelar DA’EI, maka itu perlu diperkemaskan kini. Maka pasti ada masalah di situ. Ia umpama kereta. Siapa yang salah jika berlakunya kemalangan? Kereta atau pemandu? Pemandu atau Kereta? Siapa yang mengorak pergerakan kereta? KERETA sendiri kah yang mengemudi KERETA? Jawapannya mestilah Pemandu! Jika Si pemandu Cuai dalam menjalankan tugas sebagai pemandu, tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, atau sebagainya, dihujungnya, pasti akan berlanggaran atau bergeseraan dengan kereta-kereta yang lain.


Bagaimana kita mahu membentuk sebuah BUS Pengangkutan yang boleh menarik ramai orang? Pastinya pertama:
1- Informasi yang jelas boleh didapati
2- Menuju ke destinasi yang dihendaki kita
3- Selesa dan Murah
4- Penjual tiketnya ramah dan mesra(antara faktornya juga)
5- Ada sahabat atau kawan yang turut bersama
6- Banyak kemudahan yang disediakan.
Jika itulah antara faktor-faktor yang menjadikan sesebuah syarikat BUS(pengangkutan) Berjaya. Kenapa tidak perlu ada satu Pasukan Penyelidikan KHAS wujud untuk mengkaji dasar atau kelemahan dalam GERAK KERJA?
Kadang-kadang, tidak dinafikan, ada MANUSIA yang mengaku Da’ei, tapi disempitkan dengan pemikiran yang kolot(tidak menepati intipati ISLAM yang sebenar) dan agak tersempit. Katanya SYADID, walhal itulah perangai yang dilarangi oleh Rasullah SAW. Malahan itulah akibatnya ramai lari dan fobia dengan gerakan ISLAM di MALAYSIA.
1- Kurang Mesra seorang Da’ei terhadap orang sekeliling, konon-kononnya ingin menjaga perilaku. Doktrin-doktrin yang salah mengenai ISLAM. SUFISME kononnya, padahal itu adalah ajaran yang bertentangan dengan ISLAM. Nabi SAW sendiri mengamalkan kosenp bersosial(yang wajib diikuti kita sebagai ummatnya, berlandaskan Al Quran dan hadithnya).
2- Terlalu KERAS dalam menegur (kadang-kadang teguran sangat-sangat tidak membina, dan tidak kena pada tempat, salah orang untuk berbicara, tidak tahu cara menghormati orang lain dan sebagainya)
3- Kurang perihatin terhadap kebajikan orang-orang sekeling. Kadang-kadang bahana NAFSUnya nak menyebarkan ISLAM(informasi) tapi salah teknik berdakwah. Berdakwahlah dengan kadar yang ilmiah dan sabar. Bukan meluru-luru dengan kata-kata yang pedas dan kurang manis didengar. (Kadang-kadang perit jiwa mendengar).
4- Tidak Fleksible dan kurang interaksi.
Banyak sebenarnya faktor-faktor yang perlu digarapkan, namun perihal ini tidak mampu disenaraikan.

Alhamdulillah, hasil Seminar Pengurusan Strategik peringkat Nasional di Langkawi, sedikit sebanyak dapat memberi pelajaran tentang Pengurusan Dakwah yang lebih berkesan. Apakah Dakwah itu berdiri atas tunjang JEMAAH? Atau berdiri atas tunjang individu? Kalau atas tunjang Individu, apakah objektif yang perlu dicapai? Kalau atas tunjang Jemaah, apakah objektif yang perlu dicapai?

Si Moden, dan Si Jumud. 2 2 yang mempunyai matlamat yang sama. Untuk mendapat keredhaan ALLAH. Namun, kedua-duanya bertentangan dari sudut implementasi. Kadang-kadang Si Moden ini agak rasional di sesuatu tempat, manakala si JUMUD pula agak rasional di sesuatu tempat yang lain. Jadi, kita pulangkan kembali pada diri individu. Di ruang mana harus dicari? Selesa di bahagian mana? Atau lari dari kedua-duanya.
Perlu tidak, 2 2 perlu ada. Dari tidak ada, kepada Ada. Dari 1 kepada 2. Berhasilnya sesuatu atas sebab ada tindakan.
“The main goal of education is not knowledge, but the action” Dr Hj Sobri (CEO Hitech)

No comments:

Post a Comment