Friday, December 21, 2007

Bersama ustaz Nik Abduh

Warkah ini bukan warkah memuja mahu memuji..tapi luahan isi hati

Terus terang, aku sangat minat pada AYAHnya...menyanjungnya..malah kagum dengan pembawaannya. Ayahnya merupakan salah satu pemimpin pembangkah yang dikagumi ramai. Antara tokoh politik yang sangat digeruni di nusantara ini. Dikenali di serata Malaysia. Siapa tidak kenal..TOk Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat? Yah!


Jadi, peluang yang ada, apabila Ustaz Nik Abduh melawat kota kinabalu, kebetulan masa itu adalah asar, beliau memberi sedikit pengisian di Masjid. Syahdu..aku dapat solat di belakangnya. Terasa solat di belakang tok guru pulak. Memang mukanya ada iras-iras tok Guru. Syukur pada ALLAH. Sukar dpt peluang bersama mereka ini.

Sebenarnya, entry kali ini bukanlah bercerita mengenai pengalaman bersama mereka. Kerana ia tidak memberi apa erti yang banyak jika dibandingkan dengan apa yang disampaikan mereka. Jadi intipati entry saya kali ini adalah berkait dengan tazkirah yang disampaikan ustaz Nik Abdu iaitu "ISLAM,IMAN dan IHSAN".


ISLAM

Apa ertinya ISLAM? ISLAM bermaksud sejahtera dalam bahasa ARABnya. Tapi ISLAM dalam pengertian agama adalah kehidupan."Sesungguhuya agama di sisi Allah adalah Islam...(QS. Al-Imran 3:19). Seseorang itu ditetapkan ISLAM setelah ia mengucap dua kalimah syahadah iaitu " AKu naik saksi, tiada tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh(utusan) ALLAH" . Seseorang itu akan menjadi Muslim setelah ia mengaku tiada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH. Tidak bermaksud ia adalah sempurna untuk masuk ke syurga. Kerana ia belum mencukupi. Dalam lafaz itu ada 2 pengertian iaitu dari mulut(Lafzi) dan dari hati( Qalbi). Maka ia berkait rapat dengan Iman. Secara teorinya, Setiap lafaz itu mesti diletakkan kepercayaan yang mendalam melaluinya. Iaitu, dengan lafaz tadi, orang itu hendaklah percaya dengan apa dikatakanya. Ia tidak boleh umpama Burung kakak tua yang bisa mengungkap kata-kata "SELAMAT PAGI" tapi tidak mengerti maksudnya dan tidak percaya apa dikatanya. Sebab itulah, dalam Surah AS SHAF ayat ke 4 ALLAH Taala menyata " Amat besar kebencian di sisi ALLAH, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuatkan"


Hari ini, banyak kita mengaku kita adalah Islam, dalam satu masa, bila ada pihak mendakwa kita adalah kafir ,kita marah dan memukul dia. Tapi dalam satu masa, kita tidak mengamal ISLAM secara kaffah(menyeluruh). Sedangkan ALLAH nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. kerana syaitan musuh kamu yang nyata." Sebenarnya, hakikatnya kita tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh. Maka secara ertinya, kita belum cukup Muslim. Belum Cukup Islam. Atau bukan muslim sejati. Dan relevannya di sini, pengakuan kita pada ALLAH tadi belum cukup bermakna. Tiada ertinya, kenapa? kerana kita sendiri mengaku tiada ALLAH dan Rasul itu pesuruhnya. tapi menafikan dalam hati dengan mengikut hawa nafsu, jejak langkah orang-orang yang derhaka kepadaNya. Antaranya, mengikut peredaran barat yang bertunjangkan pemikiran manusia semata-mata bukan berlandaskan Hukum ALLAH dan Sunnah Rasulallah S.A.W. Bukankah pengucapan tadi itu sia-sia belaka? Karut dan menipu? sebab itu bila dikaitkan dengan Iman. Iaitu Percaya pada ALLAH, Percaya pada malaikat, Percaya pada Kitab, Percaya pada Rasul, Percaya pada hari akhirat dan percaya pada Qada dan Qadar itu tunjang pada Islam juga. Berkait rapat. Kita hendaklah beriman kepada 6 elemen rukun iman ini, percaya sepenuhnya dengan erti kata, menjaga apa yang dipercaya dengan sebaik-baiknya. Contohnya, kita percaya pada Rasul, maka ikutilah sunnahnya. Tiada keraguan! Tapi kadang-kadang, kita manusia ini, penuh ragu dan panca roba...eksyen lebih. Cakap tak serupa bikin? betulkan? maka sama-sama kita renung semua ini. Kerana pastinya belum tentu kita ini muslim sejati. kerana iman kia senipis bawah merah....iye ke? Iman ini adalah terletak pada keyakinan kita pada benda semua ini.Iman itu berkait rapat dengan tauhid. (Tauhid Uluhiyyah) dan (Tauhid Rabbubiyyah) dan Ihsan adalah segala kita perbuatkan dengan erti kata kehidupan kita. Islam dizahirkan dengan ihsan. Rasulallah S.A.W menzahirkan kebenaran ISLAM itu dengan amalan,perbuatan itulah dinamakan Ihsan. Kebaikan. Iaitu perhubungan antara ALLAH (Hablulminallah) Perhubungan antara manusia (Hablulminnas) dan perhubungan antara alam (Hablulminalalam).


"Kami beriman kepada Kitab Suci yang diturunkankepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Maha Esa, dan kita semua pasrahkepada-Nya (muslimun) (Q.S. al-'Ankabut 29:46).


Semua perbuatan kita lunaskan tersebut yakni Rukun Islam 5 perkara, RUkun Iman 6 perkara...tapi belum cukup sempurna ISLAMnya, kerana ISLAM ini umpama RUmah dan tiangnya tadi adalah Tauhid(kepercayaan kita) dan dibina oleh ISLAM lalu disempurnai oleh IHSAN..

IHSAN ini adalah perbuatan yang ikhlas. Contohnya, makan dengan cara Islam, tidur cara ISLAM. Malah belum lengkap semuanya jika kita tinggalkan dakwah dan jihad, kerana ia juga sebahagian dari ISLAM.

Justeru penting disini apa yang saya perluaskan lagi, setiap apa kita kerjakan hendaklah berlunaskan Al Quran dan As Sunnah. Jangan kita mengaku diri kita ISLAM dalam satu masa melanggar ajaran ISLAM dan berpura-pura dalam ISLAM. Ia adalah satu pekerjaan orang Munafiq!


apa yang kurang tolang tambahkan...ini yang saya ingat sedikit apa yang ditazkirahkan..banyak lagi kurang, kerana nota kakinya hilang entah dimana saya letak...jadi,masih banyak kurang...harap maaf

1 comment:

  1. salam. tahniah enta.. ana pun xbpeluang jmpa Us Nik Abduh.. Bkn senang kan.. Bila dapat jmpa terasa sekejap je.. 2 3 jam macam 2 3 minit je.. Truskan pjuangan akhi di bumi kenyalang..

    ReplyDelete