Wednesday, April 8, 2009

Jurutera "Expert" vs Islam "Expert"


Kalau seorang jututera yang sudah lama di dalam bidangnya, tetapi tidak tahu “perkara” yang seharusnya diketahuinya, tentu sahaja para technician merungut-rungut. “Apa kejadah dah engineer ni, bukan main lama dah jadi engineer, tapi tak tau apa!” Itu bicara orang-orang di sekeliling. Mengenai jobscope masing-masing. Baiklah, itu bagi yang narrow minded person. Apatah lagi manusia di zaman sekarang yang bermacam-macam pandangan dan ideologi. Kata sahabat saya, tak idelisme betul! Lantaklah, peduli apa dengan semua ini. Sebab yang ingin saya lontarkan adalah mengenai, “ISLAM”.
Ya, boleh jadi, kita berasa hebat bila topik sebegini dibicara dan dihujah. Meh, mula pada benda basic. Sebab Islam ini the basic of ISLAM. Tanpa ISLAM, hidup tak sempurna. Baik. Apalah kata-kata orang yang baru masuk Islam jika melihat orang yang telah lama menganut agama Islam. Tapi tak reti nak sembahyang? Tak reti nak baca Al Quran. Malah maksud syahadahpun belum tentu? Sedang dah bertahun lamanya. Kalau dalam bidang teknikal ini, mereka ini boleh digelar sebagai “expert!” BERTAHUN TU LAMANYA, MUST BE EXPERT! Tapi?....


Namun, inilah realitinya. Satu hari, ada seorang kawan, berbicara tentang rakan sekerjanya. Yang dikatakan sebagai “expert”. Tapi kawan ini cuba menguji rakan sekerjanya. Macam mana untuk membaca meter ini? Guna Voltan ka? Jawap rakan sekerjanya, guna V je….Lalu di hati kawan ini , menerkah terajah, mencaci maki. “BETUL KE EXPERT?”
Inilah realiti. Orang-orang semua melihat perkara soal kerja ini soal penting. Namun tidak ramai melihat soal keISLAMan pada diri itu lebih PENTING! Kerana soal kerja itu adalah soal teknikal. Namun soal AGAMA! Ia adalah soal kepercayaan! Kepercayaan itu adalah yang pertama diletak dalam prinsip kehidupan. Kerana percayalah, ramai orang dibunuh, kerana percayalah, orang membunuh diri, kerana percayalah orang merompak, merogol dan sebagainya.
Ini kepercayaan. Dan kepercayaan ini banyak yang disanggah oleh manusia yang mengatakan dia percaya. Seperti yang dinyatakan tadi, jurutera mempelajari ilmu kejuruteraan, namun adakah dia percaya pada apa dibelajarnya? Dan apa di mengaplikasikan ILMU jurutera nya tadi? Biar mudah saja. Kalaulah seorang mahasiswa belajar bidang jurutera, tapi dihujung nya bekerja sebagai petani. Maka layaknya digelar petani, bukan jurutera. Begitu juga dengan orang ISLAM, sejak lahirnya ISLAM, tapi tidak mengaplikasi ajaran ISLAM, wajarkah digelar MUSLIM? Wallahualam…tepuk dada Tanya minda, jangan Tanya dada, dada tak pandai berfikir.


Kadang-kadang yang lebih daifnya, ada yang percaya pada hari kiamat, namun tidak pernah cuba melaksanakan arahan dan perintah ALLAH. Secara komulitatifnya, bila dikira-kira, ramai di antara kita mempunyai hati yang persis malah jitu terhadap kebarangkalian kepercayaan. Wah….!!! Bunyi saintifik dah tulisan saya ini. Mulut kata percaya, hati kata percaya, tapi apa yang menidaknya? Kelakuan…….
Atas dorongan siapa? Hati…..


Terang-terangan, amaran dari ALLAH itu menyapa kita. “Setiap yang hidup pasti akan merasa mati!”…NAH! Berapa ramai sudah mati? Di usia muda, di usia tua, di usia 1 hari pun ada…..namun ikhtibarnya sentiasa diabaikan. Lebih berani, ada yang berani durhaka. Ya…neraka itu sangat dasyat! API di dunia dah tak tertahan….apatah lagi di sana…..
“ALLAHUAKHBAR!”

Bila hati kata api,
Mulut kata air,
Bila jiwa dah terdidik salah,
Pasti lakunya ke arah binasa,
Bila Hasad sudah lali,
Nyawa tak bermakna….

Syukrani
Technician of operation

2 comments:

  1. Percaya dan yakin 2 perkara yg berbeza. Islam tidak cukup dgn percaya, tp yg lebih penting adalah yakin. Ibarat sebatang tali yang kukuh yang direntang di antara dua bangunan yang tinggi. Orang ramai percaya tali itu cukup kukuh utk mbolehkan manusia meniti di atasnya, tp mereka sendiri tidak bersedia utk menitinya kerana mereka tidak yakin. Kalau di tanya kepada orang Islam, adakah mereka yakin syurga dan neraka itu wujud? Dengan mudah mereka akan menjawab 'Ya'. Tapi bila ditanya adakah mereka yakin? Pasti pelbagai jawapan dan reaksi yang diterima. Macam mana kita yang ada kesedaran ini mahu menanam yakin ke dalam jiwa-jiwa ini?Tepuk dada tanya minda...

    ReplyDelete
  2. Semoga saudara dilimpah kurnia rahmatNya.
    Ameen.

    ReplyDelete