Berdiri di dunia, yang tak mengerti milik siapa sebenarnya dunia ini. Padahal sebenar-benarnya, ia milik ALLAH yang Maha Esa.
Thursday, October 11, 2007
Mari periksa Aqidah kita
Sesuatu selalu bermain di pemikiran saya..iaitu, apakah aku ini sudah cukup baik menjadi hambaNYA? sudah sepenuhnya aku menyerahkan dan berkorban untukNYA.
Sebenarnya ini adalah satu lumrah dalam diri kita. Kadang-kadang, kita lupa bahawa Tuhan sentiasa ada bersama kita,lantas kita leka, terus diacap kelalaian, justeru itu, aqidah kita masih tidak sempurna.
Sebagai warkah pembina, kita kena tauladani inspirasi wanita contoh, Robiatul Adawiyah, Wali ALLAH dalam mencintai Tuhan.
Bagaimana Robiatul Adawiyah bercinta dengan ALLAH? adalah seikhlas-ikhlas hati kepadaNYA.
Justeru itu, kita perlu jatuhcinta dulu baru bercinta bukan begitu? Bagaimana hendak jatuh cinta? Kena kenali diriNYa dahulu..
Justeru itu, dalam kenali diriNYA, saya teringat peristiwa ketika dalam Kembara Pulang Kampung, masa dalam boarding room, saya dimaklumkan oleh Ayahda tercinta, bawaha ada Abangnya akan bersama saya nanti, dia akan menetap dirumah kami untuk seketika sebelum balik ke Scotland..Sebelum itu, pakcik saya ini bukanlah seaqidah, beliau adalah seorang kristian. Jadi sepanjangan perjalanan ini, kami berdiskusi mengenai agama. Dan ini adalah pengalaman pertama saya berdiskusi soal agama dengan penganut agama lain. Sebelum lebih lanjutnya, kami berbincang apakah itu trinity. What is trinity? itu soalan yang selalu menjadi buah mulut seorang muallaf yang saya kenali ketika di labuan dahulu. Kerana fahaman itu juga beliau, keluar dari agama kristian dan memeluk agama Islam. Kerana jelas itu adalah aqidah yang tidak benar.
Apa yang dikatakan konsep trinity ini adalah seperti ini=
Jesus adalah ALLAH, Manakala Allah adalah Jesus, Jesus adalah Roh Kudus, Roh Kudus adalah Jesus, Roh Kudus adalah ALLAH, ALLAH adalah ROh kudus..
Saya menjadi putar dan bingung dengan pemahaman ini.
Bila diminta penerangan. Pakcik saya pun menjawab.
Begini..
ALLAH, Jesus dan ROh Kudus adalah 1. Cuma begini, ketika di Atas Adalah ALLAH, kemudian, bila di Bumi, Dia menjadi Jesus, kemudian bila naik, dia akan meninggalkan roh kudus.
Argh?bingung saya memikirnya.
Dalam konsep aqidah Islam adalah termudah. ALLAH adalah ALLAH, dimana sahaja, ALLAH tetap ALLAH. Dan ALLAH tidak perlu berada di mana-mana, kerana dalam pendapat Ulama, ALLAH mustahil pertempat, mustahil pada Aqal tapi benar pada Dalil. Ini kerana ALLAH adalah pencipta tempat, Maha Suci ALLAH hendak dibandingkan dengan makhluk. Sedangkan Mahluk itu punya cacat cela. Sedangkan ALLAH itu Maha Sempurna.
Baiklah. MAri kita telusuri teori pengukuran.(Engineer and Science Method)
Secara am dan mudahnya, setiap alat pengukuran itu tidak jitu dan persis, cuma ia dicipta untuk menjadi lebih jitu dan persis. Malah alat pengukuran ini kadang-kadang tidak mampu mengukur satu skala yang lebih luas dan melebihi limit. Dengan kata lain, ia tidak mampu dengan melebihi kemampuannya. Ambil kata contoh ringkas (* Satu pembaris berukuran 30 cm tidak mampu menyukat panjang sebuah jalan sepanjang 1000km*). (* Sebuah kalkulator tidak mampu mengira jumlah angkat infiniti*).
Baiklah, jika dikaitkan dengan otak manusia, minda dan akal manusia. Manusia tidak mampu berfikir atau membayangkan sesuatu melebih had limitnya. Jadi, sebagai seorang manusia secara amnya, pemikiranya adalah terhad dan tidak merangkumi semua.
Baiklah, Tuhan adalah pencipta dunia. Dan dia adalah yang Maha Unggul lagi Maha Perkasa, segala kekuasaan adalah milikNYA. Secara logiklah, adakah akal kita mampu mengukur kekuasaan Tuhan?Mestilah tidak mampu, kerana pada akal kita adalah terhad dan ada limitnya. Ini pula jika mahu membayangkan rupa bentuk serta anggotanya? Maha Suci ALLAH yang tidak mempunyai sesuatu seumpama binatang. Kerana binatang itu adalah Makhluk dan ia punya cacat cela. Sedangkan ALLAH itu Maha Suci.
Jadi, jika kita membayangkan Jesus itu Tuhan. Laksana kita membayangkan TUhan ini binatang? Astarfirullah al azim. Ketahuilah, orang yang berfikiran begitu, adalah akalnya itu rosak..terlampau membayang-bayangkan sesuatu tidak munasabah,lantas terus jammed dan corrupted lantas, memberi jawapan yang error..
Belum lagi dicampur dengan ralat..
Mari kita fikir-fikirkan kelogikal ini. Kerana sebagai seorang yang berakal, adalah orang berfikir.
Baiklah, kembali kepada yang tidak percaya pada tuhan pula..
Cukuplah kita tengok balik kejadian kita ini. Sebelum kita ada ibu, sebelum ibu ada nenek..dan sebelum2nya? adalah manusia ini hidup tiba? tidak ada pencipta? baiklah...yang mengawal tangan itu pasti kita tahu siapa bukan?kita sendiri? jadi bila yang tangan nya tidak mampu berfungsi? siapa yang jadikan itu? takkan kemalangan? fikirkanlah..Yang memberi cahaya pada matahari itu siapa? mesti ada orang nyalakan bukan? takkan tetiba ia bernyala sendiri. Ambil contoh...ada tv, siapa pencipta tv? takkan tv boleh tiba-tiba wujud? ada kerusi, takkan kerusi boleh ada tiba-tiba? mesti ada pembuatnya. bukan? ok..apa pula ada manusia? mesti ada pencipta nya juga? bukan? So, ambillah mudah, pencipta manusia ini mestilah pencipta Alam nya juga. Kerana Pencipta itu sahaja tahu, apa yang sesuai untuk manusia. Kenapa ada satu sahaja bukan dua? pernahkah di negara ini ada 2 ketua dalam 1 masa? mesti ada..tapi negara tidak aman.Bumi ini pernah berlaku, orbit bergegar, kerana masing-masing mahu perjalanan alam berbeza?Nescaya jika begitu, pasti berlaku perlanggaran dunia.
Tidak semestinya yang tidak nampak itu tidak ada.
Ambil contoh, kita tidak nampak otak kita. Adakah bermaksud kita tidak ada otak?
Ha...sememang, jika kita tidak mahu berfikir...
Itu barulah sedikit perkenalan kita kepada ALLAH, kita belum lagi berkenalan dengan sifat-sifatnya. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tepat. Yang Maha Suci lagi Maha Sempurna...dan sebagainya. Justeru, jika kita lebih kenal pada Tuhan, maka kita akan lebih sempurna cinta kita kepadaNYA. Bila cinta kita ini berseri-seri melebihi segala-galanya, ikhlas kepadaNYA, insyaALLAH, Aqidah kita ini sudah murni dan bersih serta lurus.
Ya ALLAH, tunjukkanlah Ibu Bapaku, aku dan Keluargaku, adik beradikku, saudara maraku, kawan-kawan, dan seluruh umat Islam di Muka Bumi ini serta manusia-manusia lain Jalan Yang Lurus, Yang di Redhai MU.
Mari sama-sama kita periksa Aqidah kita.
Maaf- tanpa dalil..tapi insyaALLAH, jika ada silap, tolong tegur dan betulkan..
Wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment