Sunday, April 12, 2009

KEM REMAJA ISLAM 2009

Assalamualaikum wrh bkth,



Meniti alam yang mencurah pelbagai rasa,

Sarawak berteriakan menanti.

Jaringan ISLAM perluaskan!

Ayuh!

MISI memperhebatkan dakwah!!!!!!



Sorotan sejarah dan keratan akhbar, banyak memaparkan kisah-kisah anak-anak remaja kini yang diserangi penyakit "misteri", hingga mereka lupa siapa diri mereka. Ada yang hingga lupa bahawa "solat itu adalah tiang agama". Yang dasyatnya, ada yang tidak tahu apa itu "syahadah". Na'uzubillah. Lagi-lagi di bumi Kenyalang. Cabaran anak-anak remaja Islam adalah hebat. Berhadapan dengan budaya asing. Hingga Buta pada intipati keISLAMan yang sebenar, ISLAM yang syumuliah, alamiah, waqi'ah dan lain-lain . Anutan ISLAM mereka menjadi ISLAM Sekularisme. ISLAM Liberalisme. Malah yang dasyatnya, tak tahu apa maksud ISLAM.

Atas ini, YAYASAN AMAL, JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK dan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK mengambil inisiatif untuk mengelola KEM REMAJA ISLAM 2009 di MIRI.



Intipatinya:


InsyaALLAH, Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH,



pada 29/5/2009 - 2/6/2009 , Yayasan AMAL cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama ISLAM Sarawak, dan PErsatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) akan menganjur KEM REMAJA ISLAM 2009, di MIRI. Sebarangan maklumat boleh sahaja berhubung terus dengan Sdr Mohamad Syukrani pada talian 019-8832372 atau email syukrans@gmail.com atau sdri Haleeda Untong pada talian 0168315145 atau email ida_leeda@yahoo.com



Kami juga berasa rendah hati untuk memohon sumbangan untuk kelancaran Program KEM REMAJA ISLAM 2009 , boleh lah terus menyumbang ke Akaun Bank Islam "Yayasan Amal Malaysia Caw Sarawak Unit Miri "11022010032002". Segala baik budi pihak tuan, amatlah kami hargai. Dengan sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan, boleh maklumkan seberapa jumlah yang telah dimasukkan kepada pihak berkenaan untuk mempermudahkan segala urusan kelak:



Saudara Zhaharudin di talian 0133190529

Saudari Maliana di talian 0196006925

atau clik : http://kris-09.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment