Saturday, October 24, 2009

Bukalah jendela~



"Bukalah jendela itu! Gelap sungguh ruang tamu ini, biar cahaya masuk.....di ruang tamu ini" bisik ibu kepadaku....

Kata-kata itu menyentah lembayung hatiku kerana kata-kata yang penuh tersirat...tahukah maksud disebalik ayat ini? Hati kita ini umpama jendela. Hati Ialah pintu segala-galanya. Andai hati ini dibiar terkatup. Tak mahu menerima. Ia pasti akan gelap dan kelam. Namun, berhati-hatilah. Andai asap kotoran mencemari ruang luar, kita buka jendela. Pasti habuk-habuk dan kotoran hinggap ke ruang tamu. Sebab itu, hati perlu dibuka pabila kita merasakan selamat untuk dibuka. Andaikata tersilap. Ruang tamu itu pasti tercemar dengan kekotoran.

Ayuh, mari kita melihat sisi pandang kata-kata Al-Bukhturi. Menurut Al-Bukhturi: Hati yang berkilau dan semangat yang bergelora. Ia menyebutnya dalam ungkapan, "nafsun tadhiwa himmah tatawaqqad" (Diwan al Bukhturi 1/269). Hati yang berkilau adalah kiasan dari niat yang bersih dari beban noda dan kotoran. Niat yang bersih dari hawa nafsu, ambisi dan kepentingan pribadi, apapun bentuknya.

Dan itulah yang menjadi pegangan kepada Seorang khalifah yang agung, Umar Abdul Aziz.
bin Abdul Malik menggambarkan hal itu dalam ungkapannya, "Aku tak mendapati Umar melangkah, satu langkah sekalipun, kecuali Umar telah meneguhkan niatnya." (Sirah Umar, Ibnu Abdil Hakam, 30/29)

Sabda Rasulallah SAW:

“Bahawasanya segala amal itu disertakan dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Hati yang bersih sentiasa berniat kepada Kebaikan. Niat yang baik itu membawa kepada ketenangan, membawa kepada kejayaan dan membawa kepada Keasyikan dalam menunaikan peranan sebagai hamba ALLAH(pengertian Hidup yang penuh bermakna).

Namun, tak ramai mampu membuka jendela hatinya kerana kebaikan. Apa puncanya? Puncanya adalah apabila hati telah "lalai" "alpa" "cuai" dan sentiasa mengimpikan "keduniaan" yang tidak ada nilainya di sisi ALLAH. Namun, perkara itu tidak seharusnya diperbanggakan. Tidak ada yang perlu dibanggakan, kerana hidayah itu hak ALLAH. KepadaNYA kita berserah.

Ayuh, mari kita bersihkan hati kita. Kita niatkan kerana ALLAH, janganlah kita niatkan kerana Dunia yang tak seberapa nilainya. Namun, perkara "niat" ini perlulah kita perdalami sebelum menuju pembersihan. Kerana tanpa mengenali "niat" dan mempelajarinya. Pasti kita tidak tahu pengertian "niat"

Yahya bin Abi Katsir berkata, “Pelajarilah niat, karena niat lebih utama dari amal.” (Kitab Jami’ Al ‘Ulum wa Al Hikam I/34).


Al-Fadhl bin Ziyad berkata, “Aku pernah bertanya kepada Abu Abdullah -yakni Ahmad- tentang niat dalam beramal. Aku bertanya, ‘Apakah niat itu?’ Beliau menjawab, ‘Seseorang mengendalikan dirinya ketika hendak beramal agar tidak menginginkan pujian manusia.’” (Kitab Jami’ Al ‘Ulum Wa Al Hikam I/26).

Mutharrif bin Abdullah berkata, “Baiknya hati karena baiknya amal, dan baiknya amal karena baiknya niat.” (Kitab Jami’ Al ‘Ulum Wa Al Hikam 1/35).


Maka itu, bukakanlah jendela hatimu untuk perbetulkan niat ke arah kehidupan yang sempurna. Andai kau biarkan hatimu terus gelap gelita. Pastinya di suatu sudut itu, tak kelihatan jalan keluarnya. Boleh jadi, kita akan terjatuh dipersimpangan, mahupun sudut yang gelap. Siapa mahu? Takkan ada yang mahu, namun....itulah solusinya.

Bukakanlah jendela hatimu...

1 comment: