Berdiri di dunia, yang tak mengerti milik siapa sebenarnya dunia ini. Padahal sebenar-benarnya, ia milik ALLAH yang Maha Esa.
Tuesday, December 8, 2009
Titipan sejarah 1999
Titipan sejarah 1999, “Black Malaysia” kata setengah pihak. Adalah cacatan sejarah dimana, berlakunya peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Untuk lebih memahami apa sebenarnya terjadi masa itu, saya pun membaca buku bertajuk, "Anwar, skandal seks atau konspirasi Politik", tulisan Ketua Pengarang Kumpulan harakah, Ahmad Lutfi Othman yang diterbitkan pada 1999.
Di dalam buku tersebut, banyak menceritakan tentang tuduhan serta disertai sanggahan dan beberapa bukti yang menunjukkan tuduhan tersebut adalah tidak benar belaka. Dan pada tahun 2008 sendiri, kita menyaksikan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri dibebaskan dari segala tuduhan palsu yang telah dibuat.
Namun, apa yang hendak ditekankan adalah permainan politik tidaklah semudah disangka. Setiap penipuan memerlukan satu gagasan konspirasi yang kuat dan kukuh. Jika mangsanya hanyalah seorang, dan tidak mempunyai kadar sokongan yang padu dari segelintir yang berpengaruh, belum tentu akan Berjaya. Namun apa silapnya Dato’ Seri Anwar ketika itu? Jawapan nya sudah pun dinyatakan pelbagai pihak. Mungkin, sahabat-sahabiah boleh sahaja merujuk pada buku bertajuk “SHIT” yang ditulis oleh Prof Dr Dato’ Hj Shanon Ahmad. Buku yang penuh dengan kontraktiviti, menunjukkan permainan politik itu umpama “ lubang keramat” yang kotor dan jijik. Kemahuan untuk bersama “politik kotor” itu perlulah mempunyai satu kelengkapan Pembersih yang lengkap. Untuk membersih korupsi yang menjijikan, tidak mampu dicuci secara berkala secara berseorangan, namun perlu dibersih secara besar-besaran yakni satu gagasan yang berkesefahaman. Kerana rata-rata tahi-tahi itu mempunyai kadar bakteria yang pesat membanyak yang bila mana menjangkit, menyebabkan kerosakan pada minda, pada tubuh badan dan boleh jadi keseluruhan sistem. Dalam novel “Shit” menyatakan lebih kurang bermaksud, “kalau mahu masuk lubang tahi, tanpa mampu lagi mengelak dari terpalit dengan tahi-tahi yang mengotorkan. Sekali terpalit, pasti ada palitan yang kedua, dan lama kelamaan seluruh tubuh kotor dengan tahi”. Lubang Keramat itu tidak pasti nya bersih. Tidak ada hero dalam gerakan.
Peringatan buat kita bersama yang berada jalan ALLAH.
Mahu tidak mahu, perkasakanlah Saff Jemaah. Seperti yang difirmankan oleh ALLAH dalam surah As Shaff yang bermaksud
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalammualaikum...,cuma nak sarankan akhi baca dulu buku keluaran ARA Communications Sdn Bhd...,yang bertajuk rahsia di sebalik pemecatan anwar hasil karya abdul rahim awang...,untuk mengetahui dengan lebih lanjut...,
ReplyDeletelebih kurang intipati Buku tersebut dengan Buku ini, semuanya membalas balik tindakan media yang memutar belit fakta. Tapi, point yang hendak disampaikan di sini. Seorang tidak mampu bergerak bersendirian. Lihatlah, kesilapan anwar yang masuk ke lubang keramat(UMNO), akhirnya ditendang dengan kejijikan. Sewajarnya Anwar(mantan Presiden ABIM ini menyertai perjuangan ISLAM) bukan Kebangsaan.
ReplyDelete