Wednesday, August 22, 2007

Ketua Hakim Negara cadang mansuhkan Common Law dan laksanakan undang-undang Islam







Assalamualaikum.



Saya tertarik dengan cadangan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang disiarkan dalam akhbar hari ini supaya perundangan Common Law Inggeris dimansuhkan kerana dianggap lapuk dan tidak sesuai;Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya. Utusan Malaysia – 22 Ogos 2007.Bukan sahaja Common Law yang diwariskan oleh penjajah itu sahaja yang perlu dimansuhkan, yang paling penting undang-undang zalim seperti ISA itulah yang perlu dimansuhkan kerana jelas telah disalahgunakan dan menzalimi rakyat. Dan saya lagi tertarik dengan kenyataan Tun Ahmad Fairuz di bawah ini;Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat. Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Berita Harian – 22 Ogos 2007.Bukan mungkin lagi, malahan ianya memang patut dilaksanakan lebih-lebih lagi negara kita telah memasuki usia 50 tahun kemerdekaan. Kita sepatutnya tidak perlu lagi bergantung kepada undang-undang ciptaan penjajah. Yang perlu dilaksanakan sekarang ialah undang-undang yang turunkan oleh Allah melalui al Quran dan Hadis. Saya teringat dengan kuliah seorang ustaz berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam ini. Ustaz berkenaan menyebut bahawa dahulu komputer atau IT adalah sesuatu amat asing dengan rakyat negara ini. Namun dengan kempen yang giat daripada kerajaan umpamanya kempen Cinta IT akhirnya kini IT tidak lagi asing dengan masyarakat negara ini.Begitulah juga dengan undang-undang Islam, jika dari dahulu lagi kerajaan pergiatkan kempen memperkenalkan undang-undang Islam kepada rakyat keseluruhannya, sudah tentu sekarang ini ianya tidak lagi asing kepada rakyat termasuk yang bukan Islam. Namun begitu kerajaan kita nampaknya lebih banyak memberi alasan dan menakut-nakutkan rakyat daripada memberi penerangan kepada rakyat tentang perlaksanaan undang-undang Islam.Akhir sekali al Fatihah untuk tokoh perundangan Allahyarham Ahmad Ibrahim. Bagi saya beliau adalah peguam pertama yang membela Islam dalam isu-isu murtad dan kini usaha Allahyarham telah diteruskan oleh barisan peguam pembela Islam yang aktif dalam membela agama Islam dalam isu murtad di negara ini. Semoga Allah cucuri rahmat kepada ruh Allahyarham.











Mansuh Common Law -- Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti
Oleh Zabry Mohamad
PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.
Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.
‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.
‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya.
Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.
Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957.
Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.
Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.
Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England.
Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.
Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan amalan merujuk kepada Common Law.
Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.
Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.
Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.
Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.
Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.









ini Adalah satu entry yang menarik diulas oleh sahabat kita di blog nya, saya cukup tertarik dengan statement Tun Ahmad Fairuz selaku ketua Hakim negara, yang menyatakan kita telahpun terpampang jelas masih di bawah takuk pemerintahan British tanpa kita sedari? Jelas kah itu kita merdeka?



Kerajaan mengatakan kita adalah negara Islam, betulkah negara ISLAM???? DIperjuang adalah dasar kata-kata? Kalau benar kita kerajaan Islam, kenapa perundangan masih menggunakan perundangan sekular? Perundangan british???



Benar kita kerajaan ISLAM?






Mari kita lihat secara mendalam pengertian sebagai seorang MUSLIM



yang dinamakan sebagai Muslim adalah orang yang mengaku tiada Tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH, bukan setakat mengaku...tapi percaya.



Ia termaktub dari segi Lisani dan maknawi..secara Ruhiyyah..(percaya dengan sepenuh jiwa dan raga)



Jadi dalam aspek negara Islam, mengaku negara Islam, yakni mengaku tiada tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH,tapi kenapa kita tidak percaya dengan hukum hakam yang diturunkan ALLAH? yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada kita????Kita perlu perundangan ISLAM secara menyeluruh!



Bukankah Islam itu adalah kehidupan? Ad Dinul Islam?






Adakah itu umpama menipu secara terang-terangan?



kenapa kita masih terbentang-bentang begitu sahaja ditipu dek mereka?






Adakah benar kita Islam?



Kenapa tidak mahu pada ajarannya??






Apa sumbangan kita terhadap Islam??



Atau kita sudah membuat Islam itu jelek?

1 comment:

  1. Sokong 100% common law dihapuskan. Dah 50 tahun dah. Takkan nak guna penjajah punya cirit kot. :-)

    Kita sudah punya cerdik pandai yang berlonggok. Tak terkira banyaknya. Dah masanya kita kembali kepada acuan kita. Merealisasikan dan menggunakan pakai acuan sendiri. Tidakkah hasil dari acuan kita lebih sesuai dengan 'selera' kita.

    Saya menynambut baik saranan yang diberikan. Walaupun agak sukar, saya yakin masa dan kesungguhan akan memberi peluang kepada kita. Takbir!!!

    ReplyDelete