Wednesday, April 8, 2009

Kordial manis vs Kordial Masam

Kordial manis vs Kordial masam?

“HUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Bergoncangan hutan belantara di belakang dengan suara pekikan entah dari mana datangnya. Bagai sahaja mahu tercabut seluruh akar-akar pokok itu. Suara serak-serak basah agak garau . Suara lelaki.
“Hua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Kali ini teriakannya agak panjang dan agak sadis. Seakan-akan sudah lama suara itu terpendam dalam hati. Kalau-kalau ada yang mendengarnya, pasti orang itu merasa pedis di telinga dengan pekikan dan laungan itu. Mana tidaknya, laungan itu umpama suara GURUH Petir yang menggilis tanah bumi. Dasyat!!!!!!!
Di corong-corang gelap, kelihatan bayang-bayang hitam menerpa ke jalanan. Seakan-akan mahu datang dengan langkah yang semena. Berbunyi siulan yang mengumandangkan lagu nasyid Raihan. Inilah dia akibat pembudayaan barat, nasyid-nasyid dibaratkan, lebih-lebih lagi diadaptasikan kepada rentak yang bukan sepatutnya.
“Kachakkkkk!” Kelopak air dipijaknya. Sengaja..
Di lereng-lereng jalan, kelihatan beberapa manusia. Sambil berkumpul di sebatang lilin. Kelihatan jarum-jarum suntikan menjalar-jalar ke sepelosok tubuh mereka. “Huhahauhaudhuahduhsudhauhdushudhasudhaudagsudgsaudgua” suara mereka riang ketawa.
Ada yang bertiarapan. Ada yang menongkah di jalanan, ada yang berlari-lari pusing-pusingan.
“Aneh!” bisik hati kecil seorang pemuda. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Di hadapannya, ada dua lembaga hitam. “Berhenti!” sergah salah seorang dari mereka. “Kau mahu ke mana?” kata salah seorang dari mereka. “Aku mahu ke depan sana!” jawabnya bersahaja. “Apa kau mahu buat di depan sana?” Tanya lagi seorang dari mereka. “Aku ada urusan yang sangat penting untuk diselesaikan!” katanya dengan mudah. “Aku kira kau tiada pilihan, melainkan berlawan dengan kami untuk ke hadapan!”
“HUaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” suara pekikan tadi mendatang tiba. Kali ini bukan di hutan belantara. Tapi di tengah-tengah Bandar. Hutan Batu bata. Hutan konrit-konkrit yang jitu lagi padu. Kali ini teriakan itu tidak sehebat teriakan di hutan. Mana tidaknya, gema-gema teriakan itu diserap oleh kepulan-kepulan wap wap asap, haba-haba yang panas, permukaan yang lembut dan sebagainya di tengah tengah bangunan yang usang. Kenapa?
Sudah pasti jawapan yang mudah untuk diperdengarkan. Keadaan tempat berbeza. Cara bertempur pun berbeza. Keadaan permukaan berbeza. Strategi peperangan pun berbeza. Boleh jadi, kalau di hutan sana, teriakan padu itu lebih jitu. Namun kalau di Bandar, mana mungkin ini terjadi. Mungkin boleh jadi, melarikan diri adalah strategi yang sesuai?
Cuba kalian gores-goreskan maksud cerita di atas? Boleh kalian mengerti apa yang dimaksudkan itu? Suasana politik kini sudah berubah. Dulu agak lembut, sekarang agak keras. Dulu akan malu, sekarang tak pandai malu. Suasana kita lebih radikal walaupun Nampak tak radikal. Pening-pening lalat memikirnya? Jangan pening-pening. Dah ada jawapannya untuk semua ini. Ayuh! Mara kita. Pertingkatkan strategi kita. Saya lebih melihatkan strategi perlawanan yang lebih lemah lembut seperti yang di amalkan Junjungan yang Mulia namun hasilnya lebih jitu dan padu. Perjanjian Aqabah yang pertama. Ada yang perlu diperhatikan di sana. Mari sama-sama mengkaji Fiqh Sirah Nabawi. Ada yang tak pernah-pernah mengkajinya. Mendengar selalu, tapi mengkaji tidak. Erm……? Sampai bila ya?Hampir-hampir kegagalan menyembelahi kita, hampir-hampir kemusnahan berlaku dalam diri kita?
Saat itu pasti akan datang
“Maha suci ALLAH, yang memiliki segala sesuatu, kepadaNYA jua kita dikembalikan”

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH,
Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran yang meng”globalisasi” ini, payah untuk kita mengerti satu sudut dari satu sudut walaupun sudah terancana segala intipati mahupun “stage of element” . Natijah dan hasilnya kadang-kadang tak semena di hati kita. Itu adalah satu perkara yang tidak mudah untuk kita perkatakan. Walau bagaimanapun, Islam tidak pernah mengetepikan semua persoalan. Malah Islam menjawab segala persoalan yang meranjaui batas-batasan hidup kita. Kenapa dengan FIqh Sirah????
Hampir-hampir kita lupa bahawasanya Fiqh Sirah ini lebih “narrow” kepada Subjek Sejarah yang dikomentarkan dalam kokurikulum pembelajaran pelajar sekolah menengah. Yang menghairankan, fiqh Sirah ini tidak diletak secara terus. Malah yang diperhangatkan adalah sejarah-sejarah manusia yang belum tentu diiktiraf oleh ALLAH S.W.T. Kenapa perlu disisihkan Fiqh Sirah ini? Padahal ia juga merupakan satu cabang ilmu yang perlu dipertingkatkan. Apatah lagi terang-terangan dalam Al Quran menyatakan, “Sesungguhnya sebaik-baik ikutan adalah Rasulallah”.
Rupa-rupanya, kenapa fiqh sirah ini tidak diletakkan, banyak sirah-sirah Nabi S.A.W telah dicatat oleh Penipu-penipu Islam (Orientalis) untuk merosakkan pandangan manusia sejagat terhadap manusia yang agung itu. Atas dasar iri hati dan rasa tak berperikemanusiaanlah mereka mencatat perkara ini. Lantas, fiqh sirah terabai dan sebagainya.

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH,
Kenapa perlu kita melihat scenario semasa dengan merujuk kepada AL Quran dan As Sunnah? Fiqh Sirah ini termasuk cabangan dalam konteks As Sunnah. Kenapa perlunya? Antara konteksnya wajar kita perlihatkan adalah, “Kisah alam yang terjadi, dicatatkan oleh ALLAH untuk kita sebagai tatapan” dan untuk kita berfikir. Wajarkah kita melaksanakan perkara ini? Atau kita pelajarikah perkara tersebut? Perlukah diambilkan sampan berlubang, berkayuh di tengah lautan? Atau perlukah menggelongsorkan diri di celah-celah yang sempit, terus tersepit di situ sepanjangan hidup dan mati?
Konteks dakwah perlu satu nafas yang baru.
Dikerah-kerah tenaga tanpa didasari ilmu, atau didasari taqlid, mahu jadinya parah bergelumang di sejenak masyarakat. Nyaris-nyaris “mati kutu” dibuatnya. Nyaris-nyaris “hilang dalam perlakuan”.

“Kordial yang manis berlawanan dengan cordial yang masam”
Namun ia tetap cordial.

Dunia milik ALLAH
Bilik Kilang Kordial Masam-masam Manis.

1 comment: