Monday, October 8, 2007

Kembara Balik kampung..

Awal pagi, Saya sudah sedia berangkat k Terminal 2..
Bersedia untuk terbang ke Miri.. Kembara balik kampung..ekspidisi yang pastinya tidak mencabar, tapi mengundah fikiran dan leka masa...
Saya teringat satu cerpen karangan seorang sahabat..tajuk nya berbunyi begini
Apa yang anda pelajari kaitlah dengan Kebesaran ALLAH, disitu barulah bergelar pelajar Cemerlang Dunia dan AKhirat..

InsyaALLAH, kembara Balik kampung ini bakal menceritakan tentang perjalanan kita menuju ke ALAM Baqa dan ALam AKhirat, hari penghisaban kelak...

Sepanjang penantian saya di airport, duduk menanti untuk check in, saya memandang ke arah satu papan notis, yang menggerunkan jiwa saya..





Gambaran di fikiran saya sebenarnya, sudah bersediakah saya untuk berlepas ke alam Baqa?

Pendaftaran ke alam Baqa ini bukanlah seperti di lapangan terbang..Semuanya telah didaftarkan awal-awal lagi, kata orang..sudah dibook tiket Kematian itu, tarikh dan waktunya. Tidak ada lambat seminit, no delay-delay...mahupun sesaat. Kadang-kadang kita lupa, kudrat kira ini hanyalah Pinjaman semata-mata, pastinya keberangkatan kita ke alam Barzakh itu, tidak ada informasi massage seperti yang dibuat Air Asia. Hanya ALLAH berikan tanda-tanda sedikit buat yang Masih hidup...moga-moga kita sentiasa sedar, bahawa kita pasti kembali kepadaNYA.


Firman ALLAH dalam Surah Yasin Marhumnya

* Maka Maha suci ALLAH yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada Nya lah kamu dikembalikan*






Mungkin sesetengah kita ini lupa, kita kembali adakah dengan tangan kosong mahupun tangan penuh?Manusia tetap lupa, ALLAH sentiasa memperingatkan kita bagi orang yang berakal. Di kaca mata, terang bederang, berita kematian. Memperingatkan pada kita, bahawa setiap yang hidup pasti merasa mati.





Jadi bila saya melihat bagasi saya..






Sekali lagi merasa gerun di hati, yang bermain di fikiran,
agak-agaknya...apakah bekalan ku di alam Baqa nanti ya? Adakah aku berbekalkan Pahala?
Atau Dosa? Banyak atau sikit? Kudratku ini tidak mampu menampung balasan di dunia inikan pula di neraka yang tidak terperi Sakitnya..

Firman ALLAH dalam surah Ar-Ra d (surah ke 13) ayat 18
Yang Marhumnya
*Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhan-nya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah)sebanyak isi bumi ini lagi besertanya, niscaya mereka akan menembus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.*

Ayat ke 19
* Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu itu benar sama dengan orang yang buta?Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran*

Ayat ke 20
*(yaitu)orang-orang yang memenuhi janji ALLAH dan tidak merosakkan perjanjian*

Bila terkenangkan apalah nasib kita di dunia ini, nanti di akhirat pasti kudrat ini tidak mampu menahan segala azab yang tidak terhingga sakitnya.. Nauzubillah..
Janji kita pada ALLAH itu pasti. Dan peganglah janji itu, kerana orang yang mengaku cinta pada ALLAH tidak sentiasa pegang pada janji.
Janji kita pada ALLAH
*Sesungguhnya solatku,hidupku,ibadahku,matiku semuanya kerana ALLAH*

Mari telusuri hidup ini dengan tarbiyyah dari ALLAH, the best guideline towards the excellent UMMAH!

ALLAHUAKHBAR!

No comments:

Post a Comment