Thursday, April 23, 2009

Are you playing around or are you giving the truth??

Dunia dihamburi bermacam-macam perkara. Hari-hari dengan pelbagai cerita. Dengan pelbagai karenah manusia. Malah, di satu pekan yang kecil, terbitnya bermacam-macam cerita. Bukan seribu satu macam cerita, malah berjuta-juta cerita. Kalau dicoret satu demi satu, belum ada ketentuan untuk membukunya. Belum tentu buku-buku yang telah ditinta itu memaparkan cerita-cerita yang sedia ada. Belum tentu blog-blog yang ada dapat memuatkan cerita yang sebenar-benar cerita seharian kita. Tapi ketentuan ini, ALLAH sudah pastikan dalam catatan Malaikatnya, mungkar dan nangkir untuk cacatan seharian hidup kita. ALLAHUAKHBAR! Maha besar ALLAH MAHA BIJAKSANA ALLAH dalam perancangannya.




Awan berbentukkalimah ALLAH di UTP

Dini hari, ramai yang berbicara tentang soal dakwah, soal politik, soal fikrah, soal cinta, soal kaya raya, soal harta dan macam-macam soal. Jarang-jarang kita mendengar bicara tentang kebesaran ALLAH, kehebatan Al QUran, Ke"AJAIBAN" Alam, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W, hingga kekalutan ini mencairkan minda kita menjadi "takuk yang lama".Percaya atau tidak. Inilah hakikat sebenar. Tolehlah kanan, pasti cerita pasal fesyen, toleh kiri, cerita pasal "pasangan", toleh depan cerita soal "subjek2". Dan jarang-jarang bercerita betapa ALAM ini indah atas keHEBATAN TUHAN PENCIPTA ALAM.Betapa ramai dari kita masih mencari-cari "siapa sebenarnya tuhan yang esa".





Kekalutan minda ini telah membayangi para da'ei segenap alam. Yang selebihnya tercari-cari akan hakikat kehidupan. Sedang seharian hidup kita adalah untuk mencari identiti diri kita, siapa sebenarnya kita? Kita mahu menjadi apa? Dengen mengerja impian yang tak pernah kesampaian. Seorang rakan saya selalu bertanya kepada saya, "Apakah cita-cita awak?" Rakan saya ini adalah orang Iraq, memang nadanya seolah-olah bermain atau bergurau senda, seolah-olah dia sedang belajar bahasa Arab. Walhal itu sebenarnya satu refleksi pada diri sendiri untuk berfikir. APakah cita-cita sebenar diri ini? Entry sahabat-sahabat banyak bercerita tentang kerjaya-kerjaya, yakni kerjaya sebagai Doktor, Kerjaya sebagai Engineer, Kerjaya sebagai Cikgu dan sebagaiNya. Namun, berapa ramaikah di antara kita berbicara tentang kerjaya sebagai seorang "Da'ei"? Menceritakan tentang kelebihan menjadi orang yang menyampaikan risalah Tauhid? Menceritakan tentang keagungan ALLAH S.W.T? Atau lebih akrabnya, banyak yang menulis prinsipal hidup, cerita seharian hidup, coretan kisah sedih, coretan pengembaraan alam.


Kata Dr. Donald Malek, "Are you playing around or are you giving the truth?"





Benarlah kata Dr Donald Malek, kerana ramai orang-orang Islam hanyalah tahu untuk bersuka ria, bercerita kosong, bermain-main hingga lupa tanggung jawab sebagai seorang Islam yang seharusnya menyampaikan Risalah Tauhid ini.






عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى
یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ،
وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ
عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ،
وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.


Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi
manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga
mereka
mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat
demikian, maka mereka
telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada
aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab
perhitungan amal mereka terserah
kepada Allah Ta'ala.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan
Muslim.)


Ayuh, sertai Misi Dakwah!Berapa ramai yang masih dalam keraguan.
Mencari-cari identiti diri, "siapakah aku?" mencari tuhanya, "Siapakah
tuhanku?" Walhal, telah terang-terangan, kita ini tidak lain tidak bukan, hanyalah
manusia. Yang dihidupkan dan Yang dimatikan. Lalu dibangkitkan kembali di padang masyhar untuk dihisab atas perbuatan semasa hidup. Tidak terlepaspun walaupun sebesar zarah atas segala kezaliman dan kemungkarann. Tidak terbiarpun walaupun sebesar zarah atas segala kebaikan dan keikhlasan. Sesungguhnya ALLAH itu maha Adil. Lihat sahaja ALam, keadilan ALLAH yang terserlah. Acuan alam yang cukup sempurna. Perlihatkan sahaja batu dan air. Batu gagah perkasa, keras dan kuat. Sedangkan air lembut dan fragile. Mudah diwapkan dengan haba. Tapi tetap mampu melekukkan batu. Itulah halwa keadilan ALLAH. Setiap ciri-ciri ada kebaikan dan keuntungan. Namun, tetap ramai tak mengenali ALLAH itu maha adil. Lantas, mengabaikan suruhannya, ragu dalam melaksanakan suruhannya. Atau kerana keangkuhan?



Mari membantu misi Dakwah di bumi Sarawak, kami memohon sumbangan untuk kelancaran Program KEM REMAJA ISLAM 2009 , kepada sesiapa yang ingin menderma untuk sedekah jariah boleh lah terus menyumbang ke


Akaun Bank Islam


"Yayasan Amal Malaysia Caw Sarawak Unit Miri


"11022010032002".



Segala baik budi pihak tuan, amatlah kami hargai. Dengan sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan, boleh maklumkan seberapa jumlah yang telah dimasukkan kepada pihak berkenaan untuk mempermudahkan segala urusan kelak:


Saudara Zhaharudin di talian 0133190529


Saudari Maliana di talian 0196006925


Semoga semua di bawah naungan ALLAH

6 comments:

  1. Salam WUFI...

    ALlahu Akbar...

    Indahnya alam ciptaan UHAN bagi mereka yang berTuhankan Yang Maha Esa. Enggan menjadi TUAN di bumi yang sementara kerana khuatir akan jauhnya nikmat Syurga kelak. Rendahkan egomu dengan akhlak tauladan Rasulullah s.a.w. Di mana bumi dipijak, di situ perjuangan ISLAM kita junjung, duhai Mujadid Borneo Selatan.

    ReplyDelete
  2. Wsalam, terima kasih atas ziarah dan tinta yang menarik. Jauh diri ini utk menjadi Mujadid...jauh....

    ReplyDelete
  3. Tak mengerti apa kata kalian. Jangan dibicara orang yang tak menghalalkan dia menjadi "bicara". Harap yang tak tau cerita jangan banyak bercerita. Akan dituntut nanti di akhirat. Percayalah!

    ReplyDelete
  4. Salam WUFI

    Percayalah
    Kasih-Mu lama tersulam
    Di ruang paling dalam
    Terlalu jauh tak terselam

    ReplyDelete
  5. Wsalam, Ya Rabbul IZzati...Ya Rabbulsiwaa...

    Dialah yang MAHA AGUNG LAGI MAHA SEGALA MAHA...

    ReplyDelete