Thursday, February 28, 2008

Langkah longlai..


"Oi BAPOK!" satu pekikan kedengaran di luar Pusat Islam, seolah-olah memanggil manusia yang melangkah perlahan-lahan menuju ke Rumah ALLAH itu. Di hati pemuda lemah itu, terbit satu sinar nur Islam yang mewangi kalbu menusyuk pesona di jiwa. " AKU ADALAH PEMUDA ISLAM!" berteriakan di dalam hati nya. Suara sumbang tadi masih kedengaran, memukau seribu pandangan jauh daripada persadaran sana. Semua manusia yang sibuk dengan urusan keduniaan terpukau dengan pekikan itu. Seolah-olah pekikan itu mempunyai sihir yang mampu menerjah masuk ke dalam liang roma kulit-kulit, hingga mampu menyentuh hati yang berbisik sepi. Dalam diam, anak muda itu meneruskan langkahnya. "Bersabarlah kamu, setiap kesulitan itu ada kemudahannya, Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ingatlah bahawasanya ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mendengar segala rintihan hambaNya." Anak muda itu meneruskan langkahnya dengan penuh gagah, jiwa Islamik dalam dirinya tetap teguh dan kukuh. Ia kekal bersama ISLAM. Ia menjiwai segala ajaran ISLAM dengan sebaik-baiknya. Umar Al Khattab pernah mengungkapkan satu kata-kata yang penuh gah dan saksama ketika menjawat tanggungjawap sebagai "Amirul Mukminin"....." Kemulian seseorang pemimpin adalah apabila ia mempunyai daya balas ketiaka ia mampu membalas kejahatan itu, maka ia tidak membalasnya, sebaliknya ia memaafkannya". Anak muda itu terus mengorak langkahnya dengan gagah dan maju tanpa menoleh ke arah suara-suara yang membusukkan itu. Ia tahu Langkahnya itu adalah langkah yang perkasa dan langkah berani. LANGKAH ITULAH LANGKAH PEJUANG ALLAH! Dan suara itu tidak mampu mengundah seribu masalah mahupun ancaman. Kerana sesungguhnya kekuasaan segala sesuatu itu adalah milik ALLAH. ALLAH adalah penguasa ALAM ini. Dunia ini milik ALLAH. Di sebalik pekikan tadi, menyedarkan masyarakat sekeliling, bahawasanya, pekikan yang gah tadi sebenarnya milik seorang yang tidak kenal erti malu dan tidak kenal erti maruah, dengan gahnya ia mengaku dirinya adalah "HERO". Walhal, adalah seorang penipu dan pembohong yang mempunyai mulut yang busuk lagi kotor menjijikan. Masyarakat sudah lama memperhatikan senario yang bercelaru ini, selama ini, mereka menyangka pemilik pekikan itu hebat dan bergaya. Walhal sebaliknya....


Sungguh, dalam PRU ke 12 ini, banyak betul fitnah fitnah dan caci maki yang dibuat oleh pihak yang tidak bermaruah. Bertanding dengan dasar pengecut dan kebaculan. Lantas tidak segan tidak silu menggunakan media-media yang menjadi tali barut, mencucuk fitnah ke dalam masyarakat. Mengeluarkan fakta yang semberono. Seolah-olah mereka sahaja yang betul, mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang beriman dan bertaqwa. Di mana letaknya kebenaran itu jika lantas solat pun mereka abaikan. Inikan bercerita lagi mengenai ajaran ISLAM. Siap-siap menfitnah jemaah Islam mengeluarkan fatwa boleh mengumpat? MasyaALLAH. Kenapa fitnah itu sentiasa mereka perbuat-buatkan? Tidakkah mereka takut kepada ALLAH? ALLAH yang maha mendengar lagi maha penolong? Andai di dunia mereka terlepas, nescaya di akhirat mereka menanti. Atau mereka tidak mempercayai kehidupan selepas kematian?

Mari kembali kepada Aqidah ISLAM yang jelas. 6 Rukun Iman yang menjadi asas kepada Aqidah Islam. 1- Beriman kepada ALLAH 2- Beriman kepada Al Quran 3- Beriman kepada Rasul 4- Beriman kepada Malaikat 5- Beriman kepada Hari Kiamat 6- Beriman kepada Qada' dan Qadar? Jika mereka beriman kepada ke6-6 ini. Adakah mereka sudah mentauhidkan nya? Tauhid Rabbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Atau mereka hanya sekadar mengamalkan tauhid Rabbubiyyah. Hanya sekadar mempercayai tapi tidak sesekali beriman kepada Nya? Di dalam Islam, kita di ajar untuk mentauhidkan ALLAH dengan Tauhid Uluhiyyah yakni Mempercayai ALLAH dan mentaatinya. Al Quran itu adalah Qalam ALLAH. Apa yang dinyatakan dalam Al Quran adalah suruhan ALLAH. Kenapa kita tidak beriman kepada suruhan NYa? Kenapa kita hanya sekadar mempercayai tapi tidak mempraktikkannya? Ia seumpama kita menipu diri kita.

Example:

" Kita tahu air itu selamat , dan untuk menunjukkan ia selamat kita harus minum air itu, membuktikan ia selamat" Tapi bagaimana, jika kita tahu air itu selamat tapi kita tidak mahu minum air itu, seolah-olah kita tidak yakin air itu selamat dan terasa jika minum air itu, kita akan mati atau jatuh sakit.

Begitu juga dengan ISLAM, jika kita benar-benar yakin ISLAM adalah benar, amalkanlah ISLAM itu secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar mengambil sedikit intipati dan membuang yang sebahagian yang lain?

" Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah ( Al - Quran), kami akan adakan baginya syaitan(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk" ( Surah Al Zukhruf 43, ayat ke 36-37)


Di sebalik PRU ke 12 ini, rakyat sudah pandai menilai dan mampu menilai, bukan lagi katak bawah tempurung. Biarpun penipuan terus dibuat, ingat..ingatlah.. " Sesekali tupai melompat, akhirnya jatuh juga". Sudah terlalu banyak tipu daya dan fitnah itu berlua-luasa, kadang kala rakyat percaya. Tapi kali ini adalah melampau dan terlampau, siapa lagi mahu mempercayainya? Melainkan yang tak kenal AGAMA dan yang tak mahu nak berubah kepada kebaikan. CUMA MAHUKAN WANG HARTA dan PANGKAT yang haram di sisi ALLAH.

2 comments: