Friday, June 5, 2009

KRIS 2009(Kem Remaja Islam 2009)



Alhamdulillah, tiada pengharapan melainkan kepada ALLAH yang maha esa lagi maha kuasa.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK Pelaksana,Yayasan Amal Malaysia, keluarga saudari Izzati, Pihak Koleh TUn Dato Tuanku Hj Bujang dan pihak2 yang berkaitan..

"Ini bukan satu mimpi' itulah antara ungkapan saya yang diucapkan kepada AJK Pelaksana ketika bersua pada malam hari pertama POSTMORTEM. Mana tidak diucapkan "mimpi", usai dahulu, AJK Pelaksana tidak pernah bermesyuarat bersemuka.Namun semuanya kebanyakan di alam maya sahaja. Itupun penuh dengan cabaran "internet down" dan sebagainya. Hakikat perjuangan. Perlu "Hadirkan hati" dalam perjuangan barulah Zouq perjuangan terasa. Sebab itulah dalam Solatpun ditekankan tentang 'Hati perlu dihadirkan' boleh rujuk pada Buku "Khusyuk Solat" karangan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sangat percaya, bahawa hati hati sahabat yang lain cukup cukup terasa sepanjangan program KRIS ini berlansung. Ada yang bekerja disebalik tabir, mula-mula merasa hatinya berbisik:" Agak2nya, bagaimanalah keadaan Program ini ya?' ...


Sahabat-Sahabiah, kita serahkan pada ALLAH untuk menilaikannya. Namun, hasil dari KRIS bukan serta merta. Ini perlu disusuli dengan tindakan yang seterusnya. Jangan dibiarkan adik-adik keciciran mencari halatuju setelah di"shape" sepanjangan Program. Natijahnya, kita serahkan pada ALLAH. Yang penting adalah teruskan istiqamah dalam mendidik.




Seorang "adik" menghantar sms malam ke2 setelah program, "Ya akhi, rindu dengan KEM, rasa nak kembali". Sungguh, adik ini terasa rindu dengan KEM, maka itulah yang ingin kita bentuk. Kecintaan kepada program2 tarbiyyah. Betapa ramai yang membenci program2 tarbiyyah, lebih ramai yang menyukai program hiburan. Namun, tidak pernah diendah kaedah penyampai kita. Qiyadah dakwah perlu diperkemaskini. Seorang Ustaz yang cukup saya kagum ustaz Akhwan Afandi menyatakan "Dakwah perlu kreatif dan inovatif'. Benar kata beliau, jika dakwah streotype, sampai bila pendakwah nak maju". Salah satu hasil kerja yang saya nampak memberansangkan ketika Ustaz Akhwan di Sabah adalah ketika di pasar Filipin, beliau dengan selamba mengambil rebana dan mengetuknya sambil bernasyid. Usai sahaja Nasyid, beliau selitkan dengan unsur2 nasihat dan tazkirah. Namun, berapa ramai yang berkebolehan sedemikian. Ramai yang hanya boleh berceramah. Tapi tak ramai seperti itu. Sebab itu perlu kita lahirkan sesuatu yang unik dalam proses tarbiyyah ini. KRIS 2009 diharap mampu melahirkan Jundullah yang bersemangat padu. Berjiwa Besar. Berhendak kepada Kejayaan ISLAM. lebih penting Menegakkan Kalimah Agung di bumi Sarawak ini. Tiada pengharapan yang lebih besar melainkan kepada ALLAH.



Adik2ku, dikau adalah permata yang berharga.

Yang ramai tak nampak harganya.
Perlu digilap sedikit sahaja.

Pasti berkilauan menarik hati ramai...



Syukrani
MIRI

pautan:

http://amalsarawak.net/?p=847#more-847

http://myfikrah89sbs.wordpress.com/2009/04/16/kris09/#comment-613

http://close-schistosomiasis.blogspot.com/2009/06/pasca-kris-09.html

http://kris-09.blogspot.com/

2 comments:

  1. Salam

    Mabruk tuan pengarah! Semoga adik-adik ini akan menjadi rijal dan nisa tarbawi. insyaAllah.

    Dan kepada sahabat-sahabat, semoga kita semua thabat dan istiqamah di jalan ini.

    Jazakumullahu khair.

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kepada ALLAH kita berserah.
    Tahniah dan Syabas buat semua AJK yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. Berkat kerja dalam jemaah. ALhamdulillah, berjaya berlansung dengan izinNYA.

    Semoga sentiasa istiqamah!

    ReplyDelete