Tuesday, January 1, 2008

Islamic Summer Camp



Islamic Summer Camp, satu realiti atau fantasi? Ini satu titik tolak dalam kita menuju satu pembangunan Insani dan pembangunan Islam dalam Diri. Tahniah diucapkan kepada persatuan Siswazah Sabah yang telah menganjur satu program yang sangat idealisme dan kreatif versi modern. ISLAMIC SUMMER CAMP 14/12 - 16/12/2007.


Tahniah diucapkan kepada para peserta dan para ajk Pelaksana program kerana telah bekerjasama menjayakan program tersebut. Selalunya kita mendengar di Sabah mahpun Sarawak, program2 perkhemahan khasnya musim panas, jarang sekali ada program perkemahan versi Islamic. Inilah adalah satu pendekatan dakwah yang baik dan sangat kreatif. Sungguh sebenarnya, program sebegini telahpun dianjur dahulu lagi oleh gerakan kristiniti khasnya di Sabah dan Sarawak. Ini telah diakui oleh Pakcik saya sendiri yang merupakan seorang Badan Penasihat gerakan Kristian Youth Community (SIB). Pakcik saya kebetulan juga merupakan seorang mubaligh kristian yang aktif lagi tinggi pengorbanannya terhadap agamanya. Ketika di Miri, beliau membeli rumah 3 tingkat, tingkat teratas di rumahnya telah dijadikan gereja kecil untuk beliau memberi dakyahnya. beliau juga merupakan seorang Brother dalam SIB.
Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim mestilah lebih berkorban lebih daripada itu. Kerana Nabi Muhammad S.A.W telah menunjukkan satu sifat inquiry atau sifat Berkorban lebih tinggi dari itu dalam berjuang dan menyebarkan ISLAM.

Jadi, Tahniah untuk Persatuan Siswazah Sabah atas keberanian dan kesungguhan dalam melaksanakan program tersebut. Malah, selepas ini, banyak lagi perlu dihadapi mana-mana NGO Islam khasnya di Malaysia, untuk lebih proaktif dalam medan Dakwah kerana kita yang meyakini Agama ALLAH itu adalah Agama yang hak lagi benar wajib berkorban bukan sekadar harta malah jiwa. Untuk Ummah yang memerlukan Islam! Kerana Islam itu adalah the best solution!

Pendekatan program itu memberi satu kesan positif untuk remaja khasnya daripada meluangkan masa untuk lepak di Shopping Complex atau sebagainya. Ini kerana program tersebut bukan sahaja mengajar untuk berdakwah dan membuka minda anak-anak muda betapa pentingnya hidup. Hidup ini bukanlah sesuatu yang internal malah ia adalah singkat. Masa hidup kita ini singkat..Dimulai dengan azan, lepas itu iqamat, selepas itu solat...

Pada bayi, kita diazan...Bila kita mati, kita disolat..sekejap sahaja hidup ini. Jadi, jangan dibiarkan hidup itu dibazir tanpa berbakti pada Agama. Sesungguhnya siapa yang tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong dia.

Hidup ini singkat...biarlah Hidup ini bermakna...Moga-moga, di hari akhirnya kelak, kita pasti mendapat buah hasilnya...kerana ALLAH sendiri menyatakannya. Dalam surah Yassin ayat 63

Maha Suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu, kepadaNya juga kita akan kembali

============Ayuh Jangan leka,jangan alpa, kerana Ajal menunggu kita!====================


antara program2 yang dibuat semasa program..menarik..

Berkayak..
Rentas halangan... dan macam2 lagi..
Semoga Semua NGO ISLAM lebih proaktif dan lebih berani untuk menyebarkan ISLAM!

No comments:

Post a Comment