Friday, June 11, 2010

“there are so many colour in the rainbow…”


“there are so many colour in the rainbow…” nasyid zain bikha yang bertajuk flowers are red dialunkan. Aku cuba menghayatinya. Indah kalimat itu bagaikan melihat mentari terbenam di ufuk. Namun tak ramai menghayatinya dengan kesungguhan. Namun aku cuba mencari makna inti tersurat dari kalimat-kalimat itu agar aku menjadi seorang yang yang berfikir . Seperti mana firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat ke 219

“ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

Kalimat “there are so many colour in the rainbow…” membuat aku mengimbau kembali peristiwa yang lalu dan sekarang. Aku adalah anak peranakan cina, melayu dan keturunan asia tengah. Namun, aku hidup sebati dengan budaya Melayu. Lahir di kampung Melayu, membesar di kampung Melayu. Makan makanan Melayu…membuat aku hidup sebati seperti orang Melayu. Namun, aku cukup hairan, di kalangan warga cina di sekelilingku. Mungkin kerana faktor budaya dan masyarakat yang kurang berinteraksi secara ligat,ada di antara kita gagal menilai entiti bangsa dan agama. Maksud aku, bangsa adalah bangsa. Bangsa tidak mewakili agama. Manakala Agama adalah untuk semua. Ada persepsi masyarakat yang aku rasa kurang enak adalah, asal cina, pasti ditakrifkan sebagai “kafir” yakni bukan beragama Islam. Padahal, bangsa cina lebih banyak keislamannya berbanding melayu di bumi Malaysia. Seperti mana firman ALLAH dalam surah Al Hujaraat Ayat ke 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Alunan nasyid terus bermundang di laptopku….“there are so many colour in the rainbow,so many colour in the morning sun, so many colour in the morning sun and I see everyone” …suara seorang budak kecil itu cukup enak didengar ia memperingatkan pada kita bahawa kita wajar bersatu biar berlainan rupa, bangsa, ciri-ciri dan pelbagai bahasa. Ia tetap menjadi satu adalah satu pandangan anak kecil.
Sebenarnya alunan nasyid ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang berpindah-pindah sekolah, ketika itu dia mewarna bunga dan segala-galanya pelbagai warna. Namun cikgunya tak bersetuju. Tapi anak kecil bijak ini menyatakan….
“ Flowers are red, Green Leaves are green”…they are only one way to see flower that is they are always been seen…but
“there are colour in the rainbow, so many colour in morning sun, so many colour in the flower and I see everyone”

*apa-apa yang diamalkan dalam budaya melayu, tidak semestinya ajaran Islam, apa-apa yang diamalkan dalam budaya cina tidak semestinya bukan ajaran Islam. Ini bukan bermaksud pluralism, tapi Islam mengajar ke arah kebaikan seperti mana dalam budaya cina yang sentiasa menekankan penghormatan kepada orang biar tua mahupun muda, biar miskin ataupun kaya - itu adalah di antara ajaran Islam yang syumul. Namun, ada di antara yang mengaku Da’ei gagal menerap nilai menghormati orang lain. Lebih gah, ia melihat dirinya mulia dari orang lain, sehingga sanggup melakukan penghinaan dan merendah-rendahkan kreadibiliti dan kemampuan orang lain. Adakah ini ciri Da’ei yang ditarbiyyah secara professional? Kita berbeza, namun kita perlu membina sifat “penghormatan” di antara satu sama lain.
Saya syorkan kepada adik-adik di Kampus, janganlah memanggil yang lebih tua usianya dengan panggilan nama,ia menunjukkan ketidaksopanan. Apatah lagi “membelek-belek” nametag orang yang lebih tua, seperti memperanjingkan, sebab nametag tergantung itu ada tali. Hati-hati dengan sikap yang nampak tak “sengaja”. Sesungguhnya orang-orang beriman ini berhati-hati dalam tingkah lakunya.

No comments:

Post a Comment