Thursday, February 28, 2008

Langkah longlai..


"Oi BAPOK!" satu pekikan kedengaran di luar Pusat Islam, seolah-olah memanggil manusia yang melangkah perlahan-lahan menuju ke Rumah ALLAH itu. Di hati pemuda lemah itu, terbit satu sinar nur Islam yang mewangi kalbu menusyuk pesona di jiwa. " AKU ADALAH PEMUDA ISLAM!" berteriakan di dalam hati nya. Suara sumbang tadi masih kedengaran, memukau seribu pandangan jauh daripada persadaran sana. Semua manusia yang sibuk dengan urusan keduniaan terpukau dengan pekikan itu. Seolah-olah pekikan itu mempunyai sihir yang mampu menerjah masuk ke dalam liang roma kulit-kulit, hingga mampu menyentuh hati yang berbisik sepi. Dalam diam, anak muda itu meneruskan langkahnya. "Bersabarlah kamu, setiap kesulitan itu ada kemudahannya, Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ingatlah bahawasanya ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mendengar segala rintihan hambaNya." Anak muda itu meneruskan langkahnya dengan penuh gagah, jiwa Islamik dalam dirinya tetap teguh dan kukuh. Ia kekal bersama ISLAM. Ia menjiwai segala ajaran ISLAM dengan sebaik-baiknya. Umar Al Khattab pernah mengungkapkan satu kata-kata yang penuh gah dan saksama ketika menjawat tanggungjawap sebagai "Amirul Mukminin"....." Kemulian seseorang pemimpin adalah apabila ia mempunyai daya balas ketiaka ia mampu membalas kejahatan itu, maka ia tidak membalasnya, sebaliknya ia memaafkannya". Anak muda itu terus mengorak langkahnya dengan gagah dan maju tanpa menoleh ke arah suara-suara yang membusukkan itu. Ia tahu Langkahnya itu adalah langkah yang perkasa dan langkah berani. LANGKAH ITULAH LANGKAH PEJUANG ALLAH! Dan suara itu tidak mampu mengundah seribu masalah mahupun ancaman. Kerana sesungguhnya kekuasaan segala sesuatu itu adalah milik ALLAH. ALLAH adalah penguasa ALAM ini. Dunia ini milik ALLAH. Di sebalik pekikan tadi, menyedarkan masyarakat sekeliling, bahawasanya, pekikan yang gah tadi sebenarnya milik seorang yang tidak kenal erti malu dan tidak kenal erti maruah, dengan gahnya ia mengaku dirinya adalah "HERO". Walhal, adalah seorang penipu dan pembohong yang mempunyai mulut yang busuk lagi kotor menjijikan. Masyarakat sudah lama memperhatikan senario yang bercelaru ini, selama ini, mereka menyangka pemilik pekikan itu hebat dan bergaya. Walhal sebaliknya....


Sungguh, dalam PRU ke 12 ini, banyak betul fitnah fitnah dan caci maki yang dibuat oleh pihak yang tidak bermaruah. Bertanding dengan dasar pengecut dan kebaculan. Lantas tidak segan tidak silu menggunakan media-media yang menjadi tali barut, mencucuk fitnah ke dalam masyarakat. Mengeluarkan fakta yang semberono. Seolah-olah mereka sahaja yang betul, mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang beriman dan bertaqwa. Di mana letaknya kebenaran itu jika lantas solat pun mereka abaikan. Inikan bercerita lagi mengenai ajaran ISLAM. Siap-siap menfitnah jemaah Islam mengeluarkan fatwa boleh mengumpat? MasyaALLAH. Kenapa fitnah itu sentiasa mereka perbuat-buatkan? Tidakkah mereka takut kepada ALLAH? ALLAH yang maha mendengar lagi maha penolong? Andai di dunia mereka terlepas, nescaya di akhirat mereka menanti. Atau mereka tidak mempercayai kehidupan selepas kematian?

Mari kembali kepada Aqidah ISLAM yang jelas. 6 Rukun Iman yang menjadi asas kepada Aqidah Islam. 1- Beriman kepada ALLAH 2- Beriman kepada Al Quran 3- Beriman kepada Rasul 4- Beriman kepada Malaikat 5- Beriman kepada Hari Kiamat 6- Beriman kepada Qada' dan Qadar? Jika mereka beriman kepada ke6-6 ini. Adakah mereka sudah mentauhidkan nya? Tauhid Rabbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Atau mereka hanya sekadar mengamalkan tauhid Rabbubiyyah. Hanya sekadar mempercayai tapi tidak sesekali beriman kepada Nya? Di dalam Islam, kita di ajar untuk mentauhidkan ALLAH dengan Tauhid Uluhiyyah yakni Mempercayai ALLAH dan mentaatinya. Al Quran itu adalah Qalam ALLAH. Apa yang dinyatakan dalam Al Quran adalah suruhan ALLAH. Kenapa kita tidak beriman kepada suruhan NYa? Kenapa kita hanya sekadar mempercayai tapi tidak mempraktikkannya? Ia seumpama kita menipu diri kita.

Example:

" Kita tahu air itu selamat , dan untuk menunjukkan ia selamat kita harus minum air itu, membuktikan ia selamat" Tapi bagaimana, jika kita tahu air itu selamat tapi kita tidak mahu minum air itu, seolah-olah kita tidak yakin air itu selamat dan terasa jika minum air itu, kita akan mati atau jatuh sakit.

Begitu juga dengan ISLAM, jika kita benar-benar yakin ISLAM adalah benar, amalkanlah ISLAM itu secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar mengambil sedikit intipati dan membuang yang sebahagian yang lain?

" Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah ( Al - Quran), kami akan adakan baginya syaitan(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk" ( Surah Al Zukhruf 43, ayat ke 36-37)


Di sebalik PRU ke 12 ini, rakyat sudah pandai menilai dan mampu menilai, bukan lagi katak bawah tempurung. Biarpun penipuan terus dibuat, ingat..ingatlah.. " Sesekali tupai melompat, akhirnya jatuh juga". Sudah terlalu banyak tipu daya dan fitnah itu berlua-luasa, kadang kala rakyat percaya. Tapi kali ini adalah melampau dan terlampau, siapa lagi mahu mempercayainya? Melainkan yang tak kenal AGAMA dan yang tak mahu nak berubah kepada kebaikan. CUMA MAHUKAN WANG HARTA dan PANGKAT yang haram di sisi ALLAH.

Monday, February 25, 2008

Menjenguk sebentar..


Kadang-kadang, jiwa ini tersentuh juga dengan perilaku manusia yang leka dan lalai dengan perkembangan politik..
Kadang- kadang hati ini terguris dengan sentuhan tipu daya dan dugaan dari manusia yang tamak dan bongkak serta berperilaku seperti munafiq yang tidak berjaya lakonannya.
Kadang-kadang itulah yang menjadi satu nadi dalam diri dan terus resah diraba penipuan dan kekesatan dasyat 'mereka' itu.

Menjenguk kepada Pilihan rayake 12 kali ini, adalah merupakan satu chapter yang sangat-sangat penting dalam sejarah malaysia untuk membentuk masyarakat malaysia yang akan menuju kebinasaan atau menuju kepada Khair(Kebaikan). Dasar pilihan raya kali ini sangat jelas sekali adalah mengenai isu-isu yang sangat penting. Antara kalah dan menang. Tipu dan benar. Palsu dan Asli. Bohong dan jujur. Dan mood pilihan raya kali ini tidak lain tidak bukan, adalah mood yang sangat sesuai untuk menukar kerajaan teraju Barisan Nasional.

Semakin hari semakin nampak kebenaran mengenai kepalsuan dan keaslian dalam pertandingan pilihan raya kali ini. Dan jelasnya, ketidak adilan ini boleh dinilai sendiri oleh warga malaysia. Jika tidak cukup intelek...dan tidak cukup bijak..sah sah trang tang-tang ditipu oleh median yang penuh karut marut serta banyak carca merba tipu daya. Yang menjadi mangsa tidak lain tidak bukan adalah kita sendiri dan juga masyarakat warga malaysia.

Ayuh buktikan keintelektualan kita. Buktikan pada semua penipu itu, kita mahukan kejujuran dan keikhlasan dalam pertandingan ini. Buktikan kepada mereka ini, bahawa kita sudah pandai menilai kebenaran. Dan kita pasti bersama bangkit dari tidur dan khayalan palsu ini untuk merombak negara yang disayangi ke arah kecermalangan, kegemilangan dan ke arah Kejujuran dan keikhlasan yang nyata dan jelasnya hanya untuk keredhaan ALLAH S.W.T. Bukannya untuk kebanggaan manusia mahupun bangsa.

Monday, February 18, 2008

Adakah Ijazah itu segala-galanya?

Sudah lama agaknya, saya tidak meng"update" blog ini...nampak sepi dan kelu...akhir-akhir ini saya diserang penyakit "MALAS" dan "LEMAH SEMANGAT!" Biarpun begitu, setiap manusia mempunyai takat-takat perubahan emosi dan kelakuan pada suatu masa. Sebab itulah manusia itu dinamakan manusia. Tapi setiap manusia adalah serupa..Percayalah..kerana kita tetap adalah Manusia. Cuma yang membezakan kita adalah takat fahaman dan IQ kita. Biarpun begitu, dari sudut kemuliaan adalah dimana, kita menyempurnakan diri kita sebagai hamba ALLAH yang bertaqwa dan beriman.

al-A’raaf :96,
Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Ketaqwaan adalah main point penting dalam hidup. Ketaqwaan dibentuk adalah berdasarkan Tauhid atau Aqidah yang betul. Jika Aqidah dan tauhid yang rosak, nescaya rosaklah yang lain. Sebab itulah perjuangan murni Baginda Rasulallah S.A.W selama 13 tahun itu adalah mentauhidkan ALLAH.

Perbezaan antara manusia ialah nilai taqwanya di sisi ALLAH. Jadi, kenapa mahu nilaikan manusia itu atas dasar kerana ia mempunyai kedudukan @pangkat? Harta atau segulung Ijazah? Itu hanya pengiktirafan di dunia. Kenapa kita tidak mahu mengiktiraf mereka yang ALIM? Biarpun mereka tidak masuk Universiti. Tidak bermaksud mereka tidak punya Ilmu yang sehebat Ijazah.....

Kembalilah kepada akar pokok Islam, yang tidak melihat kepada kebendaan. Tapi nilailah dari sudut Ilmu... Kadang-kadang mahasiswa yang mempunyai ijazah, tidak mempunyai nilai prinsip ISLAM pun dalam dirinya. Kita terlalu bias dan su' uzhon..

Mari, sama-sama kita teliti...kita tetap serupa dan sama..Mempunyai wawasan yang sama dan cita-cita yang sama. Bergabunglah kita..agar kita dapat menghasilkan kepaduan yang hebat. Mengembalikan keizzahan Ummah. Lalu menjadikan Ummah itu cemerlang dunia dan akhirat!

Adakah Ijazah itu