Wednesday, January 16, 2008

Lambaian kenangan lampau



Hidup ini kadang-kadang memerlukan sesuatu untuk mengindahkannya. Kenangan itu merupakan satu detik yang bisa menggapai inspirasi dan nohtah kemajuan dalam diri. Itu berlaku jika kenangan yang lalu diambil sebagai pengajaran dan 'history' perlu dikaji dan diselidik.

Sejarah- antara subjek-subjek yang tidak diminati oleh pelajar-pelajar menengah atas.Entah kenapa? Sedangkan jika kita membalikkan kembali apa yang dibuat pelajar-pelajar ,mereka lebih suka bercerita tentang sejarah sendiri. (masa kecil) Bukankah itupun pelajaran sejarah?
Kenapa harus kita kembalikan memori yang lalu? Kenapa? Bukankah saidina ali pernah menyatakan " sesungguhnya Yang paling jauh itu adalah kenangan, dan yang paling dekat itu adalah mati" . Sebenarnya, hakikat ini adalah sama dan tak ada bezanya. Kenangan perlu diimbau kembali dan segala yang telah berlalu perlu disemak kembali sebagai pengajaran dan persediaan untuk kita berhadapan dengan mati. Agar mati kita kelak adalah mati dalam redhaNYA.

Sebenarnya, kenangan yang lampau itu adalah perkara asas dalam kehidupan kita. Untuk menjadi seorang yang berjaya, perlu memerhati apa yang telah dilakukannya pada masa yang lampau, agar mudah untuknya mempelajari perkara yang perlu diperbaiki.
Unkapan "TO SOLVE THE PROBLEM,IS TO BACK TO BASIC", sentiasa bermain di minda ini. Kerana ungkapan ini selalu dimainkan oleh Allahyarham pakcik kesayangan saya ketika beliau mengajar saya matematik tambah. Benarlah kata-katanya itu, kerana basic itu adalah penyelesaiannya.

Mudah, itulah persoalan kenapa kenangan lampau perlu dirujuk kembali. Ini juga relevannya dengan kejayaan Ummah sekarang. Kenapa tidak menjadikan sejarah para sahabat itu sebagai asas kejayaan? Sirah-sirah Nabi itu sebagai asas-asas? Asas-asas dalam strategi pencaturan perjuangan Solidatory of Islam? Asas-asas kisah-kisah perang-perang zaman sahabat yang boleh dijadikan tauladan? Ingat! Allah tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya. Kisah-kisah semua ini adalah hikmah yang datang turun untuk menjadi ummah akan datang lebih kukuh dan mantap!...kerana benda yang kukuh adalah diperbuatkan dari asas-asas yang teguh!

Jangan malas untuk mengkaji balik sejarah hidup kita sendiri, sejarah dunia, sejarah perjuangan Rasulallah S.A.W dan semuanya. InsyaALLAH, kita akan ketemui sesuatu yang sangat mahal nilainya.

...."Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia."



1 comment: