Thursday, July 9, 2009

TEMUDUGA TERBUKA KHAS UNTUK SEMUA!


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda
Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua
kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya
: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan
masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada
mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka
berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang
seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu
ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah
pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya
itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di
dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...!

No comments:

Post a Comment