Monday, July 5, 2010

BerMusafir ke Ulu Kota


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat yang telah diberikan yang tidak terhingga nilainya, hanya mereka yang benar-benar bersyukur merasai kenikmatan yang tidak terhingga ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W atas usaha dan keringat baginda yang tidak terputus-putus dalam mendaulatkan ketamadunan manusia di alam sejagat ini, beruntunglah umat Muhammad yang benar-benar bersama baginda, tidak lupa kita doakan kepada para keluarga baginda, para sahabat, para tabi, para tabi' tabi'in, para shuhadah perjuangan agama yang mulia ini.

Alhamdulillah

Langkah awal ke ulu kota, Pakan Serikei bermula pada malam hari Jumaat(2/7/2010) bersama dengan orang kuat Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak yakni Pengerusinya Tuan Muhtar Suhaili, ditemani oleh Tuan Ali Murad pakar ekonomi Yayasan Amal Cawangan Sarawak. Inilah kali pertama syukrani memulakan destinasi "JELAJAH ULU KOTA" di Sarawak. Malam itu, kami bertiga bergilir-gilir memandu ke Sarikei dengan Mobil Pacuan 4 roda (Hilux Berwarna hitam)-milik Tuan Pengerusi. Perjalanan Malam itu adalah satu kenangan manis buat syukrani kerana itulah kali pertama syukrani memandu kereta 4WD.

Sepanjangan perjalanan ke Ulu Kota, banyak perkara kami biacarakan. Semuanya penuh dengan ilmiah dan intipati. Kami jua dihibuarkan dengan nasyid dari Kumpulan Raihan dan Rabbani. Terkenang dengan Ustaz Asri(Rabbani). Lunak suaranya menyemarakkan lagi perjalanan kami menuju ke Sarikai. Kami tiba di Sarikei pada pukul 4.05 pagi. Kami terus menuju ke masjid. Alhamdulillah, Masjid buka dan diamarahkan beberapa orang ahli Qariah yang komited dengan amalan qiamulail (amalan yang sewajarnya dilakukan oleh semua umat Islam) <- untuk muhasabah kita bersama. Selesai solat subuh, kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Tuan Nuzul yang datangnya dari Kuching.Kami kemudiannya berjumpa di Kings inn(tempat penginapan beliau). Sejurus kemudian, Ketua(Tuai) kampung saudara baru pun tiba, ABang Azhar bersama dengan 2 orang anak muda yang juga dari Ulu Kota. 2 orang anak muda ini diletakkan harapan yang tinggioleh semua penghuni Kampung Saudara Baru Al Azhar ini, kerana mereka ini bakal melanjutkan pengajian di Darul Thaqaffa, Bangi. Mereka inilah yang bakal menjadi tunjuk ajar masyarakat Iban di Ulu kota.InshaALLAH, kita sama-sama doakan mereka. Kemudian, kira-kira pukul 8, kami mengorak perjalanan ke Ulu Kota dari Sarikei. Perjalanan memakan masa 3 jam kerana Jalan digunakan adalah jalan yang baru ditembok oleh Kontraktor Balak agak jauh dan panjang serta licin. Namun, cabaran ini tidak sehebat cabaran yang seterusnya.Kami sekali lagi dicabar apabila 4WD Saudara Muhtar tersentak di tengah-tengah perjalanan di Bukit Ulum akibat salut yang becak. Hampir-hampir sahaja kami terpelosok ke dalam parit tepi jalan. Kami terpaksa meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke kampung saudara baru. Hampir 1 jam setengah. Namun, syukrani bersyukur kerana mendapat peluang ini. Bila lagi mahu berhadapan dengan cabaran seperti ini? Sambil-sambil mendaki bukit Ulum, syukrani sempat menikmati pemandangan yang indah di Ulu Kota. Sambil-sambil mendaki, mata sejuk memandang kehijauan bumi ciptaan Ilahi. SubhaNallah. Setelah tiba di Ulu Kota, kami berkesempatan berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Syukrani sempat bermain dengan monyet peliharaan abang Azhar. Yang agak "playful dan Friendly". Itu serba sedikit cerita Ekspedisi ke Ulu Kota. Boleh sahaja layari kisahnya di link bawah yang ditulis Tuan Ali Murad aka Sheikh Sambal Tumis: http://barukabordal.blogspot.com/2010/07/expidisi-ulu-kota-siri-7-mencari-redha.html Namun, ingin syukrani nyatakan beberapa perkara yang seharus diambil pengajaran yang diambil dari Ekspedisi Ulu Kota ini. 1- Bertaqwalah kepada ALLAH Atas kerana nilai Taqwalah, kita akan sentiasa berasa kuat dan cergas untuk menyebarkan Sinar Islam 2- Bersungguh-sungguhlah bekerja kerana ALLAH Kerana tiap-tiap kesungguhan itu pasti dinilai oleh ALLAH, nilai kesungguhan itu ALLAH berikan kemenangan 3- Sentiasa bersabar kerana dalam kesabaran itu adalah kenikmatan yang dirasai orang yang bersyukur, hujungnya pasti diberikan kemenangan 4- Kuasai ilmu Kerana ilmu itu penyuluh dan pemudah jalan dan bicara 5- Bermuafakat Kerana atas muafakat itu inshaALLAH membawa berkat. Moga-moga atas inisiatif musafir ke ulu Kota ini, akan membuka lagi ruang dan peluang untuk syukrani meningkatkan potensi diri serta mengoptimakan lagi kredibiliti syukrani selaku seorang Muslim, tidak jua dilupa buat para pembaca. Moga-moga di antara kita boleh menjadi Pendakwah yang Highly Capability!

No comments:

Post a Comment