Saturday, December 29, 2007

Belajar memandu?

Lemas, Kesah, Bingung...geram, marah? Semasa memandu? Itu adalah satu perasaan yang menghambur dalam jiwa manusia. Diselaputi dengan hasutan syaitan, lunak keasyikan dalam kemarahan dan geram...

gambar Faizal memandu naik bukit Inobong yang tinggi untuk menawan puncak inobong!

Semua perasaan itu bukan kerana bila memandu...bukan..bukan...perasaan itu timbul bila instruktor yang mengajar saya memandu, mengajar sambil lewa, bersikap tidak professional dan endah tak endah dalam mengajar saya untuk memandu. Inilah akibatnya bila kita tidak mencari instuktor memandu tanpa selidik. Saya kesal dan geram memikirkannya.

Setiap hari hampir 2 jam saya menunggu instruktor tersebut untuk mengajar saya. Alasannya ada ada sahaja. Padahal, alasan itu tidak munasabah sekali. Alasan makan? Alasan hujan? Alasan datang lewat? adakah itu alasan untuk kita menghadapi pelanggan atau pelajar?

Ini adalah soal disiplin dan tolak ansur dalam perniagaan. Diakui bahawa kita sebagai tenaga pengajar harus memainkan peranan yang komitmennya jelas untuk mengajar seseorang. BUKAN HANYA KERANA DUIT! kalau kerana duit, pasti sudah saya mencari instruktor yang berlainan agama. Ini adalah soalan prinsipal kita sebagai seorang ISLAM sejati atau belum cukup ISLAM.

Saya teringat novel Bila cinta bertasbih, Watak utamanya Azzam berkata kepada dirinya ketika menghadapi masalah perniagaan, "Kalau mahu buat sesuatu itu, buatlah dengan bersungguh-sungguh! Barulah kita lelaki sejati(muslim sejati), jangan buat kerja sambil lewa, itu bermaksud kita orang yang lemah,lembik...bukan lelaki sejati."
Bukankah Rasul pernah berpesan dalam satu hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, beribadahlah kamu seolah-olah esok kamu akan mati.
Inilah masalah dibelenggu oleh kaum masyarakat kita sekarang, terutama bila kita tidak betul-betul ikhlas dalam melakukan sesuatu. Lakulah sesuatu itu atas dasar kerana ALLAH. Dan bila melakukan sesuatu kerana ALLAH. Buatlah yang terbaik. Kerana sebagai seorang yang mencintai ALLAH, menganggap ALLAH itu kekasihnya. Pasti dia akan melakukan terbaik untuk memenangi cinta ALLAH. Bagaimana kita mahu memikat seseorang jika setakat buat kerja sambil lewa. Itu juga soal business dan akhlak kita. Kita mahu terbaik, tapi soal usaha. Kita tidak mahu berusaha, malah kita malas berikhtiar untuk mendapat terbaik. Sebab itulah, masyarakat kita ketinggalan. kenapa? Kerana kita sendiri tidak kesihan pada diri kita. Kita tidak kenal cinta kita pada ALLAH. Dan kita tidak tahu, bahawasanya, Dunia ini milik ALLAH dan rezeki itu adalah kurniaan ALLAH. Tapi hendaklah kita berusaha ke arahnya.
ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mahu mengubah dirinya sendiri.
Ayuh! Umat ISLAM! UMAT ISLAM UMAT TERBAIK! adalah kita sendiri mahu mengubahnya! adalah kita sendiri! KIta harus berubah lebih proffesional dan lebih gigih dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat!
Buatlah terbaik...soal kalah atau menang, berjaya atau tidak...itu adalah kasih sayang dari ALLAH untuk kita semua...

Maka sama-sama kita nilai dimana tahap kita.
Cinta kita pada ALLAH...

ISLAM THE BEST SOLUTION!

1 comment:

  1. Wah, alhamdulillah.

    Lama dah ana tak ikut prigram2 macam ni....samada sebagai peserta atau urusetia.

    Moga diizinkan Allah kepada ana di masa depan.

    ReplyDelete