Hidup ini umpama perlumbaan, setiap kali bermula, pasti ada penamatnya..Kita tahu permulaan hidup kita adalah di LUH MAHFUZ lagi, Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf ayat 172 "Wahai ruh, adakah AKU tuhan pada kamu? Jawap ruh, Ya dan Kami bersaksi padaMU". Itu adalah permulaannya, dan masa speed torque limit starting adalah pada masa kita dilahirkan dan menjadi budak-budak. Masa itu adalah masa pencorakan...dicorak..di didik..di belai..dikasihi..dan itu perumpaan starting dalam perlumbaan. Jika kita perlihatkan dalam perlumbaan, jika awal-awal starting sudah teruk..pasti selepas itu, orang itu akan kalah mahu teruk..katakanlah..Awal-awal anak kecil dah diajar dengan benda yang tidak berlandaskan agama..maka jadinya pun dah besar nanti pun begitu.
Sepanjang perlumbaan itu, kadang-kadang ada yang long distance, ada yang short distance..itu adalah jangka hayat kita..yang pastinya, jika kita mengikut peraturan dan cuba yang terbaik.Maka kita berjaya. Jika kita tidak mengikut peraturan dan buat sambil lewa..kita mungkin tersingkir. Begitu juga dengan kehidupan. Jika kita tidak berlandaskan syariat ALLAH,pasti halatuju kita adalah ke Neraka Azabnya tidak terperi..Nah?pastikan dalam perlumbaan ini kita mesti lebih kental dan bersemangat. Kerana perlumbaan menguji ketahanan kita sebagai seorang Ahli SUkan..uji sudut mental dan fizikal. Begitu juga dengan Ujian Hidup...Menguji ketaqwaan dan sifat hamba kepada Yang Masa Esa.
Sebagai penamat bagi sebarang perlumbaan. Adalah kematian atau pun di hari penghisaban.
Mungkin ada yang menerima trofi Hamba Bertaqwa? mungkin ada yang menerima trofi Neraka jahaman? ATau mati dalam keadaan husnuh Khatima? mahupun mati dalam su' ul khatima?
Nah..bagaimanakah perlumbaan yang kita mahu?
Perlumbaan tetap perlumbaan, itu yang pasti hendak kita hadapi..
Jadi, untuk berjaya dalam perlumbaan ini, sama sama kita berlatih dan berusaha untuk menjadi seorang peserta perlumbaan ini dengan bersungguh-sungguh.
Kerana pastinya, orang yang bersungguh-sungguh itu berjaya mendapat tempat di hatiNYA.
No comments:
Post a Comment