Monday, November 23, 2009

Perihal Beberapa perkara sehingga beberapa perkara



Perihal beberapa perkara sehingga beberapa perkara

Penduduk dunia semakin konsisten membangunkan struktur kemudahan, mempertingkatkan teknologi serta menaik taraf kehidupan, dan sehinggalah kesemua perkara yang menampung asas kehidupan seharian. Hari demi hari, mereka bertungkus lumus untuk memajukan ummah.Ada yang menyumbang pada kemajuan struktur kemudahan, ada yang menyumbang pada pembangunan spiritual, ada juga yang menyumbang dari sudut pengurusan dan sebagainya. Namun, dalam kesibukan seharian itu, tetap ada manusia yang masih berseronok dengan menindas yang lain demi kepentingan individu. Penindasan-penindasan bukan hanya berbentuk fizikal, ada juga penindasan psikologi dan macam-macam jenis penindasan. Yang mana kebebasan yang sebelum itu menjadi laungan sahaja. Nadanya pelbagai bentuk, kadang-kadang dalam bentuk imperialisma , kadang-kadang dalam bentuk kapitalisma, kadang-kadang berbentuk tersembunyi yakni politik.

Namun, tak ramai yang mampu menghidu bau-bauan najis yang terkabur dalam permainan politik ini. Hanya mereka yang mampu berfikir secara kritikal mampu mentakrif dan mendefinasikan permainan Politik. Tipu helah mainan politik itu begitu rapi, silap langkah, tergadai tanah-tanah pusaka. Hilang duit tabungan. Hilang mata pencarian. Hilang kebebasan yang dilaung-laungkan. Boleh jadi maruah pun tergadai.Dengan itu,ia akan terus menjadi boneka-boneka untuk menyuap mulut-mulut busuk si pemain politik itu kerana gagal mendefinasikan permainan politik itu akibat ketidakpeduli mereka terhadap ilmu politik. Dengan itu perlulah diubah sebelum barah berakar dan terus beranak pinak, lama kelamaan, bangsa yang megah akan tergadai kerana tidak mampu mentafsirkan komplot jahat itu.

Sifat yang mengabaikan politik adalah satu sifat yang perlu disanggah. Kerana sifat inilah, menyebabkan beberapa kelompok manusia berkuasa dan mengambil kesempatan terhadap masyarakat. Hingga, masyarakat it uterus diper”anjing”kan. Memperbodohkan lagi memper”hamba”kan. Namun, perlu juga kita melihat satu elemen. Yakni,Apa yang menyebab mereka mengabaikan politik?Doktrin apa yang digunakan oleh mereka. Melalui satu teori protocol zionis. Pihak zionis, mahu orang-orang Islam untuk mengabaikan kepimpinan. Lantas mereka pun mengeluarkan slogan-slogan yang kelihatan logical pada pemikiran anak-anak muda. Yakni:

“Politik itu Kotor”

“Politik itu penuh dengan penipuan”

Dengan slogan itu juga, mereka memaparkan fakta-fakta yang jelas, tentang korupsi yang diamalkan oleh Politikus-politikus. Hingga mata pembaca terbeliak dan mempercayai Politik itu adalah KOTOR dan JIJIK.

Namun, jika kita lihat sebenar-benar definasi Politik ia cukup berbeza dengan apa yang dilaungkan.

Ini definasi politik dalam bahasa Inggeris:

“Politics is a process by which groups of people are solving problems of the society and where politicans make decisions

Kematangan untuk memahami Politik bukanlah didasari dengan pengalaman dan pemikiran sendiri dan bukanlah dengan melihat apa yang Politikus-politikus itu implementasikan. Mereka itu hanyalah manusia. Yang selalu silap dan salah. Bukan kerana Politik itu mereka terjebak dengan najis Rasuah dan penyalahan Kuasa. Tapi atas sikap mereka yang tidak pernah mahu untuk berubah. Maka itu kita perlu untuk terjun di medan ini untuk lebih memahami apa itu Politik. Perlu juga terhadap pembacaan. Perlu juga dengan tindakan yang membolehkan perubahan terhadap keputusan sesuatu itu. Sebab itu, untuk lebih matang dalam politik, Al Quran itu tidak seharusnya di abaikan. Begitu juga dengan Sirah Nabawi (hadith)yang tidak boleh sesekali diabaikan. Kerana ia adalah mahkota kepada raja Politik, yang Berjaya mengubah kaum yang Bongkak lagi angkuh, yang rakus lagi keji, yang Kejam lagi zalim, kepada kaum yang paling berwawasan, yang beriltizam untuk membangunkan ketamdunan Ummah. Bukan mudah untuk mengubah pemikiran satu kaum. Apatah lagi pemikiran seorang manusia. Al Quran itulah Mukjizat yang paling hebat diturunkan oleh ALLAH untuk kaum Muhammad. Namun AS SUnnah itu lah penerangannya. Corak-corak pemikiran yang berpolarisasikan pemikiran Manusia pasti tidak standing dengan corak pemikiran yang berteraskan AL Quran. Bukti sudah jelas. Al Quran membawa kepada perubahan tamadun. Lihat sahaja dimata kita, terpampang. Revolusi Ilmu itu bermula dari Tamadun Islam, Tamadun Al Quran dan As Sunnah.

Namun, pada realitinya, Manusia yang rajin bertungkus lumus untuk mengembangkan Ummah, kebanyakannya masih tidak jelas tentang ISLAM. Ramai yang menganggap Islam itu seperti Adat, bukan cara hidup.Diabaikan mereka perihal apa yang dikatakan Al Quran, diabaikan mereka Sunnah Rasulallah SAW. Maka kucar-kacir yang mereka cetuskan, laksana perbuatan mereka yang tamak lagi haloba. Sanggup memperlekehkan Suruhan Ilahi. Melupakan hakikat kebenaran. Namun, masa kita semakin singkat.Maka itu, pada ALLAH jua kita berserah untuk mencetuskan revolusi ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment