Thursday, May 21, 2009

Kaca mata Muallaf



Lama aku berkelana, berbaringan di bantal yang empuk. Berjurai-jurai idea untuk menulis. Namun, semuanya tak berisi. Kali ini, wajar aku ketengahkan cerita tentang Muallaf. Agak sinonim dengan hidupku yang dibesarkan dalam keluarga yang asalnya bukan Islam. Muallaf..



Tak ramai kisah dengan kehidupan Muallaf. Namun, aku kisah. Kenapa aku kisah? Kerana keindahan permata itu tak setanding kilauan permata jualan. Kerana permata keindahan menjadi Muallaf itu secantik2 keindahan di syurga yang tak terbayang dek minda. Ku perhati satu demi satu arah tuju hidup sebagai muallaf. Ramai tak kenali mereka secara totally. Namun, kalau kalian mengenali mereka ini. Pastinya kalian sangat kagum dengan adtaptasi mereka kepada keilmuan Islam. Contoh terdekat dengan diriku adalah ayahku yang tersayang. Ayahku adalah seorang berbangsa cina, memeluk Islam pada usia 20an. Menelesuri ajaran Islam dengan kesungguhan. Sehingga usianya sekarang, Beliau cukup menjaga solatnya seharian. Tak ketinggalan. Malah, terasa malu diulit perasaan ini, Beliaulah yang selalu menegurku Bab Solat. Sedangkan lahirku dari awal adalah Muslim..Di usianya kini juga, Beliau masih tegar untuk belajar menyempurnakan bacaan Al QUrannya.....MasyaALLAH, mana pula kita sebagai Muslim sejak azali ini, ramai tak kelaluan menjaga solat...Malah, lihat sahaja anak-anak muda...yang tegar membakar Al Quran..Menghina AL Quran....Malah mengabaikan solat secara terang-terangan.... Moga ALLAH meletakkan Ayahku bersama-sama orang yang bertaqwa. Perihal kehidupan sebagai seorang muallaf. Cuba kita melihat dari skop kaca mata mereka. Pastinya merasa juga kesengsaraan dan kesulitan di hati yang ditempuhi mereka dengan tabah dan bersemangat.Mulanya hidup mereka ini penuh dengan kemewahan, namun jalan yang dipilih mereka, meletakkan mereka dalam bahana dan bahaya. Hingga ada yang diantara mereka diugut dengan Parang. Diugut dibuang keluarga. Namun, hati mereka tetap memilih dijalan yang benar ini. Nurul Ain...seorang gadis Kenyah kelahiran Marudi. Memeluk Islam ketika belajar bersama di Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau menetap di Miri tatkala kakaknya bekerja di Miri. Namun, perhubungan kami terputus setelah beliau menamatkan pengajian di sana. Aku banyak mengikuti kisah-kisahnya, antaranya, beliau pernah direndam dalam sungai oleh ayahnya dan Paderi di Kampungnya sehinggalah beliau mengaku beliau memeluk Islam dan diminta untuk kembali memeluk Agama Asalnya. Namun, beliau tetap berpegang teguh dengan jalan yang HAK ini. Sehinggakan, beliau pernah diugut untuk dibuang keluarga. Namun, itulah hakikatnya. Bukan Nurul Ain sahaja yang menghadapi perjalanan yang sukar ini. Ramai di kalangan mereka menempuh cabaran ini dengan seenak rasa di hati yang ditelan pahitnya tersekat di kerongkong. AL kisah ini tak tamat sebegitu sahaja. Kebetulan ketika di Perak ini, aku bersua dengan seorang Doktor budiman. Sebangsa ayahku. Kisahnya cukup tragis. Banyak dugaan dan halangan. Mana tidaknya, kalau orang Melayu nusantara ini mengerti apa yang mereka perlakukan. Maka bersegeralah mereka bertaubat. Antara perilaku mereka yang menyiatkan perasaan saudara baru kita. "Kenapa kamu masuk masjid ini?" ...."Cina, jangan masuk masjid!". Inilah apabila analogi yang dipakai tak serupa dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam adalah untuk semua. Tidak kira bangsa atau rumpun. Masuk Islam bukanlah masuk melayu. Masuk Islam bermakna menyertai Liga Antarabangsa. Liga yang menyatukan Ummah. Menyatukan Kesefahaman. Menyatukan aliran pemikiran. Menyatukan tenaga dan kekuatan. Satu arah satu Kiblat. Satu "Syahadah".....yang apabila kalian melihat seseorang yang baru mengangkat saksinya bahawa Tiada tuhan Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, pastinya kalian menangis yang bercampur baur perasaan. Dan aku pernah merasainya. Bukan mudah cabaran mereka. Belum lagi ditambah dengan cabaran dari JAKIM, cabaran dari Sanak Saudara, cabaran dari kawan-kawan...apatahlagi orang tua yang disayangi. Perjalanan mereka ini ibarat meniti jabatan yang sebesar lidi. Namun, mereka tetap tegar merentasi hidup dengan berani dan berstrategi. Mereka mengambil ibrah kisah-kisah Sahabat...Keluarga Al-Yasir yang dibunuh kejam oleh Puak Kafir Quraisy. Sumayyah yang dicucuk kemaluannya dengan tobak tanpa belas kasihan. Kerana Sumayyah tetap dengan pendirian nya kepada Islam. Bilal bin Rabbah yang dihempap batu, diseksa dengan cemeti kerana mempertahankan Aqidahnya. Nilai Islam bagi mereka itu lebih berharga dari nilai nyawa yang tak seberapa. Namun, di abad ini, manusia tegar melelongkan agamanya. ROSAK dengan pemikiran yang berhalwakan nafsu sarakah. Tak kering-kering bersama maksiat yang bertunjangkan syaitan. Sanggup menggadaikan maruah dan keizzahan sebagai ISLAM. Sedang mereka ini sejak azalinya ISLAM....seperti Aisyah...Lina Joy...Benjamin Stephen.... Barangkali mereka ini lupa bahawa dunia ini sebenarnya milik ALLAH.Sedang mereka itu cuma menumpang dan meminjam..Tak malukah mereka kepada saudara baru ini? Yang tegar memilih jalan yang lurus ini untuk diharunginya sebagai balasan syurga? Mahalnya syurga tak terbeli dek harta dan emas yang kalian dapat. Tak terbeli dek kebahagiaan kalian bersama nafsu nafsu sarakah kalian. Apa yang kalian kejarkan di dunia ini? Tiada kebahagiaan selain bersama ISLAM.






Jaringan blogger mullaf yang boleh kalian jenguk-jenguk:






























Ayuh, sertai misi kami dari Yayasan Amal Cawangan Sarawak bersama Jabatan Pembangunan Belia dan Sukan untuk meringankan beban dan mempermudahkan perjalanan hidup sahabat-sahabat saudara baru kita ini untuk menuju Jalan Ilahi ini.







Ayuh perkasakan Misi Dakwah di Sarawak!

Jangan sampai ketinggalan!

KERM REMAJA ISLAM 2009
Mengembalikan keizzahan ISLAM dalam diri anak-anak muda!


Kolej tunku Hj Bujang

29 Mei- 1 jun 2009

Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
Pengarah Kem Remaja Islam 2009



No comments:

Post a Comment